Utusan Hari Pekerja 2011 (bm/cn)

Malaysia Harus Belajar Daripada Korea Selatan Yang GDP Hanya 1/3 GDP Malaysia Sebelum 1970 Kini 3 Kali Ganda GDP Malaysia.

Malaysia harus belajar daripada Korea Selatan yang GDPnya hanya 1/3 Keluaran Kasar Negara atau GDP Malaysia sebelum 1970, kini 3 kali ganda GDP Malaysia. GDP per capita sekarang pun lebih dua kali ganda Malaysia kerana penduduknya 49 juta jauh melebihi 27 juta rakyat Malaysia. Malaysia tidak boleh bergantung kepada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih besar.

Salah satu punca utama kebangkitan ekonomi Korea Selatan adalah penekenan dan tumpuan kepada bakat-bakat dan pembangunan sumber manusia. Inilah perkara yang cuba ditutup bahawa kegagalan dasar ekonomi adalah kegagalan satu dasar pelaksanaan dasar sumber manusia yang mementingkan pekerja dan produktiviti. Kegunaan pekerja asing dengan kadar gaji yang murah mencacatkan kenaikan gaji selaras dengan peningkatan produktiviti dan penyelidekan dalam teknologi tinggi. Lagipun latihan semula diberikan bukan kepada pekerja tempatan tetapi pekerja asing yang merugikan negara.

Kesannya, para pekerja, sama ada kolar biru atau kolar putih, terpaksa menanggung beban kesan negatif ekonomi seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kedudukan gaji tidak berganjak serta masalah-masalah sosial yang berlaku akibat keadaan semasa.

Laporan terbaru Bank Dunia mengenai Malaysia mengesahkan aliran keluar negara cerdik pandai atau “brain drain” menunjukkan Malaysia kehilangan bakat dan pakar yang mampu meningkatkan kemajuan ekonomi, taraf hidup dan kemakmuran rakyat. Adalah dianggarkan 2 juta rakyat Malaysia telah berhijrah ke Negara lain sejak Merdeka kerana tidak dapat peluang yang sama rata.

DAP kecewa dengan reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak laporan Bank Dunia dengan mendakwa “brain drain” bukan punca masalah ekonomi dan pelaburan negara; malah beliau dengan bangga mengatakan aliran masuk pelaburan telah meningkat enam kali ganda tahun lalu berbanding 2009. Menurut Laporan Bank Dunia,

“One out of 10 Malaysians with a tertiary degree migrated in 2000 to an OECD (the club of rich countries, but which does not include Singapore) country – this is twice the world average and including Singapore would make this two out of 10.

”In other words, it is very likely that 20% of our best graduates end up in other countries. The reasons why they leave are also instructive: 66% cited career prospects, 60% social injustice and 54% compensation.”

Sungguhpun ketidakadilan social dan dasar-dasar diskriminasi membawa kerugian kepada Negara, tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak kerajaan BN. Lihatlah negeri Sabah dan Sarawak yang merupakan fixed deposit atau simpanan tetap BN yang paling miskindan susah sekali. Sabah memiliki 42.9% daripada kadar kemiskinan Negara diikuti oleh Sarawak sebanyak 12%.

Dengan kehilangan 20% daripada golongan pintar kita. sebaliknya Malaysia mendapat lebih 2 juta warga asing yang bekerja di negara ini, di mana 60% hanya kelulusan sekolah rendah dan tentunya tidak mempunyai kemahiran tinggi. Dengan kata lain, tidak hairan mengapa Malaysia tidak dapat mengecapi kemajuan ekonomi yang cergas berbanding dengan Negara jiran, bila Malaysia kehilangan 2 juta rakyatnya berkemahiran tinggi yang digantikan dengan pekerja asing yang 60% adalah berpendidikan rendah.

Keadaan yang tidak seimbang ini memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Tetapi kerajaan BN lebih berkemahiran main politik perkauman daripada menarik balik aliran bakat atau pintar ini.

Yang menghairankan, jika begitu hebat kejayaan ekonomi Malaysia, mengapa inflasi dan tekanan kos kehidupan semakin meningkat? Semua orang tahu hari ini harga ikan, ayam, daging, sayur, the tarik, nasi lemak, roti canai, susu tepung dan sebagainya melambung berbanding satu atau dua tahun yang lalu.

Malah, apabila nilai Ringgit semakin kukuh – yang bererti Malaysia sepatutnya dapat mengurangkan daya saing industri eksport dan mengurangkan kadar inflasi kerana barangan import menjadi lebih murah – tidak nampak pula sebarang tanda harga barang dan perkhidmatan turun.

Kerajaan Pusat mengumumkan kadar inflasi negara sejak tiga bulan lalu berada pada tahap 2.8 peratus tetapi setiap rakyat Malaysia yang gigih berusaha mencari nafkah untuk keluarga sedar bahawa harga barang bukan sahaja tidak turun, malah semakin melambung tinggi. Yang sekali lagi menghairankan kita semua, di mana perginya wang hasil pelaburan yang dikatakan meningkat enam kali ganda itu? Sudah tentu ada yang tidak kena.

DAP telah banyak kali menyuarakan usaha supaya gaji dan pendapatan pekerja diberi keutamaan dalam dasar kerajaan. Malah bersama dengan PAS dan PKR melalui Pakatan Rakyat, DAP telah berikrar untuk melaksanakan dasar gaji minimum yang adil mengikut keperluan dan kemampuan ekonomi negara bagi melonjakkan keluar para pekerja yang berada di bawah garis kemiskinan.

BN pun mengaku mahu melaksanakan dasar itu tetapi sampai hari ini, ia masih di peringkat kajian. Tidak pasti sampai bila para pekerja perlu menunggu hasil kajian itu.

Sehubungan dengan itu, DAP merayu kepada semua pekerja di Malaysia tanpa mengira sektor, kaum, agama dan jantina supaya berada bersama dengan Pakatan Rakyat untuk mengirak langkah “ubah” bagi memulihkan kembali ekonomi negara yang telah dicacatkan oleh BN.

Melalui Pakatan Rakyat, kita mampu untuk mengembalikan maruah ekonomi negara melalui usaha meningkatkan taraf hidup pekerja, berkongsi kemakmuran negara dan hidup aman harmoni dalam suasana yang stabil dan selesa.

Utusan Hari Pekerja 2011 Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Ibupejabat DAP Di Kuala Lumpur Pada 1.5.2011

——— Chinese version———–

民主行动党秘书长兼巴眼区国会议员林冠英于2011年5月1日在吉隆坡行动党总部发表劳动节献词:

马来西来应该向韩国学习,1970年之前他们的国民生产总值只是我国的三分之一,现在是马来西亚的三倍。

马来西来应该向韩国学习,1970年之前他们的国民生产总值只是我国的三分之一,现在是马来西亚的三倍。韩国人口4900万名,是我国2700万人的两倍,但是其人均国民生产总值却是马来西亚的两倍。马来西亚不能再用因为“我国人口更多”这种藉口来解释为何我们比不上韩国。

韩国经济复苏的其中一个原因是重视专才及人力资源发展。这是政府企图掩饰的事实,经济政策的失败,是因为人力资源政策不重视员工和生产力。我们聘用廉价外劳,扭曲了高科技生产和研究所应相符的工资涨幅。再说,我们提供职业培训给外国员工,而不是本地员工,令国家蒙受损失。

结果,我们的工人,不论是蓝领或是白领,都必须负面经济影响的负担,如物价及服务价格上涨 、工资不调整以及相应而生的社会问题。

世界银行最近关于马来西亚人力外流的报告指出,马来西亚失去很多可以提升国家经济、生活水平及繁荣的人才和专才。估计自国家独立后,因为不公平待遇而移民的国人约200万名。

民主行动党对于首相拿督斯里纳吉拒绝接受世界银行的报告感到失望,首相还说人才外流不是我国经济和投资的主因,相反地,他还自豪地说我国的投资者比2009年增加了六倍。根据世界银行的报告:“2000年,每10名受过高等教育的马来西亚人当中,便有一人移民到-经济合作暨发展组织国家(OECD,富有国家的组织,不包括新加坡),这是其它国家平均的两倍,如果包括新加坡在内,将变成每10人便有两人移民。”

“换句话说,我们优秀毕业生的20%最后移居到其它国家,他们居留海外的原因值得我们省思:66%是为了事业前途,60%是由于社会缺乏公义,54%是为了报酬。”

虽然社会缺乏公义及歧视政策为国家带来损失,但是国阵政府从来没有采取任何行动。看看沙巴和砂劳越,他们被国阵视为“定期存款” ,但是却是最贫穷的。沙巴贫穷率达42.9%,砂劳越达12%。

我国流失20%的人才,却有超过200万外劳在这里工作,当中有60%的外劳只有小学毕业,肯定没有高技能。换句话说,对于马来西亚无法取得和邻国一样的经济成长,一点也不出奇,因为我们流失了200万高技能国民,并以60%低教育水平的外劳取而代之。

这种不平衡的情况带给马来西亚人民负面的影响。但是国阵政府更热衷于玩弄种族政治,而不是吸引人才回流。

更令人惊讶的是,如果马来西亚的经济成就更好,为什么通膨而生产压力不断增加?全部人都知道今天鱼、鸡、肉、菜、拉茶、椰浆饭、煎饼、面粉等等的物价都比两年前还高。

当令吉更加强稳时,意味着入口产品会更便宜,我们应该能够减少出口竞争,减少通货膨胀, 但是,看起来物价和服务价格并没有下降。

联邦政府宣布自三个月前的通货膨胀率为2.8%,但是,每一名努力工作谋生的国人, 都发觉物价不降反而剧增。再一次让我们惊讶的是,纳吉所说的投资六倍增长收入去了哪里?肯定有些不对劲。

民主行动党已经多次发达国家政策必须优先重视员工的薪金和收入问题。 行动党、回教党、公正党通过民联,已经立志会实行公平薪金,依据国家经济的需求和能力,让所有处于贫穷线下的工人走出来。

国阵也曾经宣布要执行这项政策,但是直到今天他们还在研究阶段。我们不确定工人要等他们的研究等到什么时候 。

同时,行动党促请马来西亚全体工人,不分领域、种族、宗教及性别,与民联共同迈向“改变”,以恢复被国阵弄垮的经济。

通过民联,我们才能通过提升工人生活水平、繁荣与共及和谐生活,让国家经济恢复尊严。

林冠英

Leave a Comment