Malaysian “catharsis” Towards A People-centric Government That Respects Democracy, Truth, Freedom, Justice, Integrity And Social Welfare.(en/bm/cn)

Speech By Penang Chief Minister And DAP Secretary-General Lim Guan Eng To 40 DAP MPs And State Assemblypersons Throughout Malaysia During Their Learning Tour In Penang Released In Kuala Lumpur On 13.6.2013.

Aristotle, the Greek philosopher was amongst the first to introduce the word “catharsis”, that has been defined as “a purification or purgation that brings about spiritual renewal or release from tension”. Malaysians also have to go through this purification to being about a spiritual renewal towards a people-centric government that respects democracy, truth, freedom, justice, integrity and social welfare.

BN’s resistance towards this spiritual renewal for all Malaysias are resisted by regressive and extremist forces led by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yassin. Malaysian political life is dominated by Malays and DAP have never even demanded for the post of the Prime Minister or the Deputy Prime Minister. Yet Mahathir can distort the results of Election 2013 demonstrate “Chinese racism”, fanned by the DAP to ensure the community’s domination of Malaysian politics.

Mahathir and UMNO is trying to distract attention from the fact that BN lost the popular vote for the first time in history in winning only 47% as compared to PR’s 51% of the popular vote by framing the results racially as a Chinese-vs-Malay vote. This was not a demographic but more of a spatial or geographical “urban-rural” divide where PR won the urban vote but lost the rural votre, encompassing all races whether Malays, Indians, Chinese Ibans or Kadazans.

Extremists in UMNO ignore the fact that the Chinese only form 25% of the country’s population. Even if every Chinese supported PR, where did the remaining 26% of the popular vote come from. In Terengganu with less than 5% Chinese voters, was it the Chinese voters that caused UMNO to nearly lose the state which UMNO won by only 2 seats of 17-15?

Again when Mahathir claims that only Karpal Singh was elected into the DAP Central Executive Committee, then are Sdr M Kulasegaran, Gobind Singh Deo and Zairil Khir Johari who were also elected in the CEC also Chinese? UMNO again lied that DAP won in Chinese majority areas ignoring the unprecedented results of DAP Malay and Chinese candidates winning in Malay majority areas by comfortable majorities such as:-

1. Seremban parliamentary seat in Negeri Sembilan won by Sdr Anthony Loke by a majority of 12,553 votes or 53% of the popular vote in a seat with 44% Malay voters, 14% Indian and 41% Chinese voters;

2. Raub parliament seat in Pahang with 50% Malay, 40% Chinese 6% Indian and 4% others;

3. Duyong state seat in Melaka with 50% Malay voters;

4. Mentakab state seat in Pahang with 52% Malay, 40% Chinese 6% Indian and 2% others; and

5. Derga state seat in Kedah won by Tan Kok Yew with 1,156 votes, a seat with 56% Malay, 39% Chinese and 4% Indian and 1% others.

DAP is more representative of Malaysia than either UMNO or MCA or MIC by having elected representatives who are Chinese, Indian, Malay and Kadazan. What is certain that Mahathir is willing to kill his Vision 2020 Bangsa Malaysia in pursuit of his racist agenda. Sadly Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is willing to see his Deputy Tan Sri Muhyidin kill off his 1Malaysia slogan in support of Mahathir.

UMNO is using racism so that they can avoid addressing the real reasons for BN’s loss of popular vote by 51% of Malaysians, as a clear rejection of BN’s corruption, cronyism and abuse of power. Malaysians have to stoically face up and overcome provocative actions such as a racist boycott against products made by Chinese busineses, demonising the Chinese as enemies of the Malays, Tan Sri Muhyidin openly threatening not to assist the Chinese community and even Utusan Malaysia wanting to celebrate the murder of innocent Malaysians in the May 13 racial riots.

We are encouraged by the courageous actions of many Malays who have rejected this racist agenda of UMNO and Utusan Malaysia. We must not lose hope but continue this journey of catharsis towards this spirit of renewal for a new Malaysia. Remember what the American philosopher Eric Hoffer said, “No matter how noble the objectives of a government, if it blurs decency and kindness, cheapens human life and breeds ill will and suspicion – it is an evil government”.

LIM GUAN ENG

—-BM Version —-
Ucapan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada 40 Ahli Parlimen dan ADUN DAP seluruh Malaysia sempena lawatan sambil belajar mereka ke Pulau Pinang, disiarkan di Kuala Lumpur pada 13 Jun 2013.

‘Catharsis’ Malaysia menuju kerajaan mesra rakyat yang menghormati demokrasi, kebenaran, kebebasan, keadilan, integriti dan kebajikan sosial.

Filsuf Greek, Aristotle adalah antara yang pertama memperkenalkan perkataan ‘catharsis’ yang telah diertikan sebagai ‘pembersihan atau penyucian yang membawa kepada pembaharuan rohani serta kelegaan daripada tekanan’. Rakyat Malaysia juga mesti melalui proses pembersihan ini untuk membawa pembaharuan rohani ke arah menuju kerajaan mesra rakyat yang menghormati demokrasi, kebenaran, kebebasan, keadilan, integriti dan kebajikan sosial.

Tentangan BN terhadap pembaharuan rohani untuk semua rakyat Malaysia ini dirintangi oleh kuasa-kuasa ekstrem dan regresif yang diketuai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hayat politik Malaysia dikuasai oleh orang Melayu dan DAP tidak pernah langsung menuntut posisi Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri. Begitu pun Mahathir masih boleh memutar belit keputusan pilihan raya umum 2013 kononnya menunjukkan ‘perkauman Cina’ yang dimarakkan oleh DAP bagi memastikan dominasi komuniti tersebut dalam politik Malaysia.

Mahathir dan UMNO sedang cuba mengalih perhatian bahawa BN telah kalah undi popular untuk pertama kali dalam sejarah dengan hanya mendapat 47% undi popular berbanding 51% yang dimenangi Pakatan Rakyat; dengan hanya membingkai keputusan dengan bingkai perkauman Cina lawan Melayu. Ini sebenarnya bukanlah sangat keterbahagian demografik tetapi lebih kepada pecahan ruang atau gografi antara bandar dan desa; di mana Pakatan Rakyat menang undi bandar tetapi tewas di luar bandar; merangkumi semua kaum tanpa mengira Melayu, India, Cina, Iban atau Kadazan.

Puak pelampau dalam UMNO tidak menghiraukan fakta bahawa masyarakat Cina hanyalah 25% daripada jumlah populasi negara. Kalau pun setiap seorang Cina menyokong Pakatan Rakyat, dari mana datangnya baki 26% undi popular itu? Di Terengganu dengan kurang daripada 5% pengundi Cina, apakah pengundi Cina juga penyebab UMNO hampir kehilangan negeri tersebut yang dimenanginya dengan hanya dua kerusi dengan nisbah 17 kepada 15?

Dan kemudian apabila Mahathir mendakwa bahawa hanya Karpal Singh yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, adakah Sdr M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Zairil Khir Johari yang juga dilantik ke dalam CEC juga berketurunan Cina? UMNO sekali lagi menipu bahawa DAP memenangi undi di kawasan majoriti Cina sambil tidak mempedulikan keputusan bersejarah calon Melayu dan Cina DAP yang menang di kawasan majoriti Melayu dengan jumlah majoriti selesa seperti di:

1. Seremban Kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dimenangi Sdr Anthony Loke dengan majoriti 12,553 undi atau 53% undi popular di kawasan 44% pengundi Melayu, 14% pengundi India dan 41% pengundi Cina,

2. Raub kerusi Parlimen di Pahang dengan 50% Melayu, 40% Cina 6% India dan 4% lain-lain;

3. Duyong kerusi DUN di Melaka, dengan 50% pengundi Melayu,

4. Mentakab kerusi DUN di Pahang dengan 52% Melayu, 40% Cina, 6% India dan 2% lain-lain; dan

5. Derga kerusi DUN di Kedah dimenangi Tan Kok Yew dengan 1,156 undi, kawasan yang mempunyai 56% Melayu, 39% Cina, 4% India dan 1% kaum lain.

DAP lebih mewakili Malaysia berbanding UMNO atau MCA atau MIC dengan mempunyai wakil rakyat dari kalangan Cina, India, Melayu dan Kadazan. Apa yang pasti ialah Mahathir malah rela membunuh Bangsa Malaysia Wawasan 2020 nya demi menurut agenda perkaumannya. Malang sekali, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak rela melihat timbalanyya Tan Sri Muhyidin Yasin pula membuinuh slogan 1Malaysia nya demi menyokong Mahathir.

UMNO menggunakan rasisme untuk melepaskan diri daripada menangani punca sebenar BN kehilangan 51% undi popular rakyat Malaysia, sebagai petanda jelas penolakkan terhadap korupsi, kronisme dan salahguna kuasa BN. Rakyat Malaysia dengan tabah berdepan dan mengatasi tindakan-tindakan provokatif seperti boikot yang rasis terhadap produk yang dihasilkan perniagaan orang Cina, memburuk-burukkan orang Cina sebagai musuh orang Melayu, Tan Sri Muhyidin secara terbuka mengancam untuk tidak membantu masyarakat Cina malahan Utusan Malaysia mahu meraikan pembunuhan rakyat Malaysia yang tidak bersalah di dalam rusuhan 13 Mei.

Kita berasa terharu dengan tindakan-tindakan berani ramai orang Melayu yang telah menolak agenda perkauman UMNO dan Utusan Malaysia. Kita tidak boleh putus harapan tetapi perlu meneruskan perjuangan menuju semangat pembaharuan untuk Malaysia baru. Ingatlah apa yang filsuf Amerika Eric Hoffer telah katakan, “Tidak kira betapa mulia matlamat sesuatu kerajaan, sekiranya ia mengelamkan tatasusila dan kebaikan, merendahkan nilai nyawa manusia dan membiakkan rasa benci dan saling curiga – itu merupakan kerajaan yang zalim”.

——Mandarin Version —

槟州首席部长兼民主行动党秘书长林冠英对全马40名行动党国州议员的槟州学习之旅发表演词,于2013年6月13日发表于吉隆坡:

马来西亚“净化”朝往以民为本的政府迈进,尊重民主、真相、公义、廉正及社会福利。

亚里士多德是第一个介绍“净化(Catharsis)”这个词汇的希腊哲学家,它的定义是一种净化或清涤的过程以让精神从紧张状态中释放出来。马来西亚人也必须经历这种净化过程,净化精神,朝往以民为本的政府迈进,尊重民主、真相、公义、廉正及社会福利。

国阵抗拒为全马人民净化精神, 并由前首相敦马哈迪及副首相丹斯里慕尤丁领导倒退及极端的势力。马来西亚人的政治生活由马来人主导,而行动党从来没有要求首相职或副首相职。但是马哈迪却可以歪曲2013年大选为行动党煽动的“华人种族主义”来确保华人可以主导马来西亚政治。

马哈迪及巫统转移视线,把大选成绩说成华人与马来人对立,事实上国阵历史上第一次输了多数票,只赢得47%的票数,而民联获得51%。这不是人口分布的问题,而是地埋上城乡划分的结果,民联赢得城市选票各族人民的支持,包括马来人、印度人、华人、伊班人及卡达山人,但是输掉乡区选票。

巫统的极端分子也忽视一个事实,那就是华人在我国人口只有25%。就算全体华人支持民联,那么其余的26%多数票从哪里来?在登嘉楼,只有5%华人票,难道是华人选民导致巫统失去将近整个州,只以2席多数议席(17比15)拿下政权?

当马哈迪再一次说唯有卡巴星是被选入行动党中委时,难道M古拉、哥宾星、再里尔这些中选的中委也是华人?巫统又讲骗话,他们说行动党只赢得华人多数议席,完全不提行动党的马来裔及华裔候选人史无前例地在马来人多数议席也以多数票胜出:
1. 森州芙蓉国会议席:陆兆福以1万2553或53%多数票胜出,此区44%马来人、14%印度人、41%华人。
2. 彭亨州劳勿:50%马来人、40%华人、6%印度人、4%其它
3. 马六甲鲁容区:50%选民为马来人
4. 彭亨文德甲:52%马来人、40%华人、6%印度人、2%其它
5. 德卡区:陈国耀赢得1156张多数票,此区56%马来人、39%华人、4%印度人、1%其它

行动党比巫统、马华或国大党更能代表马来西亚,我们的民选议席包括华人、印度人、马来人及卡达山人。肯定的是,马哈迪也在进行他的种族主义议程时,他愿意亲手谋杀他的2020年马来西亚国族宏愿。很可惜地,首相拿督斯里纳吉竟舍得让其副手丹斯里慕尤丁为了支持马哈迪、抹杀他的“一个马来西亚”口号。

巫统利用种族主义来避免回应国阵失去51%多数票的真正原因,那就是人民拒绝国阵贪污、朋党及滥权。马来西亚人已经坚忍地面对及克服各种煽动性动作,例如种族性的呼呼杯葛华商的产品、妖魔化华人为马来人的敌人,丹斯里慕尤丁也公开威吓说不再协助华人社会,就连《马来西亚前锋报》也竟然要“庆祝”导致无辜国人丧命的513事件。

我们因那些勇敢拒绝巫统及《前锋报》种族议程的马来人而感到鼓舞。我们千万不能绝望,并且为全新的马来西亚继续这项净化精神的旅程。记住美国哲学家爱里克霍弗说的:“无论一个政府的目标多么伟大,如果它模糊庄重、善意、草菅人命、促长不良意图及猜疑,它就是一个为祸的政府。”

林冠英

Leave a Comment