Jumlah Pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya sudah RM2.05 bilion Belum Kira Jaminan Bank, Subsidi dan Insentif Cukai

Jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mendedahkan jumlah pampasan kepada 27 syarikat konsesi lebuhraya sudah meningkat kepada RM2.05 bilion. Jumlah ini belum mengambil kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai ataupun jumlah tol yang dikutip daripada pengguna jalanraya.

Itulah sebabnya BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam.

Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:-

“Soalan:
YB Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampas an yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.

Jawapan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, jumlah pampas an dalam bentuk tunai yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikt konsesi lebuh raya ialah sebanyak RM2.05bilion.

Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampas an disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 50% kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.

Maklumat mengenai jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya ialah seperti berikut:

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat mengenai jumlah jaminan bank, subsidi dan insentif cukai kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pusat, iaitu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.”

Leave a Comment