10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang UMNO Di Pulau Pinang Diberikan Peruntukan Untuk Projek Pembangunan Kecil Sebanyak RM40,000 Setahun Mulai 2014.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 22.9.2013.

10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang UMNO Di Pulau Pinang diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014. Keputusan ini dibincangkan dalam mesyuarat EXCO negeri pada 18.9.2013 dan telahpun diluluskan secara prinsip. Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini.

Selepas kemenangan PR dengan tambahan undi popular sebanyak 10% ke 68% dalam Pilihanraya Umum 13(PRU13) pada bulan Mei ini, ada 30 ADUN PR dan 10 ADUN UMNO. Sebelum ini Kerajaan negeri telah cuba menjemput ADUN-ADUN UMNO untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada buat kerja sambil menerima peruntukan. Akan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh ADUN UMNO kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Kerajaan negeri mahu ADUN UMNO menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang bahawa ADUN UMNO tidak akan ikut “standard operating procedure” yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan. Keengganan ADUN UMNO bekerjasama dengan kerajaan PR seperti dapat kuasa peruntukan tanpa perlu bertanggungjawab langsung.

Ini adalah selari dengan sikap konfrontasi yang diamalkan oleh BN dan UMNO terhadap PR sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaung-laungkan semangat pendamaian nasional(national reconciliation). Janji pendamaian nasional atau national reconciliation memang janji kosong bila BN mengambil sikap terbuka berdiskriminasi di antara penyokong PR dan BN serta secara terus-terang memusuhi rakyat Malaysia, khususnya kaum bukan Melayu, kerana mempersalahkan mereka tidak sokong BN dalam PRU13.

BN harus dikecam kerana tidak menghormati suara rakyat bila BN adalah kerajaan minoriti kerana hanya memperolehi undi popular sebanyak 47% berbanding dengan 51% yang diperolehi oleh PR dalam PRU13. Dasar permusuhan ke atas penyokong PR dan kaum bukan Melayu dengan kenyataan pemimpin UMNO bahawa tidak perlu rasa bersalah kerana mencadangkan dasar diskriminasi kaum menunjukkan prinsip1Malaysia Perdana Menteri sudah mati.

PR mengamalkan sikap terbuka yang menghormati prinsip dan semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa berdiskriminasi di antara penyokong BN dan PR. Bantuan kerajaan negeri PR diberikan kepada semua berdasarkan keperluan.

Oleh itu sebagai perbezaan dengan konfrontasi kebangsaan yang diamalkan oleh BN, PR menerima pakai dasar pendamaian nasional(national reconciliation) maka EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan untuk membenarkan RM40,000 pembangunan projek kecil setahun kepada 10 ADUN pembangkang UMNO di Pulau Pinang mulai 2014 mengikut mekanisma ketat yang ditetapkan.

LIM GUAN ENG
=====================
槟城首席部长林冠英于2013年9月22日在乔治市光大发表的文告:

槟城10名巫统反对党州议员自2014年起将获得每年4万令吉拨款充作小型发展计划用途。

槟城10名巫统反对党州议员自2014年起将获得每年4万令吉拨款充作小型发展计划用途。州行政议会在2013年9月18日讨论了这项决策,并原则上已经通过。一旦这每年4万令吉的拨款机制底定之后,将会在年底州议会的2014年预算案中提出。

自从,民联于5月第13届大选,在增加10%,以68%多数票执政槟城之后,民联有30名州议员,巫统则有10名州议员。自此之前,州政府已经邀请巫统州议员出席州政府会议理事会以履行他们是否尽州议员工作之责并接受拨款。可是这项友善的献议却被巫统州议员坚决的拒绝了,因为不要与民联政府合作。

州政府要求巫统州议员出席州政府会议理事会,是担忧巫统议员没有按照州政府拟定的“标准作业程序”(SOP),那就是竞争的公开招标、廉洁、阻止领袖家属涉及州政府生意往来。巫统这种不与州政府合作的态度,有如只要获得拨款的权力却不想尽州议员之责。

这与国阵及巫统采取与民联对抗的行为如出一辙,虽然首相纳吉一直呼吁国家和解,结果却出现了民联支持者与国阵支持者的差别待遇及敌视人民,尤其敌视非马来人,因为怪罪他们在第13届大选不支持国阵,在此看来,国家和解只是一个空喊的口号。

当相对民联51%总票数,国阵作为47%选票的弱势政府却不尊重人民的声音是理应被批评的。当巫统领袖高呼政策上敌视民联支持者及非马来人并不必感到有错,显示首相的“1个马来西亚”已死 。

民联秉持开放的态度,尊重民主主义原则,不分种族、宗教及不在国阵或民联支持者之间存有歧视,公正对待全民。民联的援助一切根据需求。

因此,有别于国阵的对抗,民联接受采取国家和解的应有作为,槟州行政议会决定自2014年起根据严格的机制,每年拨款4万令吉予槟城的10名巫统反对党州议员以充作小型发展计划之用。

林冠英

0 Responses to “10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang UMNO Di Pulau Pinang Diberikan Peruntukan Untuk Projek Pembangunan Kecil Sebanyak RM40,000 Setahun Mulai 2014.(bm/cn)”


Comments are currently closed.