Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Harus Menjelaskan Kepada Rakyat Apakah Kerugian Selepas Gagalnya Projek Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) Bernilai RM243.38 Juta Di Batu Maung.(en/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 22.7.13.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harus menjelaskan kepada rakyat apakah kerugian selepas gagalnya projek Malaysian International Tuna Port Sdn Bhd (MITP) bernilai RM 243.38 juta di Batu Maung. Sebagai projek usahasama LKIM dengan Bindforce Sdn Bhd untuk membina MITP yang bernilai RM243.38 juta, tidak mungkin LKIM tidak mengalami sebarang kerugian selepas ia ditamatkan.

Sungguhpun MITP telahpun diluluskan pada 2004, hanya ada dua bangunan kecil dibina dalam tanah seluas 25 ekar daripada perjanjian konsesi 32 tahun. Laporan Ketua Audit Negara 2009 menimbulkan soalan apakah projek yang dikatakan projek usahasama swasta, tetapi kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian akibat mengeluarkan surat sokongan ‘letter of undertaking’.

Bindforce memegang ekuiti 60 peratus manakala LKIM memegang 40 peratus dengan nilai RM16.9 juta, yang didakwa oleh LKIM tidak dibayar dengan wang tetapi menerusi nilai tanah. Macam mana kerajaan persekutuan tidak mengalami sebarang kerugian bila projek ini dibiayai oleh MITP melalui pinjaman RM240 juta dalam bentuk bon dari OSK Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad. Bon RM240 juta ini mendapat surat sokongan kerajaan persekutuan.

Keadaan ini sama dengan skendal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang di mana telahpun diputuskan bahawa surat sokongan oleh kerajaan persekutuan sama dengan jaminan kerajaan. Oleh itu kerajaan Persekutuan juga sama-sama menanggung bayaran faedah dan jumlah RM85 juta yang digunakan daripada jumlah bon RM240 juta untuk kos pembinaan MITP. Kini pembinaan MITP yang gagal dan telahpun dibatalkan hanya pada tahap 18.5%.

Sehubungan itu, OSK Investment Bhd yang keluarkan bon juga turut menuntut sejumlah RM208.62 juta termasuk faedah. Dengan milikan 40 peratus ekuiti, adakah kerajaan terpaksa menanggung RM83.45 juta dari tuntutan OSK tersebut? Kesemua ini tidak dinyatakan dalam jawapan bertulis Parlimen kepada saya oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani seperti berikut:-

PARLIMEN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

NO. SOALAN : 136

PERTANYAAN : BERTULIS

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)

SOALAN :

Minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab projek Pelabuhan Antarabangsa Tuna di Batu Maung, Bayan Baru bernilai RM243.38 juta yang terbengkalai dan kerugian yang dialami. Jelaskan status perjanjian antara syarikat konsesi Malaysia International Tuna Port Sdn. Bhd. (MITP) dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (semasa masih menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

JAWAPAN :

Malaysia International Tuna Port Sdn. Bhd. (MITP) merupakan syarikat usahasama antara Bindforce Sdn. Bhd. dengan pegangan ekuiti sebanyak 60 peratus dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi pihak Kerajaan sebanyak 40 peratus bagi membangunkan kompleks perikanan tuna secara penswastaan di Batu Maung, Pulau Pinang. Konsesi ini telah diluluskan oleh Kerajaan pada 22 September 2004 dan Perjanjian Konsesi penswastaan secara Bina-Operasi-Pindah selama 32 tahun termasuk tempoh pembinaan selama 2 tahun telah ditandatangani antara LKIM dan MITP pada 16 Disember 2004. Perjanjian Konsesi ini hanya melibatkan LKIM dan MITP sahaja dan tidak melibatkan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembiayaan bagi projek Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi. Sementara itu, perolehan ekuiti LKIM di dalam MITP adalah dibuat secara ‘set-off’ daripada nilai pemajakan tanah-tanah dalam kawasan konsesi yang berjumlah sebanyak RM16,873,000.00. Tiada pelaburan melalui suntikan modal dilakukan oleh LKIM.

Pada 12 Jun 2010, LKIM telah mengambil alih secara sementara operasi Pelabuhan Antarabangsa Tuna Malaysia berkenaan setelah mendapati syarikat konsesi iaitu MITP tidak berkemampuan untuk meneruskan pengoperasian pelabuhan tersebut.

Pada 17 Ogos 2011, Kerajaan telah bersetuju supaya Perjanjian Konsesi di antara LKIM dan MITP ditamatkan dan LKIM mengambil alih semula pengurusan dan operasi pelabuhan berkenaan. Selaras dengan keputusan tersebut, pada 9 Januari 2012, LKIM telah mengeluarkan

——Mandarin version —–

槟州首席部长林冠英于2013年7月22日在乔治市光大发表声明:

大马渔业局必须向人民解释耗资2亿4千338万令吉建造的峇都茅国际金枪鱼码头失败的原因。

大马渔业局必须向人民解释耗资2亿4千338万令吉建造的峇都茅国际金枪鱼码头失败的原因,由Bindforce有限公司与渔业局联营的国际金枪鱼有限公司耗资2亿4千338万令吉已结束经营,渔业局不可能没蒙受亏损。

国际金枪鱼有限公司批准于2004年,但在32年的特许营运期限内,还有25依格的土地上只建了2座小建筑物。2009年的总稽查司报告也质疑这项自称为私人联营的计划,但为什么政府被迫发支持信来为之背书,承担亏损。

Bindforce公司持有60%股权,渔业局持有价值1千690万令吉的40%股权,渔业局辩称通过土地价格获得股权,没涉及金钱,但国际金枪鱼有限公司以联邦政府发出的支持书,向OSK公司和RHB投资银行以债券方式获得2亿4千万令吉贷款,联邦政府怎能说没蒙受亏损?

这与巴生港口自由贸易区(PKFZ)港口丑闻一样,联邦政府的支持书如同政府的保证,也就是联邦政府必须承担以2亿4千万令吉债券建造国际金枪鱼码头有限公司的8500万令吉利息,这项国际金枪鱼码头计划已告失败,才完成15%计划就宣布取消。

发出债券的OSK公司 已追讨包含利息的2亿862万令吉,政府持有40% 股权,是否被迫承担8千345万令吉的债务?农业及农基部长并没有在国会的书面问答回答我。

林冠英峇眼国会议员的书面问题及答案

问题:

请农业及农基工业部长解释峇都茅国际金枪鱼码头沦为白象计划和亏损的原因,这项计划耗资2亿4千338万令吉,请列出由副首相丹斯里慕尤丁(时任农业部长)与国际金枪鱼有限公司当年签署的合约内容。

答案:

国城国际金枪鱼码头由Bindforce有限公司与政府农业部属下的渔业局联营,渔业局持有40%股份,政府于2004年9月22日以32年的建造、营运和转移模式(BOT)方案下批准这项计划,包括2年的码头建造,峇都茅国际金枪鱼码头和渔业局在2004年12月16 日签署合约,丹斯里慕尤丁没有涉及这项特许经营合约。

国际金枪鱼码头由特许经营公司全权出资,国际金枪鱼码头和渔业局以“抵消”该特许经营地区价值1千687万3000令吉的租赁土地获取股权,大马渔业局并没入资。

渔业局认为国际金枪鱼码头有限公司没有能力继续经营该投资后,渔业局于2010年6月12日代为暂时经营该码头。

2011年8月17日,政府同意结束渔业局和国际金枪鱼有限公司的特许经营合约,由渔业局取回经营权,渔业局于2012年1月9日发有关通知书。