Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) And The Deputy Inspector-General Of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar Has Shamed Malaysia Throughout The World (en/bm/cn)

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 18.5.2012.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) And The Deputy Inspector-General Of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar Has Shamed Malaysia Throughout The World By Not Acting Against Those Who Harrassed Bersih Co-Chair Datuk Ambiga With A “Butt Dance” And An Illegal Burger Stall Protest Outside Her Home.

DBKL and the Deputy IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar has shamed Malaysia throughout the world by not acting against those who harassed Bersih co-Chair Datuk Ambiga with a “butt dance” and an illegal burger stall protest outside her home. DAP agrees with Datuk Ambiga that the butt dance is a form of sexual harassment of a woman by a group of armed forces veterans in front of her house.

Pro-BN supporters always have a big bully mentality and act above the law when they know they possess the tacit support not only of DBKL to set up illegal burger stalls but also Tan Sri Khalid’s shocking statement that legally there is nothing wrong with people demonstrating in front of private homes. By demonizing Datuk Ambiga as the enemy of the nation and carrying out these repulsive acts, shows their lack of humanity and questions the moral legitimacy of the government they support to rule.

Datuk Ambiga has not committed any criminal offence. She has not injured anyone nor harmed anyone with C4 plastic explosives. Neither has she stolen any public funds to buy condos instead of rearing cows. As a former President of the Bar Council, she upholds the rule of law to ensure justice is done. And yet she is vilified in a manner as if she is a greater threat to the nation than drug dealers or child kidnappers.

Her only crime is to defy BN by being part of Bersih 3.0 that mobilized 300,000 Malaysians in the largest peaceful gathering in Malaysian history pressing for clean, free and fair elections. BN is now seeking revenge with a tit-for-tat demonstration at her home, a gross intrusion of privacy that is condoned by both DBKL and the police.

To those who say that Datuk Ambiga should not be breaking the law, the black American nobel laureate Martin Luther King wrote,

We should never forget that everything Adolf Hitler did in Germany was “legal” and everything the Hungarian freedom fighters did in Hungary was “illegal”. The willingness to accept the penalty for breaking the unjust law is what makes civil disobedience a moral act and not merely an act of lawbreaking.

Malaysians did not seek freedom from an undemocratic colonial rule to be replaced by another native rule that is equally undemocratic. The time has come to remove unjust laws by removing the government that propagates and perpetuates such unjust laws. Whether this can be achieved is not important. What is important is that there is a clean, free and fair electoral process that ensures the will of the people be respected whether to remove or not these unjust laws.

—-BM Version—
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 18.5.2012

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Telah Memalukan Malaysia Di Mata Dunia Dengan Tidak Mengambil Tindakan Terhadap Mereka Yang Menggangu-Gugat Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Dengan “Tarian Punggung” Dan Protes Burger Yang Haram Di Luar Rumahnya.

DBKL dan Timbalan KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memalukan Malaysia di mata dunia dengan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang menggangu-gugat pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga dengan “tarian punggung” dan protes burger yang haram di luar rumahnya. DAP bersetuju dengan Datuk Ambiga bahawa “tarian punggung” itu merupakan satu bentuk gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh sekumpulan bekas tentera di depan rumahnya.

Penyokong pro-BN selalu mengamalkan sikap buli dan bertindak tanpa mengira undang-undang apabila mereka tahu bahawa mereka akan disokong tanpa kata-kata bukan sahaja oleh DBKL untuk mendirikan gerai burger yang haram tetapi juga dengan kenyataan Tan Sri Khalid bahawa demonstrasi di depan rumah peribadi itu tidak menyalahi undang-undang. Dengan memomokkan Datuk Ambiga sebagai musuh negara dan tindakan jijik sedemikian, mereka menunjukkan kekurangan sifat kemanusiaan dan menimbulkan soalan tentang kesahihan moral kerajaan yang disokong mereka.

Datuk Ambiga tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Beliau juga tidak mencederakan sesiapa atau membahayakan sesiapa dengan bahan letupan C4. Beliau juga tidak mencuri dana awam yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu dan menggunakannya untuk membeli kondo. Sebagai bekas presiden Majlis Peguam, beliau mendukung keluhuran undang-undang untuk memastikan keadilan. Namun begitu, beliau dicerca seolah-oleh beliau itu satu ancaman yang besar kepada negara yang lebih teruk daripada pengedar dadah atau penculik kanak-kanak.

Satu-satunya kesalahan beliau adalah untuk menentang BN melalui Bersih 3.0 dan menggerakkan 300,000 rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman yang terbesar dalam sejarah Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil. BN kini ingin membalas dendam dengan demonstrasi di rumahnya, satu pencerobohan privasi yang tidak wajar yang diizinkan oleh DBKL dan polis.

Kepada mereka yang mengatakan bahawa Datuk Ambiga tidak patut melanggar undang-undang, pemenang anugerah Nobel dari Amerika Syarikat Martin Luther King Jr pernah menulis,

Janganlah kita lupa bahawa segala tindakan Adolf Hitler di negara Jerman itu “sah” di sisi undang-undang manakala segala yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan Hungary adalah “salah” di sisi undang-undang. Kesanggupan untuk menerima hukuman kerana melanggari undang-undang yang tidak adil itulah yang membuatkan tindakan keingkaran awam itu satu tindakan moral dan bukan tindakan yang melanggari undang-undang.

Rakyat Malaysia tidak menuntut kemerdekaan daripada penjajahan kolonial yang tidak demokratik hanya untuk digantikan dengan pemerintah tempatan yang serupa. Masa sudah tiba untuk menolak undang-undang yang tidak adil dengan menolak kerajaan yang menyebarkan dan mengekalkan undang-undang sedemikian. Sama ada matlamat ini boleh dicapai atau tidak itu tidak penting. Yang pentingnya kita mendapat proses pilihan raya yang bersih, bebas dan adil untuk memastikan kehendak rakyat akan dihormati sama ada untuk menolak atau tidak undang-undang yang tidak adil ini.

Lim Guan Eng

—Mandarin Version—-
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年5月18日在吉隆坡发表声明:

吉隆坡市政厅及全国副总警长丹斯里卡立阿布峇卡令大马在全世界面前丢人现眼,他们不采取行动对付那些骚扰净选盟联合主席拿督安美嘉的人士,他们在安美嘉的屋前摆摊卖汉堡,还跳搖臀舞。

吉隆坡市政厅及全国副总警长丹斯里卡立阿布峇卡令大马在全世界面前丢人现眼,他们不采取行动对付那些骚扰净选盟联合主席拿督安美嘉的人士,他们在安美嘉的屋前摆摊卖汉堡,还跳搖臀舞。行动党认同拿督安美嘉,这群退伍军人在她家门前跳摇臀舞是一种性骚扰。

亲国阵支持者向来都持有大欺小的心理,往往无顾法纪,当吉隆坡市政厅默许他们设立非法摊子摆卖汉堡后,而丹斯时卡立更口出狂言,指称人民在私宅前示威是没有错的,他们便知道自己有人撑腰。他们把安美嘉形容为国家的敌人,并进行上述使人反感的行为,显示他们没有人性,也让人质疑他们所支持的执政党的道德合法性。

拿督安美嘉没有犯下任何罪行。她没有伤害任何人,也没有用C4炸弹伤害任何人。她也没有窃取养牛的公款来购买公寓。身为律师公会前主席,她捍卫法治以确保正义得以伸张。但是,她却被诽谤成比贩毒者或儿童绑架者更大威胁的国家。

她犯下的唯一错误就是违抗国阵,成为净选盟3.0的一分子,并动员30万名马来西亚人进行了我国历史上最大型的和平集会,要求干净、自由及公平的选举。国阵现在可说是秋后算账,以牙还牙在她家门前示威,侵犯隐私,而且还获吉隆坡市政厅及警方纵容。

对那些指拿督安美嘉不该犯法的人士,我想赠上美国黑人诺贝尔奖得主马丁路德金的名言:

我们不可忘记,希特勒在德国所做的一切都是“合法的 ”,而匈牙利自由斗士在匈牙利所做的一切都是非法的。为了不公平的法律而自愿接受法律的惩罚,让公民不服从变得道德正当,不仅仅是违法行为而已。

在脱离不民主的殖民统治取得自由后,我们不要继续志被同样不民主的本国法律统治。是时候废除那些不公的法律、换掉这个不停宣传及执行这些不公法律的政府。能不能达到这个目标并不重要,最重要的是我们需要一个干净、自由及公平的选举,来确保人民是不是要废除恶法的意愿获得尊重。

林冠英

Leave a Comment