Would BN Dare To Adopt CAT Governance To Overcome Corruption And Adopt Market-Oriented Reforms Based on Datuk Seri Nazir Razak’s Proposals To Transform Malaysia Into A High-Income Economy?(en/bm/cn)

BN must adopt a bold innovatice approach to overcome corruption and adopt market-oriented reforms based on CIMB Group chief Datuk Seri Nazir Razak proposals to transform Malaysia into a high-income economy. This follows the startling admission by Nazir in a Financial Times interview that not enough has been done to either overcome corruption and adopt market-oriented reforms that would affect Malaysia’s efforts to escape the middle-income trap by 2020.

Nazir had suggested granting an amnesty for those involved in minor corruption, as has been done in Hong Kong; rolling back government in business, both in terms of bureaucracies but also in terms of its direct involvement. Probably Nazir was referring to loss making government-linked corporations or GLCs ranging from MAS to Proton.

Even though some of these ideas may be controversial, a new innovative approach based on competency, accountability and transparency or CAT is crucial. For instance Penang’s CAT governance has seen record yearly budget surpluses and a record 95% debt reduction from RM630 million to RM30 million. At the same time, there is clean governance through the implementation of open competitive tenders, full disclosure of government contracts with the private sector, public declaration of assets of State EXCOs including the Chief Minister and the enactment of the Freedom of Information Act guaranteeing the right of information.

The egregious failure of BN to check corruption has even caused Nazir to point out this glaring roadblock to Malaysia’s future prosperity. Not only has the BN failed to practice good governance of CAT, BN has been embroiled in less-than-transparent and lavish spending on government procurement projects in areas ranging from agriculture to defence, from the RM250 million National Feedlot Centre that failed to cut the country’s beef imports to the multibillion ringgit purchases of submarines and naval patrol boats.

Malaysia’s score in Transparency International’s corruption perception index has dropped from No. 37 in 2003 to 60 in 2011 out of 183 countries — between Saudi Arabia and Cuba. DAP is willing to consider a bi-partisan approach to assist in the fight against corruption with BN, provided that BN is bold enough to implement open competitive tenders, public declaration of assets by Ministers and enactment of a Freedom of Information Act.

Lim Guan Eng

——BM Version —

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 4.7.2012 di Kuala Lumpur:

Adakah BN berani untuk mengamalkan urus tadbir CAT untuk mengatasi rasuah dan mengamalkan perubahan berorientasikan pasaran (market-oriented) berdasarkan cadangan Datuk Seri Nazir Razak untuk mengubah Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi?

BN mesti mengamalkan pendekatan inovatif yang berani untuk mengatasi masalah rasuah dan meluluskan pembaharuan berorientasikan pasaran berdasarkan cadangan Ketua CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi. Ini berikutan pengakuan mengejutkan oleh Nazir dalam satu wawancara Financial Times bahawa masih tidak cukup usaha sama ada untuk menghapuskan rasuah dan meluluskan pembaharuan yang berorientasikan pasaran yang akan menjejaskan usaha Malaysia untuk melepaskan diri dari perangkap negara berpendapatan sederhana menjelang tahun 2020.

Nazir telah mencadangkan supaya pengampunan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam rasuah kecil seperti yang telah dilakukan di Hong Kong; kurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan, baik dari segi birokrasi tetapi juga dari segi penglibatan secara langsung. Mungkin Nazir merujuk kepada kerugian syarikat berkaitan kerajaan atau GLC yang terdiri daripada MAS kepada Proton.

Walaupun beberapa idea ini boleh mencetuskan kontroversi, pendekatan baru yang inovatif yang berdasarkan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan atau CAT adalah penting. Sebagai contoh urus tadbir CAT Pulau Pinang telah mencatatkan lebihan bajet tahunan dan rekod 95% pengurangan hutang dari RM630 juta kepada RM30 juta.

Pada masa yang sama, terdapat urus tadbir yang bersih melalui pelaksanaan tender terbuka yang berdaya saing, pendedahan sepenuhnya kontrak kerajaan dengan sektor swasta, pengisytiharan aset semua ahli EXCO termasuk Ketua Menteri dan enakmen Akta Kebebasan Maklumat yang menjamin hak menyampaikan maklumat.

Kegagalan teruk BN untuk menentang rasuah telah menyebabkan Nazir menyatakan isu ini yang akan menghalang kemajuan Malaysia. BN bukan sahaja tidak mengamalkan urus tadbir CAT, malah, telah diselubungi dengan projek perbelanjaan yang kurang telus dan mewah. Ini termask projek pertanian seperti projek RM250juta National Feedlot Centre yang gagal mengurangkan import daging lembu dan pembelian kapal selam dan bot peronda tentera laut yang melibatkan berbillion-billion ringgit.

Kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah oleh Transparency International telah menurun dari nombor 37 pada tahun 2003 kepada 60 daripada 183 negara pada tahun 2011 – di antara Arab Saudi dan Cuba. DAP sanggup untuk mempertimbangkan pendekatan bi-partisan untuk membantu dalam usaha untuk memerangi rasuah bersama BN, dengan syarat bahawa BN berani untuk melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing, pengisytiharan aset oleh menteri-menteri dan enakmen Akta Kebebasan Maklumat.

LIM GUAN ENG

—–Mandarin Version —–

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年7月4日在吉隆坡发表声明:

国阵敢不敢采纳拿督斯里纳兹尔型大马为高收入经济的建议,采用能干、公信及透明(CAT) 的施政方针来肃贪及市场导向改革措施?

国阵必须采用大胆革新的方式来肃贪,并采纳昌联国际银行集团拿督斯里纳兹里的计划,让大马转型成为高收入经济体。纳尔里最近在接受《金融时报》访问时承认,我国在肃贪及市场导向措施方面做得不够,这将会让我国到了2020年还是无法摆脱中等收入的陷阱。

纳兹尔建议特赦那些涉及小宗贪污案者,正如香港那样;不让政府涉入生意,不只是指官僚体系,也包括不应直接参与。或许纳兹尔指的是那些面临亏损的官联公司,像马航至普腾。

虽然他的想法具争议性,但是能干、公信及透明的革新做法才是重点。例如槟州秉持能干、公信及透明施政方针,让我们年年有余,债务缩减95%,从6亿3000万令吉减至3000万令吉,同时,我们的廉政也倡议公开招标、公开私人界的政府合约、公布州行政议员及首长的财产、通过资讯自由法保障获取资讯的权利。

国阵无法肃贪,就连纳兹尔也指出这将是马来西亚迈向繁荣进步的绊脚石。国阵不只做不到能干、公信及透明,国阵也一再卷入不透明的施政丑闻及挥霍无度的政府采购案,从农业到国防,从2亿5000万令吉的国家养牛中心无法减少牛肉入口丑闻,到数十亿令吉的潜水艇及海军巡逻艇采购丑闻。

马来西亚在国际透明组织的贪污印象指数,在183个国家中已经从2003年的37名,下滑至2011年60名 (排在沙地阿拉伯及古巴之间)。行动党愿意跨党派,与国阵一起对抗腐败,只要国阵愿意大刀阔斧,推行公开招标、公布部长财产、并通过资讯自由法。

林冠英

Leave a Comment