BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) SEBANYAK 0.75 BULAN UNTUK ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM CEMERLANG NEGERI PULAU PINANG (m/c)

20 Jun 2017

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang memerintah sejak 2008 adalah Kerajaan Negeri yang Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) dalam melaksanakan tata kelola yang baik dan bersih. Ini dibuktikan apabila Kerajaan Negeri mampu mencatat lebihan Belanjawan setiap tahun yang kini terkumpul sebanyak RM578 juta dalam tempoh lapan (8) tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah Kerajaan Negeri terdahulu.

Selain berjaya mencatatkan lebihan Belanjawan, Kerajaan Negeri juga telah berjaya menaikkan aset rizab hampir 100% daripada RM849 juta pada tahun 2008 kepada RM1.6 bilion pada tahun 2015 serta mengurangkan hutang negeri sebanyak 90% kepada RM65 juta kerana Kerajaan Negeri “tidak makan wang”. Hasil ini dikongsi bersama dengan rakyat sebagai dividen anti-rasuah, termasuk Anggota Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri. Itulah sebabnya Bantuan Khas Kewangan (BKK) adalah jauh lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan yang hanya membayar RM500.00.

Atas menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang dalam melancarkan urus tadbir negeri, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian BKK sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000.00 kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. BKK sebanyak 0.75 bulan ini akan dipecahkan kepada dua (2) bayaran iaitu 0.5 bulan gaji kepada semua penjawat awam yang tiada rekod disiplin.

Manakala, tambahan 0.25 bulan gaji lagi akan diberikan kepada penjawat awam yang memuaskan prestasinya seperti tidak mengambil Cuti Sakit Swasta melebihi satu (1) hari, Kad Perakam Waktu (KPW) kekal berwarna kuning dan juga tidak diluluskan Cuti Sakit Tambahan di bawah Peraturan 17(a), Perintah Am Bab C dari tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017. Pemberian BKK akan dibayar pada 20 Jun 2017.

Pemberian BKK ini akan diberi kepada 3,741 Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Pentadbiran Kerajaan Negeri dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7,551,028.94 berbanding dengan RM6,945,034.67 yang dibayar pada pertengahan tahun 2016. Pemberian BKK tahun 2017 ini juga turut dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Pada masa yang sama, suka untuk saya kongsikan bahawa Kerajaan Negeri juga mencapai beberapa kejayaan baru-baru ini di mana pelabur dari Taiwan membuat pelaburan sebanyak RM1 bilion untuk mendirikan syarikat elektronik di negeri ini. Malah, Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan daripada majalah antarabangsa; TIME sebagai salah satu daripada sepuluh (10) tapak pelancongan utama yang memiliki nilai ekonomi terbaik di Benua Asia.

Akhir kata, saya berharap pemberian BKK ini dapat menaikkan semangat semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan terus bersama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar dan bertaraf antarabangsa yang hijau, bersih, sihat dan selamat. Selamat Hari Raya Aidilifitri, Maaf Zahir dan Batin!

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

—–

20 Jun, 2017

大家好,

槟州政府发放0.75個月特别援助金予优秀公务员自2008年开始在槟州执政的希望联盟,秉持能干、公信、透明的施政理念,致力维持廉洁优良的管理方针。州政府过去8年(2008-2015)一共累积了5亿7800万令吉的预算盈余,比起前朝政府在位50年(1957-2007)间的3亿7300万令吉的预算盈余高出许多,足见现任政府的领导成效。

除了预算盈余的增加,州政府也成功增加州内储备产业值比将近100%,从2008年的8亿4900万令吉增加至2015年的16亿令吉,并解决州内90%的债务,即6亿5000万令吉,凡此种种,皆是因为州政府的廉洁不贪腐所致。这些成果转化成反贪分红的形式来与人民分享,包括公务员在内。因此,州政府所颁发的佳节特别援助金额,比中央政府所颁发的500令吉更多。

为了感激槟州公务员在各个州行政领域所付出的努力及贡献,州政府特别通过动议,在来临的开斋佳节之前,发放相等于公务员月薪75%的金额,或最低1,000令吉的款项给予全体槟州公务员。这份援助金将被分成两个部分, 即所有未成接获纪律处分的公务员可获得相当于月薪之50%的援助金。

至于另外的25%,将依照有关公务员的服务表现来发放,衡量标准包括该公务员是否在特定期限内请假超过1天;其上班时间记录卡是否维持准时纪录;及是否曾在今年1月1日至6月15日期间,在服务标章基本原则下C章第17条(a)项中申请特例病假。这项特别援助金于今年6月20日发放。

此次发放特别援助金给州内3741名公务员,总额达755万1028令吉94仙,比起去年年中所发放的RM694万5034令吉67仙更多。此外,今年援助金的发放对象也包括州内乡镇公务员及州政府属下相关机构。

同时,我也很高兴地分享几项最新的发展计划,即州政府成功取得来自台湾的投资,有关厂商在槟州注资10亿令吉进驻电子产业。并且,槟州也获得国际知名杂志的提名,成为亚洲十大最具商业价值的旅游景点之一。

最后,我希望此次颁发特别援助金,能够提高公务员士气,继续为人民提供优质服务,并全力配合州政府的愿景,是槟州成为享誉国内外的环保、廉洁、健康及幸福的智慧型州属。祝愿各位开斋节愉快!

谢谢!

林冠英
槟州首席部长

0 Responses to “BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) SEBANYAK 0.75 BULAN UNTUK ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM CEMERLANG NEGERI PULAU PINANG (m/c)”


Comments are currently closed.