Sabah’s Newly Formed Royal Commission Of Inquiry’s(RCI) Into Illegal Immigrants Getting Citizenship Is A Sham And A Meaningless General Election Exercise (en/bm/cn)

Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 13.8.2012.

Sabah’s Newly Formed Royal Commission Of Inquiry’s(RCI) Into Illegal Immigrants Getting Citizenship Is A Sham And A Meaningless General Election Exercise To Hide The Loss Of Confidence In Sabah BN After The Defection Of A Deputy Minister, A MP And A Senator Who Were All Upset At Being Cheated By BN For The Last 25 Years.

Prime Minister Dato’ Sri Najib TunRazak has recently formed a Royal Commission of Inquiry (RCI) on Sabah’s illegal immigrant problem and suspicious population boom in the last two to three decades. Led by the former Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim,its main task will be to investigate if foreigners in the state have been unlawfully awarded Malaysian ICs or citizenships and subsequently included in the electoral roll.

Sabah’s newly formed RCI into illegal immigrants getting citizenship is a sham and a meaningless general election exercise to hide the loss of confidence in Sabah BN after the defection of a Deputy Minister, a MP and a Senator who were all upset at being cheated by BN for the last 25 years. However, it is clear that the panel’s terms are extremely limited as there is no mention whatsoever about the power to identify why it was done, who were the culprits responsible for handing out citizenships unlawfully, no power to make recommendations to punish those responsible nor how to resolve the problem.

This failure to probe and take action on the culprits effectively mean that the Sabah RCI on illegal immigrants is toothless and another meaningless trick to delude Sabahans who have already been cheated for the last 25 years. The timing of the Sabah RCI also makes it clear that it is merely another show for elections. If the Prime Minister was truly sincere, then the RCI should have been conducted a long time ago. After years of refusing and then more delays after announcing it earlier this year, it is questionable that the RCI should be formed so hurriedly on the eve of an impending General Election.

Furthermore, it is also clear that Dato’ Sri Najib’s RCI announcement is a response to the sudden exodus of BN leaders in Sabah. Over the last few weeks, senior Sabah BN lawmakers such as Tuaran MP Datuk Seri Wilfred MojilipBumburing, Beaufort MP Datuk Seri LajimUkin and most recently Senator Datuk MaijolMahap have quit the BN and declared their allegiance to PR. Chief amongst their reasons for quitting is their loss of confidence over the failure of the BN in resolving the illegal immigrant problem in Sabah.

Estimates of the foreign population in Sabah with citizens from 27 per cent onwards of the state’s 3.12 million population, a jump of 390% from 651,304 in 1970, which is a staggering jump compared to the less than 200% jump of population in Peninsular Malaysia. This is now a critical problem as not only have the local native population been diluted, their political rights have also been usurped.

The people of Sabah will never forgive the BN for this diabolical and treasonous act, especially when it is now clear that the much-anticipated RCI will be nothing more than an election charade.

Lim Guan Eng

——BM Version —-

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 13.8.2012

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah Yang Baru Ditubuhkan Untuk Menyiasat Gejala Pemberian Kerakyatan Kepada Pendatang Asing Merupakan Penipuan Semata-Mata Serta Wayang Pilihan Raya Umum Untuk Mengalih Perhatian Daripada Keyakinan Yang Kian Merosot Di BN Sabah Ekoran Pembelotan Seorang Timbalan Menteri, Seorang Ahli Parlimen Dan Seorang Senator Yang Tidak Puas Hati Kerana Ditipu BN Selama 25 Tahun.

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat gejala pendatang asing dan peningkatan populasi yang mencurigakan selama dua hingga tiga dekad yang lalu. RCI tersebut akan dipimpin oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steven Shim, dengan tanggungjawab utama untuk menyiasat sama ada pendatang asing di negeri itu telah diberi kad pengenalan atau kerakyatan secara tidak sah dan sama ada mereka telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih.

RCI Sabah yang baru ditubuhkan ini merupakan satu penipuan semata-mata serta wayang Pilihan Raya Umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot di BN Sabah ekoran pembelotan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen dan seorang senator yang tidak puas hati kerana ditipu BN selama 25 tahun.

Namun begitu, adalah jelas bahawa terma panel tersebut adalah terlalu terhad kerana ia tidak menyebut tentang kuasa untuk mengenal pasti kenapa ia dilakukan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kerakyatan secara tidak sah, tiada kuasa untuk membuat cadangan hukuman ke atas mereka yang bertanggungjawab, serta bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kegagalan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ini bermakna bahawa RCI Sabah untuk pendatang asing ini tidak bertaring dan hanya lagi satu helah untuk menipu rakyat Sabah yang sudah pun ditipu selama 25 tahun. Masa penubuhan RCI Sabah ini juga jelas membuktikan bahawa ia sekadar wayang untuk pilihan raya. Sekiranya Perdana Menteri betul-betul ikhlas, RCI ini sepatutnya sudah lama ditubuhkan. Setelah enggan selama bertahun-tahun dan kemudiannya melengah-lengah lagi selepas pengumumannya awal tahun ini, penubuhan RCI secara tergesa-gesa ini di ambang Pilihan Raya Umum menimbulkan persoalan.

Tambahan, adalah jelas bahawa pengumuman RCI oleh Dato’ Sri Najib ini adalah tindak balas kepada tindakan beberapa pemimpin BN di Sabah untuk meninggalkan parti. Dalam beberapa minggu yang lepas, pemimpin-pemimpin kanan BN Sabah seperti Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan yang terbaru Senator Datuk Maijol Mahap telah meninggalkan BN dan mengisytiharkan sokongan kepada PR. Sebab utama mereka meninggalkan BN adalah kerana kehilangan keyakinan atas kegagalan BN untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah.

Unjuran jumlah warga asing di Sabah adalah sekurang-kurangnya 27 peratus daripada populasi 3.12 juta, atau peningkatan 390% daripada 651,304 pada tahun 1970, iaitu satu peningkatan yang mendadak berbanding peningkatan 200% di Semenanjung Malaysia. Ia sudah menjadi masalah yang kritikal kerana bukan sahaja rakyat tempatan dicairkan, malah hak politik mereka pun sudah direbut.

Rakyat Sabah tidak akan memaafkan BN atas tindakan kejam dan khianat ini, khususnya apabila ia semakin jelas bahawa RCI yang dinanti-nantikan ini hanyalah satu wayang pilihan raya semata-mata.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version—

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年8月13日在吉隆坡发表声明:

沙巴州新成立的非法移民获公民权皇家调查委员会只虚假及无意义的,它只是一项“大选作业”,以掩盖人民对沙巴国阵的信心动摇,沙巴州已有一名副部长、一名国会议员及一名上议员因被国阵欺骗25年,愤而退党。

首相拿督斯里纳吉已经成立了皇家调查委员会(RCI), 以调查困扰了沙巴20至30年的非法移民问题及可疑的人口增长。这个皇委会以东马前任大法官丹斯里沈立强为首,主要调查沙巴州内外国人非法获取大马卡或公民权,甚至还成为选民。

沙巴州新成立的非法移民获公民权皇家调查委员会是虚假及无意义的,它只是一项“大选作业”,以掩盖人民对沙巴国阵的信心动摇,沙巴州已有一名副部长、一名国会议员及一名上议员因被国阵欺骗25年,愤而退党。然而,很显然地, 皇委会的权力非常有限,它并没有赋予皇委会权力查出为何会发生非法发出公民权?谁是罪魁祸首?也没有权力建议如何惩罚犯罪的人或如何解决问题。

皇委会没法调查谁犯错,也没法对付犯罪的人,意味着沙巴非法移民皇委会只是一只无牙老虎,用来继续无意义地欺骗已经被骗了25年的沙巴人。皇委会的成立时间也很明显,只是一场“大选秀”。如果首相有诚意解决问题,早就成立皇委会了。多年以来,当局一直拒绝成立皇委会,今年初宣布后又展延,让人不得不质疑,当局是否有必要在大选前夕匆匆成立皇委会?

再说,拿督斯里纳吉在这个时候宣布成立皇委会,也是为了应付沙巴国阵领袖退党的效应。过去几个星期,沙巴州国阵立法议员如:斗亚兰国会议员拿督斯里威弗烈、保佛区国会议员拿督斯里拉京奥津,以及刚刚退党的上议员拿督麦依佐,他们已经宣布与民联领袖站在同一阵线。他们退党的理由包括对国阵解决沙巴非法移民问题失去信心。

据估计,在沙巴,外国人加上本地人口,从1970提的65万1304人,增加390%,至目前的312万人,这样的人口涨幅是吓人的,马来半岛的人口增长率也并没有超过200%。如此严竣的问题已经不只让本地人口减少,也侵蚀了他们的政治权利。

沙巴人民永远不会原谅国阵这种肆意妄为的行为,特别是大家所期待的皇家调查委员会看来只是大选宣传,没什么实际作用。

林冠英

Leave a Comment