MMK Membuat Keputusan Untuk Menyokong Sepenuhnya YAB Ketua Menteri Dalam Pendirian Beliau Menentang GST Dan Menghadapi Sebarang Tindakan Oleh Pihak Kerajaan BN. (m/c)

Kenyataan Akhbar Oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dato Hj Mohamad Rashid bin Hasnon Bagi Pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan(MMK) Negeri Pulau Pinang Di Komtar, George Town Pada 22.3.2018.

MMK Negeri Pulau Pinang telah bermesyuarat pagi ini dan melahirkan perasaan kesal terhadap tindakan siasatan oleh PDRM ke atas YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyanyi dan menari serentak dengan sebuah lagu yang mempersendakan Goods and Services Tax (GST) di bawah Section 233 Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Act yang membawa denda tidak melebihi RM 50,000, penjara tidak melebihi setahun atau kedua-dua sekali.

Sungguhpun sesiapa boleh buat kritikan samada lagu sebegini patut dinyanyikan dalam satu program yang dihadiri juga oleh kanak-kanak dalam Perumahan Kos Rendah Mutiara Idaman 2, Jelutong, adalah melampau untuk dikenakan tindakan siasatan jenayah hanya kerana menyanyi dan menari serentak dengan lagu mempersendakan GST. Adalah mengejutkan juga YAB Ketua Menteri menghadapi satu tindakan jenayah yang boleh menghilangkan kelayakan beliau menjadi wakil rakyat dan seterusnya jawatan Ketua Menteri untuk sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Samada siaasatan adalah bermotif politik atau suatu penyalahgunaan kuasa untuk mengganggu YAB Ketua Menteri dalam tugas rasminya atau menjejaskan kesiapsiagaan beliau bagi pihak Pakatan Harapan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, terpulanglah kepada rakyat untuk menentukannya. Tetapi adakah timbul double-standard di mana hanya YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang diambil keterangan untuk sebarang laporan polis terhadapnya sedangkan laporan polis ke atas Menteri atau Menteri Besar BN tidak perlu sama sekali?

Jelas sekali tindakan sedemikian diambil semata-mata kerana pendirian tegas YAB Ketua Menteri menentang GST dan mahukan ia dihapuskan. MMK membuat keputusan untuk menyokong sepenuhnya YAB Ketua Menteri dalam pendirian beliau menentang GST dan menghadapi sebarang tindakan oleh pihak kerajaan BN.

DATO HJ MOHAMAD RASHID BIN HASNON

槟州第一副首席部长拿督拉昔于2018年3月22日于槟城乔治市光大代表槟州行政议会发表的声明 :

槟州行政议会议决,全力支持槟州首席部长在反消费税的立场,并准备面对来自国阵政府的一切行动。

槟州行政议会今早开会,对警方就槟州首席部长林冠英唱改编的嘲讽消费税儿歌,而援引马来西亚通讯及多媒体法令第233条文开档调查一事,感到遗憾。在这条文下,一旦罪名成立,将会被罚款不超过5万令吉,监禁不超过1年,或两者兼施。

虽然任何人都可以就这起在日落洞依达曼珍珠廉价组屋主办、有孩童出席的场合唱出类似的改编儿歌一事是否恰当而作出批评,但是,单凭唱一首改编嘲讽消费税的儿歌及随之起舞,就以刑事调查方式采取行动,会否太过份了呢?令人感到震惊的是,就因为一桩微不足道的小事,导致首席部长分分钟面对一个足以让其失去参选议员资格、进而无法继续出任槟州首席部长职位的刑事提控。

这项调查是否含有政治动机,或者涉及滥权,以干扰首席部长执行其公职,并打乱希望联盟面对来届大选的筹备工作,就交由选民去判断。但很明显的,录取口供上的双重标准,即只有槟州首席部长在面对任何人去报案后,就会被“开档调查”,为何针对其他部长或州务大臣的报案个案,却无须面对同样被“开案调查”的对待?

很明显的,对首长采取如斯的行动,仅仅因为首长在反对消费税课题上强硬的立场,包括坚持须废除消费税。因此,槟州行政议会议决,全力支持槟州首席部长在反消费税的立场,并准备面对来自国阵政府的一切行动。

拿督拉昔