Bencana banjir dan angin ribut kencang pada 4-5 November 2017 telah mendatangkan impak yang besar kepada ramai rakyat Pulau Pinang. Siapa boleh lupakan feri yang berat diangkat naik oleh angin kencang sehingga ditolak ke atas darat? Banyak kediaman, perniagaan, organisasi dan kenderaan telah mengalami kerosakan teruk akibat banjir ribut yang paling teruk dalam sejarah Negeri Pulau Pinang.(m/c)

Perutusan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 16 Disember 2017 Sempena Upacara Pemberian Wang Bantuan Kepada Mangsa Bencana Banjir Dan Ribut 5 November 2017:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertekad membantu rakyat meringankan beban kewangan dan membolehkan ekonomi Negeri Pulau Pinang bangkit semula dengan perlaksanaan Program ”Pulau Pinang Bangkit”. Program bernilai RM105 juta ini, merangkumi usaha gotong-royong membersihkan kawasan banjir yang diadakan besar-besaran sejurus selepas kejadian banjir, koordinasi dan penyampaian barangan bantuan, diskaun cukai pintu, diskaun bil air, pengecualian surcaj konservasi air bagi pengguna domestik, penggantian dokumen kerajaan negeri yang rosak atau hilang, dan pemberian wang bantuan kecemasan (one-off) RM700 bagi setiap isi rumah mangsa.

Inilah bayaran kepada mangsa banjir yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Kerajaan negeri masih tunggu dengan penuh harapan bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan, bukan sahaja meluluskan projek tebatan banjir sebanyak RM1 bilion tetapi juga bantuan kewangan RM500 kepada setiap mangsa banjir sama seperti yang dibayar kepada mangsa banjir di negeri lain. Tidak boleh diterima langsung bahawa di antara tahun 2013-2017, daripada RM235 juta bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir, Pulau Pinang hanya menerima RM35,500 atau 0.015% sahaja. Mengapakah rakyat Pulau Pinang didiskriminasikan sungguhpun mereka juga rakyat Malaysia? Adalah diharapkan kerajaan perseketuan boleh ketepikan kepentingan politik demi rakyat dan bantu mangsa banjir negeri Pulau Pinang, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada hari ini.

Tempoh permohonan untuk wang bantuan kecemasan (one-off) RM700 telah berlangsung 21 November 2017 – 2 Disember 2017.Mangsa-mangsa ribut dan banjir telah mendaftarkan diri dengan mengisi borang atas talian dihttp://www.penangbangkit.com dan selepas itu membawa dokumen-dokumen pendaftaran ke Pusat Khidmat ADUN Kerajaan Negeri, Pusat Khidmat Penyelarasan KADUN atau Pejabat Daerah yang berkaitan. Dalam masa 12 hari tersebut, seramai 52,950 permohonan telah diterima oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inilah tempoh permohonan yang paling singkat untuk permohonan berskala besar ini dalam sejarah negara.

48,424 permohonan telah diluluskan di mana 12% pemohon telah memilih untuk menghadiri upacara pemberian wang bantuan secara tunai dan 88% pemohon telah memilih untuk menerima wang bantuan secara kredit terus ke dalam akaun bank. Kelmarin, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyalurkan wang bantuan kepada 41,892 orang mangsa banjir secara kredit terus ke dalam akaun bank mereka. Wang yang telah dikreditkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah sebanyak RM 29,324,400.

Hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan teruskan dengan Program ”Pulau Pinang Bangkit”. Kami akan menyampaikan sejumlah RM 4,147,500 kepada 5,925 orang mangsa banjir melalui Upacara Pemberian Wang Bantuan Secara Tunai yang diadakan serentak di kelima-lima daerah di Negeri Pulau Pinang. Daerah dengan paling ramai penerima wang tunai adalah Daerah SPU dengan 2,086 orang, disusuli oleh Daerah SPT 2,014 orang dan Daerah DTL 1,052 orang. Kawasan DUN yang mempunyai paling ramai penerima wang bantuan secara tunai adalah DUN Seberang Jaya 801 orang, DUN Bertam 613 orang, DUN Datuk Keramat 578 orang dan DUN Sungai Dua 527 orang.

Jumlah besar wang yang dijangka disampaikan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mangsa-mangsa banjir melalui kredit terus ke dalam akaun bank dan Upacara Pemberian Wang Bantuan Secara Tunai adalah RM 33,896,800 kepada 48,424 pemohon (RM 4,147,500 melalui upacara dan RM 29,749,300 dikredit terus ke dalam akaun bank).

Pada keseluruhannya, Kawasan DUN yang mempunyai paling ramai mangsa banjir adalah DUN Sungai Dua yang telah meluluskan 4,553 permohonan, DUN Padang Lalang yang telah meluluskan 4,363 permohonan, DUN Seberang Jaya yang telah meluluskan 3,279 permohonan,dan DUN Machang Bubuk yang telah meluluskan 3,268 permohonan. Di sebelah Pulau, Kawasan DUN yang mempunyai paling ramai mangsa banjir adalah DUN Datuk Keramat yang telah meluluskan 2,238 permohonan, DUN Pulau Betong yang telah meluluskan 2,140 permohonan, dan DUN Air Itam yang telah meluluskan 1,701 permohonan.

Dimaklumkan juga wakil dibenarkan untuk menerima bantuan ini dari pejabat daerah pada hari Isnin (18/12/17) hingga Rabu (20/12/17) bagi penerima yang tidak dapat hadir pada hari ini (16/12/17).

Kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang menghulurkan bantuan penyelamatan dan juga badan amal NGO seperti Tzu Chi yang menderma wang pulohan juta dan tenaga kerja beribu-ribu. Juga tidak terlupa orang awam dari dalam dan luar Pulau Pinang yang telah membantu rakyat dan ekonomi Pulau Pinang bangkit dan pulih termasuk menyumbang tenaga kerja dan menderma wang. Syabas diucapkan kepada pegawai-pegawai Pusat Khidmat ADUN, Pusat Khidmat Penyelaras KADUN dan Pejabat Daerah yang berusaha bersungguh-sungguh memproses 52,950 permohonan dalam masa yang singkat ini.

Adalah amat membanggakan melihat usaha memulihkan Negeri Pulau Pinang adalah dibuat secara kerjasama dan perkongsian di antara sektor awam, swasta dan rakyat. Ramai yang puji kemampuan rakyat membersihkan semula Pulau Pinang dalam masa singkat 10 hari sahaja. Mujurlah sektor pembuatan dan perkhidmatan yang merupakan nadi utama ekonomi negeri, tidak terjejas teruk dan dapat pulih dengan segera. Marilah kita bangkit bersama dan teruskan matlamat Negeri Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang paling berjaya di Malaysia

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

槟州首席部长林冠英于2017年12月16日在发放援助金仪式演讲全文:

今年11月4日至5日发生的风灾水灾对槟州许多居民造成严重损失。看着沉重的渡轮被强风硬是推上陆地,是任谁也忘不了的一幕。许多住宅、商店、企业甚至交通工具饱受槟州史上最严重之水灾风灾摧残。

槟州政府发起“槟州再出发”计划,矢志协助人民减轻经济重担,刺激槟州经济再次崛起。这项耗资1.05亿令吉的计划,包括各水灾区的大规模清理善后工作、救济受灾户的日常用品协调与派发、给予门牌税减免、水费折扣、暂停向住家用户收取节约水源的附加费用、免费更新受损或遗失重要政府文件,以及分派700令吉(一次性)援助金给每家受灾户。

这次分派给水灾受灾户的援助金,是国内历史上金额最高的一次。州政府尚满怀期待中央政府提供的水灾援助,希望不只是批准治水计划的10亿令吉拨款,也希望像其他州属的受灾户一样获得每户500令吉的援助金。最令人不服的是,2013年至2017年之间,中央政府一共拨出2.35亿令吉的水灾援助,槟州只获得其中0.015% 或3万5500令吉而已。为何同是马来西亚国民的槟州人民就要被剥削呢?我们希望中央政府能够暂且放下政治利益,一视同仁的对待槟州的水灾受灾户,就像州政府一样。

申请700令吉(一次性)紧急援助金的期限介于2017年11月21日至12月2日。风灾及水灾受灾户已经透过 http://www.penangbangkit.com 网站填写申请,并随后携带相关文件到州选区服务中心、协调员服务中心或县署。在为期12天的期限内,当局共接获5万2950份申请。申请量如此庞大,但申请期限却是最短的,这也是国内史上之最。

通过审核后,获得批准的申请达4万8424户,当中12%的受灾户选择参加分派仪式领取现金,另外88%的受灾户则选择将援助金直接汇入他们的银行户口中。昨日,州政府已经将援助金款项汇发给4万1892户受灾户的银行账户。这笔款项总额高达2932万4400令吉。

今天,槟州政府将继续执行“槟州再出发”计划。在槟州内5个县属地点同时举行的援助金分派仪式上,我们将总数为414万7500令吉的援助金,分派给5925户人家。接受援助金人数最多的县为威北,共有2086人获得援助金。第二是有2014人获得援助金的威中,其后是东北县有1052人。州议会区中以现金方式接受援助金最多的是诗不朗再也的801人、泊淡有613人、柑仔园有578人及双溪赖有527人。

州政府将透过转账及发放现金的方式,将这为数3389万6800令吉的援助金交给4万8424受灾户(414万7500令吉透过现金发放仪式现场交予受灾户,另外的2974万9300令吉则直接转账进入受灾户的银行帐号).

总的来说,拥有最多受灾户申请援助金的州议会选区为双溪赖4,553份、巴当拉浪4363份、诗不朗再也3279份、及马章武莫3268份。在槟岛方面,获得批准的州议会排名由最多开始为柑仔园2238份、浮罗勿洞2140份及亚依淡1701份。

州政府对中央政府及时伸出援手表示感激,同时也感谢各界慈善团体如慈济不但慷慨解囊捐出金钱,也以实际行动支援。我们更不忘槟州内外的民众,参与“槟州再出发计划”向我们出钱出力伸出援助之手。在此也向各州选区服务中心、协调员服务中心及县署等官员致意,感谢你们努力在这么短的时间内处理5万2950份援助金申请表格,值得称许。

看着槟州上下包括公务部门、私人界及民众等同心协力地完成“槟州再出发”的计划,让我感到骄傲。在短短十天内将灾区清理干净,实在值得嘉奖。所幸此次灾情并未严重影响槟州主要经济动脉的制造与服务业,并在短时间恢复常态。让我们一同再出发,共同迈向成为国际瞩目的地点,也成为马来西亚的骄傲。

槟州首席部长林冠英