Teks Ucapan Sempana Majils Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Tahun 2011(bm/cn)

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2011 DI DEWAN SRI PINANG PADA 6 MEI 2012

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya mengalu-alukan kehadiran 343 pelajar cemerlang SPM tahun 2011 ke majlis yang serba ringkas tetapi amat bermakna ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi hasil daripada usaha gigih dan tekun yang telah berjaya dilaksanakan selama ini serta dorongan dan sokongan yang tidak pernah jemu daripada para guru dan ibu bapa.

Ini merupakan tahun ke- 4 majlis seumpama ini diadakan sejak Kerajaan Negeri mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang pada tahun 2008.

Daripada jumlah 343, seramai 59 orang pelajar mendapat keputusan semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil, 250 orang pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran (kombinasi A+ dan A sahaja) manakala 28 orang pelajar memperolehi minima 10A (kombinasi A+, A- dan A). Kalau tahun lepas kita beri RM250 sahaja kepada semua pelajar yang memperolehi A+ dalam semua mata pelajaran tetapi tahun ini kita naikkan RM50 menjadikan jumlah sebanyak RM300. Begitu juga untuk kategori-kategori lain seperti kategori pelajar terbaik. Sebelum ini kita hanya beri RM150 tetapi tahun ini kita naikkan sebanyak sekali ganda menjadikannya sebanyak RM300.Ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa peka dengan tuntutan arus kehidupan zaman kini selaras dengan konsep kerajaan berjiwa rakyat yang sentiasa menjaga kebajikan anak-anak tempatan tanpa mengira latar belakang, kaum dan jantina.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM91,700 untuk diagihkan mengikut kategori termasuk pelajar terbaik mengikut kategori, pelajar istimewa (khas) dan sekolah terbaik. Peruntukan ini semakin meningkat dari tahun ke ke tahun di mana pada tahun 2008, kita hanya memperuntukkan RM32, 000 , diikuti tahun 2009 sebanyak RM61, 300 dan tahun 2010 sebanyak RM55, 950.
Walaupun Pulau Pinang dipinggirkan daripada memperolehi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kemampuan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengadakan majlis-majlis sedemikian membuktikan Kerajaan Negeri mempunyai sumber kewangan yang secukupnya. Kita masih boleh menjalankan program-program kebajikan berikutan pengurusan sumber kewangan yang cekap dan efisien.

Lebihan bajet yang dicapai setiap tahun sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang pada tahun 2008 adalah urus tadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus). Kita telah meneruskan pemberian tahunan RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan OKU, serta bayaran “one-off” RM1,000 kepada waris apabila mereka meninggal dunia. Kita juga memberi RM1,000 kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan. RM200 untuk setiap bayi baru lahir di Pulau Pinang bermula tahun 2011. Dan yang terbaru kita akan memberikan sumbangan RM100 kepada pelajar-pelajar yang memasuki Tahun 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4. Sememangnya, wang yang diperolehi adalah 100% dari sumber yang halal hasil kempen anti-rasuah.

Di hadapan saya adalah muka-muka pemimpin pada masa hadapan. Bukan sahaja pemimpin-pemimpin dalam bidang ekonomi, kejuruteraan dan kedoktoran tetapi juga dalam bidang kepimpinan dan pentadbiran. Satu aspek yang ingin saya tegaskan di sini ialah tidak kira apa jua bidang yang diceburi, para pelajar perlu sentiasa ada nilai dan prinsip serta yang paling penting ialah integriti.

I know that all of you desire to take up careers that can make you wealthy quickly. That is normal and I encourage your to do so. But remember that wealth is not everything. There is something more important than wealth, which is health. What is the point of being rich if you do not have the health to enjoy it. The state government has looked after your health by refusing to allow any Lynas rare earth plant to operate in Penang. And also not allowing any nuclear power generators proposed by the Federal government(2) to be built in Penang.

Just as there is more important things in life than money, the same applies for running a state or a country. Is a rich or poor country determined solely by its wealth, natural resources or cash reserves? No, apart from wealth the people must also be allowed to live with dignity to enjoy it. What is the use of having money if you do not have human dignity to enjoy basic freedoms such as freedom of religion, freedom of speech, freedom from corruption and freedom of peaceful assembly? If a country does not enjoy these basic freedoms, it is a poor country despite its great wealth, which is the reason why Libya overthrew Muammar Gadaffi. Of course if you do not have money, you are still poor.

The ideal situation is for a rich country that is not only rich in wealth but also rich in freedoms that allows people to live with dignity. Penang has strived for the last four years to be successful not only financially but also in freedoms and human dignity. For the first time in history, Penang became No. 1 in attracting investments in Malaysia in 2010, To prove that this achievement was not a fluke but a fact, Penang repeated its champion performance again in 2011. During the last 2 years, Penang contributed towards 30% of Malaysia’s FDI despite being the 2nd smallest state in Malaysia.

But it is not only about wealth. Penang’s success is also driven by granting basic freedoms with a Freedom of Information Act, a Speakers’ Square for freedom of speech as well as freedom after speech and pressing for local government elections. Penang is intent on being cleaner, greener, safer and healthier to allow Penangites to live with dignity. Perhaps this is why again for the first time in Malaysian history, George Town Penang is a more liveable city than Kuala Lumpur. In 2011, ECA International listed George Town Penang as the most liveable city in Malaysia. Again proving that beating Kuala Lumpur was no fluke but a fact, Penang repeated that in 2012.

Selama 4 tahun kita telah membuktikan walaupun menghadapi kesukaran dan kesulitan, sebuah kerajaan yang bersih dapat melakukan lebih baik daripada kerajaan yang sentiasa mengamalkan rasuah. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berpegang teguh dengan integriti. Kita telah buktikan dengan pentadbiran yang bersih, kejayaan dapat dikongsi bersama dengan rakyat.

Di majlis ini juga Kerajaan Negeri turut memberikan pengiktirafan kepada 3 buah sekolah terbaik di sekitar negeri Pulau Pinang yang dipilih berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Sekolah. Syabas kepada sekolah- sekolah tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dalam usaha untuk terus memajukan anak-anak bangsa kita.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan pelajar-pelajar yang bahawa perjalanan hidup masih jauh. Setiap kejayaan bermula daripada langkah pertama. Jangan lupa khidmat dan usaha daripada guru-guru. Oleh itu, hayatilah setiap detik perjalanan ini dengan semangat yang jitu, penuhkan dada dengan iltizam yang tinggi dan tingkatkan usaha kerana hari esok tidak menjanjikan kejayaan tanpa usaha.

Semoga hari esok menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan kita harap kesemua pelajar cemerlang ini akan terus berjaya dan pulang ke Pulau Pinang untuk mencurahkan bakti

Sekian, terima kasih.

—-Mandarin Version—-

槟州首席部长林冠英于2012年5月6日颁发大马教育文凭优秀学生奖励金时发表演讲,重点如下:

在343名学生中,其中59名获得全科A+, 在250名全科A(A+和A),另有28名学生获得至少10个A(包括A+、A-和A)。如果去年我们只发出250令吉给获得全A+的学生,今年我们多给50令吉,总奖励金为RM300。其它的优秀学生也一样。之前,我们只发出150令吉奖励金,今年我们增加奖励金至300令吉。显示槟州民联政府跟得上时代,时刻贯彻以民为本的精神。不分背景、种族和性别照顾我们孩子的福利。

州政府已经拨出9万1700令吉的奖励金给优秀学生、特殊学生及最好的学校。这项拨款每年都在增加,在2008年我们只拨出3万2000令吉,2009年为6万1300令吉,及2010年5万5950令吉。

虽然州政府在拨款方面被联邦政府边缘化,但是民联州政府有能力颁发奖励金,证明州政府拥有足够的财源。由于理财有当,我们还是可以推行各种福利计划。

我知道你们都希望从事那些能够让你们快速累积财富的事业,这是正常的,我也鼓励你们这么做。但是,要记得,财富不是人生的一切。有一件东西比财富更重要,就是健康。如果你有钱却没有健康的身体来享受,那有什么用?州政府照顾人民的健康,不让莱纳斯稀土厂建在槟城,我们也不让联邦政府在槟州兴建他们建议的两座核能发电厂。

在管理一个国家也一样,一个富国或穷国是否以财富、天然资然或现金储备来衡量?不是,除了财富,人们也必须可以活得有尊严来享受这些财富。如果你很有钱,却没有享受基本的自由如宗教自由、言论自由、免于贪污的自由和和平集会的自由,那有什么用?如果一个国家没有这些基本自由,就算它很有钱,它也是一个穷国,这就是为何利比亚人民推翻卡达菲政权。当然,如果你没有钱,你还是很穷。

一个理想的富国,不只拥有财富而已,也拥有自由,让人民活得有尊严。槟州在过去四年,不只在理财方面取得成功,也赋予人民自由及尊严。我们在2010年的所获投资额全国居冠,2011年再次全国第一,虽然是全国第二小的州属,过去两年,我们贡献了马来西亚外国直接投资的30%。

槟州也成功保障基本自由如资讯自由、言论者广场的言论自由及推动地方政府选举。槟州也立志打造一个更清洁、绿意、安全及健康的州属,让槟州人民活得有尊严。或许这也是为了马来西亚历史上,槟州乔治市成为比吉隆坡更宜居的城市。2011年,国际人力资源机构”(ECA International)将槟州乔治市列为马来西亚最宜居的城市。在2012, 我们再次超越吉隆坡。

Leave a Reply