Program “Pulau Pinang Bangkit” Sebanyak RM100 Juta Untuk Membantu Pemulihan Dan Pembinaan Semula Kehidupan Rakyat Pasca- Bencana Banjir.(m/c)

Pengumuman Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Pada 9 November 2017.

Program “Pulau Pinang Bangkit” Sebanyak RM100 Juta Untuk Membantu Pemulihan Dan Pembinaan Semula Kehidupan Rakyat Pasca- Bencana Banjir.

Kerajaan Negeri akan melancarkan program “Pulau Pinang Bangkit” bernilai RM100 juta untuk membantu pemilihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin rebut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah yang melanda Pulau Pinang pada 4 November dan awal pagi 5 November 2017. Pulau Pinang dilandai tempias tiga bencana alam sekaligus yakni Taufan Damrey yang melandai Vietnam, angin ribut kencang yang paling kuat dalam sejarah Malaysia setinggi 40 batu sejam sehingga feri Pulau Pinang boleh diangkat naik dan ditolak ke atas jeti konkrit serta banjir besar di sempadan negeri Kedah yang melimpah ke Pulau Pinang dan menyebabkan paling ramai mangsa banjir daripada angin ribut kencang dan banjir sebenar pada 4-5 November 2017.

Pada 4-5 November 2017, hujan turun dengan lebat sehingga 372 mm hujan dicatitkan di Stesen Pajak Song di Seberang Perai Utara (SPU), dan lain-lain tempat secara purata di antara 250mm hingga 300mm dalam masa 15 jam sahaja dan telah mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah negeri kita. Tolong bayangkan bahawa sebulan hujan hanya sekadar 250mm dan kita boleh lihat bahawa Pulau Pinang dilandai hujan di antara sebulan hingga setengah bulan dalam satu malam. Dianggarkan hampir 100,000 isi rumah di serata negeri terjejas akibat musibah ini.

Adalah dikesali bahawa tidak ada sebarang amaran awal diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bencana sebesar ini sehingga kami tidak bersiap sedia langsung menghadapinya. Malah Jabatan Kaji Cuaca hanya mengumumkan hujan peringkat merah (paling lebat) pada jam 9.30 malam pada malam 4 November 2017 semasa angin ribut dan hujan sedang berjalan. Tidak ada amaran pun ada angin ribut kencang sampai 40 batu sejam.

Kegagalan memberikan amaran awal diakui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri secara terbuka dan juga oleh YAB Perdana Menteri dalam taklimat dalaman apabila mereka melawat mangsa-mangsa banjir masing-masing pada 6 dan 7 November 2017. Kegagalan memberikan amaran awal telah menyebabkan aset-aset kelengkapan bencana seperti perahu, lori besar dan anggota penyelamat daripada semua jabatan tidak sempat dikerahkan sepenuhnya ke kawasan “hotspot”. Ini mencacatkan kerja penyelamatan khususnya apabila angin ribut kencang menyebabkan lebih 100 tempat pokok tumbang menghalang jalan raya sehingga kenderaan tidak bolah sampai ke kawasan banjir.

Semasa membantu kerja penyelamatan, saya sedar bahawa pihak Kerajaan Negeri bersama dengan PDRM, Jabatan Pertahanan Awam, MBPP, MPSP dan Jabatan Penyelamat Bomba tidak mampu menangani bencana yang terburuk ini. Itulah sebabnya saya telah menghubungi YAB Timbalan Perdana Menteri pada 3.30 pagi untuk meminta bantuan beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengerahkan anggotanya membantu kerja penyelamatan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan juga bantuan lain yang diberikan beliau. Terima kasih juga kepada ATM, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan bin Kasim dan pasukan NADMAnya serta agensi Kerajaan Negeri.

Adalah perlu Jabatan Kajicuaca memperbaiki sistem amaran awal dan juga ketepatan ramalan cuacanya. Sekiranya amaran awal yang tepat boleh didirikan, Kerajaan Negeri boleh bersiap sedia menghadapi gelombang bencana pertama atau kedua yang kami yakin dapat mengurangkan, menyekat dan menghadkan kehilangan dan kerugian yang dialami. Tanpa kesiapsiagaan inilah yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian kewangan dilipatgandakan.

Malangnya ia terlewat untuk 7 mangsa banjir yang kehilangan nyawa dan Kerajaan Negeri ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. Saya ingin menjemput semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk bertafakur selama seminit.

Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang membelakangi perbezaan fahaman politik untuk melawat Negeri Pulau Pinang dan mangsa-mangsa banjir. Kerajaan Negeri harap beliau boleh umumkan bantuan kecemasan segera kepada semua mangsa-mangsa serta meluluskan permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk Negeri Pulau Pinang sebanyak RM 1 bilion.

Kerajaan Negeri telah diluluskan projek RTB sebanyak RM2.6 bilion sejak 12 tahun yang lepas. Akan tetapi daripada jumlah RM2.6 bilion hanya RM1.02 bilion sahaja yang dibelanjakan. JPS Pulau Pinang tidak meminta baki RM1.6 bilion yang diluluskan tetapi belum dibelanjakan. Sebaliknya JPS Pulau Pinang hanya meminta RM1 bilion untuk 13 buah projek RTB di seluruh Negeri Pulau Pinang. Adalah diharapkan YAB Perdana Menteri boleh luluskan permohonan ini sepertimana beliau berjanji akan memberikan pertimbangan serius.

Sepanjang krisis ini, kita telah menyaksikan semangat kental rakyat Pulau Pinang dan kebesaran hati ribuan sukarelawan dari Pulau Pinang dan seluruh Malaysia yang telah mendermakan wang, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk turun ke kawasan banjir bagi memberikan pertolongan. Semua telah melakukan sedaya upaya mereka untuk bantu-membantu sesama sendiri, walaupun mungkin tidak mengenali antara satu sama lain. Inilah yang boleh dikatakan hidup bermuafakat, ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Saya juga tersentuh dengan semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di mana rakyat berbilang kaum dan agama telahpun membuka pintu rumah dan juga hati mereka. Orang Islam membantu bukan Islam dan orang bukan Islam membantu mangsa Islam. Inilah wadah semangat Malaysia dan kekitaan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama yang paling murni sekali.

Kemurnian ini dicerminkan apabila Encik Sapno Tukijo, Bilal Surau Rumah Pangsa Taman Free School, telah membenarkan surau menjadi tempat teduh 70 mangsa-mangsa bukan Islam di Lengkuk P. Ramlee daripada bahaya angin ribut dan banjir. Banyak pertubuhan bukan Islam seperti Tzu Zhi telah pun menjalankan pembersihan dan berikan bantuan kepada mangsa Islam. Perpaduan inilah yang menjadikan kita bangga sebagai anak Negeri Pulau Pinang dan Malaysia.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan yang terlibat dalam kerja bantuan banjir, dari pegawai perkhidmatan awam sehinggalah ke masyarakat sivil. Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri telah mengutamakan tugas mereka dan menunaikan kewajipan walaupun ramai di antara mereka merupakan mangsa banjir juga.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti perniagaan yang turut membantu dengan menyumbangkan tenaga kerja dan lain-lain bantuan. Saya sendiri telah menyaksikan wajah letih mangsa banjir dan mereka yang tidak kenal penat lelah dan bagaimana bantuan mereka telah mengukir senyuman di bibir mereka meskipun menghadapi kesukaran.

Akan tetapi tentunya ada tempat atau mangsa banjir di mana bantuan Kerajaan Negeri atau Persekutuan tidak dapat sampai atas kekurangan sumber dan kelengkapan dalam suatu bencana sebesar ini. Dengan penuh rendah diri, saya ingin memohon maaf sekiranya berlakunya kekurangan. Kerajaan Negeri amat prihatin dan ambil berat kepada setiap mangsa dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki penyampaian perkhidmatan yang sedia ada.

Kini air mulai surut kecuali di kawasan Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah yang masih menghadapi tempias banjir di Kedah bila air daripada Kedah melimpah keluar daripada sungai-sungai di sini. Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberikan cadangan melaksanakan program pasca-bencana. Keutamaan kita adalah untuk membolehkan mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing dan membantu mereka kembali menjalani rutin harian hidup mereka.

Mengikut rekod yang diterima, seramai 12,559 orang mangsa melibatkan 3,052 keluarga telah diarahkan berpindah semasa hujan lebat yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini. Daripada jumlah ini, daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 6,028 orang melibatkan 1,464 buah keluarga, diikuti daerah Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu seramai 5,435 orang melibatkan 1,277 buah keluarga dan daerah Seberang Perai Selatan (SPS) iaitu seramai 405 orang melibatkan 118 buah keluarga. Manakala daerah Timur Laut (DTL) pula adalah seramai 315 orang melibatkan 84 buah keluarga dan Daerah Barat Daya (DBD) seramai 376 orang melibatkan 109 buah keluarga.

Dan sehingga 8 pagi hari ini, 9 November 2017, puat pemindahan banjir di SPS, DTL dan DBD telah ditutup. Manakala untuk SPU, masih ada 18 buah pusat pemindahan banjir melibatkan 2,465 orang dari 619 buah keluarga manakala SPT pula masih terdapat 11 pusat pemindahan banjir yang melibatkan 664 orang daripada 209 buah keluarga.

Oleh itu, saya ingin mengumumkan pelancaran “Pulau Pinang Bangkit”, sebanyak RM100 juta, iaitu program pasca-bencana Kerajaan Negeri untuk membina semula kehidupan mangsa banjir. Tiga cabaran terbesar yang dihadapi adalah : kerja pembersihan; kerja membaik pulih harta dan aset; dan menggantikan apa yang tidak boleh dibaiki.

Pertama sekali, saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberikan wang ehsan sebanyak RM500 secara one-off kepada setiap isi rumah yang ditimpa banjir. Program ini dianggarkan akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM50 juta untuk sekurang-kurangnya 100,000 isi keluarga atau pun perniagaan. Setiap isi keluarga atau perniagaan hanya boleh pohon sekali sahaja untuk bayaran one-off RM500 ini untuk kerugian hartanah mereka.

Jumlah wang ini tidak termasuk wang derma oleh orang awam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan sebarang sumbangan wang. Semua sumbangan wang itu akan disalurkan sepenuhnya kepada mangsa banjir dalam bentuk projek-projek atau wang tunai. Sumbangan atau derma wang boleh dibuat kepada Bendahari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami hendak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Azmin Ali yang bukan sahaja derma RM1 juta wang tunai tetapi juga mengerahkan hampir 200 orang ke Pulau Pinang untuk membantu kerja-kerja pembersihan.

Saya juga turut menerima bantuan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang membantu dari segi penyediaan trak dan lori ro-ro serta mendapat panggilan telefon daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memberi sokongan dan cuba untuk menghantar bantuan kepada Pulau Pinang. Terima kasih saya ucapkan meskipun berada dalam arena politik lawan yang berbeza.

Kedua, bagi mengurangkan beban pasca-bencana yang melibatkan kerja pembersihan dan penggunaan air yang banyak, PBA telah bersetuju untuk tempoh bayaran satu pusingan (cycle) sepanjang dua bulan akan mengecualikan surcaj konservasi air (Water Conservation Surcharge) untuk pengguna domestik. Diskaun air sebanyak 50% juga akan diberikan kepada pengguna domestik. Bagi pengguna komersil, PBA akan memberikan diskaun 25%. Ini akan melibatkan penjimatan sebanyak RM 10 juta.

Ketiga, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menyediakan diskaun cukai pintu sebanyak 10% untuk semua hartanah. Jumlah keseluruhan dijangkakan mencecah RM40 juta.

Keempat, dokumen-dokumen Kerajaan Negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan secara percuma.

Keseluruhan langkah-langkah program Bangkit Pulau Pinang ini akan makan perbelanjaan sebanyak RM100 juta.

Terdapat ramai individu dan perniagaan yang berhasrat untuk memberikan bantuan pasca-banjir. Industri perbankan telah pun mengumumkan penangguhan ke atas pembayaran semula pinjaman di samping pengecualian caj-caj tertentu untuk mangsa banjir Pulau Pinang termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB dan Bank Islam. Maklumat lanjut boleh didapati di website Pulau Pinang Bangkit yang akan dilancarkan dalam satu dua hari lagi.

Akhirnya, saya ingin mengumumkan bahawa hari Sabtu ini, 11 November 2017 adalah Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit. Kita mengalu-alukan rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang pergi ke kawasan yang terjejas oleh banjir dan memberikan pertolongan kepada mangsa banjir di dalam apa jua cara sekalipun. Dan Hari Sukarelawan Pulau Pinang Bangkit ini juga akan dilanjutkan sehingga 12 November 2017.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited untuk memastikan semuanya akan kembali kepada normal secepat mungkin. Kita mahu Pulau Pinang Bangkit semula dengan segera. Kita mahu membina, memulih dan mengembalikan Pulau Pinang kesayangan kita ke tahap sebelum bencana pada 4-5 November 2017. Dan kita yakin dengan semangat kental dan hati yang cekal yang dibuktikan semasa bencana ini berlaku, kita dapat berjaya bangkit dengan melakukannya secara bersama.

Bangkitlah bersama! Bangkitlah Pulau Pinang!

LIM GUAN ENG

—–
槟州首席部长林冠英于2107年11月9日 在槟城州议会特别宣布:

“槟城再出发”计划将拨出1亿令吉,协助水灾灾黎重建家园并恢复生活。

州政府将推介1亿令吉的“槟城再出发 ”,以协助因2017年11月4日 及11月5日清晨风速及隆雨量皆破记录的暴雨水灾灾民重建家园、并恢复生活。槟城很不幸地遭受三重打击,不仅是侵袭越南的丹瑞台风带来的影响,还有马来西亚前所未有时速40英里的暴风导致槟城渡轮被海浪推上码头;以及吉打边界暴雨涨水涌入槟城、受吉打河流暴涨影响而疏散的灾民甚至多过2017年11月4日及5日暴风雨的灾民。

在2017年11月4日及5日,豪雨导致威北巴甲宋测雨站雨量破记录达372mm,其它地区的降雨量也在15个小时内达到250mm到300mm,创下马来西亚有记录以来降雨量最大的一次。请想像平时一个月的降雨量通常是250mm, 而我们在一个晚上的降雨量相等于1个半月的雨量。这场前所未有的灾难毁了州内近10万户家园。

令人遗憾的是,州政府并没有接获任何如此重大灾难的预警,以致我们无法做好允足的准备来面对它。气象局只是在2017年11月4日晚上9时30分公布红色警报(最强雨势) ,当时正经历暴风雨,但是,没有任何预警显示暴风的时速达40英里。

副首相和首相分别在2017年11月6日及7日探访灾情时,也公开承认当局无法提早提供预警。因为没有接获预警,我们无法及时从各部门调遣应付天灾设备如小船、重型罗里及救援人员到水灾“黑区”,当暴风吹倒超过100个地区的大树导致交通受阻,救灾交通工具无法赶到水灾灾区。

在救灾工作进行的同时,我意识到州政府、警方、国防部队、槟岛市政厅及威省市政局没有能力应付如此严峻的灾情。于是,我在清晨3.30分致电副首相,要求对方指示调遣皇家陆军部队派员救灾。我要向副首相以及他提供的其它援助致谢。我们也感谢首相署部长拿督斯里沙希丹、国家天灾管理机构及州政府机构。

气象局有必要维修预警系统并提供正确的气候预测。只要州政府提早接获警报,州政府可以做好准备应付第一波或第二波的灾难,相信这有助于减少、减缓及控制人命伤亡及财物损失。在没有准备的情况下,伤亡人数及财物损失是成倍增加。

不幸地是,这场水灾导致7人丧失性命,州政府对死者家属致以深切慰问。我在此促请全体议会默哀一分钟。

州政府也感谢首相放下政治歧见,探访槟城及水灾灾黎。州政府希望首相可以尽快宣布对全部水灾灾民的紧急援助,同时批准槟城高达10亿令吉的治水计划拨款。

州政府已经在过去12年获准26亿令吉的治水工程 ,但是在这26亿令吉当中,槟城水利灌溉局只花费了10亿2000万令吉。当局并没有申请剩下的16亿令吉拨款。相反地,水利灌溉局只要求了10亿令吉以进行全槟13个治水计划。我们希望首相可以依约慎重考虑这项申请。

在这次的危机之中,我们见证了槟城人民的自救互助精神,并感谢数千名来自槟城及全马各地的志工,他们出钱出力、牺牲时间及体力、走入灾区提供援助。每个人都尽了最大的努力提供支援。虽然大家互不相识,但是我们可以说这是同一屋檐下,风雨同路、同舟共济。

我也要特别表扬这个和谐社会的团结精神,人民不分种族及宗教打开大门及敞开心房的情操。穆斯林帮助非穆其林、非穆斯林帮助穆斯林,这才是马来西亚人民不分种族宗教、和睦互助最纯洁崇高的精神。

这种纯洁崇高的精神在乔治市大英义园祈祷室唤礼员沙诺杜基祖(Sapno Tukijo)身上反映出来,他开放祈祷室给约70名被困在水中的非穆斯林避难,当时这批住在冷格比南利路的灾民正要躲避暴风雨和水灾。很多非伊斯兰教团体如慈济也为穆斯林家园进行清洗并提供援助。正是这种团结互助的精神,让我们以身为槟城人及马来西亚人感到骄傲。

我要对全体参与赈灾工作的州政府机构及联邦机构致以万二分谢意,从公务员到公民社会。许多政府官员及公务员虽然本身也是灾民,但是他们发挥了敬业精神,把救灾工作摆第一,坚守各自岗位,奋力抗台抢险。

我在此也要感谢商界人士在这危难时刻提供所需的人力物力。我亲眼目睹灾民们身心疲累与无助溢于言表,但是你们所带来的救助,即便在这危难时刻让灾民们重展笑容。

即便如此,因为这次的天灾涵盖面太广泛,因此仍然有地区的水灾灾民还没获得州政府或联邦政府的赈灾支援。在此,若有这方面的缺失,我谦卑地向各位道歉。州政府非常关心每一位灾民,将致力不懈地完善原有所应该提供的服务与协助。

如今多数地区积水已退,但是威北及威中地区仍因为吉打目前因为河水内涝水灾而受波及。槟城州政府是时候提议进行灾后重建。首要的任务就是要让灾民重回家园,重新进行日常生活。

根据记录,共有1万2559位灾民,牵涉3052个家庭在这场水灾发生时受指示离开家园避难。当中威北最严重,共有6028位灾民或1464个家庭,威中则有5435位灾民或1277个家庭,威南则有315位灾民或118个家庭。槟岛部分东北区有315位灾民或84个家庭及西南区376位灾民或109个家庭。
截至2017年11月9日,也就是今天早上8时,所有威南、东北区、西南区的救灾中心已经关闭。威北仍有18个救灾中心运作,有来自619个家庭的2465位灾民仍然在救灾中心。威中尚有11个救灾中心运作,有来自209个家庭的664名灾民仍然必须滞留在救灾中心。

因此,我要推出1亿令吉的“槟城再出发”计划,作为州政府灾后灾民生活重建计划。三项大挑战包括清理工作;重修家当资产;及更新无法修复的东西。

首先,我要宣布州政府将一次过分发500令吉予每一户水灾受灾家庭。这项计划预计将耗费至少5000万令吉,牵涉10万个家庭或商家。每一户家庭及商家只能申请一次这项一次性500令吉的灾后财产损失抚恤金。

上述计划的资金并没有包括公众所捐助的善款。槟城州政府感谢公众及各界人士所捐助的善款,所有善款将悉数透过各种工程计划或以现金输送给灾民。所有捐款或捐助可以捐予槟城州政府财政(Bendahari Kerajaan Negeri Pulau Pinang)。我们在此要感谢雪州政府及雪州务大臣拿督斯里阿兹敏,不只捐助100万令吉,也派员200人来槟城协助清理工作。

我在此也要感谢房屋与地方政府部长丹斯里诺奥玛协助安排卡车及罗里赈灾,同时也接获霹雳州务大臣拿督斯里占比里致电慰问支持与尝试运送援助品予槟城。虽然隶属不同政治阵营,但在此我要向他们表达谢意。

第二,为了减少水灾善后清理工作时需要使用大量的用水,槟州供水机构同意这两个月的家用水将豁免征收为了浪费水源所征收的附加费,同时这两个月的家用水费也将获得50%折扣,至于商用水使用者则将获得25%的折扣。供水机构的这项措施将为所有使用者省却了共1000万令吉的费用。

第三, 州政府将透过槟岛市政厅及威省市政局,折扣10%门牌税给所有土地产业,这10%折扣涉及金额达4000万令吉。

第四, 所有州政府所发的文件如地契,若因为水灾而遗失或损坏,将获得免费更新。

“槟城再出发”的所有措施将耗费1亿令吉。

我们知道很多公众与商界热心要协助赈灾善后。银行界包括马来亚银行、昌联银行、大众银行、兴业银行及伊斯兰银行也已经宣布暂缓月供贷款及豁免一些服务的手续费予槟城灾民。详细的资料可以透过将在这一两天推出的“槟城再出发”网站获得。

最后,我要宣布,2017年11月11日周六将会是“槟城再出发志工日”。我们在此呼吁槟城人民及大马人民与槟州政府携手进入受水灾影响的灾区,尽自己能力所及协助水灾灾民。“槟城再出发志工日”也将一直展至2017年11月12日。

槟州政府立志确保在短时间内让一切恢复正常运转。我们要让槟城再出发。我们要重建槟城、让我们热爱的槟城回到2017年11月4日及5日之前的模样。我们相信众志成城,凭借这一次天灾各方展现团结及坚强乐观,我们一定可以挺过去、重新再出发!

槟城再出发!槟城再出发!
林冠英