Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mengumumkan Bayaran RM400 Secara “One-Off” Kepada Mangsa Banjir Dalam Banjir Yang Paling Teruk Dalam Sejarah Negeri Pulau Pinang, Di Mana Mereka Mengalami Kerosakan Bagi Bangunan Atau Kenderaan Yang Dimasuki Air, Akibat Tempias Taufan Doksuri Pada 15 September 2017

Kenyataan Akhbar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Di Komtar, George Town, Pada 20 September 2017

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran RM400 secara “one-off” kepada mangsa banjir dalam banjir yang paling teruk dalam sejarah Negeri Pulau Pinang, di mana mereka mengalami kerosakan bagi bangunan atau kenderaan yang dimasuki air, akibat tempias Taufan Doksuri pada 15 September 2017 yang lalu. Setiap keluarga/ pemilik bangunan hanya boleh mendapat sekali bayaran sahaja.

Perlu ditegaskan bahawa bayaran ini bukanlah suatu “precedent” tetapi adalah “one-off” berikutan hujan lebat luar biasa akibat tempias besar Taufan Doksuri, yang mana jumlah hujan turun yang direkodkan dalam sehari itu adalah bersamaan dengan sebulan. Pada masa yang sama, buat pertama kalinya juga, paras air Empangan Air Itam meningkat begitu mendadak iaitu 26% dalam tempoh masa sehari daripada jumlah sedia ada iaitu 74% sebelum 15 September 2017, menjadikan paras air lebih 100% selepasnya.

Seramai 200 keluarga yang berdaftar telah dipindahkan ke sebelas (11) Pusat Pemindahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tempoh ini. Kesan daripada hujan lebat luar biasa ini turut melanda negeri-negeri jiran yang jauh lebih teruk tetapi gambaran media BN seperti biasa memberikan gambaran palsu seakan-akan bahawa hanya Negeri Pulau Pinang yang banjir.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak akan mencari alasan, tidak akan elak, tidak akan sembunyi dan tidak akan lari daripada tugas dan tanggungjawab untuk berdepan dengan masalah banjir serius ini. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) juga telah menerima cadangan Ahli MMK Tebatan Banjir, YB Chow Kon Yeow untuk segera menjalankan 33 projek-projek kerja kecemasan bagi mengorek dan memperbaiki longkang dan perparitan yang rosak sebanyak RM2.5 juta bagi seluruh Negeri Pulau Pinang.

MMK juga telah meluluskan arahan YAB Ketua Menteri kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pemaju untuk memperbaiki tanah runtuh di Taman Setia Green di Sungai Ara; Kondominium Green Lane Park di Solok Tembaga di Seri Delima dan Pangsapuri Kayangan Putri Mutiara di Medan Fettes di Tanjung Tokong yang menelan perbelanjaan lebih RM2 juta.

Kerajaan Negeri telah meluluskan langkah serampang dua (2) mata iaitu:
i) Menyiapkan dan meneruskan projek-projek tebatan banjir di bawah Kerajaan Negeri dan agensinya sebanyak RM405 juta; dan
ii) Mendesak Kerajaan Persekutuan menjalankan projek tebatan banjir dengan lebih cepat, khususnya projek tebatan banjir bernilai RM1.4 bilion yang diumumkan sebelum ini tetapi hanya RM300 juta projek yang dibelanjakan setakat ini. Mana perginya baki RM1.1 bilion yang telah hilang itu?

Perlu dinyatakan bahawa dengan hujan selebat ini akibat tempias besar Taufan Doksuri, apa-apa Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sudah siap (termasuk RTB Sungai Pinang) tidak akan menghalang berlakunya banjir tetapi siapnya RTB ini akan mengurangkan kesan buruk dan negatif banjir ini. Oleh itu RTB Kerajaan Persekutuan khususnya RTB Sungai Pinang harus dimulakan dengan segera.

Bayaran RM400 ini akan diuruskan oleh wakil rakyat, Ahli Majlis MBPP & MPSP dan JKKK Kerajaan Negeri Pakatan Harapan di bawah seliaan Ahli MMK Kebajikan Masyarakat, YB Phee Boon Poh, manakala bagi agensi Kerajaan Negeri akan diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu. Borang-borang permohonan akan dikeluarkan pada hari Isnin minggu hadapan (25 September 2017) dan ianya harus dipulangkan dalam tempoh sebulan sebelum bayaran RM400 “one-off” dibuat.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2017年9月20日在槟城乔治市光大发表的声明:

州政府谨此宣布,发放一次性400令吉的援助金,给那些轿车或建筑因2017年9月15日水灾中受损的灾民。槟城当天遭杜苏芮(Doksuri)台风“扫到”,引发槟州史上最严重的水灾,导致灾民蒙受建筑物损失及轿车进水等损失。

州政府谨此宣布,发放一次性400令吉的援助金,给那些轿车或建筑因2017年9月15日水灾中受损的灾民。槟城当天遭杜苏芮(Doksuri)台风“扫到”,引发槟州史上最严重的水灾,导致灾民蒙受建筑物损失及轿车进水等损失。每一户家庭或建筑业主,只可以索一次的援助金。

必需强调的是,这次的援助金并非任何“先例”,反之,这是一项“一次性”的援助金,因槟城遭杜苏芮台风“扫到”,引发了空前罕见的大雨,降雨量更相等于一个月的降雨量之高。与此同时,亚依淡水坝也发生了史上首次水位在一夜之间,暴涨26%的记录。亚依淡水坝的水位,从原有的74%在一天内涨至2017年9月15日的100%,随后也创下超过100%水位的记录。

槟州共有200个登记家庭在这段期间被搬迁到11个福利部安排的救灾中心。除了槟州,是次罕见的暴雨,也导致邻近州属面对比槟州更严重的灾情,但是国阵媒体一如既往,他们只会制造侯假象,让人以为只有槟城州淹水。

无论如何,州政府不会找借口,也不会逃避,更不会躲起来或推卸责任,我们选择面对是次严重水灾的挑战。槟州行政议会也接纳槟州治水委员会主席曹观友的建议,即刻在全槟展开33项紧急工程,耗资250万令吉,挖掘及维修因水灾而破损的沟渠。

行政议会也通过了首席部长的指示,要求槟岛市政厅和发展商修复湖内Setia Green花园、青草巷斯里德里玛公寓、在丹绒道光 Kayangan Putri Mutiara 公寓发生土崩的地方,总开支超过200万令吉的。

州政府也通过了同步进行以下两个步骤:
i)继续完成州政府及旗下部门总值4亿500万令吉的治水计划。
ii)催促联邦政府更快速展开治水计划,尤其是之前宣布耗资14亿令吉的治水计划,但迄今联邦却只展开了价值3亿令吉的工程,那消失的11亿令吉去了哪里?
必须强调的是,这场大水灾是被台风杜苏芮“扫到”所引发的,任何已完成的治水计划(包括双溪槟榔治水计划),也不能阻止水灾发生,但治水计划完成后将能减少水灾来带的负面影响和严重后果,所以联邦政府的治水计划,尤其是双溪槟榔治水计划刻不容缓。
.
400令吉援助金将由槟州社会福利委员会行政议员彭文宝主导,并由当地人民代议士、槟岛市政厅和威省市政局的市议员、希望联盟政府乡委会将给予最大配合,而州财政司拿督沙鲁则将领导州政府管辖的各部门机关。有关申请表格可在下周一(2017年9月25日)开始取得,申请者需在一个月内呈上有关表格,以便这 “一次性” 400令吉援助金能在一个月的期限内发放。

林冠英