Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak Should Direct MCA To Repeat Their False Allegations Outside The Melaka State Assembly That My Wife Assaulted My Former Staff Because Of Her Close Relationship With Me (en/bm/cn)

I wish to condemn in the strongest possible terms the attempted character assassination not only against me but also against my wife and children by BN and MCA. Clearly BN will practice the dirtiest politics to try to topple democratically elected leaders, even attacking innocent members of the family. Before this my 15 year old son, who is still at minor, was accused of sexually molesting his female classmate by UMNO Online, UMNO Youth chief Khairy Jamaludin and pro-UMNO blogs.

A picture of the alleged female victim of my son was also posted on the internet. The alleged female victim was identified Anya Corke, a chess champion from Hong Kong, who had never met me or my son. No apology was forthcoming from UMNO Online or Khairy Jamaludin and neither was there any action taken by both the police and Malaysian Communications &Multimedia Commision on the various police reports filed by me. In contrast, immediate action is taken when such smear campaign is directed against BN leaders.

Having failed to destroy my son and affect me, the BN media machinery has now undertaken another smear campaign through MCA against my wife. Melaka MCA Chair Datuk Gan Tian Loo has abused the Melaka State Assembly privelege and immunity by making false allegations of a private moral scandal against me and my wife in the Melaka State Assembly. I want Gan to repeat his allegations outside so that my wife and me can file a legal suit against him for defamation for making such “kurang ajar” or uncouth remarks.

If Gan fails to do so, then he has shown himself to be a coward who is unfit to be a leader, an EXCO member and a wakil rakyat. Worse, he will show himself unworthy to be a husband and father of his children who can make false allegations against another to destroy not just his political career but also the family’s happiness. What kind of leader is Gan when he is willing to be used as a lackey of UMNO to play such gutter politics?

Repeat Outside So That My Wife And I Can Prove In Court That Lim Guan Eng Is Not Chua Soi Lek.

DAP had never indulged in gutter politics. DAP had never abused and misused parliamentary privilege and proceedings to attack MCA President Datuk Seri Chua Soi Lek private moral scandal in Parliament when he was caught in a pornographic video tape having an extra-marital affair with another woman. Instead most of the attacks were made by MCA leaders during the MCA party crisis. However I regret that despite the restraint shown by DAP towards Chua, MCA is shamelessly willing to stoop so low.

I would not ask Chua Soi Lek to direct Gan to repeat his false allegations against me outside the House. After all Chua has no moral authority to direct his subordinate in view of Chua’s previous moral scandal. Instead Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak should direct MCA to repeat their false allegations outside the Melaka State Assembly that my wife assaulted my former staff because of her close or secret relationship with me.

I have no close or secret relatonship with my former staff. My wife had never assaulted me or anyone in her life.

Let my wife and me prove in court that MCA lied and ask MCA to expose their attempted character assassination as well as the source of this false information. Let MCA repeat their allegations publicly so that my wife and me can prove in court that, “Lim Guan Eng is not Chua Soi Lek!”.

—- BM Version—-

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 4.7.2012 di Komtar,George Town

Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak patut mengarahkan MCA untuk mengulangi fitnah palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkaitan isteri saya menyerang bekas kakitangan pejabat saya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan saya.

Saya ingin mengecam sekeras-kerasnya mengenai cubaan membunuh karektor peribadi yang dilakukan bukan sahaja terhadap diri saya tetapi juga terhadap isteri dan anak-anak saya oleh BN dan MCA. Jelas BN mengamalkan politik kotor dengan cuba menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokratik bahkan menyerang ahli-ahli keluarga yang tidak bersalah. Sebelum ini anak saya yang berumur 15 tahun, yang masih di bawah umur, dituduh melakukan pencabulan seksual terhadap rakan wanita sekelasnya oleh laman web UMNO, iaitu UMNO Online serta Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan blog-blog pro-UMNO.

Gambar wanita yang kononnya menjadi mangsa anak saya tersiar di internet. Mangsa wanita yang dikatakan itu telah dikenal pasti sebagai Anya Corke, juara catur dari Hong Kong yang tidak pernah langsung bertemu saya atau anak saya. UMNO Online atau Khairy Jamaludin tidak pernah meminta maaf atas pembohongan mereka dan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laporan polis yang difailkan oleh saya. Sebaliknya, tindakan segera diambil hanya apabila terdapat kempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN.

Setelah gagal untuk menghancurkan hidup anak saya dan gagal untuk menjejaskan saya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji, kali ini melalui perbuatan memburukkan isteri saya melalui MCA. Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo telah menyalahgunakan keistimewaan dan jaminan perlindungan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap saya dan isteri di dalam dewan tersebut. Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu.

Jika Gan tidak berani berbuat demikian, maka dia telah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin, ahli EXCO dan wakil rakyat. Lebih teruk lagi, dia akan menunjukkan dirinya sebagai orang yang tidak layak untuk menjadi suami dan bapa kepada anak-anaknya kerana sanggup membuat tuduhan palsu terhadap orang lain untuk menghancurkan bukan sahaja karier politik tetapi juga kebahagiaan rumah tangga orang lain. Apakah jenis pemimpin seperti Gan ini apabila dia sanggup dipergunakan sebagai orang suruhan UMNO untuk bermain politik longkang itu?

Ulangi kenyataan di luar supaya saya dan isteri boleh buktikan di mahkamah bahawa Lim Guan Eng bukanlah seperti Chua Soi Lek.

DAP tidak pernah terlibat dalam politik longkang. DAP tidak pernah menyalahgunakan keistimewaan dan prosiding Parlimen untuk menyerang Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek atas salah laku peribadi apabila terdedah video lucah beliau dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Sebaliknya serangan terhadap Soi Lek dibuat oleh pemimpin-pemimpin MCA sendiri semasa krisis parti MCA. Walau bagaimanapun saya kecewa kerana walau pun DAP telah menahan diri daripada menyerang peribadi Soi Lek, MCA tanpa segan silu telah merendahkan maruah mereka.

Justeru, saya tidak meminta Chua Soi Lek untuk mengarahkan Gan mengulangi dakwaan palsu terhadap saya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka. Ini kerana Soi Lek tidak ada kuasa moral untuk mengarahkan orang bawahannya memandangkan Chua juga mempunyai skandal moral sebelum ini.
Sebaliknya saya mahu Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak mengarahkan MCA untuk mengulangi dakwaan palsu mereka di luar Dewan Undangan Negeri Melaka bahawa isteri saya telah menyerang bekas kakitangan saya kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan saya.

Saya tidak mempunya mana-mana hubungan rapat atau rahsia dengan bekas kakitangan saya. Isteri saya tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya.

Biar saya dan isteri saya membuktikannya di mahkamah bahawa MCA berbohong dan meminta MCA mendedahkan cubaan untuk membunuh karektor dan mendedahkan sumber maklumat palsu ini. Biar MCA mengulangi dakwaan mereka di khalayak ramai supaya saya dan isteri boleh buktikannya di mahkamah bahawa “Lim Guan Eng bukan Chua Soi Lek”.

—–Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2012年7月4日在光大乔治市发表记者会声明:

首相拿督斯里纳吉应该指示马华,在马六甲州议会之外,重复他们的诬蔑性指控,那就是我的太太因一名前职员与我关系密切,而袭击有关职员。

我要使用最强烈的措词严厉谴责针对我、我的太太、我的孩子进行的人格谋杀。很明显地,国阵将会采用最肮脏的政治手段,来推翻民选领袖、甚至攻击无辜的家庭成员。之前,是我的15岁儿子遭殃,他被《巫统在线》、巫青团团长凯里及亲巫统网站诬指性侵犯一名女同学。

当时,网站刊登了“受害女生” 的照片。有关受害者证实是香港的象棋冠军Anya Corke,她已经声明没有见过我也没有见过我的儿子。但是,《巫统在线》或凯里到今天都没有道歉,尽管我已经报警很多次,警方及大马多媒体委员会也没有采取任何行动。相反地,如果这种抹黑行为是针对国阵领袖,他们一定会马上采取行动对付相关人士。

他们企图毁灭我的儿子来影响我不遂后,国阵媒体机关现在通过马华,针对我的妻子进行另一轮的诬蔑活动。马六甲马华联委员会主席颜天禄已经滥用马六甲州议会的特权和免控权,制造道德丑闻,在州议会内针对我和我的妻子。我挑战颜天禄在州议会之外,重新发表他的言论,那么我的太太和我就可以针对他的“没教养”或粗野的言论起诉他诽谤。

如果颜天禄不敢这么做,这证明他是一个胆小鬼,不配做一名领袖、行政议员及人民代议士。更糟的是,他自己也不配做一名丈夫及孩子的父亲,因为他可以发表虚假的言论,不只毁坏他的政治事实也包括家庭幸福。颜天禄甘为巫统的傀儡,玩弄这种肮脏的政治伎俩,这算什么领袖?

有胆量的话,在州议会之外重复,好让我的太太和我可以在法庭内证明:林冠英不是蔡细历

行动党从来没有涉及肮脏政治。行动党从来没有滥用国会内的特权及程序来攻击马华总会长拿督斯里蔡细历的道德丑闻,当他与婚外另一名女性的色情光碟被公开后,攻击他的人大多是马华党争时期的马华领袖。但是,我感到遗憾,尽管行动党自我遏制不攻击蔡细历,但是,马华竟然无耻地采取这种下流的手段。

我不会叫蔡细历指示颜天禄在州议会之外,重复他的诬蔑性指控。再说,蔡细历本身涉及道德丑闻,他已经没有道德依据来指示他的下属。反而首相拿督斯里纳吉应该指示马华在马六甲州议会之外,重复他们针对我太太的指控,那就是我的前职员因为和我有亲密关系,结果遭我的太太攻击。

我要强调,我和我的前职员没有亲密和秘密关系。我的太太也从来没有攻击过任何人。
让我的太太和我在法庭内证明马华撒谎,叫马华揭穿他们对我进行人格谋杀的企图以及这项虚假消息的来源。让马华公开重复一次,让我和我的太太可以在法庭上证明“林冠英不是蔡细历!”

林冠英

Leave a Comment