Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012(bm/cn)

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 18 Ogos 2012 Di Komtar, George Town.

Dividen Anti-Rasuah Yang Membolehkan Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang(HAPPY!) Sebanyak RM 50 Juta Untuk Memperbaiki, Menaiktaraf dan Memulihkan Rumah Pangsa Kos Rendah Dan Sederhana Rendah Memastikan Suatu Perubahan Besar Dalam Kualiti Hidup Rakyat.

Dividen anti-rasuah yang membolehkan Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang atau Housing Assisted Programme of Penang, YES! (HAPPY!) sebanyak RM 50 juta untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah pasti akan memastikan suatu perubahan besar dalam kualiti hidup rakyat. Ini adalah kali pertama mana-mana kerajaan negeri di Malaysia menjalankan suatu program sistematik untuk rumah pangsa kos rendah(di bawah RM42,00) dan sederhana rendah(di bawah RM72,500).

RM 50 juta yang diperuntukkan untuk HAPPY! adalah berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan sekurang-kurangnya RM 50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan CAT atau Cekap, Akauntabel dan Telus. Kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.

HAPPY! RM50 juta memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah dan membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang. Kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah dengan menawarkan pembiayaan kos 90% oleh kerajaan pusat dan 10% oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah adalah 70% oleh kerajaan pusat dan 30% oleh penduduk.

Usaha sedemikian gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing. Kerajaan persekutan hanya akan keluar kos penyelenggaraan 90% dan 70% untuk rumah kos rendah dan sederhana rendah bila ada komitmen atau jaminan 10% dan 30% masing-masing. Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah. Kerajaan negeri akan tanggung setakat RM50 juta memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah dan semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera.

Adalah diharapkan pengumuman HAPPY! RM50 juta disamping menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri juga akan merancakkan pembangunan ekonomi setempat. Kerajaan negeri mendesak agar tender terbuka diadakan hanya untuk kontraktor tempatan supaya ia memanfaatkan warga Pulau Pinang secara adil.

Program HAPPY! yang berjiwa rakyat ini tidak diberikan liputan besar di suratkhabar yang lebih berminat ke atas fitnah terhadap pemimpin PR Pulau Pinang. Baru-baru ini ada juga rencana yang ditulis oleh penulis upahan pihak tertentu yang menggunakan nama samaran dan bukan nama sebenarnya untuk menaburkan fitnah tersebut.

Memang fitnah akan digunakan bila pihak tidak bertanggungjawab ini tidak ada modal untuk menghadapi dasar berjiwa rakyat kerajaan negeri yang telahpun membelanjakan RM100 juta untuk program kebajikan membasmi kemiskinan tegar dan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar IPTA, ibubapa baru serta pelajar sekolah rendah dan menengah. Oleh itu pemimpin kerajaan negeri akan sentiasa bersabar kerana faham bahawa hanya yang baik akan difitnah kerana yang jahat tidak perlu lagi difitnah kerana sudahpun jahat.

Semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan membezakan di antara benar dan palsu serta menjauhi fitnah. Maaf zahir dan batin.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2012年8月18日在槟城乔治市光大发表的开斋节献词:

槟州政府所设的5千万令吉“快乐房屋计划”基金“反贪红利”,让廉价及中廉价屋居民得以用来维修、提升及修复组屋,以确保人民生活素质上的大改变!

槟州政府所设的5千万令吉“快乐房屋计划”基金“反贪红利”,让廉价及中廉价屋居民得以用来维修、提升及修复组屋,以确保人民生活素质上的大改变!这是我国史上首次有州政府为了廉价屋(4万2千令吉以下)及中廉价屋(7万5千令吉以下)而推行的系统化计划。

为“快乐房屋计划”而拨出的5千万令吉基金,是基于州政府有信心能够在2011年从反贪污努力,以及能干、公信、透明(CAT)施政方针下,所获得的至少5千万令吉收益来计算。槟州政府在2008年成功创下8千800万令吉的盈余,2009年的盈余为7千700万令吉,而2010年也有3千300万令吉盈余。

耗资5千万的“快乐房屋计划”也展现了州政府为超过600项廉价及中廉价屋计划作出巨大改变的承诺,这共牵涉到槟州逾万个单位。联邦政府早前已设立了一个5亿令吉的廉价屋及中廉价屋维修基金,廉价屋的90%维修费将由联邦政府承担,而居民需另行负担剩余的10%维修费。至于中廉价屋,联邦政府承担的数额为70%维修费,居民需自行负责剩余的30%。

这项计划因许多廉价及中廉价屋居民无法承担剩余的10%或30%维修费用而宣告失败。联邦政府只有在确保居民能够缴付剩余的10%(廉价屋)或30%(中廉价屋)后,才会出资90%(廉价屋)或70%(中廉价屋)的维修费。为了让这项计划成功实行,州政府谨此协助槟州的廉价屋及中廉价屋居民支付剩余的10%或30%维修费款项,直至州政府的5千万令吉顶限为止。这笔款项是用在维修、提升及修复廉价屋及中廉价屋的基设。因此,所有的居民协会受促尽快向联邦政府提出申请。

希望随着州政府宣布这项5千万令吉的快乐房屋计划,能够进一步让欢愉的开斋节庆典更添喜悦,并促进地方上的经济发展。槟州政府也促请工程的公开招标,只限本土的承包商参与,以公平地为槟州子民带来利益。

这项利民的“快乐房屋计划”,却没像那些对民联领袖展开污蔑性谎言的新闻般受到媒体的重视。最近,也有一些受雇的写手,专门以假冒的名字而不是真实姓名来发表文章,以散播对民联领袖的诽谤性言论。

当这些不负责任的人士,面对一个以民为本的政府而完全失去政治资本时,就是使用诽谤及污蔑性谎言的时候了。以民为本的民联槟州政府,总共拨出了近1亿令吉展开各项福利计划,包括零赤贫计划、乐龄人士计划、单亲妈妈计划、残疾人士计划、大专生入学援助金计划、减轻中小学生父母负担的“快乐学生计划”等等。因此,州政府将会继续容忍,因为我们明白:只有好人才会被诽谤、被污蔑,因为坏人已经当道、已经够坏,他们不再需要被污蔑了。

愿大家有个开心欢愉的开斋节,也希望这个节庆能够让人明辩真伪,并远离诽谤和污蔑。

林冠英

0 Responses to “Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012(bm/cn)”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.