Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012.

Mencadangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran Bertaraf Antarabangsa.

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini.

Masih ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia. P. Ramlee pernah dipilih pelakon terbaik Asia. Memandangkan beliau dikenali umum di peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas dunia.

Pada masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu penumpang-penumpang. Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan terbang tersebut.

Adalah diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul agar ia tidak ditutup begitu sahaja. Kebimbangan semua pihak adalah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2012年9月23日在乔治市光大发表声明:

建议将槟州国际机场命名为比南利槟州国际机场,以纪念卓越的艺术贡献,并鼓励机场扩建达国际水准。

我建议联邦政府将槟州国际机场命名为比南利国际机场,以纪念比南利卓越的艺术贡献,同时也鼓励机场扩建工程迈向国际水准。已逝丹斯里比南利是槟州子民,在槟城长大和受教育,槟州为此深感骄傲。

还有许多人不知道比南利源自槟州,当年开放繁荣的槟州,让比南利在一个良好环境下发挥其才华,成为马来西亚史上最卓越的艺术、演员、音乐人和歌手,比南利也曾获选为亚洲最佳演员奖。有鉴于他在国际舞台的成就,以他命名这座衔接世界的槟州国际机场最适合不过了。

与此同时,耗资2亿5000万令吉的槟州国际机场扩建工程进展并不理想,包括雨天漏水、施工水准不佳、延迟完工、以及工程管理对乘客造成许多困扰,除了乘客不满,机场员工也投诉。

希望联邦政府相关单位能每周进行检查,确保不只是将这些问题扫进地毯里而已,大家都担心,比南利槟州国际机场工程竣工后问题连连。

林冠英

Leave a Comment