Press Statement By DAP Secretary-General Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 12.12.2013.
Malaysia Justified As World Champion Of Corruption With USD 370.38 Billion (RM1.2 Trillion) Of Dirty Money Or Illicit Outflow Of Funds Between 2002-2011 From Crime, Corruption And Tax Evasion.
Malaysia’s exceptional performance as the world champion of corruption is justified with of RM173.84 billion (US$54.18 billion) of illicit funds outflow or dirty money siphoned out of Malaysia in 2011, ranked fourth worst in the world. For 2011, Malaysia is behind giants Russia (US$191.14 billion), China (US$151.35 billion) and India (US$84.93 billion).
According to Washington-based financial watchdog Global Financial Integrity (GFI) Report, despite a smaller population Malaysia has a higher illicit funds outflow than many larger populated countries in the world from 2002-11 of USD 370.38 billion.
Crime, corruption and tax evasion has been identified as amongst the main causes. With a total of RM1.2 trillion or USD 370.38 billion lost from dirty money between 2002-11, this huge loss of funds from dirty money is larger than Malaysia’s GDP this year or next year.
Every country on the top 10 list of shame, has a population larger than Malaysia. There is no doubt that on a per capita basis, Malaysia wins hands down as the world champion of corruption validating the new title awarded by Transparency International and Wall Street Journal over the last one year.
The BN Government should address this shameful title accorded to Malaysia by punishing those responsible for huge financial scandals such as the RM 52 billion bumis shares scandal where ordinary Malays missed out on these shares which disappeared presumably to BN leaders, the RM14 billion Port Klang Free Trade Zone scandal and the annual exposes of financial malpractices highlighted in the annual Auditor-General Report(involving amounts of RM 6.5 billion in 2012). To date no one has been punished.
Clearly Bank Negara Malaysia (BNM) has been ineffective and incompetent at best and at worst downright irresponsible and criminally negligent in stopping the illicit outflow of funds despite setting up a task force in 2010 to implement measures to stop the outflow of dirty money. Perhaps Malaysia should follow the British model of creating the world’s first central public registry of corporate beneficial ownership information to stop dirty money.
Lim Guan Eng
——BM Version —–
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 12 Disember 2013.
Benarlah Malaysia juara dunia korupsi dengan USD370.38 bilion (RM1.2 trilion) aliran wang haram ke luar negara antara 2002-2011 hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai.
Prestasi cemerlang Malaysia sebagai juara korupsi dunia diwajarkan dengan RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2011, keempat paling teruk di dunia. Bagi tahun tersebut, kedudukan Malaysia berada di belakang Rusia (USD191.14 bilion), China (USD151.35 bilion) dan India (USD84.94 bilion).
Menurut laporan pemerhati kewangan berpusat di Washington, Global Financial Integriti, walaupun populasi Malaysia kecil, ia memiliki aliran keluar wang haram yang lebih tinggi berbanding negara dengan populasi lebih besar di dunia antara tahun 2002-2011 dengan jumlah USD370.38 bilion.
Jenayah, rasuah dan pengelakan cukai telah dikenalpasti sebagai penyumbang utama. Dengan jumlah kerugian besar sebanyak RM1.2 trilion atau USD370.38 bilion dalam bentuk wang haram antara tahun 2002-2011 ini, jelas sekali bahawa jumlah kerugian daripada wang haram ini adalah lebih besar daripada KDNK Malaysia untuk tahun ini mahupun tahun hadapan.
Setiap negara di kedudukan 10 tertinggi dalam senarai terbabit mempunyai bilangan jumlah penduduk yang lebih ramai berbanding Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa secara per kapita, Malaysia muncul juara dunia dalam gejala rasuah dan mengesahkan gelaran yang diberikan Transparency International dan Wall Street Journal dalam jangka setahun yang lalu.
Kerajaan Barisan Nasional mesti mengambil tindakan ke atas penganugerahan gelaran yang begitu memalukan kepada negara ini dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas skandal-skandal kewangan seperti skandal saham Bimputera bernilai RM52 bilion, di mana orang Melayu biasa terlepas peluang mendapatkan saham-saham ini yang barangkali ghaib ke tangan-tangan pemimpin BN; skandal RM14 bilion Port Klang Free Trade Zone serta pendedahan saban tahun pihak Ketua Audit Negara tentang kegagalan mengurus kewangan (yang melibatkan dana berjumlah RM6.5 bilion dalam tahun 2012). Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang menerima sebarang hukuman.
Jelas sekali Bank Negara Malaysia (BNM) tidak efektif dan tidak cekap; malah langsung tidak bertanggungjawab dan lalai dalam menghentikan pengaliran keluar wang haram ini, walaupun telah mewujudkan jawatankuasa bertindak pada tahun 2010 untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menghentikan aliran keluar wang haram. Barangkali Malaysia harus mencontohi model British yang mewujudkan pendaftaran awam berpusat bagi maklumat pemilikan berfaedah korporat bagi menghentikan aliran wang haram.
LIM GUAN ENG
—–Mandarin Version —–
民主行动党秘书长林冠英于2013年12月12日在吉隆坡发表声明:
马来西亚成为世界贪污冠军,在2002年至2011年之间,有3703亿8000万美元(1.2兆令吉)的黑钱或违法资金,通过罪案、贪污及逃税流出国外。
马来西亚“独树一帜”,成为贪污冠军,在2011年,非法外流资金或黑钱达1738亿4000万令吉(541亿8000万美元),位居世界第四糟的国家。2011年,马来西亚黑钱外流排名在俄罗斯(1911亿4000万美元)、中国(1513亿5000万美元)及印度(849亿3000万美元)之后。
总部设于华盛顿的全球财务廉洁报告指出,虽然马来西亚的人口很少,但是,我国非法资金外流在2002年-2011年期间达3703亿8000万美元,情况比其它人口众多的国家还高。
罪案、贪污及逃税已经被视为是非法资金外流的最主要原因。在2002年至2011年期间,我国损失了1.2兆令吉或3703亿8000万美元,这笔外流的巨额非法资金,比今年或明年我国国内生产总值还多。
这个可耻的贪污排行榜首10个国家,各国的人口都多过马来西亚。无疑,就人口比例而言,马来西亚“击败”众国,成为贪污的世界冠军,确认了去年国际透明及华尔街日报所给的新封号。
国阵政府应该要回应这个加在我国的可耻封号,严惩那些导致巨额金融丑闻的涉案人士,比如520亿令吉土著股权不知所踪,普通马来人并没有获得这些股票,大概已经给了国阵领袖、140亿令吉巴生自由港口贸易区以及每年总稽查报告所突出的财务管理不当(2012年导致约65亿令吉损失)。至今都没有人被对付。
很明显地,国家银行充其量并无效率也不能干,最糟的是在这个问题上完全展现其无力阻止非法资金外流的不负责任和过失,尽管当局已经在2010年设立特别小组来执行任务阻遏非法资金外流。或许马来西亚应该像英国那样,设立世界第一个企业全部实益资料的公共登记中心,以杜绝黑钱。
林冠英