Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji

Dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 Nov 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan innovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.

Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji ini. Ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak. Pada masa yang sama, ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan. Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja / pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan.

Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan.

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex. Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011. Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011.

Merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000. Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit(BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka.

Merujuk kepada FREPENCA, 22 kilang telah memberi maklumbalas mereka terhadap sistem Park&Ride ini dan terdapat lebih kurang 1100 pekerja yang berminat untuk menggunakan sistem ini.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng Sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST Pada 18 Februari 2011

0 Responses to “Penyediaan 16 buah bas BEST ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menunaikan janji”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.