Lebih Setahun, PERDA Masih Tidak Jawab Dalam Skandal Kerugian RM15.2 Juta Dalam Penjualan Tanah Tanpa Tender Terbuka Dan Mengapa Hanya Memohon Membina 27 Buah Rumah Kedai Dan Tidak Ada Sebuah Pun Rumah Kos Rendah?(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 17.4.2017.

Lebih Setahun, PERDA Masih Tidak Jawab Dalam Skandal Kerugian RM15.2 Juta Dalam Penjualan Tanah Tanpa Tender Terbuka Dan Mengapa Hanya Memohon Membina 27 Buah Rumah Kedai Dan Tidak Ada Sebuah Pun Rumah Kos Rendah?

Adalah dikesali bahawa BN suka membuat fitnah bahawa kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak menjalankan tender terbuka, bila yang tidak mengamalkan tender terbuka adalah kerajaan BN sendiri. BN mudah lupa bahawa Pulau Pinang merupakan satu-satu negeri dalam sejarah Malaysia yang dipuji oleh Transparancy International semata-mata kerana dasar tender terbuka. BN janganlah lagi cuba menegakkan benang yang basah.

Lebih setahun, PERDA masih tidak jawab dalam skandal kerugian RM15.2 juta dalam penjualan tanah tanpa tender terbuka dan mengapa hanya memohon membina 27 buah rumah kedai dan tidak ada sebuah pun rumah kos rendah?PERDA telah menjual 8.6 ekar tanah di KADUN Sungei Acheh, Nibong Tebal, pada 2015 dengan harga RM1.4 juta sungguhpun nilaian atau taksiran oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) adalah RM16.6 juta.

Pengerusi PERDA Datuk Seri Shabudin Yahaya, yang juga Ahli Parlimen UMNO Tasek Gelugor, nampaknya tidak mahu terima hakikat kerugian RM15.2 juta dialami dalam penjualan tanah ini dengan menyatakan penilaian oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM16.6 juta hanya untuk tanah di sekitar dan bukan untuk tanah ini. Apakah asas beliau menolak taksiran oleh kerajaan persekutuan ini?

Shabudin telahpun menjelaskan bahawa tanah dijual murah dengan kerugian RM15.2 juta kerana tanah itu mendap dan hakisan teruk akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 juta kepada PERDA. Tambahan pula dengan penjualan murah ini, pembeli SYT Prestige Sdn Bhd(SYT) disyaratkan untuk membina rumah murah bagi rakyat.

Alasan Shabudin adalah tidak benar sama sekali. Kos rawatan tanah maksimanya adalah RM 5 juta. Macam mana sebuah syarikat boleh cari untung dengan membina rumah murah sekiranya PERDA yang merupakan agensi kerajaan persekutuan bukan untung, tak dapat laksanakannya. Takkan sebuah agensi kerajaan persekutuan bukan untung, tak berdaya sehingga tak mampu untuk bina rumah murah, apa yang boleh dibuat oleh sebuah syarikat swasta dan juga pada masa yang sama boleh untung.

Sekiranya macam itu, lebih baik PERDA gulung tikar dan jualkan semua tanah milikannya kepada pihak swasta. Tidak ada kepastian tentang kos sebenarnya bila PERDA tidak mahu menjelaskan mengapa penjualan tanah dibuat tanpa tender terbuka. Tender terbuka membolehkan harga tawaran yang paling tinggi dipilih. Hendak jadi broker tanah pun mesti untung, jangan-jangan rugi dengan menjualkannya tanpa tender terbuka.

Lagipun, dakwaan Shabudin bahawa pembeli disyaratkan membina rumah murah amat diragui bila arkitek SYT membentangkan permohonan untuk membina 27 buah rumah kedai kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP) pada 28.3.2016. Tidak ada sebuah rumah pun dicadangkan, jangan sebut rumah murah.

Dakwaan PERDA bahawa rumah murah akan dibina kemudian selepas rumah kedai, amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab. Ini kerana garispanduan perumahan yang dipakai di seluruh negara mewajibkan rumah murah, seperti rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah, dibina dahulu atau serentak dengan rumah kedai atau yang mewah. Macam mana rumah murah boleh dibina serentak dengan rumah kedai bila tidak ada permohonan dibentangkan untuk bina sebuah rumah pun, jangan pun sebut rumah murah? Jangan cuba lagi menegakkan benang yang basah dengan menyatakan penjualan murah 8.6 ekar tanah dengan kerugian RM15.2 juta adalah baik untuk PERDA and berkepentingan awam.

Usul Dewan Undangan Negeri terhadap Shabudin pada bulan depan, adalah kerana pendirian Shabudin menyokong perkahwinan kanak-kanak kerana menurut Shabudin “dari segi fizikal dan spiritual gadis 9 tahun boleh berkahwin” serta membenarkan perogol kahwinkan mangsa rogol sebagai salah satu penyelesaian. Inilah satu kenyataan kolot yang menghina wanita dan juga keganasan seksual ke atas kanak-kanak. Usul ini bukanlah bermotif politik untuk membalas dendam kerana seikiranya benar, satu usul boleh dikemukakan untuk skendal tanah RM15.2 juta terhadap Shabudin tetapi tidak dilaksanakan. Lebih baik Shabudin bertaubat dengan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2017年4月17日在乔治市光大发表声明:

已经超过一年了,柏达(PERDA)依然没有就未经过公开招标出售土地、导致亏损1千520万令吉的土地舞弊案作出交代,也没有解释为什么该处只有27间店屋,一间廉价屋也没有?

让人感到遗憾的是,国阵喜欢诽谤希联州政府没有公开招标,然而实际上没有公开招标的是国阵本身的政府。国阵很健忘,他们忘了槟城可是我国历史上唯一获得国际透明组织公开表扬的州属,仅因槟城贯彻公开招标政策。国阵请不要颠倒是非。

已经超过一年了,柏达依然没有就未经过公开招标出售土地、导致亏损1千520万令吉的土地舞弊案作出交代,也没有解释为什么该处只有27间店屋,一间廉价屋也没有?柏达乃是在2015年以140万令吉的价格售出高渊一块8.6英亩的土地,而当时,内陆税收局对该片土地的估价达1千660万令吉。

柏达主席拿督斯里沙布丁辩称,联邦政府作出1千660万令吉的估价,乃针对有关土地附近的价值,而非该片土地本身的价格。看来,沙布丁尚不愿接受亏损1千520万令吉的事实,他一直对联邦政府的估价视而不见,究竟所为何事?

沙布丁解释,基于该片土地需千万令吉修复地陷问题,而不惜亏损1千520万令吉将之贱卖。不过,作为交换条件,买家即SYT Prestige有限公司必须为人民承建廉价屋。

沙布丁的理由是令人难以接受的,事实上有关土地修复的费用最多只是500万令吉。再者,柏达作为联邦政府旗下一个非营利单位,为何不自己去承建廉价屋,却要透过另一家公司承建并售卖廉价屋,同时赚取营利?

倘若如此,柏达大可将自己名下的土地全部售予私人界,然后打包走人就好。柏达必须明白,公开招标可让价高者得,一旦柏达不愿解释为何不用公开招标,则土地真正价格可高至哪点则不得而知。若要成为土地中介商,也得要赚钱,不能在没有公开招标下亏损贱卖土地。

另一方面,沙布丁提及有关买家承诺会兴建廉价屋一事,也是令人有所保留的,事缘SYT有限公司的建筑师于2016年3月28日提呈予威省市政局的图册中,只是兴建27间店屋,根本没有所谓的廉价屋。

柏达辩称,有关单位在兴建店屋过后,就会开始承建廉价屋,这种说法是极为模糊且不负责任的。根据国家订定的法令,任何发展计划一旦被要求承建廉价屋(包含中廉价屋),相关单位必须先兴建廉价单位后,再兴建店屋或豪华的单位,或是两者同时进行。问题在于,有关单位根本没有提呈要建一间房屋,甚至是一间廉价屋的申请,试问他们该如何去建?请不要再颠倒是非,称亏损1千520万令吉售出高渊一块8.6英亩的土地是为了人民的利益着想。

下个月在槟州立法议会将会提呈针对沙布丁的动议,是基于沙布丁支童婚的立场,根据沙布丁的说法,“一个9岁的女童,无论在肢体上或心灵上已经可以成婚”;他也允许让强奸犯迎娶受害者作为解决方案。这根本就是歧视女性的过时说法,更是儿童性犯罪。是项动议并不是为报复而展开的具政治动机之动议,要是具政治动机,一项与沙布丁有关、涉及亏损1千520万令吉土地舞弊案的动议将会被提出。但我们没有这么做。最好还是沙布丁本身忏悔并辞去国会议员一职。

林冠英