Will BN leaders pass the test to walk the talk in fighting corruption by making a public declaration of assets, implementing open competitive tenders, bar family members from being involved with government business and drop BN leaders with extravagant lifestyles? (en/bm/cn)

Prime Minister Dato’ Sri Najib’s speech at the opening of the International Association of Anti-Corruption Authorities Conference urged leaders at all levels of society to exhibit the right values and ethical conduct in order to prevent corruption. Unfortunately Najib is long on rhetoric but short on action in fighting corruption.

The drop in Malaysia’s Transparency International’s(TI) Corruption Perception Index(CPI) from No. 37 in 2003 to No. 60 in 2012 is the most damaging indictment of BN’s failure to root out corruption. Worse, TI Malaysia Deputy President Mohammad Ali even noted that Malaysia’s CPI has continued to decline as “elements of state” that facilitated “grand corruption” were still prevalent. Even Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung admitted that corruption cost Malaysia RM26 billion every year.

Again Najib has failed to “walk the talk” leading to not only the Melaka Chief Minister proudly showing off his son’s wedding with 130,000 guests, never mind who paid for or how much it costs. So far there are no answers to disturbing questions about the extent of extraordinary wealth of Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud with allegations that his family is worth billions of ringgit. The enormity of Taib’s family wealth is corroborated by the current divorce proceedings of his son Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, in which his ex-wife has revealed that he is worth at least RM1 billion, with personal accounts all over the world.

If Najib wants Malaysians to take his fight against corruption seriously, then he must institutionalise public declaration of assets. This has been done in Penang where the Chief Minister and the entire State Exco has made a public declaration of assets that has even been certified by an international accounting firm. If Penang can do it, why can’t the Prime Minister and his Federal Cabinet do the same?

At the same time, BN leaders with extravagant lifestyle owning luxury homes, cars and even number plates must be dropped. Family members must also be barred from being involved in government business to avoid another RM 250 million “cows and condos” National Feedlot scandal.

Another necessary element in the battle against corruption is to institutionalise open competitive tenders. Without open competitive tenders, public projects are directly negotiated and awarded to cronies causing loss of public revenue such as the cheap sale of the Sungai Besi Air Force Base land. Can the RM386 million for 57 KR1M stores in Sabah and Sarawak or RM6.7 million per store be justified? At RM6.7 million per store, are the KR1M stores selling basic necessities like sugar, salt and rice or luxury items like jewellery and designer handbags?

In Penang, open competitive tenders were implemented immediately after the change of government in 2008 and as a result the state government has been able to achieve surplus budgets every year since, with proceeds from the savings going back to the people annually in the form of an “anti-corruption dividend”.

This is a result of a zero tolerance of corruption policy where PR leaders pass the test to walk the talk by making a public declaration of assets, implementing open competitive tenders, bar family members from being involved with government business and do not have leaders with extravagant lifestyles. Can Najib apply the same anti-corruption test?

Lim Guan Eng

—-BM Version —
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 5.10.2012

Adakah Pemimpin-Pemimpin BN Mampu Buktikan Diri Dalam Usaha Membanteras Rasuah Dengan Melakukan Pengisytiharan Harta Secara Terbuka, Melaksanakan Tender Terbuka, Melarang Ahli Keluarga Daripada Urusan Perniagaan Dengan Kerajaan Serta Menggugurkan Pemimpin BN Yang Mempunyai Gaya Hidup Mewah?

Adakah pemimpin-pemimpin BN mampu buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan serta menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?

Ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa telah menyeru agar pemimpin-pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. Malangnya, kenyataan Najib ini umpama ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti yang paling kukuh kegagalan BN untuk membanteras rasuah. Lagi teruk, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali sendiri telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merudum akibat “elemen kerajaan” yang menggalakkan “rasuah besar”. Malah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung sendiri telah mengakui bahawa rasuah di Malaysia merugikan rakyat sebanyak RM26 bilion setiap tahun.

Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut. Sehingga kini tiada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya tentang kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka. Ini telah dilakukan di Pulau Pinang di mana Ketua Menteri dan barisan Exco telah membuat pengisytiharan harta secara terbuka yang telah diperakui oleh firma akauntan antarabangsa. Jika Pulau Pinang mampu melakukannya, kenapa tidak Perdana Menteri dan Kabinetnya?

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah-rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang daripada urusan perniagaan dengan kerajaan untuk mengelakkan terjadinya lagi satu skandal RM250 juta “lembu dan kondo” NFC.

Lagi satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni, hatta rakyat kerugian seperti dalam kes penjualan tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi dengan harga murah. Adakah peruntukan RM386 juta untuk 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak ataupun RM6.7 juta sebuah kedai boleh diwajarkan? Dengan kos RM6.7 juta sebuah kedai, adakah kedai-kedai KR1M ini menjual barangan harian seperti gula, garam dan beras ataupun barangan mewah seperti bag-bag tangan dan barang kemas?

Di Pulau Pinang, tender terbuka telah dilaksanakan sejurus selepas pertukaran kerajaan pada tahun 2008 dan sejak itu kerajaan negeri berjaya mencatat bajet lebihan setiap tahun. Wang yang dijimat pula diberi balik kepada rakyat setiap tahun melalui “dividen anti-rasuah”.

Ini adalah akibat dasar toleransi sifar terhadap rasuah di mana pemimpin-pemimpin PR telah membuktikan diri dengan melakukan pengisytiharan harta secara terbuka, melaksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga daripada urusan perniagaan dengan kerajaan dan tidak mempunyai pemimpin-pemimpin yang hidup dengan gaya mewah. Adakah Najib boleh buktikan yang sama?

— Mandarin Version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年10月5日在吉隆坡发表声明:

国阵领袖会不会通过肃贪的考验,讲到做到,公开资产、推行公开招标、禁止家庭成员涉及政府生意、除去那些生活方式奢华的国阵领袖?

首相拿督斯里纳吉在国际反贪污机构协会研讨会上,促请社会各阶层领袖展现正确的反贪价值观及伦理。不幸地是,纳吉在肃贪方面,只会讲不会做。

马来西亚国际透明贪污印象指数从2003年第37名滑落至2012年第60名,这是国阵肃贪无力最有力的证明。更糟的是,马来西亚国际透明副主席莫哈末阿里甚至说,我国的贪污印象指数持续下跌,这是因为那些导致“大宗贪污案”的“国家因素”还存在。就连房屋及地方政府部长拿督曹智雄也承认,我国因贪污每年损失了260亿令吉。

纳吉再一次无法讲到做到,不只是马六甲州首长自豪地炫耀其儿子的婚礼邀请了13万人客,不管是谁买单、花费多少。至今为止,有关砂拉越首长丹斯里泰益玛目家族拥有上千亿令吉资产的谣言,都没有答案。泰益家庭所拥有的巨额财富,最近由其儿子拿督斯里玛目阿布柏基尔的前妻,在离婚案中确定,她揭露,他拥有的财产价值至少10亿令吉,在全世界各地皆有户口。

如果纳吉要我国人民认为他的肃贪努力是认真的,他必须制度化公布财产。槟州首长及全体槟州行政议员已经这么做,我们公开资产的模式也是国际会计公司证实的。如果槟州做得到,为什么首相和联邦内阁做不到?

同时,那些生活方式奢华、拥有豪华住宅、汽车甚至是车牌的国阵领袖必须被除名。家庭成员也必须被禁足政府生意,以避免另一宗2亿5000万令吉的“公寓养牛”重蹈覆辙。

另一个肃贪的重要元素是制度化公开招标。没有公开招标,直接颁发公共项目合约给朋党,将导致公款的损失,例如新街场空军基地以贱价出售。国阵能否解释,用670万令吉设立一家一个马来西亚商店来售卖像白糖、白米及盐,还是用来售卖钻石珠宝、设计师手提袋?

在槟城,2008年换州政府后,我们马上推行公开招标,结果州政府得每年获得财政盈余,我们把这些省下的钱以“反贪红利”的形式给回人民。

民联领袖的“贪污零度容忍”政策已经让我们通过考验,我们也讲到做到,公开资产、推行公开招标、禁止家庭成员涉及政府生意、也没有生活方式奢华的领袖。纳吉是否也能实施相同的反贪考验?

林冠英

Leave a Comment