UCAPAN BAJET TAHUN 2017 oleh AB TUAN LIM GUAN ENG ETUA MENTERI PULAU PINANG KETIKA MEMBENTANGKAN
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2017 DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA 15 NOVEMBER 2016 (SELASA)
Ke Arah Negeri Keusahawanan dan Kebajikan
YB Dato’ Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang bertajuk “Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca kali kedua.
PENDAHULUAN
YB Dato’ Yang di-Pertua,
1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana telah membolehkan saya dan semua kepimpinan Negeri bagi menggalas tanggungjawab dalam menyampaikan ucapan Bajet Negeri Pulau Pinang tahun 2017 di Dewan yang mulia ini.
SENARIO EKONOMI DUNIA ‘ALA- TRUMP’
2. Ekonomi negara menghadapi cabaran mencapai pertumbuhan 4.5% tahun ini selepas berkembang dengan 5% pada tahun 2015. Pulau Pinang telah berkembang sebanyak 5.5% pada tahun 2015 dan dijangka berkembang sebanyak 5% pada tahun ini. Sebagai sebuah negeri yang bergantung kepada perdagangan dunia, kami dipengaruhi oleh pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) dunia yang diunjurkan sebanyak 3.1% pada tahun 2016. Akan tetapi segala ini adalah sebelum peristiwa mengejutkan apa yang digelarkan sebagai ‘black swan event’ iaitu pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.
3. Sekiranya Donald Trump mengistiharkan perang dagang dengan Negara China, Mexico dan mengenakan tarif ke atas produk syarikat Amerika Syarikat yang mendirikan kilang di luar negara, ia akan menjejaskan malah menidakkan semua ramalan dan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia. Memang kami kini dalam zaman tidak menentu yang mungkin mendekati ambang krisis ekonomi dunia.
4. Demi menangani ‘black swan event’ ini, Kerajaan Negeri memilih model negeri keusahawanan dan negeri kebajikan untuk menghadapi ancaman krisis ekonomi global ‘ala-Trump’ yang mungkin melanda pantai Pulau Pinang pada 2017 serta membina satu landasan untuk keesokan hari agar semua rakyat Pulau Pinang yang rajin dan tekun masih memiliki peluang yang sama rata untuk mencapai impian mereka untuk berjaya.
CABARAN EKONOMI
5. Negara Malaysia dan Pulau Pinang menghadapi krisis ekonomi dalaman ekoran pendedahan skandal 1MDB sebanyak RM52 billion, penurunan nilai mata wang ringgit secara mendadak, kenaikan harga barangan daripada minyak masak ke minyak petrol, pelaksanaan GST dan “siasatan rakus” audit cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kesemua faktor ini telah mengurangkan aliran dana dalam pasaran kewangan dan ekonomi yang menyebabkan perniagaan menurun dan kekangan wang belanja bagi para pekerja.
6. Suasana dijangka menjadi lebih teruk lagi pada tahun 2017. Berbanding dengan negeri-negeri lain, Pulau Pinang dapat mengurangkan impak negatif dengan bergantung kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang masing-masing menyumbang 50% dan 45% kepada KDNK Pulau Pinang pada tahun 2015.
7. Untuk Negeri Pulau Pinang, kami juga menghadapi tiga cabaran utama yakni memperbanyakkan stok rumah awam dan rumah mampu milik, masalah kesesakan trafik dan banjir. Kerajaan Negeri tidak dapat mencari penyelesaian di peringkat kebangsaan tetapi mengesyorkan tema “Ke Arah Negeri Keusahawanan dan Kebajikan” sebagai formula penyelesaian kepada masalah tiga cabaran utama yang dihadapi oleh Negeri Pulau Pinang.
8. Negeri keusahawanan berpaksikan kerjasama dengan rakan kongsi daripada sektor awam, swasta dan rakyat agar penglibatan mereka dalam sesuatu inisiatif atau projek dapat memaksimakan pulangan kewangan dan memberikan impak sosial yang tinggi. Apa yang disebutkan sebagai Public, Private & People (PPP) Partnership memerlukan pelaburan wang dan komitmen masa daripada semua pihak tetapi usahasama ini mesti dipimpin oleh sektor swasta dan rakyat. Sektor kerajaan mesti bersedia mengurangkan peranan yang dimainkan. Ini membolehkan pakar-pakar yang bukan kerajaan untuk memandu sesuatu projek sehingga mencapai kejayaan.
NEGERI KEUSAHAWANAN
9. Walaupun Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semulajadi, Pulau Pinang dapat mengecapi pembangunan ke arah negeri keusahawanan menerusi tiga teras utama :
1) Tatakelola kerajaan yang baik dan bersih
2) Membina infrastruktur dan kemudahan asas
3) Membina modal insan
10. Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan tatakelola kerajaan yang baik dan bersih menerusi pentadbiran cekap, akauntable dan telus (CAT). Urus tadbir CAT menampakkan banyak kejayaan. Antaranya :
• Pulau Pinang mencatat bajet lebihan dengan jumlah lebihan sebanyak RM574 juta bagi tempoh 8 tahun dari 2008-2015, lebih daripada jumlah lebihan di bawah BN sepanjang 50 tahun pentadbiran dari 1957-2007, iaitu RM373 juta. Dalam erti kata lain, kita mengambil masa hanya 8 tahun untuk mengatasi prestasi 50 tahun sebelum ini!
• Aset Pulau Pinang hampir digandakan dalam tempoh 8 tahun dari RM850 juta kepada RM1.6 bilion, sekali lagi mencatat prestasi hebat dalam 8 tahun berbanding 50 tahun sebelum ini.
• Jika tempoh 8 tahun iaitu 2008-2015 dibandingkan dengan 2000-2007, pelaburan pembuatan di Pulau Pinang telah meningkat 87% kepada RM54.9 bilion berbanding RM29.4 bilion, dengan kenaikan bilangan peluang pekerjaan sebanyak 20% kepada 128,317 berbanding 106,583. Kadar pengangguran di Pulau Pinang adalah di antara yang paling rendah di Malaysia yakni hanya 1.6% dan kini terdapat kekurangan pekerja seramai 20,000 di Pulau Pinang.
• Produktiviti penternakan ikan di laut juga meningkat secara mendadak, daripada hanya 2,714.60 tan metrik pada tahun 2007 kepada 28,964.95 tan metrik pada tahun 2015, iaitu peningkatan hampir 10 kali ganda.
• Pekala Gini (Gini coefficient) bagi mengukur tahap kesenjangan pendapatan telah berkurang daripada 0.419 pada tahun 2009 kepada 0.364 pada tahun 2014, iaitu satu penambahbaikan sebanyak 13% dalam tempoh masa 5 tahun, berbanding dengan purata kebangsaan 0.401. Sebagai bandingan, Perak mempunyai pekala Gini yang lebih rendah iaitu 0.419 pada tahun 2009, tetapi masih mencatat angka yang lebih tinggi berbanding Pulau Pinang, iaitu 0.366 pada tahun 2014.
• Hutang Negeri Pulau Pinang telah menurun 90% sejak tahun 2008 dan berada pada tahap paling rendah dalam negara, iaitu RM69 juta pada akhir 2015. Hutang RM69 juta ini sangat kecil berbanding jumlah hutang kesemua 13 negeri yang mencecah RM16.8 bilion, dengan hutang Pahang sebanyak RM2.9 bilion, diikuti oleh Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion, Kedah RM2.3 bilion dan Kelantan RM1.3 bilion.
• Pada tahun 2007, Pulau Pinang mempunyai kadar peratusan pertumbuhan KDNK per kapita yang paling tercorot. Pada tahun 2015, selepas 8 tahun, Pulau Pinang akhirnya berjaya merubahkan keadaan dan menjadi juara kebangsaan dengan kadar pertumbuhan KDNK per kapita yang paling tinggi. (Lihat lampiran).
• KDNK per kapita Pulau Pinang sebanyak RM44,847 pada tahun 2015 adalah lebih tinggi berbanding KDNK per kapita kebangsaan sebanyak RM37,104.
• Prestasi ekonomi Pulau Pinang yang hebat ini boleh dilihat melalui transformasi negeri yang dahulunya diiktiraf sebagai negeri yang paling kotor di Malaysia kepada antara negeri paling bersih yang juga hijau, selamat dan sihat. Jalan-jalan baru telah dibina di Seberang Perai dan buat kali pertama dalam 20 tahun, dalam kawasan tengah bandar Pulau Pinang iaitu Jalan Ahmad Nor, serta Jalan Raja Uda di Butterworth dan Jalan Song Ban Keng di Bukit Mertajam.
• Kejayaan kita bukan sekadar statistik, tetapi adalah perkara zahir yang boleh dilihat dalam tempoh 8 tahun, seperti projek rumah terbiar yang kini dihidupkan kembali, tapak pelancongan yang kini dicergaskan kembali seperti bangunan Komtar, Bukit Bendera, George Town, Penang International Sports Arena(PISA) serta penubuhan dewan baru di Seberang Jaya (Seberang Perai Arena).
MEMBINA INFRASTRUKTUR
11. Dalam menghadapi masalah kesesakan lalulintas dan banjir, Kerajaan Negeri mengguna pakai rancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.
Projek Jalan Sebanyak RM57.57 juta
12. Dalam memperkukuhkan pembangunan infrastruktur jalan dan pengangkutan awam bagi mengatasi masalah kesesakan trafik dan memperbaiki ‘connectivity’, Kerajaan Negeri menerima pakai pendekatan berikut :
A) Tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan yang menghalang trafik
B) Melebarkan jalan raya yang sesak seperti projek Bulatan Udini ke Jalan Masjid Negeri sebanyak RM20 juta oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ataupun membina jalan pintas seperti Jalan P.Patto di Butterworth sebanyak RM7 juta oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
C) Projek jangka panjang seperti Pelan Induk Pengangkutan Awam sebanyak RM27 bilion yang merangkumi lebuhraya, LRT, kereta kabel, teksi air dan bas/teksi ; projek tiga lebuhraya berkembar di pulau dan terowong bawah dasar laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam yang bernilai RM6.3 bilion ; dan projek lebuh raya berkembar untuk Jalan Paya Terubong daripada Relau ke Farlim bernilai RM275 juta oleh MBPP.
13. Pada tahun 2017, di samping peruntukan sebanyak RM7.64 juta yang akan disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan RM2 juta untuk jalan kampung, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM47.93 juta untuk membiayai kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf jalan bagi memenuhi keperluan kepada sistem pengangkutan yang cekap dan selamat, di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas.
14. Antara projek yang akan dilaksanakan ialah pelebaran Jalan Bukit Minyak-Alma, di Seberang Perai Tengah, melebarkan jalan dan menaiktaraf jalan dari satu lorong kepada dua lorong dari Jalan Perusahaan hingga ke persimpangan lampu isyarat Jalan Tok Kangar, Seberang Perai Tengah dan membina jambatan baru merentasi Sungai Kerian di atas laluan P169 Kampung Tanjung Berembang, Seberang Perai Selatan.
15. Pada tahun 2017, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM57.57 juta bagi tujuan terlibat.
PULAU PINANG BEBAS CATUAN AIR
16. Perubahan cuaca mengakibatkan musim kemarau yang panjang serta musim tengkujuh yang pendek. Hujan akan turun dengan lebat dalam masa yang singkat. Perubahan cuaca inilah yang menyebabkan beberapa negeri menghadapi masalah catuan air kerana empangan air turun ke tahap yang kritikal ataupun kering kontang sama sekali.
17. Pulau Pinang bernasib baik kerana tidak menghadapi masalah catuan air. Perancangan serampang tiga mata pihak PBA berkesan untuk menjaminkan bekalan air yang mencukupi sehingga 2030. Tolong bayangkan dengan kepadatan penduduk yang tinggi di mana lebih 50% penduduk tinggal di rumah pangsa, dan kilang-kilang pembuatan antarabangsa yang terbesar di Malaysia, sebarang krisis air atau catuan air akan memudaratkan ekonomi dan sengsarakan rakyat. Itulah sebabnya pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah serampang tiga mata dan tegas untuk menjaminkan bekalan air dengan :-
1. Menjadi negeri pertama yang mewartakan kawasan tadahan air dengan tidak membenarkan sebarang pembangunan dalam kawasan tersebut. Empangan-empangan air di Pulau Pinang yang penuh dan tidak kering seperti di negeri lain menunjukkan bahawa kawasan tadahan air adalah sihat dan tidak ada pembangunan ataupun kawasan bukit ditarah seperti yang didakwa.
2. Memperbesarkan Empangan Mengkuang lebih tiga kali ganda dengan kos RM1.2 billion di mana ukur lilitnya sepanjang 11 kilometer.
3. Membina air paip, stesen pam, mencari sumber air alternatif dan memastikan non-revenue water (NRW) yang terendah di Malaysia bagi mengelakkan kebocoran air serta memberikan amaran kepada pihak pengurusan kanan PBAPP akan diambil tindakan sekiranya catuan air berlaku.
18. Langkah-langkah ini membolehkan Negeri Pulau Pinang mengatasi masalah perubahan cuaca yang menyebabkan musim kemarau yang panjang dengan rizab air yang mencukupi dan sumber bekalan air yang lain. Malah rizab air di Pulau Pinang adalah tertinggi di Malaysia sebanyak 31%. Sungguhpun Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang digelarkan “water stressed state” tetapi ia merupakan negeri tunggal di Malaysia yang tidak pernah mengalami catuan air.
19. Masalah perubahan cuaca juga menyebabkan musim hujan yang lebih pendek tetapi hujan turun lebih lebat. Ini menyebabkan aliran permukaan air bergerak lebih cepat kerana tidak sempat diresapi ke dalam tanah. Hujan yang amat lebat ini menyebabkan banjir berlaku merata-rata termasuk dalam kawasan yang tiada pembangunan atau yang tidak pernah mengalami banjir.
Pengurusan Pencegahan Banjir Sebanyak RM220 Juta
20. Kerajaan Negeri amat prihatin dan peka kepada rakyat yang terlibat dengan banjir di negeri ini, sepertimana yang telah berlaku pada akhir Oktober dan awal November baru-baru ini. Lazimnya terdapat dua (2) jenis banjir yang akan berlaku di kebanyakan kawasan bandar iaitu banjir besar sungai sehingga melibatkan limpahan sungai yang ketara dan banjir kilat.
21. Banjir besar sungai atau limpahan sungai berlaku apabila sungai menerima jumlah air hujan lebat yang luar biasa sehingga berlaku limpahan dan mustahil untuk air dari longkang mengalir. Ini berlaku seperti di Sungai Pinang bila hujan lebat turun sepanjang 3 hari berturut-turut sebanyak 300mm menyebabkan banjir besar berlaku, termasuk ditempat yang tidak pernah banjir.
22. Oleh kerana banjir besar sungai ini, ia memerlukan Rancangan Tebatan Banjir berskala besar atau mega. Itulah sebabnya Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang memakan kos perbelanjaan sebanyak RM350 juta.
23. Sungguhpun Kerajaan Persekutuan hanya luluskan RM150 juta, Kerajaan Negeri mengalu-alukannya dan akan terus meminta baki RM200 juta untuk melengkapkan RTB Sungai Pinang. Kerajaan Negeri yakin sekiranya RTB Sungai Pinang dapat disempurnakan dengan lengkapnya, banjir yang berlaku dalam tempoh masa 3 hari mulai daripada Hari Deepavali tidak akan berulang lagi.
24. Banjir kilat berpunca daripada longkang, sungai atau perparitan tersumbat atau kejadian air pasang tinggi semasa hujan lebat turun dan ia berlaku di sesuatu lokaliti. Kerajaan Negeri hanya berkeupayaan membiayai projek tebatan banjir untuk menangani banjir kilat dan bukannya projek air berskala besar atau segera seperti RTB Sungai Pinang.
25. Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan wang yang paling besar sebanyak RM220 juta untuk pencegahan banjir kilat di seluruh Pulau Pinang.
26. Bagi mengatasi dan mengurangkan kejadian banjir kilat, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri (JPS) telah diarah untuk menggiatkan lagi kerja-kerja pengurusan sungai, membaiki tebing-tebing sungai yang runtuh, menyelenggara infrastruktur saliran dan menyeleras projek-projek mitigasi banjir di seluruh negeri. Kami yakin di bawah Pengarah JPS yang bertenaga, kelemahan-kelemahan sebelum ini akan diatasi.
27. Untuk itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta pada tahun 2017 kepada JPS seperti berikut :-
I. Sungai Permatang Rawa, Daerah Seberang Perai Tengah berjumlah RM12.6 juta;
II. Padang Lalang/ Kg. Permatang Rawa, Daerah Seberang Perai Tengah berjumlah RM19.1 juta;
III. Bukit Tengah, Daerah Seberang Perai Tengah berjumlah RM19 juta;
IV. Taman Mangga/ Jalan Juru, Daerah Seberang Perai Tengah berjumlah RM11.5 juta;
V. Alma, Daerah Seberang Perai Tengah berjumlah RM9.6 juta;
VI. Mak Mandin, Daerah Seberang Perai Utara berjumlah RM40 juta;
VII. Sungai Relau, Bayan Baru berjumlah RM20.1 juta;
VIII. Taman Iping, Daerah Barat Daya berjumlah RM13.6 juta; dan
IX. Kampung Naran, Daerah Barat Daya berjumlah RM4.5 juta.
28. Kerajaan Negeri juga melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk projek pembinaan paip besar bagi mengalihkan air di Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang. Tanggapan orang ramai bahawa pelepasan air oleh PBAPP di Empangan Air Itam merupakan salah satu punca banjir adalah tidak benar sama sekali.
29. Demi mengikis persepsi negatif bahawa PBAPP ada melepaskan air daripada Empangan Air Itam, projek paip air besar akan dibina untuk mengalihkan air daripada Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang untuk memastikan kapasiti Empangan Air Itam tidak melebihi kapasiti 90 peratus. Langkah ini juga akan menjimatkan air dalam musim kemarau kerana air yang disalirkan daripada Empangan Air Itam dapat memenuhi Empangan Teluk Bahang.
30. Di samping itu, bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga memperuntukkan sejumlah RM11.61 juta untuk melaksana projek-projek tebatan banjir kilat di kawasan bandaraya. Antaranya, ialah menaiktaraf sistem saliran di Hilir Sungai Pinang, Sistem Saliran Bandar S10, Parit Lumba Kuda, lencongan Sungai Jelutong di Jalan Tengku serta Jalan Merican dan Lebuh McNair.
31. Di Seberang Perai pula, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mencadangkan projek-projek sebanyak RM9.45 juta untuk menangani isu banjir kilat, di mana RM7.5 juta adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan parit monsun dan kolam takungan, penyelenggaraan rumah pam sebanyak RM0.25 juta dan RM1.7 juta pula bagi projek penyelenggaraan di kawasan perindustrian.
32. Peruntukan berjumlah RM220 juta yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri dan PBAPP untuk pembiayaan projek-projek mitigasi banjir adalah pembiayaan langsung Kerajaan Negeri, PBAPP, MBPP dan MPSP dan tidak mengambil kira peruntukan sebanyak RM150 juta yang dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyempurnakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa 3.
33. Kerajaan Negeri juga ingin mencadangkan untuk menubuhkan aplikasi penyaluran maklumat kecemasan baik untuk kesesakan lalulintas ataupun banjir kilat yang dinamakan ‘Penang Alert’ agar memberikan maklumat yang tepat dan cepat. Adalah diharapkan ‘Penang Alert’ dapat berfungsi pada tahun hadapan.
PELUASAN SEKTOR TELEKOMUNIKASI
34. Penggunaan rangkaian lingkungan 4G hanya berskala kecil dan tidak mampu ke arah mencapai 5G yang merupakan masa depan kepada Industri 4.0 yang merangkumi Big Data Analytic (BDA), Cloud Computing, e-commerce dan internet of things (IOT). Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan ‟Inisiatif Telekomunikasi Menuju Ke Arah Pulau Pinang Sebagai Smart City”. Smart City memberi penekanan bukan sahaja kepada aplikasi pintar tetapi juga kepada pembelajaran berterusan, pewujudan memori (memory creation) dan experience retrieval bagi menambahbaik tadbir urus.
MENAMBAIK KEMUDAHAN AWAM
35. Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada peningkatan kualiti kemudahan awam bagi memastikan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi. Kerajaan Negeri melalui MPSP akan diperuntukkan sebanyak RM11.32 juta pada tahun 2017 untuk pembayaran bil utiliti, khususnya lampu-lampu awam dan sebanyak RM1.45 juta untuk penyelenggaraan pasar-pasar awam dan kompleks makanan. Sebanyak RM0.5 juta juga diperuntukkan bagi pembinaan paun anjing bagi merealisasikan program anjing terbiar sifar menjelang tahun 2018, di samping memperuntukkan sejumlah RM1.07 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan kompleks sukan. Kerajaan Negeri bersama-sama MPSP juga akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk menaik taraf Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi bagi memberi kemudahan kepada penduduk di Seberang Perai. Bagi pelaksanaan projek-projek kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM0.15 juta juga diperuntukkan.
36. Di bahagian Pulau pula, Kerajaan Negeri melalui MBPP telah merancang pelaksanaan pelbagai projek peningkatan kemudahan awam dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM280.01 juta. Di antaranya adalah projek menaiktaraf kemudahan penjaja, kompleks sukan, pasar dan balai rakyat. Bagi pelaksanaan projek-projek kemudahan OKU, MBPP juga memperuntukkan sebanyak RM0.15 juta pada tahun 2017.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN
37. Sektor pendidikan bukan tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Negeri memberi tumpuan yang setimpal kepada bidang pendidikan demi mempergiatkan pembangunan modal insan. Program Bantuan Pendidikan dengan agihan RM8.5 juta untuk Sekolah-sekolah Cina/Persendirian/Mubaligh, RM1.75 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan RM1.75 juta untuk Sekolah Tamil akan diteruskan pada tahun 2017. Bantuan tahunan RM1.75juta kepada SAR bukan terhenti kepada pemberian Program Bantuan Pendidikan. Sejak tahun 2009 sebanyak RM45 juta telah diberikan secara langsung melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang merupakan tambahan kepada RM1.75 juta setiap tahun. Lagipun ada peruntukan tahunan untuk pembayaran pemberian tambahan ex-gratia kepada seramai 1,550 guru KAFA, bantuan khas kewangan dan saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru agama, tahfiz, pondok dan TADIS yang dianggarkan melibatkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM2.14 juta pada tahun 2017. Selain daripada itu, peruntukan Pembangunan sebanyak RM2.15 juta juga diperuntukkan pada tahun 2017 untuk tujuan membinan baru dan menaiktaraf SAR di Negeri Pulau Pinang.
38. Pembinaan kampus baharu Kolej Universiti KDU Pulau Pinang (KDUPP) di atas tanah seluas 43 ekar tanah di Batu Kawan yang bernilai RM220 juta dijangka siap pada tahun 2019. Pelaburan bidang pendidikan ke Pulau Pinang ini dianggarkan dapat menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM2.2 bilion. Pemajuan kampus ini yang dapat menampung kapasiti maksimum seramai 5,000 mahasiswa akan menjadi universiti metropolis pertama di Pulau Pinang.
Ekonomi Digital
39. Ekonomi Digital kini merangkumi 16% daripada KDNK Malaysia. Sekiranya kita ingin mencapai sasaran 20% KDNK menjelang 2020, maka kami harus menumpukan kepada pembelajaran STEM, iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Hasrat Pulau Pinang menjadi pusat kecemerlangan bagi sains dan teknologi dicerminkan dengan inisiatif berikut :
• Penang Science Cafe yang bernilai sebanyak RM20 juta untuk memberi kelas percuma kepada kanak-kanak dalam bidang sains amali dan robotik serta kelas ‘coding’.
• Penganjuran acara tahunan Pesta Sains Antarabangsa Pulau Pinang
• Pusat Pembelajaran Karpal Singh sebanyak RM6 juta untuk belajar STEM dan ‘coding’
• Tech-Dome Pulau Pinang yang bernilai RM28 juta bagi menghidupkan kembali minat dalam sains dan teknologi
• Perpustakaan Digital sebanyak RM3 juta
• Skim Latihan Dwi-Vokasional Jerman sebanyak RM6 juta yang menawarkan kursus advanced diploma selama 42-bulan yang diiktiraf oleh Jerman, di mana pelajar dapat belajar sambil bekerja di kilang-kilang
MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI
YB Dato’ Yang di-Pertua,
40. Kerajaan Negeri akan terus memberikan tumpuan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas dan mampan. Sektor pembuatan adalah dalam keadaan sihat dengan pelaburan untuk 8 bulan pertama pada tahun 2016 adalah sebanyak RM3.77 bilion, iaitu kedudukan ketiga di Malaysia di belakang Johor sebanyak RM17.99 bilion dan Selangor sebanyak RM3.82 bilion. Pulau Pinang masih menjadi pilihan pelabur-pelabur syarikat antarabangsa berjenama.
41. Kerajaan Negeri juga akan terus mempertingkatkan lagi bantuan dan sokongan kepada IKS di Pulau Pinang melalui tiga institusi yang sedia ada, iaitu Pusat Penasihat Pasaran, Sumber dan Latihan IKS Pulau Pinang (Penang SME Market Advisory, Resource & Training – Penang SMART Centre), Pusat IKS Pulau Pinang (Penang SME Centre) berharga RM20 juta dan Perkampungan IKS Pulau Pinang (Penang SME Village). Penang SME Centre menyewakan ruang kilang dengan harga di bawah pasaran untuk membantu pengusaha baru.
42. Kerajaan Negeri juga telah membangunkan satu lagi projek IKS yang merangkumi 27 unit kilang di Taman Perindustrian Bukit Minyak. Pembangunan projek ini telah siap sepenuhnya dan dalam proses mendapatkan ‘Certificate of Completion and Compliance’ sehingga September 2016, sejumlah 21 unit kilang telah dijual.
43. Dalam industri halal, Pulau Pinang memantapkan lagi kedudukan sebagai Malaysia Best Halal Facility Provider. Selain daripada Taman Perindustrian Halal di Bukit Minyak, kapal-kapal persiaran pelancongan seperti Costa Victoria dan Star Cruise Libra yang mendapat persijilan halal telah berlabuh di Pelabuhan Swettenham pada tahun ini.
Pelancongan
44. Keadaan ekonomi yang gawat di Malaysia dikurangkan dengan pertumbuhan bilangan pelancong yang pesat. Ini boleh dilihat dengan pertumbuhan bilangan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak hampir 6% pada tahun ini. Ini sudah mencecah 6.6 juta penumpang yang melebihi kapasiti 6.5 juta penumpang.
45. Pelancongan di Pulau Pinang mungkin menyelamatkan kita menghadapi sebarang krisis ekonomi ‘ala-Trump’ sekiranya Pulau Pinang memberikan tumpuan kepada produk baru, acara baru dan pengalaman yang unik untuk pelancong. Kerajaan Negeri telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menganjurkan Pesta Pulau Pinang, Butterworth Fringe Festival, Seberang Perai Fiesta, Penang Agrofest, Konsert Budaya Jepun, Festival George Town, Pesta Belon Panas Antarabangsa Pulau Pinang dan Pameran Jerman Buddy Bears tahun ini. Kerajaan Negeri akan menganjurkan acara baru pada tahun hadapan seperti Penang International Food Festival pada bulan April dan Master Games bersama dengan Kementerian Pelancongan pada tahun 2018.
46. Produk baru bertaraf antarabangsa yang akan menarik para pelancong adalah Taman Rama-Rama yang tercantik di dunia, Entopia yang berharga RM30 juta, pembukaan sub-terrenean Penang International Convention and Exhibition Centre (SPICE) yang berharga RM300 juta, Bukit Bendera dengan tarikan hijau yang berjaya menarik RM1.6 juta penumpang setahun, Projek “taman di atas laut” seluas 60 ekar dalam projek tambakan laut Gurney Wharf, pemulihan dan pembaharuan di KOMTAR (The Top) sebanyak RM200 juta dan akhirnya projek Taman Bertema di Pulau Jerejak.
47. Kini para pelancong boleh menikmati pengalaman unik di Pulau Pinang, termasuk industri pelayaran yang menarik 1.2 juta penumpang di Pelabuhan Swettenham pada tahun 2015. Pengalaman unik boleh dialami di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Penang Design Village di Batu Kawan dan juga kawasan alam hijau di Empangan Air Mengkuang yang akan siap pada pertengahan tahun hadapan dengan ukur lilit sepanjang 11KM, serta industri penternakan ikan sangkar di atas laut yang terbesar di Malaysia.
48. Pulau Pinang merupakan lokasi pelancongan perubatan yang terunggul di Malaysia dengan 17 buah hospital swasta dan lebih 2000 katil. Pulau Pinang akan menambah sebuah lagi hospital tambahan dengan 700 katil yang akan diumumkan pada tahun hadapan. Pelaburan daripada luar negeri ini akan memperkasakan industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang dan membantu usaha Pulau Pinang menjadi Bandaraya Perubatan atau ‘Medical City’.
49. Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town adalah kebanggaan bukan sahaja bagi Negeri Pulau Pinang tetapi juga Malaysia. Selepas MOU ditandatangani dengan Aga Khan Trust For Culture dan Think City daripada Khazanah Malaysia, Kerajaan Negeri menerusi George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah memulakan beberapa projek penghijauan jalan dan taman serta pemulihan bangunan. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM2.22 juta untuk projek penyelidikan dan dokumentasi. Di antara projek besar yang dirancangkan adalah pembinaan semula bahagian bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang yang dihancurkan oleh pesawat Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
MENGKOMERSILKAN SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
50. Sektor pertanian, veterinar dan perikanan terus mencatatkan pertumbuhan positif di Pulau Pinang. Bagi sektor akuakultur, jumlah hasil yang dicatatkan bagi tahun 2015 adalah sebanyak 58,682 tan metrik dengan nilai RM1.114 bilion. Manakala hasil penangkapan ikan yang dicatatkan bagi tahun 2015 adalah sebanyak 49,782 tan metrik bernilai RM484 juta, peningkatan yang ketara berbanding tahun 2014 yang mencatatkan tangkapan sebanyak 45,880 tan metrik bernilai RM463 juta.
51. Sektor penternakan walau bagaimanapun mengalami sedikit penurunan hasil daripada RM844.10 juta pada tahun 2014 kepada RM823.11 juta pada tahun 2015 terutama bagi komoditi utama iaitu ayam dan khinzir. Secara keseluruhannya, produktiviti komoditi ayam dan khinzir telah mencapai tahap sara diri (self sufficient) dan memberi sumbangan ekonomi terbesar, iaitu 94.05% daripada Nilai Hasil Ternakan (NHT) utama negeri pada tahun 2015 dan dijangka akan berterusan pada tahun 2017.
52. Pembangunan homeplot akan dilaksanakan bagi membantu penternak mendapat sumber makanan ternakan daripada penanaman rumput yang lebih murah dan mudah untuk diuruskan sebagai alternatif daripada kebergantungan kepada makanan rumusan (dedak).
53. Sektor pertanian pula pada tahun 2015 telah mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM48 juta kepada sejumlah RM477 juta berbanding RM429 juta pada tahun 2014.
54. Di samping itu, bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan-nelayan pesisir pantai juga akan diteruskan pada tahun 2017. Program ini telah memasuki tahun ke-4 pelaksanaannya dan Kerajaan Negeri setakat ini telah membelanjakan sejumlah RM2.88 juta untuk membantu meringankan beban nelayan pesisir pantai dalam meningkatkan hasil tangkapan mereka.
Batu Kawan Agropark dan Permatang Pauh Agropark
55. Selepas kejayaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Juru, Kerajaan Negeri akan membangunkan sebidang tanah milik Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) di kawasan Ara Kuda, Penanti seluas 22 ekar sebagai Taman Agro Permatang Pauh (Permatang Pauh Agropark). Taman Agro baru ini akan memberi fokus kepada industri agroteknologi menggunakan sistem fertigasi dan mengkhususkan untuk tanaman komoditi berpotensi seperti cendawan, roselle dan herba.
56. Kerajaan Negeri juga akan terus menyumbangkan sebanyak RM250,000 kepada skim mikrokredit Tabung Usahawan Tani Muda bagi meneruskan komitmen kami untuk membantu warga tani terutamanya golongan muda untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya dan berdaya saing. Sehingga tahun ini, seramai 49 orang usahawan tani muda telah mendapat manfaat daripada program mikrokredit ini yang mana setiap usahawan menerima pinjaman sebanyak RM5000 dan hanya perlu membayar dalam tempoh 2 tahun tanpa sebarang faedah.
Seberang Perai Fiesta
57. Seberang Perai Fiesta yang berlangsung dari 14 September sehingga 18 September yang lalu telah berjaya menarik kehadiran lebih daripada 120,000 orang pengunjung ke acara Penang Food Mega Festival, Penang Agrofest dan Tanjung Art Fest. Acara yang menampilkan lebih 1000 jenis keunikan makanan yang disediakan oleh peniaga tempatan dan pameran pelbagai produk pertanian, veterinar dan perikanan ternyata telah berjaya mengumpul kutipan hasil melebihi RM 3 juta.
58. Maka demi memastikan kesinambungan kejayaan Seberang Perai Fiesta, Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM320,000 untuk maksud ini bagi memastikan kejayaan penganjuran Seberang Perai Fiesta 2017 yang dijangka bakal diadakan pada bulan Ogos tahun hadapan.
Inisiatif Pulau Pinang Bebas Denggi
59. Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan Inisiatif Pulau Pinang Bebas Denggi atau Dengue Free Penang.
60. Peruntukan sebanyak RM100,000 akan disalurkan untuk tujuan program kesedaran dan memperkasa program COMBI (Communication for Behavioral Impact) di peringkat komuniti.
61. Kerajaan Negeri juga, bercadang untuk melaksanakan strategi baru dalam mendepani penularan wabak denggi di negeri ini. Kami bercadang untuk membelanjakan RM400,000 untuk melaksanakan Sistem Pemantauan Dinamik Denggi / Zika menggunakan teknologi A.I atau dikenali sebagai Artificial Intelligence Driven Dengue / Zika Dynamic Surveillance System.
PERUMAHAN MAMPU MILIK
62. Bagi memenuhi permintaan rakyat terhadap keperluan perumahan, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Program Perumahan Awam dan Mampu Milik sebanyak 26,255 unit di semua daerah Pulau Pinang termasuk skim sewa-beli yang melibatkan 155 unit di Seberang Perai Selatan. Sebagai galakan, terutamanya kepada bumiputera untuk memiliki kediaman di tengah-tengah kawasan bandar pula, Kerajaan Negeri telah membuat pembelian sebanyak 320 unit Rumah Mampu Milik Jenis B (Kos Sederhana Rendah) di The Rise, S.P. Chelliah melalui Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang sebagai inisiatif untuk memberi keselesaan kepada rakyat bumiputera negeri ini. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM44.6 juta daripada akaun tersebut. Harga sepatutnya bagi seunit rumah termasuk tempat letak kereta adalah RM100,000, merangkumi RM72,500 untuk rumah dan RM27,500 bagi satu tempat letak kereta. Namun, Kerajaan Negeri akan menjual pada harga RM72,500 sahaja dengan menyerap RM27,500 sebagai subsidi istimewa kepada pembeli bumiputera. Unit-unit yang dibeli oleh Kerajaan untuk pembeli bumiputera tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya akan disimpan bagi pembeli bumiputera yang lain. Hasil jualan rumah ini akan diperakaunkan semula ke Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sebagai satu tabungan tidar (revolving fund) supaya dapat dimanfaatkan oleh pembeli bumi projek perumahan yang lain.
63. Pada tahun ini Kerajaan Negeri memperkenalkan Skim Sewa Beli sebagai satu lagi inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah. Syarat kelayakan untuk skim ini sama seperti syarat kelayakan unit-unit Rumah Mampu Milik Jenis A (RMM Jenis A – perumahan kos rendah).
64. Kerajaan Negeri melalui PDC juga akan membina 600 unit Rumah Mampu Milik Jenis A di Ujung Batu, Bagan Dalam dan 1200 unit Rumah Mampu Milik Jenis A di Prai. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga berharap Kerajaan Persekutuan dapat menunaikan janji untuk menambahkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancang dibina setakat 2013, di mana daripada 20,054 unit yang dibina di seluruh negara, hanya 70 unit dibina di Pulau Pinang bersamaan 0.3% sahaja!
65. Bagi menyedia kemudahan dan persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa bagi penghuni yang mendiami Rancangan Perumahan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri pada tahun 2016 telah memperuntukkan sebanyak RM12.56 juta untuk kerja-kerja menaiktaraf dan menyenggara seperti penggantian kemudahan asas yang rosak dan usang, penggantian komponen paip dan tangki air, pencahayaan, kerja-kerja pendawaian dan sebagainya. Untuk meneruskan kerja-kerja naik taraf tersebut, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM12.49 juta pada tahun 2017.
PENGURUSAN ALAM SEKITAR YANG MAMPAN
YB Dato’ Yang di-Pertua,
66. Kerajaan Negeri tidak pernah membenarkan pembalakan di hutan simpan kekal di Pulau Pinang malah tidak seinci pun boleh ditebang. Malah, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk penanaman 271,000 batang pokok baharu di seluruh negeri sejak tahun 2008. Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1.9 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk melaksana antara lain program pengurusan sumber hutan, pemeliharaan dan perlindungan, publisiti dan pengembangan.
67. Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang melaksanakan “No Free Plastic Bag” setiap hari, kempen mengharamkan penggunaan polistirena dan kempen makan sampai habis bagi mengurangkan pembaziran dan jumlah sisa organik. Kejayaan dasar ini telah nampak impaknya kerana sisa organik atau sisa dapur terdiri daripada 40% sampah yang lupus di Pulau Burung.
68. Kita seharusnya berbangga apabila negeri Pulau Pinang mencatatkan kadar kitar semula yang tertinggi di Malaysia, iaitu 32% berbanding kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 10.5% dan melebihi sasaran kebangsaan yang ditetapkan menjelang tahun 2020 sebanyak 22%.
69. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga melancarkan program perintis Mosquito Autocidal Trap atau MyMAT di tiga lokaliti hotspot yang dikenalpasti, iaitu Jalan Tuna di Seberang Perai Tengah, Taman Sri Damai di George Town dan Taman Sri Delima di Barat Daya. Sekiranya penggunaan MyMAT dalam tempoh enam (6) bulan ini terbukti keberkesannya dalam mengurangkan populasi nyamuk dan penurunan kes denggi, Kerajaan Negeri akan memperluaskan program ini ke seluruh Pulau Pinang.
NEGERI KEBAJIKAN
70. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Pusat melaksanakan cukai GST sebanyak 6% bermula April 2015. Berikutan itu, sebagai sebuah Kerajaan yang berjiwa rakyat yang memahami penderitaan rakyat golongan kurang berpendapatan, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan pengecualian cukai pintu bagi tahun 2016 kepada semua penghuni rumah kos rendah,rumah sederhana rendah dan rumah kampung/bertanah.
71. Pengecualian ini akan diteruskan pada tahun 2017. Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14,093,705.78, di mana cukai pintu yang dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8,058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6,035,077.00.
72. Selain daripada pengecualian cukai yang diberikan sebanyak RM14,093,705.78, Kerajaan Negeri juga terpaksa menanggung bebanan GST yang dianggarkan sebanyak RM46.2 juta setahun. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan MBPP dan MPSP untuk menanggung beban GST untuk tahun 2016 sebanyak RM19.36 juta yang tidak akan dibayar oleh rakyat tetapi ditanggung oleh MBPP dan MPSP. Ini juga akan diteruskan untuk tahun 2017. Ini bermakna rakyat Pulau Pinang akan mendapat penjimatan sebanyak RM19.36 juta daripada tidak perlu membuat pembayaran GST.
73. Dengan pengecualian cukai pintu untuk pemilik rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah sebanyak RM14.09 juta dan penjimatan daripada pembayaran GST bagi pihak rakyat sebanyak RM19.36 juta, MBPP dan MPSP akan menanggung kos sebanyak RM33.45 juta.
74. Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan potongan sebanyak 6% cukai pintu untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. Potongan 6% ini akan menjimatkan pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11,829,732.70 dan untuk mereka di kawasan MPSP menjimatkan RM9,907,892.00.
75. Untuk pemilik hartanah yang bukan rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah, potongan 6% cukai pintu akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP.
76. Secara keseluruhannya, ehsan Kerajaan Negeri Pakatan, MBPP dan MPSP, penjimatah rakyat adalah sebanyak RM55.19 juta seperti berikut :
1) Pengecualian cukai pintu untuk
pemilik rumah kos rendah dan sederhana rendah RM14.09 juta
2) Pengecualian bayaran GST
untuk perkhidmatan MBPP dan MPSP RM19.36 juta
3) Potongan cukai pintu 6% RM21.74 juta
———————
RM55.19 juta
============
77. Di bawah Dasar Pembangunan Desa, sebanyak RM3 juta akan diperuntukkan di bawah Projek Khas Ekonomi dengan fokus kepada Projek Bina Rumah Baru, Projek Baiki Rumah dan Projek Bantuan Peralatan untuk masyarakat desa. Selain itu, sebanyak RM200,000 akan dibelanjakan untuk menganjurkan program-program pembangunan modal insan demi melahirkan warga desa yang bermotivasi dan berdaya saing dan menjadikan mereka warga yang optima untuk bersama-sama membangunkan Negeri Pulau Pinang.
78. 1.6 juta rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat melalui bantuan kewangan RM412.63 juta yang diagihkan sejak 2008, seperti bayaran RM100 kepada warga emas, ibu tunggal , suri rumah, OKU dan murid sekolah serta bayaran one-off RM1000 sebagai khairat kematian, RM200 untuk anak baru lahir, pukat percuma 2 kali setahun kepada nelayan, RM1,000 kepada pelajar IPTA tahun pertama, bayaran tahunan RM600 kepada pemandu teksi dan RM1,200 setahun kepada penarik beca.
79. Saya ingin mengumumkan bayaran insentif RM600 diberikan juga kepada pemandu bas sekolah kerana mereka juga memberikan perkhidmatan awam yang penting kepada anak kita.
80. Bagi mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan di Sabah dan Sarawak, atas permintaan ibu bapa yang terpaksa membeli tiket kapal terbang yang agak mahal, mereka akan menerima RM 1,200 iaitu tambahan RM200 daripada RM1,000 yang diberikan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia.
WANITA DAN PEMBANGUNAN
81. Penang Women Development Corporation (PWDC) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa, khususnya di bawah program ‘Gender Responsive and Participatory Budgeting’ (GRPB) apabila menerima jemputan melalui United Nation bagi membentangkan model GRPB Pulau Pinang yang mendapat pengiktirafan. Kerajaan Negeri akan meneruskan peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta.
PEMBANGUNAN SUKAN
82. Kerajaan Negeri berbangga dengan pencapaian kontinjen Negeri Pulau Pinang dalam Sukan Malaysia, Sukan Paralimpiad dan Sukan Orang Pekak XVIII (ke-18) Sarawak 2016. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga berbangga kerana daripada 5 pingat yang dimenangi oleh kontinjen Olimpik negara, dua daripadanya disumbang oleh anak jati Pulau Pinang.
83. Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato Lee Chong Wei dan Saudara Chan Peng Soon di atas kemenangan pingat Perak Olimpik. Kerajaan Negeri telah menyumbang RM150,000 kepada Yang Berbahagia Dato’ Lee Chong Wei dan RM100,000 kepada Saudara Chan Peng Soon atas kejayaan mereka.
84. Sebagai pengiktirafan ke atas pencapaian tersebut dan galakan kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang menyertai Sukan Olimpik, Sukan Malaysia, Sukan Paralimpiad dan Sukan Orang Pekak 2016, Kerajaan Negeri telah menyumbang sebanyak RM687,625.00 sebagai insentif kepada atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama negara dan negeri.
85. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan agar kadar Skim Insentif Kemenangan Sukan Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) kepada atlet paralimpik di seragamkan dengan kadar insentif yang ditawarkan kepada atlet-atlet Sukan Malaysia (atlet normal) selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri dalam mendokong pelaksanaan taraf kesaksamaan.
86. Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk membina sebuah stadium hoki yang baru di Bukit Mertajam sebagai insentif dan galakan kepada pasukan hoki lelaki yang mendapat pingat emas dalam SUKMA XVIII Sarawak 2016. Saya difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan bahawa tender sedang dijalankan untuk projek menaiktaraf turf di Stadium Hoki Bertam yang sudah usang dan rosak.
87. Kerajaan Negeri berhasrat menaiktaraf Stadium Mini Permatang Rawa di Seberang Perai Tengah yang melibatkan padang bola sepak dan ‘club house’. Selain itu, pembinaan Kompleks Kolam Renang dan Badminton oleh MBPP di Relau sebanyak RM20 juta dijangka siap pada tahun 2017. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk membina sebuah kolam renang bertaraf antarabangsa yang dilengkapi dengan platform untuk sukan terjun air di Ampang Jajar, Permatang Pauh. Selain itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menubuhkan Perbadanan Pengurusan Stadium untuk menguruskan semua stadium di Pulau Pinang.
PEMBANGUNAN BELIA
88. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) menyediakan platform untuk pembangunan belia dengan program-program pendidikan sains, sukan seperti bola sepak, sepak takraw dan bola keranjang serta peluang pekerjaan. PYDC juga menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Negeri Pulau Pinang untuk memupuk perpaduan serta menjadi belia yang bersemangat, berdikari dan berkemampuan.
MEMPERKASAKAN AGAMA ISLAM
89. Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam saban tahun bermula daripada bajet 2009 mencecah RM50 juta setahun dan adalah di antara yang tertinggi. Di samping itu, mengenang jerih perih, bakti dan sumbangan pegawai masjid dan guru-guru agama, Kerajaan Negeri sejak tahun 2009 lagi telah memberi insentif dan bayaran khas kewangan kepada mereka, setakat akhir 2015 berjumlah kumulatif RM28.77 juta. Pada tahun semasa 2016 sehingga kini, Kerajaan Negeri telah menyumbang sejumlah RM4.57 juta kepada pegawai masjid, guru-guru agama dan para huffaz.
90. Untuk tahun 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM49.37 juta untuk pembangunan Hal Ehwal Agama Islam termasuk pembiayaan bagi sumbangan dan bantuan khas kewangan pegawai masjid, guru-guru agama dan para huffaz.
MENGERATKAN HUBUNGAN MASYARAKAT
91. Peranan JKKK adalah penting bagi menjadi penghubung di antara pihak Kerajaan Negeri dengan akar umbi khususnya masyarakat kampung. Sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi Pengerusi dan Setiausaha, elaun bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50 daripada RM650 kepada RM700 untuk Pengerusi dan RM550 kepada RM600 untuk Setiausaha JKKK. Ini akan menambahkan kos sebanyak RM352,800 kepada RM6,857,200.00 setahun.
PENGURUSAN PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN
Y.B. Dato’ Yang di-Pertua,
92. Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 adalah untuk mendapat kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat Perbelanjaan Bekalan sebanyak RM1,327,457,200 (Ringgit Malaysia: Satu Bilion, Tiga Ratus Dua Puluh Tujuh Juta, Empat Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu, Dua Ratus) untuk 19 jabatan bagi tahun 2017, seperti mana perincian di Risalah Bil. 3 Tahun 2016. Selain daripada itu, peruntukan sejumlah RM27,057,500 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tujuh Juta, Lima Puluh Tujuh Ribu, Lima Ratus) diperlukan untuk Perbelanjaan Tanggungan tiga (3) jabatan mengikut undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, jumlah keseluruhan Perbelanjaan Mengurus yang dianggarkan pada tahun 2017 ialah RM1,354,514,700 (Ringgit Malaysia: Satu Bilion, Tiga Ratus Lima Puluh Empat Juta, Lima Ratus Empat Belas Ribu, Tujuh Ratus).
93. Bagi tahun 2017 , Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM687,413,100 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Lapan Puluh Tujuh Juta, Empat Ratus Tiga Belas Ribu, Seratus) iaitu jangkaan jumlah hasil yang hampir sama dengan tahun semasa 2016. Selain daripada sumber hasil Kerajaan Negeri yang terhad serta tiada punca hasil baru, kutipan hasil daripada faedah dan perolehan daripada pelaburan juga dijangka menurun disebabkan oleh penurunan bayaran dividen dan kadar faedah simpanan tetap, yang seterusnya menyumbang kepada anggaran hasil Negeri yang setara untuk tahun 2017.
94. Jangkaan hasil Negeri bagi tahun 2017 tidak meningkat, namun Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan untuk mengekalkan perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Negeri supaya masih sama dengan anggaran tahun 2016. Mengambil kira kepada keperluan untuk menggiatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan, menyedia kemudahan pinjaman kepada badan-badan berkanun negeri, merangsang serta menjayakan transformasi ekonomi negeri dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat, maka tidak dapat tidak, telah mengakibatkan kepada pembentangan bajet defisit untuk tahun 2017.
95. Secara rumusan, anggaran defisit untuk Belanjawan 2017 ialah RM667.1 juta berbanding dengan anggaran defisit 2016 sebanyak RM292.13 juta. Akan tetapi lebihan belanjawan 2016 dijangka dapat dicatatkan tahun ini. Sama dengan anggaran belanjawan 2015 yang juga berdefisit RM230 juta tetapi akhirnya juga dapat mencatatkan lebihan belanjawan sebenar sebanyak RM71.78 juta pada akhir 2015.
96. Kerajaan Negeri mempunyai obligasi untuk pembayaran Emolumen yang telah meningkat sebanyak 6.39% kepada RM175.95 juta pada tahun 2017 berbanding dengan RM165.38 juta bagi tahun 2016 yang disebabkan oleh kenaikan pergerakan gaji tahunan; perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan yang meningkat sebanyak 1.64% kepada RM149.67 juta untuk perbelanjaan penyelenggaraan, sewaan, kerja-kerja pembaikan, kos bekalan dan utiliti serta bayaran kenaan GST dan peningkatan perbelanjaan perolehan Aset sebanyak 14.83% kepada RM8.44 juta untuk pembiayaan pembelian peralatan, kerja-kerja pembaikan bangunan dan kemudahan serta pembelian kenderaan bagi jabatan-jabatan kerajaan. Selain daripada ketiga-tiga komponen perbelanjaan Mengurus tersebut, komponen perbelanjaan mengurus yang terbesar ialah perbelanjaan di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap yang meningkat sebanyak 55.27% kepada RM1,014.54 juta pada tahun 2017 berbanding dengan RM653.39 juta bagi tahun 2016. Punca peningkatan yang ketara ini adalah disebabkan peningkatan jumlah pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan, iaitu pindahan sebanyak RM790 juta pada tahun 2017 berbanding pindahan RM220 juta dalam bajet 2016. Pemberian selainnya adalah termasuk pemberian di bawah program bantuan sosial dan kesejahteraan rakyat dianggarkan RM117 juta, perbelanjaan bagi faedah, dividen dan kenaan bayaran hutang negeri berjumlah RM3.87 juta, bayaran pencen dan ganjaran berjumlah RM8 juta, tuntutan insuran dan pampasan sejumlah RM10 juta dan bayaran berjumlah RM42.11 juta kepada badan-badan berkanun negeri.
97. Anggaran perbelanjaan Mengurus 2017 adalah berjumlah RM1,354.51 juta (termasuk pindahan RM790 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan). Sekiranya pindahan RM790 juta daripada Akaun Hasil Disatukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan tersebut dikecualikan sebagai ‘perbelanjaan’, maka anggaran perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 ialah sebanyak RM564.51 juta dan masih boleh dibiayai daripada jumlah hasil yang dijangka dikutip (RM687.41 juta).
98. Cadangan bajet Pembangunan Negeri bagi tahun 2017 pula berjumlah RM887,437,890 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Lapan Puluh Tujuh Juta, Empat Ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu, Lapan Ratus Sembilan Puluh) yang merupakan peningkatan sebanyak 541.32 juta atau 156.4% jika dibandingkan dengan jumlah Bajet Pembangunan sebanyak RM346.12 juta pada tahun 2016. Peningkatan yang bertambah ini ialah bagi peruntukan kemudahan pinjaman yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sebanyak RM30 juta untuk membiayai Kos Penggantian Aset dan Menaiktaraf Loji Rawatan dan Takungan Air dan RM609 juta kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk tujuan pembiayaan kos pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur bagi menggalakkan pembangunan yang seimbang terutamanya di kawasan Seberang Perai. Tumpuan pembangunan ini akan dapat menggerakkan ekonomi Negeri Pulau Pinang kerana Seberang Perai boleh menjadi penggerak utama pembangunan ekonomi masa hadapan. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada kedua-dua PBAPP dan PDC juga tidak menimbulkan risiko kewangan, memandangkan Kerajaan Negeri akan mula mendapat pulangan termasuk keuntungan pinjaman pada tahun 2018 dengan jangkaan keuntungan melebihi RM120 juta dalam tempoh lapan (8) tahun seterusnya. Mengikut nisbah perbelanjaan 2017, peruntukan pembangunan berbanding mengurus yang disediakan ialah 61.12 : 38.88.
99. Sekiranya perbelanjaan pembangunan sebanyak RM887.44 juta dibandingkan bersama dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM564.51 juta daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2017 sebanyak RM1,451.95 juta maka perbelanjaan pembangunan merupakan 61.1% daripada jumlah besar Belanjawan manakala perbelanjaan mengurus hanya sekadar 38.9%. Ini menunjukkan penekanan Kerajaan Negeri keatas perbelanjaan pembangunan agar memenuhi halatuju ke arah menubuhkan Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan.
100. Mengambil kira bajet keseluruhan (Mengurus dan Pembangunan) yang dicadangkan bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM1,451.95 juta (tidak termasuk pindahan RM790 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan) dan Anggaran Hasil tahun 2017 pula sejumlah RM687.41 juta, maka ianya menyumbang kepada bajet defisit sebanyak RM667.10 juta. Bajet defisit yang ketara ini tidak berpunca daripada perbelanjaan Mengurus langsung sebanyak RM564.51 juta tetapi disebabkan oleh pindahan RM790 juta daripada Akaun Hasil Disatukan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk pembiayaan projek-projek Pembangunan yang dirancang berjumlah RM887.44 juta. Anggaran defisit atau kekurangan RM667.10 juta yang dijangka dalam Bajet 2017 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri. Kerajaan Negeri menganggarkan defisit RM230.31 juta pada tahun 2015 tetapi telah mencatatkan lebihan RM71.78 juta yang pada akhir tahun kewangan 2015 dan seterusnya menyumbang kepada rizab terkumpul berjumlah RM952.53 juta.
101. Sememangnya jangkaan defisit bagi tahun 2017 melonjak naik dengan mendadak sekali, walau bagaimanapun, ianya tidak akan menjejas perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri dan semua komitmen pembiayaan bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan, bantuan-bantuan sosial rakyat, pemberian serta program-program Agenda Ekonomi Saksama akan diteruskan seperti mana dijanjikan.
102. Dari segi perincian peruntukan Pembangunan yang disediakan untuk sembilan (9) jabatan seperti di Risalah Bil. 3 Tahun 2016, Maksud Pembangunan P01 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan disediakan peruntukan yang paling tinggi iaitu RM707.61 juta untuk tahun 2017. Peningkatan ketara ini berpunca daripada pertambahan peruntukan kemudahan pinjaman iaitu dari jumlah RM100 juta yang disediakan pada tahun semasa 2016 kepada pinjaman berjumlah RM639 juta untuk tahun 2017. Bagi tujuh (7) jabatan selainnya, peruntukan Pembangunan yang disediakan untuk tahun 2017 adalah hampir sama dengan peruntukan tahun 2016. Bagi Maksud Pembangunan P10 Jabatan Taman Botani pula, peruntukan 2017 yang dimohon ialah RM0.31 juta, iaitu pengurangan sebanyak RM1.63 juta daripada peruntukan tahun semasa RM1.94 juta
PERKHIDMATAN AWAM
103. Mengenai bonus, sebagai penghargaan tambahan bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri bersetuju mengambil kira kenaikan harga barangan termasuk minyak petrol, minyak masak dan bahan-bahan subsidi yang lain serta meluluskan bayaran bonus akhir tahun bersamaan dengan 0.5 bulan atau 1/2 bayaran gaji bulanan penjawat awam atau minimum RM700.00. Kerajaan Negeri juga meluluskan bayaran tambahan lagi sebanyak 0.25 bulan atau 1/4 bulan gaji kepada mereka yang tidak mengambil cuti sakit swasta melebihi 4 hari sehingga November 2016 serta tidak diluluskan cuti sakit tambahan di bawah Peraturan 17 (a) Perintah Am Bab C sebagai insentif kehadiran kerja. Adalah diharapkan bayaran bonus ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun mendatang.
104. Bagi tujuan pembayaran 1/2 bulan gaji tersebut yang melibatkan keseluruhan 4,178 penjawat awam ianya adalah berjumlah RM4.19 juta. Manakala anggaran bagi pembayaran bonus tambahan 0.25 atau 1/4 bulan gaji masih belum dapat ditentukan. Kesemua bayaran bonus akan dibayar pada bulan Disember 2016.
105. Di samping itu pembayaran kepada 1,502 Penyelia dan Guru KAFA, 225 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 522 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina sebanyak RM300.00 seorang dan RM200.00 seorang kepada seramai 279 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM786,000.00 kepada kumpulan ini akan juga dibayar pada Disember 2016.
106. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin ucapkan terima kasih atas sumbangan semua penjawat awam daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Saya juga menzahirkan penghargaan kepada YB Dato’ Seri SUK yang banyak membantu menjayakan dasar Kerajaan Negeri. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya juga mengucapkan “Selamat Bersara” kepada YBhg. Dato’ Mokhtar Mohd Jait yang bersara wajib sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Ucapan terima kasih diucapkan kepada bekas Penasihat Undang-Undang Negeri, YBhg. Dato’ Aliza Sulaiman yang telah dipindahkan ke Putrajaya. Selamat bertugas ditujukan kepada YB Dato’ Anas Zaki, Penasihat Undang-Undang Negeri baru dan juga YB Sarul Bahiyah binti Haji Abu atas lantikan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru.
107. Seperti mana yang telah saya jelaskan, walaupun Kerajaan Negeri membentangkan bajet defisit sebanyak RM667 juta untuk tahun 2017, namun komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan projek pembangunan yang mensejahterakan rakyat diteruskan dan bantuan khas kewangan yang lazimnya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri akan juga diperuntukkan dalam tahun 2017 nanti. Adalah diharapkan sepertimana yang berlaku sejak 2008, setiap kali Belanjawan Defisit dibentangkan, tetapi Kerajaan Negeri tetap mampu mencatatkan Belanjawan lebihan kerana urustadbir CAT dan kepimpinan yang bersih.
108. Saya amat berharap kepada gandingan dan permuafakatan pemimpin serta rakyat dapat merealisasikan aspirasi ke arah negeri keusahawanan dan kebajikan serta dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kepada Negeri Pulau Pinang yang tercinta.
Y.B. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
——-Mandarin —
2017年度槟州财政预算案
槟州首席部长林冠英于2016年11月15日(星期二)在槟州立法议会
提呈2017年度供应法案演讲稿(重点摘要)
迈向企业与福利州
“川普化”的世界经济前景
2-国家经济因2015年度的5%的成长,导致今年要达到4.5%的经济成长面对了挑战。槟城在2015年成长了5.5%,预料今年将成长5%。作为一个依赖世界商贸的州属,我们将受到2016年世界整体国内生产总值预料只有3.1%的影响。不过这一切预估都是在被称为“黑天鹅事件”、也就是川普当选为美国新一任总统发生之前。
3-如果川普真的向中国及墨西哥宣布贸易战,并且向在外国投资设厂的美国企业征税,这将会影响甚至推翻世界经济增长的预估。我们如今确实身处在可能航向世界经济危机的不确定时代中。
4-为了克服这“黑天鹅事件”的冲击,州政府采纳企业州与福利州的模式,以面对可能在2017年登陆并袭击槟城的“川普化”全球经济危机,同时建设一条正轨让勤勉的槟城人民在未来仍然能拥有同等机会实现并成就他们的梦想。
经济挑战
5-随着1MDB 520亿令吉丑闻被揭发、马币急速贬值、从食油到石油的物价高涨、实施消费税及所谓的内陆税收局“贪婪式”地追税举动,马来西亚及槟城面对着严峻的国内经济危机。上述所有因素已经减少了大量资金在货币及经济市场流通,导致各行生意衰退及工人阶级拮据。
6-2017年的经济预料将会更加不景。与其他州属相比较,槟城将能减少经济不景的负面冲击,因为槟城在2015年服务业与制造业已经平衡地各占槟城国内生产总值的50%与45%。
7- 我们槟城州也面对三大主要挑战, 那就是增加公共房屋及可负担房屋、交通阻塞及水灾。州政府没有办法在联邦政府方面找到解决方案,但是我们我们主张“迈向企业及福利州”做为槟城所面对的三大挑战的解决方案。
8-企业州属于寻求公共、私人界及人民的合作及伙伴关系,好让他们参与某个项目,获取最高的回酬并创造极大的社会影响力。所谓的公私合作关系(PPP)需要各方的资金及时间,但是这方面的努力必须由私人界及人民领导。政府必须减少他们所扮演的角色。这将能够让非政府的专家驱动一个项目直到成功。
企业州
9-虽然槟城缺乏天然资源,但是槟城能以三项主要条件实现成为企业州:
1) 良好及廉洁施政
2) 建设硬体设施与基础设施
3) 培养人才
10-州政府透过能干、公信、透明的CAT良好与廉洁施政。能干、公信与透明的管理实现了多项成就,当中有:
• 槟城2008至2015年8年来创下5亿7400万令吉盈余的纪录,比国阵1957至2007年过去50年来治理下所累积的3亿7300万令吉盈余还要多。换言之,我们在8年内比过去50年来表现更佳!
• 槟城的资产在过去8年来已经翻倍,从8亿5000万令吉增长至16亿令吉,8年来的杰出表现,再一次超越过去50年来的表现。
• 若以2008至2015年与2000至2007年的8年来相比较,槟城制造业所获得的投资已经成长87%,从原有的294亿令吉增加至549亿令吉,而且在就业机会方面从10万6583人增加至12万8317人,增加了20%的就业机会。槟城的失业率是全国最低的州属之一,只有1.6%,目前仍有2万个工作职缺。
• 海上养鱼业也急剧增加,从2007年的2714.6吨增加至2015年的2万8964.95吨,急剧增加近10倍。
• 槟城在作为衡量收入差距的基尼系数(Gini coefficient)当中,其基尼系数已经从2009年的0.419减少至2014年的 0.364,也就是说这5年来槟城的收入差距已经减少了13%,相比较目前全国的基尼系数为0.401。在以霹雳州比较,2009年霹雳州的基尼系数同样也是0.419,不过其2014年的基尼系数为0.366,其收入差距的基尼系数仍比槟城略高。
• 自2008年起,槟城的债务已经减少90%,是全国债务最低的州属,截至2015年底,只有6900万令吉的债务。这6900万令吉的债务与13州共168亿令吉或彭亨的29亿令吉、沙巴的26亿令吉、砂拉越的25亿令吉、吉打的23亿令吉及吉兰丹的13亿令吉,简直就是小巫见大巫。
• 2007年,槟城国内生产总值的增长在全国垫底,但在2015年,槟城最终扭转乾坤,成为国内生产总值的全国冠军。(详见附件)
• 2015年,槟城人均国内生产总值为4万4847令吉,比全国的人均国内生产总值3万7104令吉要高。
• 槟城杰出的经济表现,可以从州内的实际转变看出端倪,槟城以前被批评为全马最肮脏的州属之一,如今已经转变为清洁、绿化、安全与健康的州属。在威省我们兴建了很多新路,而在槟岛市中心我们也在20年首次建设新的阿末诺路,此外我们也兴建北海的拉惹乌达路及大山脚的宋万庆路。
• 我们的成功不是纸面数据而已,而是这8年来实际能看到的改变,例如我们重启及复新各项被搁置荒废的房屋计划,旅游景点如光大、升旗山、乔治市、槟城国际体育馆的复新及崭新的威省大礼堂建设。
兴建基础设施
11- 在面对交通阻塞及水灾问题方面,州政府将采纳短期、中期及长期方案。
总值5757万令吉的道路工程
12- 为加强州内的道路联系及公共交通以解决交通阻塞问题,州政府将采纳以下步骤:
A) 指示执法员将阻碍交通的车子拖走
B) 在严重阻塞的道路展开加宽工程,如乌迪尼路至州回教堂路(由槟岛市政厅支付2000万令吉),及在北海P巴都路由公共工程局耗资700万令吉兴建绕行公路。
C) 长期的解决方案包括总值270亿令吉,囊括高速公路、轻快铁、缆车、水上德士、巴士、计程车等的公共交通大蓝图。槟岛将有3条平行公路,及耗资63亿令吉、衔接新关仔角至峇眼亚占的海底隧道。其他计划则包括价值2亿7500万令吉、从发林至湖内的垄尾平行公路 。
13- 2017年,除了总值764万令吉作为维修州级公路,以及200万令吉作为维修乡区道路之用的拨款外,州政府也将额外拨出4793万令吉,用在缴付兴建及提升道路工程,以减少交通阻塞及提供有效的公交系统。
14- 其中将进行的工程包括威中武吉敏惹路加宽、威中商业路(Jalan Perusahaan)衔接至督港尔(Jalan Tok Kangar)交通灯路口的桥身加宽,从一条车道路增至两条车道,还有在 P.169路段兴建桥梁横跨河流至威南丁仔鐳渡。
15- 2017年,槟州政府为道路工程准备了5757万令吉的拨款。
槟城免于配水之苦
16- 气候变化导致旱季变得很长、雨季变得短。降量雨在很短的时间内暴增。气候变化导致几个州属面对配水问题,因为水坝的水位跌到危险水平甚至干涸。
17- 槟城很幸运,因为我们没有面对制水问题。槟城水供机构多管齐下,有效地确保供水充足至2030年。试想像,槟城有超过50%的居民住在组屋、全马最大的外国制造厂也在槟城,一旦发生水供危机或配水,这将会打击经济及累及人民。 因此,州政府采取多个措施,确保水供充足:
1. 成为第一个将集水区在宪报上公布的州属,不允许集水区范围用作任何发展。槟州的水坝水量充足、不像其它的州属那样干涸,证明我们的集水区是健康、无发展,也不是被指控的山坡被破坏。
2. 孟光水坝耗资12亿令吉扩建三倍,周长达11公里。
3. 兴建水管、泵水站、寻找其它水源,并确保我们的无收益水为全马最低,以避免漏水问题,我们也警告槟州供水机构若发生配水事件,该机构高级官员将被对付。
18- 这些措施让槟城可以解决气候变化所带来的长旱问题,我们的储备水源让我们有足够的水供及其他水源。目前槟城的储备水达31%,为全马最高。虽然槟城经常被喻为“水量压力州”,但我们是全马唯一没有面对配水问题的州属。
19- 气候变化也导致雨季缩短但是暴雨频密。这导致地表水流因为来不及渗透进入土壤里而窜流。暴雨导致四处水灾,甚至发生在没有发展的地区及不曾发生水灾的地区。
总值2亿2000万令吉的治水管理
20- 州政府非常关注影响州民的水灾问题,如在最近的10月杪及11月初所发生的水灾。基本上州内城市区的水灾分2类,即因主干河水大幅度泛滥而引致的大水灾,以及闪电水灾。
21-主干河水灾或河水泛滥而引发的水灾,一般上是由不寻常的大雨、倾盆降雨量导致河水泛滥、沟水无法往河流去而引发的。槟榔河在面对一连3天、共300毫米的降雨量后引发了大水灾,这也包括了一些从未水灾的地区也淹水。
22- 就是因为河流引发的大水灾,所以我们才需要大型或超级大型的治水计划。这也是为什么双溪槟榔治水计划需要用到3亿5000万令吉来进行。
23- 尽管联邦政府仅批准了1亿5000万令吉的拨款作为治水计划之用,但是州政府依然表示欢迎。当然,我们也会继续追讨剩余的2亿令吉,以完成有关的双溪槟榔治水计划。州政府有信心,一旦双溪槟榔治水计划完工,类似屠妖节期间3天内频密发生水灾的事故将不会重演。
24-闪电水灾则是源自于水沟、河流或排水系统阻塞,或者是下大雨时刚好遇到涨潮。一般上它发生在一些地方。州政府的能力,只能支付闪电水灾的治水工程,而不是类似双溪槟榔治水计划般的大型或紧急治水计划。
25- 我谨此宣布,州政府将会拨出最大笔的拨款,也就是2亿2000万令吉,作为整个槟州的防止闪电水灾治水计划之用。
26- 为了解决和减少闪电水灾,槟州水利灌溉局已被指示,加强河道管理工作、修复坍塌的河床、维修排水设施及在全州展开各治水工程。我们坚信,在具魄力的水利灌溉局主任之领导下,之前的弱点将可以获得改善。
27- 为此,在2017年,槟州政府准备了1亿5000万令吉的拨款予水利灌溉局,拨款事项如下:
I. 威中鱼池新路河,总额1260万令吉;
II. 威中巴当拉浪/鱼池新路,总额1910万令吉;
III. 威中武吉丁雅,总额1900万令吉;
IV. 威中福山园/柔府路,总额1150万令吉;
V. 威中阿尔玛,总额960万令吉;
VI. 威北麦曼珍,总额4000万令吉;
VII. 峇央峇鲁湖内河,总额2010万令吉;
VIII. 西南区怡槟花园 (Taman Iping),总额1360万令吉;和
IX. 西南区纳兰(Kampung Naran),总额450万令吉。
28- 槟州政府也通过槟州水供机构,准备多达5000万令吉的拨款,以兴建更大的水管,将亚依淡水坝的水导向直落巴巷水坝。很多人认为槟州供水机构在亚依淡水坝放水是导致水灾的其中一个主因,这是不对的。
29- 为了摒除有关槟州供水机构放水的负面印象,我们将兴建大水管以将亚依淡水坝的水导向直落巴巷水坝,以确保亚依淡水坝的水量不会超过90%。此举可以在旱季时节水,因为亚依淡水坝流出的水可以填满直落巴巷水坝。
30- 此外,2017年,州政府通过槟岛市政府厅拨出了1161万令吉,开展在市区的防水工程。水渠道提升工程包括槟榔河支流、S10城市排水系统、跑马园、日落洞河支流的登姑路、Jalan Merican 以及过港仔横街。
31- 在威省,槟州政府通过威省市政局推行各项计划,包括拨出945万令吉解决闪电水灾事宜,其中750万令吉用以提升防洪沟和蓄水池,25万令吉提升泵房,170万令吉进行工业区提升计划。
32-槟州政府和槟州供水机构将拨出的2亿2000万令吉,以支付治水工程的各项提升计划,这笔款项是由州政府、槟州供水机构、槟岛市政厅及威省市政局直接出资,并没有包括联邦政府所承诺将拨出的1亿5000万令吉完成双溪槟榔第三期治水计划的款项。
33- 州政府也建议设立输送紧急事故的应用程式“槟城警报”,用以发布紧急事故的最新进展,这包括交通阻塞、闪电水灾等,为民众提供准确及迅速的讯息。我们期望“槟城警报”可以在明年开始投入运作。
扩大通讯领域
34-目前4G通讯规模仍小,能力不足以提升至5G通讯,而5G通讯却是迈向工业革命4.0的必备设施,所谓工业革命4.0包括了大数据分析、云端电脑、电子商务及物联网。有鉴于此,州政府推行“槟城迈向精明城市的通讯倡议”。所谓的精明城市不再只局限于宽频应用而已,尚包括永续学习、记忆创建及经验提取作为提升管理的要件。
提升公共设施
35- 州政府着重提升公共设施品质,以确保人民享有高生活素质。州政府将于2017年通过威省市政局拨出1132万令吉缴付公共账单,特别是路灯的设备,以及145万令吉用以维修公共巴刹和饮食中心。为了达到2018年“零流浪狗”目标,将拨款50万令吉作为建设流浪狗收留中心。此外,州政府也将拨款107万令吉维修和提升运动中心之用。州政府和威省市政局将拨款300万令吉提升巴达威礼堂,以惠及威省人民。此外,州政府也将拨出15万令吉建设能力差异人士(OKU)友善设施。
36- 槟岛方面,州政府已通过槟岛市政厅策划提升各公共设施,预计将花费2亿8001万令吉,这包括提升小贩中心、运动中心、巴刹和民众会所。槟岛市政厅也将在2017年拨出15万令吉建设能力差异人士(OKU)友善设施。
透过教育栽培人才
37-即便管辖教育的权力隶属联邦,并不在州政府的权限之内,但州政府仍会积极协助,尽全力发展人力资本。在教育补助计划将在2017年继续进行,也即是华校、独中及教会学校将获得850万令吉;人民宗教学校获175万令吉;淡米尔学校则获175万令吉。自2009年起,我们也共拨出了4500万予州伊斯兰教事务局,是为人民宗教学校175万令吉年度拨款外的额外补助。除此之外,州政府也补助1550名宗教老师,2017年预计拨款214万用奖励金给宗教师、宗教学校老师及宗教幼儿园老师等。另,明年也将拨款215万令吉做兴建及提升宗教学校之用。
38-位于峇都交湾占地43英亩的槟城伯乐大学学院新校园,即将在2019年竣工,这项工程共耗资2亿2000万令吉。相关在槟城的教育总发展价值将达22亿令吉。这座新校园落成以后,将可容纳5000名大专生,并且会成为槟州第一所都会大学。
数码经济
39-数码经济如今在大马的国内生产总值占据了16%,若我们要在2020年实现20%的目标,我们就得专注在STEM教育,也就是科学、科技、工程与数学。槟城有志于成为科学与科技卓越中心所作出的努力如下:
• 耗资2000万令吉的槟城科学咖啡馆,提供学童免费的课程,包括应用科学、机器人概论及程式编码。
• 主办年度槟城国际科学展
• 耗资600万令吉的卡巴星学习中心,提供学习科学、科技、工程、数学以及程式编码。
• 耗资2800万令吉的槟城圆顶科学馆以启蒙及重新唤起年轻人对科学与科技的兴趣
• 耗资300万令吉的数码图书馆。
• 斥资600万令吉推行德国双向技职课程,该专业文凭课程为时42个月,学生可以一边在工程工作一边学习。
启动经济成长
40-州政府将专注在制造业与服务业以启动活力与永续的经济成长。槟城制造业目前正处于良好与健康状态,2016年首8个月的投资额为37亿7000万令吉,位居全国第3,排在柔佛179亿9000万令吉及雪兰莪38亿2000万令吉之后。槟城仍然是著名国际品牌的投资选择。
41-州政府也透过其3个所拥有的机构,持续协助槟城的中小型企业,如槟城中小型企业咨询资源与培训中心(Penang SMART Cetre)、耗资2000万令吉的槟城中小型企业中心(Penang SME Centre)及槟城中小型企业村(Penang SME Villag)。槟城中小型企业中心提供比市场低廉的租金予承租厂房空间的中小型企业创业者。
42-州政府也正在进行另一项中小型企业的建设项目,在武吉敏惹工业区兴建27座厂房单位。这项建设项目已经完工,目前只待竣工及完工使用准证,截至2016年9月,已经卖出了当中的21座厂房。
旅游
44-马来西亚的经济危机将仰赖增长的游客量来打救。从槟州国际机场的乘客增长率来看,我们今年的乘客多达660万,成长率为6%,已经超过了机场650万乘客的负荷量。
45-在我们面临“川普化”的经济危机之际,槟州旅游业或许能把我们从水深火热之中打救出来,而前提是槟州必须继续推出全新的旅游产品、活动节目,以及独特的旅游经验来吸引游客。今年,槟州政府已投资了数百万令吉用以举办槟城同乐会、北海艺穗节、威省嘉年华、槟城农业盛会、日本动漫祭、乔治市艺术节、槟城热气球国际嘉年华以及德国国际巴迪熊展出等。接下来,我们将会更上一层楼,于明年4月推出全新的槟城国际美食节,以及在2018年和旅游部共同举办亚太区大师运动会(Master Games)。
46-我们的新旅游产品当中,包括具备国际水平的虫鸣大地(Entopia),这座价值3000万令吉的新馆,是世界最美的蝴蝶公园,预计将能吸引更多的游客前来朝圣。即将开幕的槟城国际会展中心共耗资3亿令吉,落成以后必然全城瞩目。除此之外,我们也有每年吸引160万游客的升旗山、60英亩大的“海上公园”葛尼水岸、2亿令吉的光大复兴计划,以及木蔻山内的主题公园。
47-去年,我们的游轮带来了120万游客。游客来到槟城将能体验这里独有的旅游经验,譬如他们能畅游乔治市古迹区,再到峇都交湾的Penang Design Village,或是绿油油的孟光水坝去。我们的海上渔业养殖场也是全国最大的。
48-槟城的医药旅游是全国最佳的,目前拥有17所私人医院内含超过2000张病床。未来,槟城将再增添一所拥有700张病床的新医院。我们将在明年作宣布。此项外国的投资将能强化槟州的医药旅游,让槟城成为一座“医疗城市”。
49-名列世界遗产的乔治市古迹区,不仅是槟州的光荣,也是全马的荣耀。在国库控股公司子公司Think City和阿加汗文化信托签署备忘录后,州政府透过乔治市世界遗产机构启动了数个绿化马路、建设公园及维修建筑物的计划。州政府亦将拨出222万令吉作为研究及记录之用。其中一项策划中的大计划为修复在二战期间被日本轰炸而损坏的槟州博物馆部分建筑。
商业化农业及养殖业
50- 农业、畜牧业及渔业继续在槟城取得积极的成长。在养渔业方面,2015年的产量达5万8682公吨、价值11亿1400万令吉。而2015年渔获量为4万9782公吨、价值4亿8400万令吉,比起2014年价值4亿6300万令吉的4万5880公吨还多。
51- 畜牧业则面对产量下跌的情况,产值从2014年8亿4410万令吉下跌至2015年8亿2311万令吉, 特别是主要商品鸡肉及猪肉。总体而言,槟州鸡肉及猪肉已经达致自给自足的水平并为经济带来极大的贡献,占了2015年畜牧生产总值94.05%,估计将会持续至2017年。
53- 农业获收则从2014年的4亿2900万令吉,增至2015年的4亿7700万令吉,增加了4800万令吉。
54- 此外,2017年我们将继续提供捕鱼具援助给予浅海渔民。这项计划已经迈入第四个年头,州政府至今已经拨出288万令吉来协助浅海渔民提升他们的捕获量。
峇都交湾和峇东埔农业中心
55-继柔府永续食品生产园成功推行后,州政府通过槟州首长机构,将在本南地阿拉古拉(Ara Kuda) 一片22英亩的地段,提升为峇东埔农业中心。全新的农业中心将专注于农业耕作科技及施肥系统,以商业化有潜质的农产品,如蘑菇,洛神花及草药。
56- 州政府将会拨出25万令吉,推行年轻农民企业家基金计划,延续履行承诺以期协助农民,尤其鼓励年轻农民成为一名成功并具有竞争能力的企业家。截至今年,共有49名年轻企业家通过微型贷款计划获益。每名企业家得到5000令吉零利息贷款,他们只需在2年内还清款项。
威省嘉年华
57- 于9月14日至9月18日举办的威省嘉年华成功吸引超过12万人出席参与是项槟城大型食物展销会,槟城农业展览会和丹绒艺术节。活动中备有超过1000种由本地小贩准备的独特食物,各式各样的农产品、动物和渔业等,总共带来300万令吉的收入。
58- 为了确保威省嘉年华持续取得成功,州政府建议拨出32万令吉予2017威省嘉年华举办当局。2017威省嘉年华预料于明年8月举行。
槟城消灭骨痛热症计划
59- 州政府建议展开槟城消灭骨痛热症计划,或槟城杜绝骨痛热症(Dengue Free Penang)。
60- 州政府将拨出10万令吉在各社区展开醒觉运动,并在社区展开强化“沟通以改变行为”(COMBI -Communication for Behavioral Impact) 。
61- 槟州政府也建议实行新策略,应对州内骨痛热症的蔓延,我们建议花费40万令吉使用A.I科技,或称为骨痛热症人工智能驱动/兹卡动态监视系统的骨痛热症/兹卡病毒动态监测系统。
可负担房屋
62-为满足人民对房屋的需求,槟州政府推出了公共房屋及可负担房屋计划,在槟州各县共计2万6255单位,包括威南155单位先租后售的房屋。为鼓励土著在城市中心购买房屋,槟州政府透过槟州土著房屋基金,在SP齐来也路的The Rise 购买了320间中廉价屋,特别供土著申请。州政府也投入了4460万令吉在有关方面。相关房子附停车位,原价为10万令吉,其中房子为7万2500令吉,1个停车位的价格则是2万7500令吉。尽管如此,州政府将以7万2500令吉的价格出售予土著,并吸纳另外的2万7500令吉,作为给土著购屋者的特别津贴。这些由州政府购买并打算售予土著的房子,即便卖不出也不会释放出来。所有买卖的收益最终归土著房屋委员会的户头,以便协助更多的土著购买房屋。
63-今年,州政府推出了先租后售的房屋买卖计划,以协助低收入户购买房屋。有关计划的参与条件与购买A类型可负担房屋(廉价屋)一样。
64-州政府通过槟州发展机构分别在峇眼达南乌绒峇都兴建600间A型可负担房屋和北赖兴建1200间A型可负担房屋。同时间,州政府也希望联邦政府能够履行承诺,实行早已在2013年策划增加的人民组屋计划。这项计划是全国2万零54间人民组屋中,槟州只有70间组屋,也相等于0.3巴仙而已。
65- 为了提供便利予州政府房屋计划下的居民,让他们得以有更舒适的家居环境,州政府在2016年已拨出1256万令吉作为各项提升计划,包括更换及维修损坏和陈旧的基本设施,更换水管和水槽,加强光线,电线配置安装工作等。为了延续这些提升计划,州政府于2017年共拨出1249万令吉。
永续的环境管理
66- 州政府不曾批准槟岛永久森林保留地的伐木活动,一寸也不可以。从2008年起,州政府特设拨款,以在全州栽种27万1000棵新树。2017年,州政府也拨款190万令吉给州森林局,以进行各种森林资源管理活动、保护、维修、宣导及发展。
67- 槟城也是唯一一个天天都是“无免费塑料袋”的州属,我们也通过禁用保丽龙。这些活动的成功可以从浮罗武隆垃圾场40%的垃圾为有机废料或厨余可以看出。
68- 我们应该感觉骄傲,槟州已经创下全马再循环率最高的记录,达32%。全国的再循环率为10.5%,我们也超越了全国2020年再循环22%的目标。
69- 同时,槟州政府也在3个热点区进行自动捕蚊陷阱(MyMAT) 测试,3个热点是威中督拿花园、乔治市的斯里达迈花园和西南县的斯里德里玛花园。若此措施在6个月内证明有效减少蚊子和骨痛热症,槟州政府将全面推展这项活动。
福利州
70-在联邦政府于2015年4月实施6%的消费税后,州政府十分关心低收入户的情况,作为一个以民为本的政府,我们深刻了解人民的感受,所以在2016年我们免掉了廉价屋、中廉价屋及村屋的门牌税。
71-有关免门牌税的政策将在2017年延续下去。这将使廉价屋、中廉价屋以及村屋的拥有者一次性省掉了1409万3705令吉78仙,当中,槟岛市政厅占805万8628令吉78仙,而威省市政局则占603万5077令吉。
72-除了免掉1409万3705令吉78仙的门牌税外,州政府也被迫承担每年高达4620万令吉的消费税。州政府经指示两个地方政府即槟岛市政厅及威省市政局自行吸纳总共1936万令吉的消费税,让人民喘一口气。2017年,有关政策也将继续持续,换言之,槟州人民将在这一年因为不必缴交消费税而省掉1936万令吉。
73-在廉价屋、中廉价屋免门牌税后,槟岛市政厅及威省市政厅将承担相关的1409万令吉,加上吸纳1936万令吉的消费税后,意味两个地方政府明年需要承担3345万令吉。
74-我在这里宣布,州政府将给予其他类型的房屋6%的门牌税折扣。有关优惠将使槟岛区居民省却1182万9732令吉70仙,威省居民省掉990万7892令吉。
75-给予非廉价屋及中廉价屋外的房屋6%门牌税折扣,将使槟岛市政厅及威省市政局少收2174万令吉。
76-总括而言,槟州希望联盟政府、槟岛市政厅及威省市政局一共替人民节省了5519万令吉,详情如下 :
1) 廉价屋及中廉价屋免门牌税 1409万令吉
2) 槟岛市政厅及威省市政局将自行吸纳消费税 1936万令吉
3) 其他类型门牌税折扣6% 2174万令吉
———————
5519万令吉
============
77- 在城乡发展政策下,州政府将透过特别经济计划,拨出3百万令吉,着重于建设新房屋、房屋维修和协助乡村社区器具的活动。此外,州政府也将拨出20万令吉,作为举办人力资源发展活动,提升村民的动力和动力,打造他们为优秀州民为槟城贡献。
78- 槟州政府从2008年开始拨出4亿1263万令吉进行各惠民计划,共有160万槟州子民受惠,这些惠民计划包括发出100令吉给乐龄人士、单亲妈妈、全职家庭主妇、残疾人士、快乐学生,还有一次性1000令吉抚恤金计划给逝世乐龄人士、200令吉宝贝计划、每年提供两次新渔网给渔民、一次性1000令吉给首年进入本地大学的大学生、每年提供600令吉给德士司机和每年1200令吉给三轮车夫。
79- 我谨此宣布,州政府也将提供校车司机辅助金600令吉,因为学生巴士司机提供我们孩子重要的公共服务。
80-对于入读沙巴和砂拉越本地大学的学子们,他们父母向州政府要求协助以应付不便宜的机票,到东马本地大学深造的学子们将获得1200令吉,也就是除了西马本地大学生获得的1000令吉外,他们将额外得到200令吉。
妇女与发展
81-由州政府所成立的槟州妇女发展机构已展翅飞往国际,其性别回应与参与式预算案(GRPB)计划获得联合国邀约呈现。这表示,槟州性别回应与参与式预算案(GRPB)计划的模式获得承认。州政府将继续拨出150万令吉年度拨款予该机构。
体育发展
82-槟州政府为槟城运动员在第18届马来西亚残障人士和聋哑人士运动会上的成就感到光荣,也很光荣国家运动员荣获奥运会5面奖牌,其中2面奖牌为槟州子民所贡献。
83-恭贺拿督李宗伟和陈炳顺取得奥运会银牌,州政府已奖励拿督李宗伟15万令吉和陈炳顺10万令吉。
84-为了奖励和肯定槟城运动员在奥运会、大马运动会、2016年大马残疾人士和聋哑人士运动会的努力,州政府已颁发68万7625令吉给他们作奖励。
85-州政府已制订槟州运动员奖励金(SKIMAS),一致化残疾运动员和普通运动员的奖励金,以符合槟州政府支持公平政府的目标。
86-州政府议决在大山脚建一座钩球体育馆,作为男子钩球队在第18届2016年于砂州举行的大马运动会获得金牌的奖励和鼓励,我从青年体育部长处得知该部门正招标,以提升损坏已久的柏淡钩球体育馆。
87-州政府有意提升威中鱼池新路迷你体育馆的足球场和“俱乐部”。此外,槟岛市政厅耗资2千万令吉在湖内建设的游泳池和羽球场预计在2017年竣工,槟州政府已同意在峇东埔安邦惹惹建造一座拥有跳水板设施的国际水准游泳池。此外,槟州政府有意成立运动馆管理机构来管理州内所有体育馆。
促进社区团结
91-槟州乡村发展及治安委员会是拉近州政府和草根关系的链接人,尤其在乡区内更扮演着重要的角色。为了鼓励主席和秘书们提升表现,他们每月的津贴将增加50令吉,即主席的津贴从650令吉增加至700令吉,秘书津贴从550令吉增加至600令吉。这项将使我们的开销增加35万2800令吉,至每年685万7200令吉。
94-预料2017年州内的收入将不会增加,然而州政府别无选择必须维持州内的行政与发展开销,以便仍然跟2016年的预估一样。考量到建设项目所需、各项准备出借给州内各机构的设施及为了人民福祉所做出的各项经济转型计划,因此才会有2017年的赤字财政预算。
95-2017年预算所预估的赤字为6亿6710万令吉,而2016年财政预算所预估的赤字是2亿9213万令吉。不过预料今年的2016年预算最终将再次实现财政盈余,就跟2015年槟财案预估一样,原本预估2亿3000万赤字,但最终2015年仍然获得7178万令吉的盈余。
97-2017年的行政开销是13亿5451万令吉(涵盖转为发展基金的7亿9000万令吉)。如果不把这项从统一收入户口中转移到发展基金的7亿9000万令吉计算在这项开销之内,州政府2017年的行政开销为5亿6451万令吉,仍然在2017年预估收入的负担范围之内,2017年预估收入为6亿8741万令吉。
98-2017年槟城州的发展开销预算为8亿8743万7890令吉,比2016年的发展开销预算增加了5亿4132万令吉或156.4%,2016年的发展开销预算为3亿4612万令吉。发展开销预算的增加来自于州政府拨款借贷槟供水机构3000万令吉以负担更新所拥有的资产及提升滤水厂及水库,另外6亿900万令吉则拨款借予槟发展机构作为征地用途、基础设施建设以鼓励更平衡的发展建设,特别是威省地区。对于这项发展建设的专注,将驱动槟城州内的经济,因为威省将会是未来槟城经济发展的火车头。上述州政府准备借贷予槟供水机构及槟发展机构的资金并不会出现财政危机,因为自2018年开始州政府将会获得回酬,包括借贷所获得的利润,预料将在接下来的8年内获得1亿2000万令吉的回酬。2017年州预算案的发展开销与行政开销的比例是61.12比38.88。
99- 2017年度财政预算案的14亿5195万令吉中,若以发展开销预算的8亿8744万令吉,与行政的开销5亿6451万令吉相比,发展开销占了预算案的61.1%,行政开销只占38.9%。这显示州政府强调发展开销,以指导槟城带向一个企业州。
100-纵观2017年包括行政与开销的整体预算一共为14亿5159万令吉(不包括转为发展基金的7亿9000万令吉),2017年预料收入6亿8741万令吉,所以这项6亿6710万令吉的赤字预算并不是因为5亿6451万令吉的行政开销所致,而是因为7亿9000万令吉从统一收入户口转移至发展基金,以承担8亿8744万令吉的各项发展建设项目。这项2017年财政预算的6亿6710万令吉赤字将由州储备金承担。州政府在2015年财案预料将赤字2亿3031万令吉,不过2015年终却盈余7178万令吉,并将此盈余收归拥有9亿5253万令吉的储备金。
公共服务
103-关于花红,作为2016年的额外奖励,州政府同意考量到百货上涨,包括油价,食油价格,其他统制品等因素,州政府批准发放半个月薪水或至少700令吉的花红给公务员。州政府也同意批准额外的0.25个月之全勤津贴予不曾拿过超过4天私人诊所开出的病假(至2016年11月)及在第17(a)项基本条规第C章下不曾获得批准额外病假的公务员。希望这笔花红能够提升士气,在来年提供更优质的服务表现。
104- 半个月花红的发放共涉及4178名公务员,总款额419万令吉。另外,关于0.25或1/4个月薪水的预算开销尚未确定。所有花红将在2016年12月发放。
105- 另外,1502名宗教与义务班(KAFA)的教师及主任,225名小学宗教教师,185名中学宗教教师和522名独立中学教职员,每人获得300令吉;同时每人200令吉给予州内279名诵经教师、宗教亭子及伊斯兰幼稚园教师。这项组别78万6000令吉的额外开销同样将于2016年12月分发。
2006-2007
Rank STATE 2006 2007 % changeRM Increase
1 Sabah 12,138 14,104 16.20% 1,966
2 Kelantan 6,752 7,662 13.50% 910
3 Kedah 10,821 12,160 12.40% 1,339
4 Perak 13,233 14,832 12.10% 1,599
5 Pahang 18,108 20,160 11.30% 2,052
6 Sarawak 27,782 30,790 10.80% 3,008
7 Johor 16,996 18,753 10.30% 1,757
8 Terengganu 17,692 19,476 10.10% 1,784
9 WP Kuala Lumpur 45,519 49,687 9.20% 4,168
10 Negeri Sembilan 22,796 24,605 7.90% 1,809
11 WP Labuan 31,281 33,687 7.70% 2,406
12 Selangor 24,571 26,359 7.30% 1,788
13 Perlis 13,555 14,500 7.00% 945
14 Melaka 22,065 23,415 6.10% 1,350
15 Pulau Pinang 29,624 31,381 5.90% 1,757
2014-2015
Rank STATE 2014 2015 % changeRM Increase
1 Pulau Pinang 42,130 44,847 6.40% 2,717
2 WP Labuan 55,566 58,577 5.40% 3,011
3 Kedah 17,329 18,249 5.30% 920
4 Perak 24,132 25,418 5.30% 1,286
5 Johor 28,089 29,539 5.20% 1,450
6 Selangor 40,536 42,611 5.10% 2,075
7 WP Kuala Lumpur 90,464 94,722 4.70% 4,258
8 Pahang 29,341 30,343 3.40% 1,002
9 Melaka 38,656 39,853 3.10% 1,197
10 Kelantan 11,748 12,075 2.80% 327
11 Negeri Sembilan 35,865 36,699 2.30% 834
12 Perlis 20,999 21,394 1.90% 395
13 Terengganu 26,397 26,529 0.50% 132
14 Sabah 19,723 19,734 0.10% 11
15 Sarawak 44,596 44,012 -1.30% -584