Ahli EXCO Kerajaan Negeri Phee Boon Poh Ditugaskan Untuk Mendapat Maklumat Keluarga Miskin Atau Miskin Tegar Yang Diberikan Bantuan Daripada Datuk Zainal Abidin Osman.(bm/cn)

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan kesediaan Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman selepas tunggu 3 tahun, untuk memberikan maklumat 301 buah keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009.

Hanya selepas 3 tahun, barulah sudi Datuk Zainal menjelaskan bahawa SPKR sebanyak RM1.1 juta diberikan bukan kepada 22 buah keluarga miskin tegar tetapi sebenarnya kepada 301 keluarga miskin. Datuk Zainal selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang telah dilaporkan di Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukan untuk SPKR untuk membantu 22 keluarga miskin tegar.

Dalam laporan Berita Harian 26 Februari 2009 daripada George Town, tidak ada sebarang sebutan istilah Nibong Tebal atau bahawa 22 buah keluarga miskin tegar adalah hanya daripada Nibong Tebal. Sekiranya RM1.1 juta diagihkan kepada 22 buah keluarga miskin, maka setiap keluarga akan memperolehi RM50,000.

Ahli EXCO kerajaan negeri YB Phee Boon Poh telahpun menulis dua surat pada 7hb April 2009 dan 12 Mei 2009 kepada Datuk Zainal, tetapi beliau enggan jawab. Satu laporan polis telahpun dibuat oleh YB Phee pada 31 Julai 2009, meminta siasatan polis dalam perkara ini tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

Dalam penjelasan terbaru oleh Datuk Zainal, 301 buah keluarga yang menerima RM1.1 juta ini bermakna setiap keluarga miskin memperolehi RM3,654. Perlu ditanya mengapa hanya 301 buah keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang. Mengapa 400 buah miskin tegar tidak mendapat perhatian daripada Kementerian Datuk Zainal?

Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Datuk Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar. Ini bermakna 22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin ataupun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815.

Ini menimbulkan persoalan macam mana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Datuk Zainal atau pihak Kementerian persekutuan kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Phee Boon Poh ditugaskan untuk mendapat maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Datuk Zainal Abidin Osman supaya dapat membandingkan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulin agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka.

Lim Guan Eng

— Mandarin Translation–
槟州首席部长林冠英于2012年2月6日在乔治市发表声明:

槟州行政议员彭文宝受委在拿督再纳的协助下,收集贫穷家庭或赤贫家庭的资料。

槟州政府欢迎郊区发展及联邦直辖区部长拿督再纳阿比丁准备了301户赤贫及贫穷家庭的资料,我们等了三年,原来这些家庭在2009年获得人民福利发展计划(SPKR)下110万令吉的拨款援助。

三年后,拿督纳再才愿意讲清楚,人民福利发展计划的110万令吉拨款不是拨给22户赤贫家庭,而是给了301户贫穷家庭。2009年2月26日于《每日新闻》报道,槟州巫统联委会主席拿督再纳宣布在人民福利发展计划下,共协助了22户赤贫家庭。

在2009年2月26日的报道并没有提到高渊,也没有提到有关22户赤贫家庭来自高渊。如果真的将110万令吉拨给22户贫穷家庭,每户家庭将能够获得5万令吉。

槟州行政议员彭文宝也已经分别在2009年4月7日及2009年5月12日致函给拿督再纳,但是他不愿意回答。彭文宝已于2009年7月31日向警方报案,他要求警方调查这起事件,但是当局并没有采取任何行动。

拿督再纳在最近解释这件事时提及,共有301户贫穷家庭接受了110万令吉,意味着每户贫穷家庭获得3654令吉。我们要问为什么槟城有超过700户赤贫家庭, 只有这301户贫穷家庭获得有关福利, 为什么其余的400户赤贫家庭没有办法获得拿督再纳的关注?

还有一件更有趣的事,拿督再纳说上述110万令吉是整个人民福利发展计划拨款的一部分,上述计划在2008至2012年期间共拨出2290万令吉,协助3938名贫穷者及赤贫者。这意味着在过去三年多,当局平均拨给每户贫穷家庭5815令吉。

我们要问,拿督再纳或直辖区部是如何选出上述3938户贫穷家庭,因为还有很多贫穷家庭没有获得上述5815令吉。

槟州行政议员彭文宝受委在拿督再纳的协助下,收集贫穷家庭或赤贫家庭的资料,对照贫穷家庭及赤贫家庭的名单,以确保真正有需要的贫户受惠。

林冠英

Leave a Comment