UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN CEK TABUNG USAHAWAN TANI MUDA KALI KE-7

Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini sempena Majlis Penyampaian Cek Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Penang Development Corperation (PDC), Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan Kerajaan Negeri melaksanakan TUTM sejak pada tahun 2015.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan program pinjaman mikro kredit yang dinamakan Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) sempena Majlis Perasmian Agrofest Pulau Pinang 2014 di Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 13 Jun 2014. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk memberi bantuan pinjaman maksimum RM5,000 kepada usahawan tani muda yang berumur 40 tahun ke bawah dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan.

Bagi penerimaan siri sebelum ini adalah seramai 75 orang penerima daripada pelbagai kategori pertanian, penternakan dan perikanan. Walaubagaimanapun, bagi penyampaian Cek Tabung Usahawan Tani Muda kali ke-7 ini hanya 9 orang penerima yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 84 orang penerima.

Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM430,000 kepada penerima TUTM dengan jumlah keseluruhan seramai 84 penerima dan masih berbaki RM320,000 daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM750,000.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mengharapkan lebih ramai lagi permohonan yang diterima tahun hadapan dalam usaha Kerajaan Negeri membantu usahawan pertanian, penternakan dan perikanan bagi mengembangkan perusahaan mereka.

Sekian, terima kasih.

Peratusan peminjam TUTM mengikut Kaum adalah seperti berikut:-
Kaum Bilangan Peratusan
Melayu 71 orang 94%
India 2 orang 2%
Cina 2 orang 4%

Pecahan peminjam TUTM mengikut Agensi adalah seperti berikut:-
Agensi Bil. Peminjam
Jabatan Pertanian 61
Jabatan Perkhidmatan Veterinar 20
Jabatan Perikanan 3

Pecahan peminjam TUTM mengikut Daerah adalah seperti berikut:-
Daerah Bil. Peminjam
Barat Daya 8
Timur Laut 1
Seberang Perai Utara 20
Seberang Perai Tengah 43
Seberang Perai Selatan 12

SYARAT KELAYAKAN :-

I.Warga Malaysia berumur 40 tahun ke bawah;
II.Tinggal menetap dan mengusahakan projek di Pulau Pinang;
III.Merupakan usahawan tani sepenuh masa;
IV.Mempunyai pengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan industri asas tani sekurang-kurangnya satu (1) tahun

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dari Jabatan Pertanian, Veterinar dan Perikanan seperti di alamat berikut :-

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang
Jalan Kulim, Cherok Tok Kun, 14000
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel : 04-5372142

Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar,
Negeri Pulau Pinang,
Bukit Tengah, 10150 Pulau Pinang
Tel : 04-5084368

Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
Jalan Akuarium, 11700
Gelugor, Pulau Pinang
Tel : 04-6572777