Deklasifikasi Minit Mesyuarat EXCO, Jawatankuasa Tanah Dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Berkaitan Keputusan PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) Membuktikan Barisan Nasional Dan UMNO Telah Membuat Tuduhan Melulu Dan Tidak Berasas
20091121_Deklasifikasi EXCO_BM
PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) adalah syarikat usaha sama di antara PDC (49%) dan YTL Hotels & Properties Sdn Bhd (YTL H&P) (51%). Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat semalam bersetuju secara sebulat suara untuk mendeklasifikasikan minit mesyuarat berkaitan dengan keputusan yang dibuat di atas PHH. Semua keputusan dalam minit mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Tanah diputuskan dan dipersetujui sebulat suara tanpa bantahan.
Surat daripada YTL Corporation menyatakan bahawa pada 9-5-07 bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah bersetuju secara prinsip pada 18-1-2007 untuk menukar kepada pegangan hak milik kekal untuk PHH dan kepada syarat nyata tanah untuk “tujuan kediaman dan perniagaan sahaja”. Surat daripada PDC pada 17-7-2007 pula meminta PHH membuat permohonan menukar syarat nyata tanah dan kepada pegangan hak milik kekal. Adalah jelas bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah membuat tuduhan melulu dan tidak bersasas.
Projek ini terbiar dan dalam keadaan “terbengkalai” sejak YTL membentangkan pelan pembangunan pada 1-8-08. Ini telah menarik perhatian pihak UNESCO yang bertanyakan keadaan projek ini memandangkan tapaknya terletak dalam kawasan penampan (Buffer zone) warisan UNESCO. Demi memulihkan projek ini untuk mengembalikan kemajuan setempat serta menambahkan pulangan kasil Kerajaan dan MPPP, saya telah mengadakan beberapa rundingan dengan semua pihak termasuk pemaju YTL H&P, dengan syarat tidak merugikan kepentingan rakyat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penukaran hak pegangan hak milik kekal ini telahpun diluluskan dan kemudian disahkan oleh EXCO pada 3-6-2009. Akan tetapi tiga syarat tambahan telahpun ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru, iaitu:
1) Ketinggian bangunan mesti mengikuti garis panduan warisan UNESCO dan tidak melebihi 5 tingkat
2) Semua kos tukar syarat nyata tanah dan bayaran premium pegangan hak milik kekal mesti ditanggung oleh YTL H&P.
3) Kenaikan ekuiti pegangan PDC sebanyak 1% daripada 49% ke 50%, dimana kosnya juga dibayar penuh oleh YTL H&P
Ketiga-tiga syarat ini yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat akan memihak dan memberikan faedah kepada kepentingan awam dan Kerajaan Negeri.
UMNO dan BN Pulau Pinang masih mengguna pakai sikap kolot dengan menggunakan mentaliti UMNO untuk mengukur prestasi kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh kerana banyak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kewangan berlaku semasa UMNO dan BN memerintah maka UMNO anggap kerajaan PR Pulau Pinang akan bertindak serupa. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan CAT(Cekap, Akauntable dan Telus) untuk melahirkan pentadbiran bersih dan amanah; bukan macam BN yang masih tidak erti di antara benar dan palsu, hak dan batil serta maaruf dan mungkar.
good. this info must b disseminate to malays who have no IT facility, easy target group by umno.