PENGUMUMAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2017

PENGUMUMAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2017 OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DI KOMTAR, GEORGE TOWN PADA 9 JUN 2017

1. Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat MMK pada 7 Jun 2017 dan disahkan pada hari yang sama telah bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berjumlah 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. BKK sebanyak 0.75 bulan ini akan dipecahkan kepada dua (2) bayaran iaitu 0.5 bulan gaji kepada semua penjawat awam yang tiada rekod disiplin. Manakala, tambahan 0.25 bulan gaji lagi akan diberikan kepada penjawat awam yang memuaskan prestasinya iaitu :-

1.1 Tidak mengambil cuti sakit swasta melebihi satu (1) hari;
1.2 Kad Perakam Waktu (KPW) kekal berwarna kuning; serta
1.3 Tidak diluluskan Cuti Sakit Tambahan di bawah Peraturan 17(a), Perintah Am Bab C dari tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017.

2. Penyelia, Guru dan Staf KAFA, Sekolah Rendah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Agama Rakyat, Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri dan Sekolah Persendirian Cina Negeri Pulau Pinang juga akan menerima BKK sebanyak RM300 manakala bagi Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Tadika Islam (TADIS) pula sebanyak RM200 dilihat sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan yang telah diberikan terhadap perkhidmatan masing-masing.

3. BKK ini akan dapat membantu penjawat awam dan semua guru yang terlibat dalam meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Pemberian BKK ini juga dapat membantu menguruskan persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

4. Pegawai yang layak menerima BKK seperti berikut:-
4.1 pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan contract for service;

4.2 pegawai yang bercuti separuh gaji tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017;

4.3 pegawai yang bercuti tanpa gaji tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017;

4.4 pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017; dan

4.5 pegawai contract of service, contract for service, sementara dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang putus perkhidmatan selama tidak melebihi satu (1) hari dan dilanjutkan semula perkhidmatannya.

5. Pegawai yang tidak layak dibayar BKK adalah seperti berikut:
5.1 pegawai yang bercuti separuh gaji sepanjang tempoh Januari sehingga 15 Jun 2017;

5.2 pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017;

5.3 pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya/ badan antarabangsa/ syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017;

5.4 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari sehingga 15 Jun 2017;

5.5 pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam sebelum atau pada 15 Jun 2017; dan

5.6 pegawai yang meletak jawatan sebelum atau pada 15 Jun 2017.

6. Pemberian BKK diberi kepada 3,741 pegawai Perkhidmatan Awam Negeri di Pentadbiran Kerajaan Negeri sebanyak dianggarkan sebanyak RM7,551,028.94 berbanding dengan RM6,945,034.67 yang dibayar pada pertengahan tahun 2016. Pemberian BKK Tahun 2017 ini juga dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri

7. Memandangkan Kerajaan Negeri mencatatkan lebihan Belanjawan setiap tahun sejak tahun 2008 melalui pengurusan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sebanyak RM71,779,770.99 telah dicatatkan pada tahun 2015 dan dijangka akan juga mencatatkan lebihan Belanjawan pada tahun 2016. Maka Kerajaan Negeri berasa boleh memberikan BKK yang sama kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri. Pemberian BKK akan dibayar pada 20 Jun 2017.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于 2017年6月9日在乔治市光大发布2017年特别援助金文告

1. 槟州政府于2017年6月7日在槟州行政议会中,提出并通过为州层级的公务员提供开斋节特别援助金,数额为月薪的百分之75或至少1千令吉。这项援助金将被分成两个部分:所有服务记录良好的公务员,将首先获得相等于月薪百分之五十的援助金额。第二部分相等于月薪百分之25的金额,将按照以下条件来分配给合格的公务员:
1.1 申请病假不超过一天;
1.2 上班卡维持黄卡记录;以及
1.3 从2017年1月1日到6月15日之间,未曾在基本条规C部17(a)条下获准额外病假。

2. 槟州宗教与义务班、国民型宗教中、小学及幼儿园、州立宗教学校、和槟州独立中学的教师、主任及职员,将获得州政府所颁发的300令吉特别援助金;另外,州内诵经师、宗教私塾及伊斯兰幼儿园也将获得200令吉,作为对其服务的的认可。

3. 这项援助金将可以协助公务员及教师们,减轻日渐提高的日常消费负担。同时,这份援助金也能帮助他们迎接开斋节的来临。

4. 符合领受援助金条件的公务员包括:

4.1 正式受聘全职、临时或合约制及外包服务的公务员;
4.2 未曾在2017年1月1日至6月15日期间,以长期半薪休假的官员;
4.3 未曾在2017年1月1日至6月15日期间,申请长期无薪休假的的官员;
4.4 未曾在2017年1月1日至6月15日期间,被长期外借到其它部门即将退休、国际组织或私人企业服务的官员;以及

4.5 在合约制或外包制度下受聘、短期及日薪兼职员工,长期服务并且未曾中断服务超过一天的职员。
5. 在下列状况下,官员将不获得援助金:
5.1 在2017年1月的6月15日期间,长期以半薪休假的官员;
5.2 在2017年1月的6月15日期间,长期以无薪休假的官员;
5.3 在2017年1月的6月15日期间,被外借到其它部门即将退休、国际组织或私人企业的官员;
5.4 在2017年1月的6月15日期间,被纪律处分的官员;
5.5 在2017年1月的6月15日期间,基于公众权益理由被终止服务的官员;
5.6 在2017年6月15日之前递呈辞职书的官员。

6. 此次所颁发给州政府行政及公共服务机构,3,741名官员的特别援助金,预计总额高达RM7,551,028.94,比起2016年中旬所颁发的RM6,945,034.67更多。今年的援助金,受惠的公务员亦包括地方执政官员及法定机构。

7. 自2008以来,槟州政府秉持能干、公信、透明的施政理念,在2015年即达到RM71,779,770.99的预算盈余,并预计在2016年将取得更多预算盈余。有鉴于此,州政府同意继续颁发这项惠及州政府公务员的援助金。援助金将于2017年6月20日发出。

0 Responses to “PENGUMUMAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) TAHUN 2017”


Comments are currently closed.