Apakah pencapaian oleh investPenang dalam menarik pelabur asing sehingga Julai 2009.

Soalan Bertulis YB. TUAN YEOH SOON HIN(Paya Terubong): Apakah pencapaian oleh investPenang dalam menarik pelabur asing sehingga Julai 2009

Jawapan: Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada MIDA, jumlah pelaburan yang telah diluluskan sejak Januari hingga Mei 2009 ialah RM1.1 billion melalui 47 projek. Ini meletakkan Pulau Pinang di tangga keempat untuk pelaburan keseluruhan selepas Sarawak, Johor dan Selangor. Daripada jumlah ini, RM327.0 juta adalah pelaburan domestik dan RM802.3 juta adalah pelaburan langsung asing. Pulau Pinang mengekalkan tangga keempat tahun ini seperti tahun lepas.

Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Pulau Pinang masih lagi tinggi dan boleh dilihat dengan minat para pelabur dan pembiaya dana kewangan kepada Pulau Pinang dengan sambutan memberangsangkan di forum pelaburan seperti Invest Malaysia anjuran CIMB dan juga di Singapura. Kerajaan negeri melalui investPenang akan terus berusaha untuk menarik pelaburan asing dan domestik.

Ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Pulau Pinang masih lagi tinggi dan boleh dilihat dengan minat para pelabur dan pembiaya dana kewangan kepada Pulau Pinang dengan sambutan memberangsangkan di forum pelaburan seperti Invest Malaysia anjuran CIMB dan juga di Singapura. Kerajaan Negeri melalui investPenang akan terus berusaha untuk menarik pelaburan asing dan domestik.

Leave a Comment