Industri pembinaan pihak swasta akan pulih apabila ekonomi Malaysia pulih dengan menghapuskan GST dan menyelesaikan skandal 1MDB(m/c)

Kenyataan Media YAB Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 2.7.2017

Industri pembinaan pihak swasta akan pulih apabila ekonomi Malaysia pulih dengan menghapuskan GST dan menyelesaikan skandal 1MDB

Kesan kemorosotan ekonomi Malaysia dan tanda-tanda bahawa risikonya untuk Pulau Pinang yang makin meruncing dapat dilihat melalui statistik yang diperolehi daripada Kementerian Kerja Raya berhubung jumlah dan nilai projek pembinaan dalam pelbagai sub-sektor pembinaan. Industri pembinaan ialah di antara tulang belakang pembangunan ekonomi Pulau Pinang, turut menerima tempias daripada kemelesetan ekonomi ekoran pelaksanaan GST dan skandal kewangan 1MDB.

Statistik sektor pembinaan, di Pulau Pinang menunjukkan projek pembinaan berkurangan sebanyak 28 projek bagi tempoh 2015 dan 2016. Pada tahun 2015, sebanyak 540 projek telah dilaksanakan berbanding 512 projek bagi tahun 2016 di mana nilai projek juga telah menurun dari RM8.3 bilion pada tahun 2015 kepada RM8.2 bilion pada tahun 2016. Sungguhpun tidak banyak perbezaan dari segi nilai, penurunan adalah lebih ketara untuk sub-sektor kediaman dan bukan kediaman yang jatuh dengan mendadak. Hanya suntikan dana daripada Kerajaan dalam sub-sektor kemudahan sosial dan infrastruktur dapat menyelamatkan keadaan (lihat rajah di bawah)


Kategori 2015 2016
Bil Nilai (RM b) Bil Nilai (RM b)
Kediaman 164 4.4 164 2.9
Bukan Kediaman 195 2.4 162 2.9
Kemudahan Sosial 52 0.1 41 0.7
Infrastruktur 129 1.4 145 2.7
Jumlah 540 8.3 512 8.2

(Statistik CIDB [Construction Industry Development Board] jumlah dan nilai projek di Pulau Pinang)

Nilai projek kediaman telah kurang sebanyak 51% atau RM1.5 bilion di mana pada tahun 2015 nilai projek pembinaan yang dicatatkan adalah RM4.4 bilion berbanding dengan tahun 2016 sebanyak RM2.9 bilion. Pada masa yang sama, pengurangan juga turut berlaku bagi projek bukan kediaman di mana bagi tahun 2015 nilai projek yang direkodkan adalah RM2.4 bilion yang jatuh 20% atau RM0.5 bilion pada tahun 2016 kepada RM 1.9 bilion. Hanya pelaburan tambahan oleh kerajaan dalam sub-sektor kemudahan sosial, yang naik 6 kali ganda daripada 0.1 bilion dalam 2015 kepada 0.7 bilion pada 2016, dan untuk sub-sektor infrastruktur yang naik 92% daripada RM1.4 bilion pada 2015 kepada RM2.7 bilion pada 2016, telah berjaya menyelamatkan keadaan.

Faktor utama kemerosotan sektor kediamaan dan bukan kediamaan adalah ekonomi negara yang tidak menentu. Pertumbuhan ekonomi merundum, defisit keyakinan dan kredibiliti terhadap pengurusan kewangan kerajaan pusat menyebabkan kemerosotan dalam pelaburan oleh pihak swasta dalam sektor pembinaan.

Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan skandal kewangan 1MDB dan menghapuskan GST untuk memulihkan keyakinan pihak swasta untuk terus melabur dalam sektor pembinaan.

LIM GUAN ENG

----Mandarin Version---

城州首席部长林冠英于2017年7月2日在乔治市光大发表的文告:

只有撤除消费税及1 MDB丑闻先让大马经济复苏,私人建筑业才能复苏

工程部数据中显示建筑业之下的各项工程证明马来西亚经济正在衰退,也逐渐涉冲击槟州。建筑业乃是槟州经济发展的其中一项支柱,也因为实施消费税及1MDB丑闻波及而造成经济衰退。

槟州的数据显示建筑工程在2015及2016年少了28项。一共有540项工程在2015年执行.但在2016年却只有512项工程。工程总值亦从2015年的83亿令吉降至去年的82亿令吉。虽然价值上分别不大,但在住宅区及非住宅区的工程项目中显示巨大的减量. 僅有政府在福利及基础设施工程中注入的资金在支撑大局(看附表)。



组别 2015 2016
数量 价值(令吉)/ 亿 数量 价值(令吉)/ 亿
住宅 164 4.4 164 2.9
非住宅 195 2.4 162 2.9
福利 52 0.1 41 0.7
设施 129 1.4 145 2.7
总额 540 8.3 512 8.2

马来西亚建筑工业发展局(CIDB)在槟州工程项目的数量及价值

住宅区的工程项目在2015年的建筑项目中总值44亿令吉,但在2016年的总额只有29亿令吉,少了15亿令吉或下降了51%。非住宅区的项目数量及数值也同时下降。非住宅区的工程项目在2015年是24亿令吉,一年后的数额是19亿令吉,少了5亿令吉或是下降20%。只有政府在福利设施方面的额外投资把工程数额从2015年的1亿令吉增加到2016年的7亿令吉,提高了6倍。在基础设施方面,工程项目的数额从2015年的14亿令吉增加至2016年的27亿令吉、增加92%的款项挽回局势。

住宅区及非主宅区衰退的主要原因是因为国家经济不穏定。经济成长急剧下降,对中央政府在财务管理方面的信心及诚信存有疑问,导致私人界在建筑工业方面的投资萎缩。

中央政府必须要解决1MDB丑闻,撤销消费税让私人界恢复信心才会在建筑业继续投资。

林冠英