Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng On 24.7.2017.
Gerakan Secretary-General Liang Teck Meng had behaved most inappropriately and unprofessionally when he issued a statement under Gerakan calling me to reveal a letter from Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) to SPAN dated 23 December 2016. As Chairman of SPAN, a government statutory body regulating the water operator industry, he should not use that position to score political points but behave professionally to ensure a sustainable water industry that benefits the rakyat by ensuring regular and sufficient water supply that is clean and healthy.
Sadly he has failed that statutory duty and instead used his position as Chairman of SPAN to make disclosure of confidential information, that are not complete but selectively taken out of context, to paint a false and negative picture of the Penang state government.
1. Liang breached his duty as a Chairman, when he pretended to ask for my permission to reveal PBAPP’s application(not from the Penang state government) to SPAN dated 23 December 2016, for approval for an increase of Penang water tariffs. And yet in his 20 July statement, he outlined what was stated in that PBAPP’s letter, making his request for my permission an insincere and fake request that cannot mask his immature and bumbling eagerness to score political points.
2. Liang breached his duty as SPAN Chairman, when he did not provide full disclosure by failing to disclose that PBAPP had fully withdrawn its application for a water tariff increase by a letter to SPAN on 21 February 2017.
3. Liang breached his duty as SPAN Chairman, when he again did not provide full disclosure by failing to disclose that SPAN had in writing on 25 April 2017 objected strongly to PBAPP’s letter on 21 February withdrawing the proposed water tariff increase.
4. Liang breached his duty as SPAN Chairman, when he again did not provide full disclosure by failing to disclose that SPAN had again written to PBAPP on 23 June 2017, that the proposed Water Conservation Surcharge(WCS) did not generate sufficient revenue for PBAPP and that a water tariff increase should be considered.
5. Liang had breached his duty as SPAN Chairman, when he tried to hide the fact that SPAN had clearly pressed for a water tariff increase from PBAPP and was unhappy when PBAPP withdrew our proposal.
SPAN was also unhappy that the Penang state government was willing to try one more time, by resorting to an increase in WCS to try to reduce water wastage or excessive water consumption, by punishing those who waste water instead of punishing all consumers with a water tariff increase.
This is reflected in Liang’s public comments as reported in Bernama on 20 July 2017,
“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menerima permohonan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik di negeri itu, namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Pengerusi SPAN Datuk Liang Teck Meng berkata keputusan itu masih belum dimuktamadkan memandangkan SPAN berpendapat jika kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan SPA, ia lebih sesuai dilakukan serentak dengan menaikkan kadar tarif, agar selari.”
If he feels that my response is that he has given a sign that the federal government wants Penang to increase its water rates in line with other states is pure slander, then he is welcome to sue me and Bernama.
The Penang state government is proud that PBAPP is still able to maintain the lowest water tariffs in the country at 32 cents for every 1,000 liters for the first 35,000 liters of water. This compares with Liang’s home state of Johor, that charges 4 times higher at RM1.32.
Further we are even prouder that despite climate change that has caused many states to impose water rationing over the last 6 years, Penang remains the only state in Malaysian history that has never imposed water rationing.
Liang should pay more attention to his own home state of Johor in terms of reducing both water tariffs and the frequency of water rationing.
LIM GUAN ENG
——BM Version —
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 24.7.2017
Liang Teck Meng Harus Hanya Menyaman Saya Kerana Memfitnah, Daripada Bersikap Tidak Profesional Dan Tidak Wajar Dengan Menggunakan Kedudukannya Sebagai Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan (SPAN-Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) Untuk Membuat Serangan Politik Tidak Berasas Terhadap Saya
Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng telah bertindak tidak wajar dan tidak profesional apabila membuat kenyataan di bawah parti Gerakan dengan memanggil saya untuk mendedahkan surat daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) kepada SPAN bertarikh 23 Disember 2016. Sebagai Pengerusi SPAN iaitu badan berkanun yang mengawal selia industri perkhidmatan air, beliau tidak seharusnya menggunakan kedudukan tersebut untuk mendapatkan ganjaran politik tetapi bersikap profesional untuk memastikan kelestarian industri air yang memberi manfaat kepada rakyat dengan memastikan bekalan air yang mencukupi, bersih dan sihat.
Malangnya beliau telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dan sebaliknya telah menggunakan jawatan sebagai Pengerusi SPAN untuk membuat pendedahan maklumat sulit, yang tidak lengkap dan diambil di luar konteks secara selektif bagi memberi gambaran palsu dan negatif kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
1. Liang telah melanggar tanggungjawabnya sebagai Pengerusi, apabila beliau berpura-pura meminta kebenaran saya untuk mendedahkan permohonan PBAPP (bukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang) kepada SPAN bertarikh 23 Disember 2016 untuk mendapatkan kelulusan menaikkan tarif air. Namun dalam kenyataannya bertarikh 20 Julai yang lalu, beliau menggariskan apa yang dinyatakan dalam surat PBAPP, menjadikan permohonan kebenaran saya itu tidak ikhlas dan pura-pura untuk menutup ketidakmatangannya untuk mendapatkan ganjaran politik.
2. Liang telah melanggar tanggungjawabnya sebagai Pengerusi SPAN, apabila beliau tidak memberikan pendedahan penuh, dengan gagal mendedahkan bahawa PBAPP telah menarik balik permohonannya untuk menaikkan tarif air dalam surat kepada SPAN bertarikh 21 Februari 2017.
3. Liang telah melanggar tanggungjawabnya sebagai Pengerusi SPAN, apabila beliau sekali lagi tidak memberikan pendedahan penuh dengan gagal mendedahkan bahawa SPAN secara bertulis pada 25 April 2017 telah membuat bantahan secara tegas kepada surat PBAPP bertarikh 21 Februari yang menarik balik cadangan kenaikan tarif air.
4. Liang telah melanggar tanggungjawabnya sebagai Pengerusi SPAN, apabila beliau sekali lagi tidak memberikan pendedahan penuh dengan gagal mendedahkan bahawa SPAN sekali lagi menulis kepada PBAPP pada 23 Jun 2017 bahawa cadangan untuk mengenakan Surcaj Pembaziran Air (SPA) tidak akan menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk PBAPP dan peningkatan tarif air harus dipertimbangkan.
5. Liang telah melanggar tanggungjawabnya sebagai Pengerusi SPAN, apabila beliau cuba menyembunyikan fakta bahawa SPAN telah jelas mendesak kenaikan tarif air daripada PBAPP dan tidak gembira apabila PBAPP menarik balik cadangan kami.
SPAN juga tidak berpuas hati apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang sanggup untuk mencuba sekali lagi, dengan menggunakan peningkatan SPA untuk cuba mengurangkan pembaziran air atau penggunaan air yang berlebihan, dengan menghukum mereka yang membazirkan air dan bukannya menghukum semua pengguna dengan kenaikan tarif air.
Ini ditunjukkan dalam kenyataan Liang seperti yang dilaporkan di Bernama pada 20 Julai 2017,
“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menerima permohonan daripada kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik di negeri itu, namun masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Pengerusi SPAN Datuk Liang Teck Meng berkata keputusan itu masih belum dimuktamadkan memandangkan SPAN berpendapat jika kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan SPA, ia lebih sesuai dilakukan serentak dengan menaikkan kadar tarif, agar selari.”
Sekiranya beliau merasakan komen saya adalah bahawa beliau telah memberikan petunjuk bahawa Kerajaan Persekutuan mahu Pulau Pinang menaikkan kadar airnya selaras dengan negeri-negeri lain, maka beliau dialu-alukan untuk menyaman saya dan Bernama.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bangga kerana PBAPP masih mampu untuk mengekalkan tarif air terendah di negara ini iaitu pada kadar 32 sen bagi setiap 1,000 liter pertama untuk 35,000 liter. Ini dibandingkan dengan negeri kelahiran Liang iaitu Johor, yang mengenakan bayaran sebanyak 4 kali ganda lebih tinggi iaitu RM1.32.
Di samping itu, kita juga berasa bangga bahawa meskipun perubahan iklim yang telah menyebabkan banyak negeri mengenakan catuan air dalam tempoh 6 yang lalu, Pulau Pinang masih kekal sebagai satu-satunya negeri dalam sejarah di Malaysia yang tidak pernah mengenakan catuan air.
Liang sepatutnya memberi perhatian lebih kepada negeri asalnya di Johor dari segi mengurangkan kedua-dua tarif air dan kekerapan catuan air.
LIM GUAN ENG
—–Mandarin Version —-
槟城州首席部长林冠英于2017年7月24日发表的文告:
梁德明应该直接起诉我诽谤,而不是选择以他在联邦政府机构,即国家水务委员会(SPAN)主席的职位对我做出毫无根据的政治攻击。
民政党总秘书梁德明以民政党的身份,以不妥当和不专业的态度发表文告要求我出示槟州供水机构(PBAPP)2016年12月23日致国家水务委员会的信件。作为政府机构国家水务委员会的主席,此乃管理国家水务运作产业的机关,梁德明不应利用他的职衔获取政治筹码,而是应该专业地确保水务产业的永续经营,确保水供清洁与健康无忧,福泽人民。
令人难过的是,梁德明无法胜任他在该机关的职责,相反的,他利用他国家水务委员会主席的职衔,揭露不齐全且选择性断章取义的机密资讯,以抹黑州政府。
1. 梁德明假意寻求我的同意,以便公开槟州供水机构(非来自槟州政府)志期2016年12月23日予国家水务委员会的公函,有关信件的内容乃是要求提高槟州水费。此举已经违背了他身为主席的职权。他在7月20日的声明当中,概述了槟供水机构信中的内容,并寻求我的同意来公开此信。这是一个虚伪且不实在的请求,难以掩盖他的不诚实,以及在政治上得分的欲望。
2. 梁氏并没有将整件事的来龙去脉讲清楚说明白,他只把事情说一半,另一半的实情是槟州供水机构已经在2017年2月21日致函国家水务委员会,撤销提高水费的申请。身为国家水务委员会的主席梁德明,显然已经失职。
3. 再者,梁氏也没有披露国家水务委员会曾在2017年4月25日发函予槟州供水机构,大力反对后者在2月21日所提出的撤销提高水费之申请。作为国家水务委员会主席,他已失职。
4. 另一件梁氏没有告诉大家的事情是,2017年6月23日,国家水务委员会再次致函槟州供水机构,表明征收水源附加费并无法为槟州供水机构带来足够的收入,反之,提高水费则可以如此。作为国家水务委员会的主席,视为失职。
5. 梁德明尝试隐瞒事实,即国家水务委员会志在槟州供水机构提高水费,但遭后者撤销有关建议后,明显不悦。身为国家水务委员会主席,梁德明已失职。
当槟州政府尝试再申请提高水源附加费,以便减少浪费水源之际,国家水务委员会又不悦了。事实上,我们只想对准浪费水源的用户,并不想用提高水费的方式来惩处所有用户。
以下为马新社在2017年7月20日对梁氏的报道,
“国家水务委员会已经收到槟州政府有关提高州内水源附加费的申请,不过尚未有任何决定。
国家水务委员会主席梁德明指出,他们尚未为议决,因为国家水务委员为认为,若槟州政府想要提高水源附加费,应该也要同时提高水费,两者并行会更加有效。”
如果他觉得我的回应中认为他指出联邦政府有意要求槟城与他州一致调涨水费,完全是一项污蔑,我欢迎他起诉我及马新社。
槟城州政府为槟州供水机构仍然能维持在3万5000公升内每1000公升32仙的全国最低水费感到自豪。相较于梁德明的家乡柔佛州,水费是1令吉32仙,是槟城的3倍。
而且,我们更自豪的是,即使各州因为面对气候变迁过去6年一直遭受制水之苦,槟城却是大马在这段期间唯一没有制水的的州属。
梁德明应该把精神放在他的家乡——柔佛之上,想想该如何减低他们的水费以及降低发生配水的窘境。
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif
林冠英