Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa kecewa bahawa Kementerian Pengangkutan hanya akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(LTAPP) di bawah Rolling Plan Kedua(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 7.4.2016.

Kerajaan negeri Pulau Pinang berasa kecewa bahawa Kementerian Pengangkutan hanya akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang(LTAPP) di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11). Ini bermakna bahawa Kementerian Pengangkutan hanya akan memohon pada tahun depan untuk menaiktaraf LTAPP.

Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan saya di Parlimen oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Sekiranya permohonan penaiktarafan ini diluluskan pada 2017 pun, kerja pembinaan akan makan masa sekurang-kurangnya 3 tahun yang bermakna projek pembesaran paling awal boleh siap adalah 2021 atau 2022. Masa itu jumlah penumpang yang kini mencecah 6.26 juta penumpang, akan jauh melebihi kapasiti sedia ada LTAPP, iaitu 6.5 juta penumpang setahun yang akan menambahkan kesesakan di LTAPP yang begitu kritikal.

Soalan akan ditanya mengapa pihak Kementerian tidak buat perancangan yang lebih awal lagi yang menunjukkan sikap yang tidak serius dan prihatin ke atas sebuah lapangan terbang yang di antara paling beruntung kepada kerajaan persekutuan. Adalah diharapkan juga tambahan tempat letak kereta di LTAPP sebanyak 3,000 boleh dilaksanakan dalan dua fasa pada 2017 dan 2018.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]
TARIKH : 4 APRIL 2016 (KHAMIS)
SOALAN : 26

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kos operasi dan untung/rugi Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang setiap tahun dan rancangan memperbesarkannya kerana telah melebihi kapasiti 6.5 juta penumpang. Bilakah ia boleh dilaksanakan dan mengapakah rancangan tempat letak kereta berkapasiti 3, 000 lot atau sebuah hotel 4 bintang tidak dilaksanakan.

JAWAPAN

Ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) merupakan syarikat awam yang mengendalikan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia. Dari 39 lapangan terbang, cuma sebilangan kecil sahaja yang mengalami keuntungan dan keuntungan ini digunakan untuk perkongsian subsidi (cross subsidise) keseluruhan operasi lapangan terbang termasuk STOL ports. Prestasi dan laporan kewangan Kumpulan Syarikat MAHB didedahkan dalam bentuk gabungan seluruh lapangan terbang. MAHB tidak mengeluarkan maklumat berkaitan keuntungan (atau kerugian) bagi setiap lapangan terbang yang dikendalikannya. Ini kerana pendedahan berasingan akan memberi kesan kepada persaingan MAHB dan memberi implikasi terhadap harga saham dan sebagainya.

Pada tahun 2015, jumlah trafik penumpang yang telah dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) adalah sebanyak 6.26 juta penumpang berbanding kapasiti sedia ada lapangan terbang tersebut iaitu 6.5 juta penumpang setahun. Kementerian ini mempunyai perancangan untuk menaiktaraf LTAPP supaya dapat menampung kapasiti sehingga 10 juta penumpang setahun dan akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11).

Berhubung kemudahan tambahan tempat letak kereta di LTAPP, MAHB akan membina tempat letak kereta bertingkat yang mempunyai kapasiti 3,000 lot melalui 2 fasa yang mana setiap fasa akan menyediakan 1,500 lot tempat letak kereta dan masing-masing akan siap beroperasi pada suku pertama tahun 2017 dan suku pertama tahun 2018.

—–Mandarin —–

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英于2016年4月7日在乔治市光大发表声明:

槟州政府感到失望,因为交通部仅会在第十二大马计划第二滚动计划下,提呈扩建槟州国际机场的计划。换句话来说,交通部只会在明年才开始筹谋提升槟州国际机场。

这是交通部长拿督斯里廖中莱在国会回答我的书面提问时,所给予的答案。若按此说法,要是提升槟州国际机场的计划在2017年获得批准,这意味我们必须花多至少3年的时间作为硬体建设之用,这些工程最早都要在2021或2022年才能竣工。然而我们目前的年乘客流量已达626万,距离机场可负荷的一年650万已相去不远,要是再不赶快提升,恐怕将使机场变得更加拥挤混乱。

我们感到好奇的是,槟州国际机场作为国内最赚钱的机场,但为何交通部却没有及早规划,这在在的显示有关部门马虎及不严谨的态度,实为令人诟病。我们殷切希望,交通部至少可在增建停车场上加速行动,在2017及2018年期间,分两期兴建一座可停放3千个车位的停车场。

国会问答:

要求交通部长列明槟城国际机场每年的运营成本,盈利或亏损和机场扩建计划。槟机场乘客流量已达650万人次,何时落实容纳3千辆车的停车场或4星级酒店的计划,为何还没展开有关计划。

回复:

大马机场控股公司是一家管理全马39座机场的上市公司,39座机场中只有一小部分机场有盈利,这些盈利作为所有机场的交叉补贴(cross subsidise),包括短场起降机场(STOL ports)。大马机场控股公司以综合方式来呈献业绩和财务报告,并不提供个别机场的盈利或亏损资料,因为这将影响大马机场控股公司的竞争和股票价格等等。

槟城国际机场在2015年达626万人次的乘客量,机场目前可容纳的乘客人数是每年650万人次。交通部有计划提高槟城国际机场至每年能容纳1千万人次乘客量,将提呈拨款申请,以在第十二大马计划第二滚动计划下进行。

有关槟城国际机场增建停车场计划,大马机场控股公司将通过两期计划兴建3千个停车位的多层停车场,每一期建1千500个停车位,将分别在2017年第一季和2018年的第一季开始操作。