Kurangkan Risiko Ancaman Alam Sekitar Dengan Menolak Kilang Nadir Bumi Lynas Di Kuantan Dan Cadangan Membina 2 Loji Reaktor Nuklear Di Malaysia Serta Mengkaji Semula Lokasi RAPID di Pengerang, Johor.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 26.10.2012.

DAP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umah Islam dan mengirimkan harapan keamanan, kemakmuran, keadilan dan kebebasan dalam keadaan yang adil dan saksama. Konsep pengorbanan dalam Islam amatlah dikagumi, termasuk mesra dengan alam sekitar yang dikurniakan yang dikurniakan oleh Tuhan.

Demi memastikan tidak berlakunya pencemaran alam sekitar maka DAP ingin mencadangkan projek-projek pembangunan yang mencemarkan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Kuantan ditutup, menolak atau membatalkan cadangan kerajaan persekutuan BN membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Keresahan penduduk di Pengerang, Johor tentang pencemaran alam sekitar harus diberikan perhatian kerana RAPID juga membabitkan suatu kilang gergasi petro-kimi Taiwan. Sememangnya kilang nadir bumi Lynas harus ditutup kerana tidak ada jaminan sisa toksid radioaktif boleh diuruskan atau dibuang dengan selamat di luar Malaysia. Pengalaman pahit di Bukit Merah, Perak yang menghancurkan kehidupan penduduk memang tidak akan dilupakan.

Manakala tidak ada sebab kerajaan persekutuan BN masih mahu meneruskan projek loji reaktor nuklear selepas tragedi gempa bumi dan tsunami di Fukshima. Jepun. Semasa kebanyakan negara di dunia, termasuk Jerman, menamatkan program loji reaktor nuklear, keazaman kerajaan BN meneruskan loji reaktor nuklear sungguh tidak masuk akal dan tidak waras.

Mengikut jawapan Parlimen, 7 tapak telah dikaji untuk menempatkan 2 buah loji reaktor nuklear ini. Macam mana loji reaktor nuklear boleh dikendalikan dengan baik bila rumah kediaman para angkatan tentera bernilai RM3.2 bilion pun tak dibina dengan elok dan bumbung Stadium di Kuala Terengganu pun boleh tumbang?

Demi kesihatan dan melindungi alam sekitar, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah memutuskan untuk mengharamkan dan tidak membenarkan apa-apa pembinaan loji reaktor nuklear di Pulau Pinang. Adalah diharapkan kerajaan persekutuan BN boleh ketepikan kepentingan politik dan berdiri bersama rakyat Malaysia demi kurangkan risiko ancaman alam sekitar dengan menolak kilang nadir bumi Lynas di Kuantan dan cadangan membina 2 loji reaktor nuklear di Malaysia serta mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor.

Lim Guan Eng

—-Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年10月26日在吉隆坡发表声明:

国阵政府应该减少环境公害,拒绝关丹稀土提炼厂及在大马兴建两座核电厂的建议,同时重新检讨柔佛州边佳兰炼油和石化研发综合设施(RAPID)的发展地点。

民主行动党要恭贺全体穆斯林哈芝节快乐,并祈祷国家维持和平、昌盛、公义、自由的情况。伊斯兰对于“牺牲”的宗教理念让人惊叹,包括人类必须与上苍赐予的环境和谐共处。

为了确保环境不受危害性污染,民主行动党藉此建议国阵政府关闭关丹稀土厂、拒绝联邦政府在大马兴建两座核电厂的建议,以及重新检讨柔佛州边佳兰炼油和石化研发综合设施(RAPID)的发展地点。

政府应该关注柔佛州边佳兰居民对于RAPID工程的焦虑,因为它涉及一家巨型台湾石化厂。 莱纳斯稀土厂应该被关闭,因为它无法保障辐射性废料能否妥善处理或被安全地埋藏在国外。红坭山的稀土往事破坏了当地居民的生活,人们永远不会忘记这希痛苦的经历。

然而,在经历了日本福山的地震及海啸后,国阵还是决定兴建核电厂。在许多国家逐步撤出兴建核电厂计划后,国阵还决定继续兴建核电厂,实在是不理智及不合适。

根据国会的答复,当局已经考察了七个兴建两座核电厂的地点。如果连耗资32亿令吉、兴建给军人的宿舍都建不好、在瓜拉登嘉楼的体育馆也可以坍塌,我们要怎样相信我国的核电厂可以建好、管理好?

为了人民健康及环境保护,槟州民联政府已经决定禁止在州内兴建核电厂。我们也希望国阵联邦政府可以撇开政治利益、与人民站在同一阵线、减少环境公害,拒绝关丹稀土提炼厂及在大马兴建两座核电厂的建议,同时重新检讨柔佛州边佳兰炼油和石化研发综合设施(RAPID)的发展地点。

林冠英

Leave a Comment