UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH DAN TAMBAHAN 10 LANGKAH INTEGRITI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG(m/c)

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi serta Anggota Pentadbiran Awam Negeri Pulau Pinang kerana dapat berkumpul bagi memperbaharui iltizam menentang dan membanteras rasuah ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas rasuah. Majlis Ikrar Bebas Rasuah dengan tambahan 10 Langkah Integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada pagi ini atau IBR Plus 10 adalah yang pertama yang diadakan di Malaysia.

2. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad serta rombongannya. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana berjaya merealisasikan majlis ini walaupun tempoh yang diberikan adalah singkat.

Hadirin sekalian,

3. Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah menerima pakai 10 langkah integriti yang mencerminkan komitmen untuk menjadi negeri bebas rasuah seperti berikut:-

i. Amalan Pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)
ii. Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN
iii. Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif
iv. Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan Negeri
v. Melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri
vi. Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen
vii. Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya
viii. Telus dalam sumbangan politik
ix. Tidak menerima ‘donation’ peribadi
x. Mengambil tindakan ke atas pegawai yang melanggari kesemua di atas
4. Keberkesanan pelaksanaan 10 langkah integriti tersebut oleh Kerajaan Negeri dapat dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun yang memuji pengurusan kewangan Negeri Pulau Pinang yang baik dengan lebihan Belanjawan setiap tahun, penurunan hutang negeri sebanyak 90% dan tambahan rizab aset negeri sebanyak RM1 bilion sejak tahun 2008. Bukan itu sahaja, malah Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang dipuji oleh Tansparency International kerana melaksanakan tender terbuka.

Hadirin yang dihormati,

5. Dari tahun 2008 hingga 2016, Kerajaan Negeri telah berjaya menyumbangkan lebihan Belanjawan sebanyak RM578 juta dalam tempoh 9 tahun berbanding RM373 juta yang dicapai untuk tempoh 50 tahun dari tahun 1957 hingga 2007. Jumlah hutang Negeri Pulau Pinang juga telah menurun sebanyak 90% sejak tahun 2008, dan adalah yang terendah di Malaysia, iaitu RM65 juta sahaja pada akhir tahun 2016 daripada keseluruhan RM17,091 juta yang dihutang oleh semua negeri, atau hanya 0.4%.

6. Ini membolehkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Bonus Raya berjumlah 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,000.00 kepada semua Anggota Pentadbiran Awam Negeri diluluskan tahun ini.

7. Majlis Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap laporan media massa yang tidak betul bahawa Kerajaan Negeri ingkar menandatangani IBR ini. Ini adalah tidak berasas sama sekali. Sebenarnya pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat jelas bahawa sebarang ikrar tidak berkesan sekiranya tidak wujud ‘political will’ atau iltizam politik untuk bertindak ke atas mereka yang menyeleweng atau merompak khazanah negara dan rakyat. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri memperkenalkan 10 langkah integriti tersebut agar ia disusuli dengan tindakan konkrit dan bukan sekadar menanam tebu dibibir.

8. Hari ini kita memperlihatkan gabungan atau cantuman IBR bersama dengan 10 langkah integriti ini. Sebaik Kerajaan Negeri sedar bahawa IBR ini mesti dibuat dengan sukarela daripada inisiatif Kerajaan Negeri, dan bukannya menunggu surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang telahpun bertindak pantas dengan menghubungi pihak SPRM.

9. Kerajaan Negeri berharap pihak media massa tertentu tidak terus berniat jahat dengan membuat laporan fitnah dan palsu dengan menyasarkan Negeri Pulau Pinang sahaja kononnya Kerajaan Negeri ingkar menandatangani IBR apabila ada negeri lain yang masih belum menandatangani IBR tetapi tidak dilemparkan dengan laporan yang liar dan melulu seperti mana yang dilakukan terhadap Pulau Pinang.

10. Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membanteras rasuah secara ikhlas dan bukannya hendak mempolitikkannya untuk menutup skandal rasuahnya yang maha besar atau mencari pasal.

11. Kita harus mengikis persepsi negatif daripada sesetengah rakyat bahawa Kerajaan Negeri tidak akan membantu rakyat dan sebaliknya harus bersyukur sekiranya Kerajaan tidak merompak wang rakyat.

12. Kita bersyukur bahawa sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah berjaya menukar persepsi negatif ini dengan melancarkan program emas yang memberikan wang tunai RM412 juta sejak tahun 2008 kepada rakyat Pulau Pinang, merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mempunyai tunggakan hutang, dan juga satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah menyentuh satu inci pun hutan simpan kekal daripada keseluruhan 544,011 hektar hutan simpanan kekal yang sudah ditebang oleh semua negeri di Malaysia sejak tahun 2006.
13. Marilah kita belajar dan mengambil iktibar bagaimana rasuah telah merosakkan negara dan masyarakat sepertimana skandal 1MDB yang telah menjahanamkan ekonomi dan kos kehidupan rakyat biasa.

14. Sekian dan selamat melafazkan ikrar IBR demi Negeri Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa kerana Kerajaan Negeri yang bersih dan tidak makan wang rakyat.

Sekian, terima kasih.

===========Mandarin version—

槟城州首席部长于2017年8月4日早晨在出席反贪宣言暨州政府10项廉洁施政宣誓仪式的致词稿

1. 首先我要向槟城州政府行政议员、州议员、国会议员、州政府各单位长官及官员能在此共聚一堂誓言打击与扑灭贪污,带领槟城朝向免于贪污危害的州属。今天这个反贪宣言暨州政府10项廉洁施政宣誓仪式乃是大马首个履行此宣誓的州政府。

2. 我在此也感激大马反贪委员会主席拿督祖基菲及其代表团出席宣誓仪式。在此也要恭贺槟州政府秘书署,因为在这么短的时间促成了这项深具意义的仪式。
Hadirin sekalian,

3. 州政府在为人民提供公共服务的时候极度注重廉政。因此自2008年以来,州政府实施了10项廉洁政策以决心成为免于贪污的州属, 槟州的10项廉洁施政分别是:

一)贯彻“能干、公信和透明”的施政原则、
二)制度化对外公开首长、行政议员和州议员的财产
三)落实公开招标、
四)禁止政府家属参与政府的工程合约或与政府有商业往来、
五)禁止议员和官员申请政府地、
六)保护真正的吹哨者
七)对付生活奢华而超出收入比例的领袖
八)透明处理政治献金
九)官员不允许接受“捐款”进入私人账户、
十)严厉对付抵触以上事项的官员。
4. 州政府这10项廉洁施政取得的成效因为获得国家稽查报告的称赞而获得证明。国家稽查报告称赞槟城州政府良好的财政每年皆获得财政盈余、债务减少90%及自2008年州储备金增加了10亿令吉。不止如此,槟州也成为唯一因为实施公开招标而获得国际透明组织点名称赞的大马州属。

5. 相比自1957年50年以来槟州所获得的3亿7300万令吉盈余,从2008年至2016年,州政府成功在9年内获得5亿7800万令吉的财政预算盈余,州政府的债务也是从2008年后减少了90%,至2016年底在所有州属所欠下的170亿9100万令吉总债务中,槟州只剩下6500万令吉的债务,或占各州总债务的0.4%,是全马债务最低的州属。

6. 上述成绩,让槟州政府在今年有能力批准发放公务员庆祝开斋节的援助金,此援助金占每位公务员的0.75月薪或至少1000令吉。

7.槟州行政议会欲在此对一些媒体表达不满,有关媒体错误报道,彷佛槟州政府不愿签署反贪宣言。这是十分不公平的。事实上槟州政府很清楚,如果没有“政治意愿”,一切的宣言都是假的。如果大家没有政治意愿去打击贪腐、对付那些盗取国库及人民血汗钱者,那么一切都是空谈。因此,州政府才将有关10项廉洁施政加入,以便让这反贪宣言更加实在与实际。

8.今天我们能够看到这个反贪宣言加州政府十项廉洁施政的组合,乃因为在州政府的认知下,反贪一事应该由州政府采取主动,并展现其意愿,而非等待反贪会寄信过来。槟州政府在此事上积极行动,主动接洽反贪会。

9.州政府希望特定的媒体,不要一直恶意地制造假新闻诬赖州政府,绘声绘影地将我们描述成不愿签署反贪宣言,但对其他还没有签署的州属,却不动声色,并没有还以类似对槟州政府的报道。

10.州政府准备与任何真正有诚意欲肃贪者合作,而不是那些企图政治化所有事件,以掩盖他们自身更大的丑闻或蓄意找砸者合作。

11.有些人民认为,州政府并不会帮助人民,政府不抢人民的钱就应该偷笑了。我们实在有必要去导正这种负面的印象。

12.我们感到庆幸的是,自2008年起,州政府成功改变了人们的这种负面想法。我们推行各项福利计划,从2008年迄今,共挹注了4亿1200万令吉的现金予槟州人民。我们是国内唯一按时缴交贷款,没有拖欠债务的州属;自2006年起,我们紧守州内54万4011公顷的森林保留地,寸土不碰,而其他州属的森林保留地正逐渐减少中。

13.让我们一起学习如何杜绝贪污腐败,并了解这个问题将如何损害国家社会,一如1MDB般摧毁了我们的经济以及陷普罗百姓于水深火热之中。

14.谨此朗读有关反贪宣言,愿一个廉洁及不吃人民血汗钱的好政府,能够打造一个世界级水准的槟城。

谢谢!