DAP 2012 Merdeka Day Message(en/bm/cn)

DAP 2012 Merdeka Day Message by DAP Secretary-General and Penang Chief Minister Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 30 August 2012.

For Malaysia To Win The Future We Must Not Only Invest In Human Talent But Also Implement People-Centric Policies That Match Ability And Opportunity.

As Malaysia’s celebrates our 55th Merdeka celebrations, the critical question is how can Malaysia escape the middle-income trap and become a high-income and developed economy by 2020. The 2012 Wealth Report, recently released by Knight Frank and CitiPrivate Wealth, identified the key drivers of growth as human capital, a dynamic business environment, capital mobility, openness to trade and foreign direct investment.

The 2012 Inclusive Wealth Report 2012 by the United Nations stresses on human capital as a definition of a nation’s true wealth. In other words if we want to win the future we build, retain and attract human talent. For Malaysia to win the future we must not only invest in human talent but also implement people-centric policies that match ability and opportunity.

The time has come to focus on people-centric policies that makes Malaysians more united and competitive, operating in an eco-system that enjoys integrity in leadership and good governance. Malaysians must not allow ourselves to be distracted by cronies who wants to divide us with mediocrity as well as provoke racial and religious hatred so that cronies can continue to rob our country with bad governance and corruption.

The various transformation programmes carried out by Prime Minister Najib Tun Razak will finally fail so long as there is no open tenders, public declaration of assets, full disclosure of government contracts or transparent and accountable decision-making by government institutions. This was most evident when a Malaysia
Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM) survey discovered 72.9% of Malaysia’s Chinese business community are unhappy with the state of the economy and are not optimistic of Malaysia’s success in escaping the middle-income trap.

With many small and medium enterprises or SME’s not benefiting from BN’s government’s transformation programmes, SME’s faces increase in operating costs and prices of raw materials, shortage in manpower, and domestic competition. The latest attempt to punish whistle-blowers such as PKR director of strategy Rafizi Ramli for exposing the RM250 million National Feedlot “cows and condos” scandal, only highlights the singular lack of commitment towards fighting corruption.

Malaysians must unite based on common values of justice, freedom, equal opportunity, integrity and fair competition so that we reward not just hard work and honesty but ensures that the rich or the poor, the skilled or unskilled can find rewarding work to live in dignity.

Lim Guan Eng

—-BM Version—
Perutusan Hari Merdeka 2012 DAP oleh Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2012.

Demi Mencapai Kemenangan Masa Depan, Kita Bukan Sahaja Harus Melabur Dalam Modal Insan Tetapi Juga Melaksanakan Dasar-Dasar Berjiwa Rakyat Yang Sesuai Dengan Keupayaan Dan Peluang.

Sementara Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, soalan yang harus ditanya adalah bagaimanakah Malaysia boleh mengelak perangkap pendapatan sederhana dan menjadi ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Mengikut laporan Wealth Report 2012 yang baru dikeluarkan oleh Knight Frank dan CitiPrivate Wealth, pemacu-pemacu utama pertumbuhan merupakan modal insan, suasana perniagaan yang dinamik, mobiliti modal serta keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI).

Laporan Inclusive Wealth Report 2012 oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah menekankan modal insan sebagai penanda kekayaan sebenar sesebuah negara. Dalam erti kata lain, jika kita mahu mencapai kemenangan masa depan, kita harus membina, mengekalkan dan menarik modal insan. Demi mencapai kemenangan masa depan, kita bukan sahaja harus melabur dalam modal insan tetapi juga melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat yang sesuai dengan keupayaan dan peluang.

Masa sudah tiba untuk menumpukan perhatian kepada dasar-dasar berjiwa rakyat yang menjadikan rakyat Malaysia lebih bersatu dan berdaya saing, serta beroperasi dalam ekosistem yang menikmati kepimpinan berintegriti dan tadbir urus yang baik. Rakyat Malaysia tidak harus membenarkan para kroni yang ingin memecah belahkan kita dengan provokasi perkauman dan agama supaya mereka boleh terus merompak negara kita dengan rasuah dan tadbir urus yang tidak baik.

Program-program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak bakal mencapai kegagalan selagi tidak melaksanakan tender terbuka, pengisytiharan harta secara terbuka, pendedahan penuh kontrak-kontrak kereajaan atau proses membuat keputusan yang telus dan bertanggungjawab oleh institusi-institusi kerajaan. Ini jelas apabila kaji selidik Malaysia Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM) telah mendapati bahawa 72.9% daripada komuniti perniagaan Cina Malaysia berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi dan tidak optimistik bahawa Malaysia dapat mengelak daripada jerat perangkap pendapatan sederhana.

Oleh kerana kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tidak bermanfaat daripada program-program transformasi kerajaan BN, maka SME-SME sekarang menghadapi kos operasi dan bahan mentah yang kian meningkat, kekurangan pekerja dan persaingan domestik. Percubaan terbaru untuk menghukum peniup wisel seperti Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal “lembu dan kondo” National Feedlot yang bernilai RM250 juta, hanya menonjolkan kekurangan komitmen dalam usaha membanteras korupsi.

Rakyat Malaysia harus bersatu berdasarkan nilai-nilai sejagat seperti keadilan, kebebasan, peluang saksama, integriti dan saingan adil supaya ganjaran akan dikaut oleh mereka yang bekerja keras dan jujur dan juga untuk memastikan bahawa semua, tidak kira yang kaya atau miskin, yang mahir atau tidak mahir, dapat mencari pekerjaan yang mendatangkan kepuasan dan kehidupan yang bermartabat.

—-Mandarin Version—

民主行动党秘书长兼槟州首席部长林冠英于2012年8月30日发表国庆日献词:

马来西亚若要赢得未来,我们不只应该投资在人力资源 ,也应该推行能够与才能、机会相配的以民为本政策。

正当我们庆祝55周年国庆之际,现在最关键的问题是马来西亚如何能够逃出中等收入陷阱,在2020年成为高收入及发达经济国家。弗莱克(Knight Frank)和花旗私人银行(Citi Private Wealth)发表的2012年财富报告认为,成长的关键动力为人力资源、有活力的商业环境、资本流动、开放的贸易及外来投资政策。

联合国2012年包容性财富报告强调人力资源反映一个国家的真正财富。换句话说,如果我们要赢得未来,我们必须培养、留住及吸引人才。若要赢得未来,我们不只必须投资在人力资源,也必须推行能够与才能、机会相配的以民为本政策。

是时候把焦点放在以民为本政策 ,让我国更加团结、更具竞争性,并且提供一个领导廉洁及良好施政的运作环境。马来西亚人不能容许那些利用平庸、种族及宗教仇恨的朋党分化我们,这些人得逞后只会继续以腐败施政及贪污掠夺我国的财富。

若没有公开招标、公布民选高官财产、全面公布政府合约、政策推行的透明及问责制度,首相纳吉所推行的转型政策必将失败。 最明显的是马来西亚中华工商总会所做的调查显示,72.9%的马来西亚华商不满现有的经济状况,对于马来西亚能否逃离中等收入陷阱也不表乐观。

还有许多中小型企业也没有从国阵的转型计划中获益。这些中小型企业面对运作成本增加,原料价格上涨、人力资源短缺、国内竞争。最近当局企图惩罚吹哨者的动作,如:起诉公正党政策主任拉菲兹揭露2亿5000万令吉的“公寓养牛”丑闻,这显示政府在肃贪行动方面软弱无力。

马来西亚人必须在公正、自由、公平机会、廉洁及公平竞争的基础上团结一致,我们不仅奖赏勤勉及诚信,我们也确保不论贫富、有无技能的人士能够找到报酬合理的工作,活得有尊严。

林冠英

Leave a Comment