Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 31.12.2013.

Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218.(sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.

Di bawah kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kini menggunakan sebuah kereta sahaja.

Sebelum ini, Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO enggan membeli 15 buah kereta Mercedes kerana pembayaran cukai yang melebihi kos kereta, adalah terlalu tinggi. Pembekal kereta Mercedes Benz juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi.

Maka Ketua Menteri dan ahli EXCO telahpun memilih untuk membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai. 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober 2013.

Selepas pembelian kereta Toyota Camry, pihak pembekal kereta Mercedes telahpun memberikan pengesahan pada 20 November 2013 untuk menawarkan sebuah kereta S300L dengan harga RM298,263.75. Harga ini adalah dipotong cukai dan juga diberikan diskaun khas RM100,000/-.

Lagipun pembekal kereta Mercedes memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli kereta tersebut dan boleh dikembalikan kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi. Mesyuarat EXCO telah memutuskan secara sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes S300L pada 20 November 2013.

Ini adalah berdasarkan perbezaan besar di antara harga asal RM 657,218 dengan harga diskaun RM 298,263.75. Ia dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes memang bertahan lama sama seperti kereta Mercedes Benz S320L yang dipakai zaman bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang digunakan sejak dibeli pada 4 September 1995.

Lagipun harga pembelian kereta lama Mercedes Benz S320L itu adalah sebanyak RM 271,331.22 pada tahun 1995, iaitu harga 18 tahun dahulu, yang tidak banyak beza dengan harga baru sekarang. Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh YAB Ketua Menteri akan diberikan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Ustaz Maktar Shapee.

MOKHTAR MOHD JAIT

—–Mandarin

槟州财政司拿督莫达莫哈末再益通于2013年12月31日在槟城发表的文告
州政府为首席部长购买S300L型马赛迪宾士官车的价格为29万8千263令吉75仙,其原本价格是65万7千218令吉。
我已经受指示公布州政府为首席部长林冠英购买官车的细节,州政府为首席部长购买S300L型马赛迪宾士官车的价格为29万8千263令吉75仙,其原本价格是65万7千218令吉(请参考附件)。
在首席部长的权限内,首长有权力可以同时使用2辆S400及S300型的马赛迪宾士官车。如今,首长仅使用一辆官车。
在此之前,首席部长及行政议员们不同意购买15辆马赛迪作为官车,因为所要缴交的汽车税务远远超过了车价太多。同时,马赛迪宾士的供应商也不敢发出一旦免税申请不获得批准,就回收所有15辆马赛迪的保证信。
因此,首席部长及行政议员选择了购买15辆免税的2.5型丰田佳美。这15辆2.5型丰田佳美已经于2013年10月31日移交州政府。
在购买了丰田佳美(Toyota Camry)过后,马赛地轿车的供应商也在2013年11月20日献议29万8263令吉75仙出售S300L,这个价格已经免税,并且折扣10万令吉。

再说,马赛地供应商也保证,如果无法免税,州政府不必购买有关轿车,并且可以退还给供应商。2013年11月20日的州行政议会上也一致通过,购买马赛地S300L。

这是基于折扣后的价格为29万8263令吉75仙,而不是原价65万7218令吉。我们觉得值得因为马赛地更耐用,就像前首长丹斯里许子根于1995年9月4日购买使用的马赛地S320L那样。

再说,18年前,1995年马赛地S320L的售价为27万1331万22仙,如今新车的售价和当时相差不远。而首长所使用的丰田佳美将让出给州议会副议长玛达沙比。

莫达莫哈末加益

0 Responses to “Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.”


Comments are currently closed.