Kenyataan Sidang Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng di Komtar, Georgetown Pada 31.1.2012
Adakah BN Pulau Pinang Akan Membayar RM40 Juta Sekiranya Kerajaan Negeri Gagal Dalam Rayuan Mahkamah Dalam Skendal Tanah Tang Hak Ju Ataupun Membayar RM14.7 Juta Yang Tidak Dikembalikan Sekiranya Kerajaan Negeri menang Di Mahkmah?
Adakah BN Pulau Pinang akan membayar RM40 juta(termasuk faedah 8% sejak Februari 2005 sebanyak RM10 juta) sekiranya kerajaan negeri gagal dalam rayuan mahkamah dalam skendal tanah Tang Hak Ju ataupun membayar RM14.7 juta yang tidak dikembalikan sekiranya kerajaan negeri menang di mahkmah? Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendepositkan wang sejumlah RM14,678,135.50 ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 18 Mei 2009 seperti yang telah diperintahkan oleh mahkamah pada 19 Febuari 2009sungguhpun skendal tanah ini berlaku pada pentadbiran lama.
Berikutan suatu keputusan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah mengurangkan bayaran ganti rugi untuk Tang Hak Ju kepada RM500,000/-, Pengerusi Gerakan dan UMNO Pulau Pinang telah mendesak saya meminta maaf dan menarik balik istilah skendal yang digunakan kerana ia tidak melibatkan kerugian RM40 juta tetapi hanya RM500,000/-. Permintaan ini memang tidak masuk akal kerana samada ia melibatkan kehilangan wang kerajaan RM40 juta ataupun RM500,000, ia tetap adalah skendal tanah kerana membabitkan kehilangan wang rakyat.
Saya telah menolak desakan BN dan mencabar mereka saman malu saya atau kerajaan negeri. Malangnya sehingga hari ini baik Gerakan, Teng Hock Nan ataupun UMNO Pulau Pinang gagal berbuat demikian. Sekiranya kerajaan negeri PR berjaya mengurangkan pembayaran kepada RM500,000, adakah BN sedia tanggung jumlah ini dan juga RM14.7 juta deposit yang telahpun dibayar kepada Tang Hak Ju jika Tang Hak Ju enggan memulangkan RM14.7 juta ini?
Bayaran deposit RM14.7 juta merupakan 50% daripada jumlah kos ganti rugi sebanyak RM29.4 juta kepada Tang Hak Ju dan tidak mengambilkira bayaran faedah yang dianggarkan sebanyak RM10 juta. Kes ini berlaku bila kerajaan BN yang lama “tersilap’ dengan memberikan kelulusan tanah seluas 10.6 ekar dan permit kuari kepada Tang Hak Ju atas tanah yang tidak dimiliki kerajaan negeri tetapi oleh pihak swasta.
Sungguhpun begitu banyak wang rakyat kehilangan, tidak ada tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab kecuali suatu amaran sahaja. Hanya bila PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang, barulah pegawai tersebut dipindah kepada jabatan lain. Saya ingin tahu mengapakah mereka tidak pernah meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang tentang skendal tanah ini.
Kerajaan Negeri PR kesal ahli-ahli pentadbiran dulu seperti Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Dr Teng Hock Nan enggan bekerjasama dalam skendal tanah ini, khususnya mengapa mereka tidak mahu menyelesaikan kes ini di luar mahkamah yang ditawarkan oleh Tang Hak Ju dengan ganti rugi yang jauh lebih rendah iaitu RM1.8 juta. Dengan kadar 8% sejak tahun Februari 2005 ke atas ganti rugi RM29.4 juta, itulah sebabnya jumlah kehilangan adalah sebanyak RM 40 juta.
LIM GUAN ENG
—-Mandarin Translation —
槟州首席部长林冠英于2012年1月31日在乔治市发表声明:
如果槟州政府在陈合裕土地丑闻上诉案中败诉,国阵会不会偿还4000万令吉的赔偿金?如果槟州政府赢了这场官司,国阵会不会缴付1470万令吉的赔偿金?
如果槟州政府在陈合裕土地丑闻上诉案中败诉,国阵会不会偿还4000万令吉(包括自2005年2月起每年8%的利息累积成的1000万令吉)赔偿金?如果槟州政府赢了这场官司,国阵会不会缴付1470万令吉的赔偿金?槟州政府已经在2009提5月18日遵从庭令,将1千467万8千135令吉50仙的款项,付给槟城第二高等法庭,作为陈合裕土地舞弊案的赔偿抵押金。此案也是前朝政府涉及土地舞弊所留下的。
上诉庭最近已经将这笔赔给陈合裕的款项减少至50万令吉。民政党主席及槟州巫统便要求我道歉,并且撤回“丑闻”的用词,因为它造成的损失不是4000万令吉,而是50万令吉而已。这种要求实在荒谬,因为它涉及的款项不论是4000万令吉,还是50万令吉,它始终还是土地丑闻,因为它涉及人民金钱的损失。
我已经拒绝了国阵的要求,并挑战他们告我或州政府诽谤。不幸的是,直至今天,不论是民政党、丁福南还是槟州巫统,都没有任何行动。是不是只要民联政府成功将赔偿金减少至50万令吉,国阵就准备承担这笔费用以及1470万令吉已付给陈合裕的抵押金(如果他不愿意归还这笔款项)?
上述1470万令吉的抵押金是付给陈合裕赔偿金2940万令吉的50%,这还不包括约1000万令吉的利息。这宗案件的发生是由于前朝国阵政府“失误”,批准陈合裕拥有一块10.6英亩的土地及采矿准证,这块土地并非由州政府拥有,而是属于私人地。
虽然已经造成如此大笔的金钱损失,没有人对那些应该负起责任的人士采取严厉行动,只是警告而已。只有当民联夺下槟州政权以后,相关的官员才被调派到其它部门。我想知道为什么国阵不曾针对这宗土地丑闻向槟州人民道歉?
民联政府对于前朝行政议员如:丹斯里许子根及拿督丁福南在这起丑闻中拒绝合作的态度感到遗憾,尤其是为何他们拒绝陈合裕所提议的庭外合解,这涉及更少的赔偿金180万令吉?由于在赔偿金2940万令吉自2005年2月起每年另加利息8%,因此导致总赔偿金为4000万令吉。
林冠英