Penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal

Soalan daripada YB. YEOH SOON HIN (Paya Terubong)
Sila nyatakan jumlah permohonan penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal yang telah diterima oleh kerajaan negeri dan berapa banyakkah permohonan yang telah diluluskan?

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sehingga 30.3.2009 sebanyak 123 permohonan telah diterima di semua daerah untuk penukaran hak milik kepada pegangan kekal seperti berikut:-

cm

Pihak Berkuasa Negeri masih belum meluluskan sebarang permohonan kerana terdapat isu dari segi perundangan yang perlu diselesaikan dengan kerajaan persekutuan. Isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu adalah berkaitan dengan kuasa, iaitu sama ada kerajaan negeri mempunyai kuasa atau tidak meluluskan permohonan pemberian milik tanah atas status pegangan kekal sedangkan dalam Kanun Tanah Negara menjelaskan bahawa status pemilikan kekal hanya boleh diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu dan khas sahaja.

Setakat ini, kerajaan negeri belum lagi membuat apa-apa keputusan ke atas permohonan-permohonan milik kekal untuk rumah/rumah pangsa kos rendah dan sederhana yang dierima kerana ada bantahan oleh kerajaan pusat. Perkara ini harus dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara tahun ini. Dengan hal yang demikian, isu mengenai permohonan rayuan tidak berbangkit. Daripada rekod didapati sebanyak 123 permohonan telah diterima.

Kerajaan negeri tidak berganjak memberikan hak milik kekal kepada kediaman rumah pangsa kos rendah dan sederhana demi memastikan tanah kerajaan adalah tanah milik rakyat dan rumah kediaman adalah milikan mereka dahulu, kini dan selama-lamanya. Isu ini akan dibawa semula kepada Majlis Tanah Negara. Buat masa ini pihak Kerajaan Persekutuan sedang mengumpul maklum balas dari negeri-negeri bagi menyediakan dan melengkapkan kertas berkenaan. Siri-siri mesyuarat di peringkat pegawai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri juga sedang dijalankan.

Kerajaan Negeri masih berpendapat bahawa kuasa menentukan semua geran hak milik kekal untuk rumah/rumah pangsa kos rendah dan sederhana boleh diberikan kepada pemilik hartanah kediaman rasmi terletak di bawah hak mutlak kerajaan negeri. Majlis Tanah Negeri (MTN) hanya memainkan peranan perundingan sahaja. Sebaik sahaja MTN dirundingkan semula sepertimana yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Maka kerajaan negeri akan melaksanakan keputusan muktamad mengeluarkan hak milik kekal kepada pemilik rumah kos rendah dan sederhana tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Inilah perbezaan kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat dan kerajaan Barisan Nasional-putras.

0 Responses to “Penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal”


  • No Comments

Leave a Reply

You must login to post a comment.