PDC Akan Menjadi Agensi Pelaksana Untuk Tabung Rumah Mampu Milik Sebanyak RM500 Juta Untuk Bina Rumah Mampu Milik Di Seberang Perai Dan Pulau Pinang (bm/cn).

PDC akan menjadi agensi pelaksana untuk Tabung Rumah Mampu Milik sebanyak RM500 juta untuk bina rumah mampu milik di Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Jumlah RM500 juta merupakan jumlah yang paling besar diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia untuk membina rumah mampu milik. Jumlah wang ini diperolehi daripada pengswastaan Bayan Mutiara secara tender terbuka. Di bawah pentadbiran lama RM600-800 juta wang rakyat dicadangkan dibelanjakan untuk memindahkan pusat pentadbiran baru daripada Komtar ke Bayan Mutiara. Kerajaan baru Pakatan Rakyat telah menolak cadangan ini dan menggantikan dengan cadangan pengswastaan yang tidak perlu membelanjakan wang besar sebalik menambahkan sumber kewangan agar kerajaan negeri boleh menjalankan projek sosial seperti membina rumah mampu milik.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri berjiwa rakyat di bawah pimpinan Pakatan Rakyat telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah sebanyak 11,596 unit yang sekaligus menyangkal dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri pakatan rakyat tidak membina rumah mampu milik kepada rakyatnya. Ini adalah di antara kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500) yang diluluskan.

Di bawah Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Negeri, projek perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah seperti berikut yang dibangunkan adalah seperti berikut :

槟州首席部长林冠英于2012年2月1日在槟城发表的声明:

槟州发展机构将成为价值5亿令吉“有素质平民屋基金”的执行单位,以在槟威两地兴建可承担的平民屋。

槟州发展机构将成为价值5亿令吉“有素质平民屋基金”的执行单位,以在槟威两地兴建可承担的平民屋。

这笔总值5亿令吉的兴建平民屋基金,是全马各州当中,数额最高的可承担房屋基金。这笔基金,是透过公开招标、以私营化峇央珍珠而取得的。在前朝政府执政期间,前朝建议耗资6亿至8亿令吉的人民纳税钱,将现有的光大行政中心迁往峇央珍珠。不过,民联政府上台后,拒绝了这项建议,并以不需要花费巨额的私营化取而代之。这样一来,州政府还能增加财务资源,以推行各项如兴建可承担平民屋的社会计划。

以民为本的民联槟州政府,自从2008年执政以来,已批准了1万1千596间廉价及中廉价屋,而不是如一些人所指控般从未兴建任何可承担房屋。获批准的廉价屋为价格4万2千令吉,而中廉价屋则是7万2千500令吉。

下列是州政府及州政府机构所承建的廉价屋及中价屋工程:

Leave a Reply