Can BN justify spending RM6.7 million just to set up one KR1M store to sell basic necessities like sugar, rice and salt or are the KR1M stores also selling luxury goods like designer handbags, gold and diamond jewellery?(en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 3.10.2012.

The Failure Of The 2013 Budget To Announce The “Inevitable Increase” Of Electricity Tariffs Proves BN’s 3Ds Record of Deficits, Debts and Deception As Compared To PR’s State Government’s 3S Achievement Of Surplus, Sustainable Debt Reduction And Stern Action Against Corruption.

BN’s Budget 2013 is clearly an exercise in deception following the admission by Energy, Green Technology and Water Minister Peter Chin in an interview with Sin Chew Daily yesterday that an increase in power tariffs in the future is inevitable due to climbing international prices of fuel. Even though Peter Chin did not reveal the time and quantum of the electricity tariff hike, he pointed out that higher electricity prices will encourage the public to save energy and switch to products with green technology.

Such an admission by Peter Chin is shocking as this should be included by any responsible government in the 2013 Budget. If a hike in electricity tariffs is inevitable, why then was this not announced in the 2013 Budget presented by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on 28 September 2012?

Such failure is clearly intended deception and proves BN 3Ds record of Deficits, Debts and Deception as compared to PR’s state government’s record of 3S of Surplus, Sustainable debt reduction and Stern action against corruption. BN’s 2013 Budget of RM 252 billion can not mask a persistent record of deficits for the 16th year estimated at RM40 billion.

The last time this country ran a budget surplus was in 1997 when Anwar Ibrahim was still the Deputy Prime Minister. Neither can the 2013 Budget hide the fact that the Federal Government debt has risen to its highest level in history at RM502.4 billion or RM 17,000 for every Malaysian. And this RM 502.4 billion debt does not even include contingent liabilities estimated at more than RM 110 billion, that are not officially on the books.

In contrast PR state governments have not only recorded yearly surpluses but also reduced debt. For example Penang PR state government recorded the highest ever surpluses in Penang’s history for each of the 4 years in power. Sustainable debt reduction was adopted and managed to cut down the state government debt by 95% or RM 600 million from RM 630 million in March 2008 to only RM 30 million by end 2011.

In contrast to PR’s stern action against corruption, BN continues to approve programmes that benefits its cronies such as the RM 272.5 million was allocated in this budget under the Crime NKRA to “Increase Public Satisfaction on Police Performance”. Instead of spending taxpayers’ money to improve the police force and to reduce actual crime, the BN has decided to allocate this money for an empty public relations exercise that will only benefit politically linked consultants and advertisers. With this kind of mindset, it is even less likely that that the public will believe that crime is indeed coming down in our country.

Worse is RM 386 million has been allocated to set up an additional 57 KR1M stores in Sabah and Sarawak or RM 6.7 million per store. This allocation will likely benefit those who get the contract to operate these stores, namely Mydin. In addition, these KR1M stores will also likely drive many local retailers in Sabah and Sarawak out of business.

In 2012, Najib announced the setting up of 85 KR1M stores in Peninsular Malaysia with an allocation of RM 40 million. This works out to RM470,000 per store. For the 2013 Budget, the setting up of 57 KR1M stores in Sabah and Sarawak costs RM 386 million or RM 6.7 million per store, which is an increase of 15 times in the cost of one KR1M store of RM 470,000 in Peninsular Malaysia.

Can BN justify spending RM6.7 million just to set up one KR1M store to sell basic necessities like sugar, rice and salt or are the KR1M stores also selling luxury goods like designer handbags, gold and diamond jewellery?

LIM GUAN ENG

—-BM Version —

Kenyataan Akhbar Oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 3.10.2012.

Kegagalan Bajet 2013 Untuk Mengumumkan “Peningkatan Tidak Dapat Dielakkan” Tarif Elektrik Menunjukkan Rekod 3D BN iaitu Defisit, Hutang (Debts) dan Penipuan (Deception) Berbanding Pencapaian 3S Kerajaan Negeri PR iaitu Surplus, Pengekalan (Sustainable) Pengurangan Hutang dan Tindakan Tegas (Stern) Terhadap Rasuah.

Bajet 2013 BN secara jelasnya mempraktikkan penipuan ekoran pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin dalam temubual bersama Sin Chew Daily semalam bahawa peningkatan tarif tenaga di masa depan adalah tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api. Walaupun Peter Chin tidak mendedahkan masa dan peningkatan besar tarif elektrik, beliau menyatakan bahawa harga elektrik yang tinggi bakal menggalakkan umum jimatkan tenaga dan bertukar kepada produk teknologi hijau.

Pengakuan sebegini oleh Peter Chin adalah mengejutkan kerana ia sepatutnya termasuk dalam Bajet 2013 pihak kerajaan bertanggungjawab. Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September 2012?

Kegagalan sebegini dengan jelas adalah penipuan terancang dan menunjukkan rekod 3D BN iaitu Defisit, Hutang (Debts) dan Penipuan (Deception) berbanding pencapaian 3S Kerajaan Negeri PR iaitu Surplus, Pengekalan (Sustainable) pengurangan hutang dan tindakan Tegas (Stern) terhadap rasuah. Bajet RM 252 bilion BN 2013 tidak boleh menutup rekod anggaran defisit berterusan sebanyak RM40 bilion untuk tahun ke-16.

Kali terakhir negara memiliki bajet surplus adalah pada 1997 apabila Anwar Ibrahim masih merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tidak sama sekali Bajet 2013 dapat menyembunyikan fakta bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah mencapai tahap tertinggi dalam sejarah dengan RM502.4 bilion atau RM17,000 untuk setiap warga Malaysia. Malah RM 502.4 bilion jumlah hutang ini masih tidak termasuk liabiliti kebergantungan yang dijangka lebih dari RM 110 bilion secara tidak rasmi dalam buku.

Berbeza dengan Kerajaan Negeri PR yang bukan hanya merekodkan surplus tahunan dan juga pengurangan hutang. Contohnya, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang merekodkan surplus tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang pada setiap tahun bagi tempoh 4 tahun pemerintahan. Pengekalan pengurangan hutang diambil dan diurus untuk mengurangkan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95% atau RM 600 juta daripada RM 630 juta pada Mac 2008 kepada hanya RM 30 juta pada penghujung 2011.

Berbeza dengan tindakan tegas PR dalam menentang rasuah, BN terus memberi kelulusan program-program yang memberi manfaat kepada kroni-kroni mereka seperti peruntukan berjumlah RM272.5 juta yang diperuntukkan dalam Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) di bawah pengurangan kadar jenayah bagi “Meningkatkan Kepuasan Awam terhadap Prestasi Anggota Polis”. Daripada menghabiskan wang pembayar cukai untuk memperbaiki anggota polis dan mengurangkan jenayah sebenar, BN memutuskan untuk menggunakan peruntukan tersebut bagi menjalankan praktis perhubungan awam kosong yang hanya memberi manfaat politik kepada para perunding dan pengiklan berkaitan. Dengan pemikiran begini, ia seolah-olah memberi gambaran kepada umum untuk percaya bahawa kadar jenayah kian menurun di dalam negara kita.

Lebih memburukkan adalah sebanyak RM386 juta telah diperuntukkan untuk mewujudkan tambahan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak atau RM6.7 juta untuk sebuah kedai. Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang memperoleh kontrak untuk mengendalikan kedai-kedai tersebut iaitu Mydin. Di samping itu, kedai-kedai KR1M juga berkemungkinan menyebabkan peruncit-peruncit tempatan di Sabah dan Sarawak untuk gulung tikar.

Pada 2012, Najib telah mengumumkan pembinaan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM40 juta. Pembinaan sebuah kedai menelan belanja RM470,000. Bagi Bajet 2013, pembinaan 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak menelan kos RM386 juta atau RM6.7 juta untuk sebuah kedai, iaitu peningkatan kos sebanyak 15 kali ganda berbanding RM470,000 kos sebuah kedai KR1M di Semenanjung Malaysia.

Bolehkah BN menjustifikasikan perbelanjaan RM6.7 juta hanya untuk menubuhkan sebuah kedai KR1M yang menjual barangan keperluan asas seperti gula, beras dan garam atau kedai-kedai KR1M juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan permata berlian?

LIM GUAN ENG

—-mandarin version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年10月3日在吉隆坡发表声明:

2013年财政预算案没有提及如何应对“无可避免的”电费涨价,证明国阵的“3D”腐败包括:赤字(Deficit)、债务(Debt)及欺诈(Deceit),而民联州政府则拥有“3S”成就,包括盈利(Surplus)、持续债务减少(Sustainable Debt Reduction)及严厉肃贪(Stern Action Against Corruption)。

国阵2013年财政预算案很明显地是一项欺骗行为,随着能源、绿色工艺及水源部长陈华贵在《星洲日报》专访中提及,随着国际原油价格攀高,他指出未来电费涨价无可避免。虽然陈华贵公布电费什么时候会涨?涨多少?他说电费涨价会鼓励人民节约能源、转买具绿色工艺特性的产品。

陈华贵的言论让人惊讶,任何负责任的政府都会把他的计划放入2013年预算案。如果电费涨价无可避免,为什么首相拿督斯里纳吉在2012年9月28日宣布2013年财政预算案时没有提及?

纳吉这么做很明显的是欺瞒大众,也证明国阵3D腐败包括:赤字(Deficit)、债务(Debt)及欺诈(Deceit),而民联州政府则拥有“3S”成就,包括盈利(Surplus)、持续债务减少(Sustainable Debt Reduction)及严厉肃贪(Stern Action Against Corruption)。国阵2013年财政预算案2520亿令吉无法掩饰他们过去16年来的持续赤字达400亿令吉。

我国最后一次财政预算盈余为1997年,当时安华还是副首相。2013年预算案也无法把掩盖一个事实,就是联邦政府的债务为史上最高达5024亿令吉,或每一名国人欠债1万7000令吉。这笔5024亿令吉的债务不包括超过1100亿令吉的临时债务,这笔债务还没有被正式记录在案。

相反地,民联州政府不仅年年有余,也减少债务。例如:槟州民联政府在执政四年,取得了史上最高的盈余。我们持续减免债务,也把州政府的债务从2008年3月的6亿3000万令吉减少95%或6亿令吉,至2011年底的3000万令吉。

与民联的严厉肃贪不同,国阵继续批准让朋党获益的计划,如在降低罪案关键指数领域中:政府拨款2亿7250万令吉来“提升公众对警队表现的满意度”,而不是把纳税人的钱花在改善警队和减少实际罪案,国阵已经决定把这笔钱用在空洞的公关工作,让有政治联系的顾问及广告商获益。有了这种观念。让公众更难相信我国的罪案率会下跌。

更糟的是,政府拨出3亿8600万令吉在沙巴和砂拉越设立57家一个马来西亚商店(KR1M),只有一家承包经营的商店受益,就是MYdin。此外,一个马来西亚商店可能导致砂、沙两州的零售业者的生意大受打击。

2012年,纳吉宣布在马来半岛以4000万令吉设立85家一个马来西亚商店时,这意味着每家商店耗费47万令吉。2013年的预算案中,砂拉越及沙巴两州设立57家一个马来西亚商店,却将耗费3亿8600万令吉或每家商店670万令吉的成本,比马来半岛的每单位设立成本47万令吉高出15倍。

国阵能否解释,用670万令吉设立一家一个马来西亚商店来售卖像白糖、白米及盐,还是用来售卖像设计师手提袋、黄金还是钻石珠宝?

林冠英

Leave a Reply