Surat Perutusan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Warga Emas(m/e/c)

SUMBANGAN TAHUNAN RM100 KEPADA WARGA EMAS BERMULA 13 MAC HINGGA 24 MAC 2017

Salam Sejahtera.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah berjaya mentadbir Negeri Pulau Pinang dengan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) dalam memikul amanah rakyat. Sistem tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri telah membuka mata banyak pihak dan telah diberi pujian oleh Transparency International sebagai kerajaan “pertama” di Malaysia yang mengamalkan sistem ini.

Secara tahunan, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah memberikan sumbangan kepada rakyat melalui program-program emas seperti Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan OKU, Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Ibu Emas dengan sumbangan sebanyak RM100. Dalam pada itu, bagi meringankan beban ibu bapa, Kerajaan Negeri turut memberikan bayaran secara one-off RM100 kepada Pelajar Tahun 1 & 4 dan Tingkatan 1 & 4 di bawah Skim Pelajar Emas; RM200 (one-off) melalui Program Anak Emas serta RM1,000 (one-off) kepada mahasiswa. Bagi meringankan beban waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dalam pengurusan jenazah, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan memberikan bantuan secara one-off RM1,000.

Jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi Program Emas dan pemberian bantuan kepada sekolah dari tahun 2008 hingga 31 Disember 2016 adalah sebanyak RM 412.63 juta yang buat kali pertama diterima oleh 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang sebelum ini tidak menerima sebarang sumbangan daripada Kerajaan Negeri.

Agenda Ekonomi Saksama (AES)

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah memperkenalkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi memastikan setiap keluarga menerima sekurang-kurangnya RM790 sebulan. Mana-mana keluarga yang berpendapatan per kapita kurang daripada jumlah RM220, Kerajaan Negeri akan “tambah nilai” (top-up) sehingga genap RM220. Contohnya, sekiranya sebuah keluarga mempunyai 5 orang ahli isi rumah dan pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan yakni pendapatan perkapita keluarga tersebut kurang daripada RM220, Kerajaan Negeri akan memberikan “tambah nilai” RM100 setiap bulan.

Kesemua ini dapat dilaksanakan kerana pentadbiran CAT dan kepimpinan bersih yang membolehkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sentiasa mencatatkan lebihan Belanjawan tanpa perlu mengenakan GST. Ini dapat dilihat dengan lebihan Belanjawan terkumpul sejak tahun 2008 sebanyak RM574 juta yang jauh lebih besar daripada lebihan Belanjawan 50 tahun Kerajaan Negeri sebelum ini (1957-2007) sebanyak RM373 juta sahaja.

Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri berkeusahawanan dan negeri berkebajikan yang pertama di Malaysia. Usaha untuk menjadi negeri keusahawanan telah melihatkan kejayaan apabila jumlah pelaburan meningkat sebanyak 90% untuk tempoh 8 tahun daripada 2000-2007 sebanyak RM29 bilion kepada RM55 bilion untuk tempoh 2008-2015.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran cukai GST dan pengurangan cukai pintu sebanyak 6% kepada semua hartanah termasuk hartanah komersil. Yang lebih signifikan adalah pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung tidak perlu membayar cukai pintu bagi tahun 2017. Semua pengecualian dan diskaun cukai pintu akan menjimatkan rakyat sebanyak RM55.19 juta.

Marilah kita menuju ke arah mentransformasikan Pulau Pinang yang kita kasihi ini sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

“Saya Sayang Pulau Pinang”.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

=================================================================
RM100 ANNUAL CONTRIBUTION TO THE SENIOR CITIZENS
STARTING FROM 13 MARCH UNTIL 24TH MARCH 2017
Good day!
Since 2008, the Pakatan Harapan government has successfully administered Penang with Competency, Accountability and Transparency (CAT) and earned the trust of the people.

The open tender system practiced by the State Government opened the eyes of many and was praised by Transparency International as the “ first” government in Malaysia to practice such a system.

Annually, the Pakatan Harapan government is repaying the faith of the the people through several ‘Golden Programs’ for senior citizens, disabled persons and single mothers with a RM100 annual grant.

In addition, the state government also provide a one-off payment of RM100 to students in Year 1&4, Form 1&4 and RM1,000 to students at Higher Learning Institutions to ease the financial burden of parents.

The Pakatan Harapan government also provides financial assistance for funeral expenses to the descendants of all the senior citizens, single mothers and disabled persons with a one-time payment of RM1,000.

From 2008 to 2016, the Pakatan Harapan government has disbursed to the people RM412.63 million in financial aid under the ‘Golden Program’ initiative. This has benefited many of the 1.6 million Penangnites.

Equitable Economic Agenda (AES)
The Pakatan Harapan state government has recently introduced the Equitable, Economic, Agenda (AES) program to ensure that every family receives at least RM790 a month.

For example, if a family has 5 members and the household income is less than RM1,000 per month, the family’s per capita income of less than RM220, the state government would provide an “added value” of RM 100 per month.

Pakatan Harapan government is also pleased to be able to record Budget surpluses even without GST charges because of administration and clean leadership based on CAT principles.

This can be seen through the accumulated budget surplus since 2008, totaling RM574 million, which is much larger compared to the budget surplus of the previous BN government of RM373 million from 1957 to 2007

The Pakatan Harapan government will continue efforts to establish Penang as an entrepreneurial state and also the first ‘welfare state’. Under Pakatan, the state has recorded RM55 billion in investments from 2008 to 2015 compared to RM29 billion under BN from 2000 to 2007. This shows the success of our aim to become an entrepreneurial state within eight years.

To ensure the welfare of the people, the Penang Island City Council (MBPP) and the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) is absorbing the 6% GST for their services and has reduced assessment rates by 6% for all properties, including commercial properties.

Furthermore, low-cost, low-medium cost and village houses owners will be exempted from paying assessment in 2017. All these measures will enable the people to save a total of RM55.19million in duties.

Let us move towards transforming our beloved Penang to become an international ,intelligent, clean, safe and healthy city.

“I love Penang”.
Thank you.

LIM GUAN ENG
Chief Minister of Penang

=====================================================================

2017年乐龄人士回馈金100令吉将于3月13日至24日期间分发

您好。

自2008年开始,槟州希望联盟政府背负着人民的委托,秉持着“能干、公信、透明”(CAT)施政方针,成功执政槟州。槟州政府所实施的公开招标政策让多方大开眼界,更获得国际透明组织赞赏为全马“首个”推行此方案的州属。

每年,槟州政府通过各种福利计划来回馈人民,如乐龄人士、能力差异人士、单亲母亲以及快乐母亲每年将会获得100令吉的回馈金。与此同时,为了减轻父母的负担,在快乐学生计划下、槟州政府发放一次性的100令吉给小一及小四、中一及中四的学生、初生宝贝可获得200令吉、国立大专生新生可获得1000令吉助学金(入学东马大学学生获得额外200令吉);而在乐龄人士、单亲母亲以及能力差异人士往生后,其家属更可获得一次性的1000令吉抚恤金。

从2008年至2016年12月31日,槟州政府为160万槟州人民发放了总数4亿1263万令吉的福利回馈金及学校制度化拨款,这是槟州人民在前朝政府任期内从来没有获得的福利与回馈。

公平经济议程(AES)

另一方面,槟州希望联盟政府也落实“公平经济议程”(AES)政策,以确保州内每户家庭月入达到790令吉。如果一个家庭的人均收入不足220令吉,州政府将会提供辅助使之达到220令吉。举例,如果一个家庭有5个家庭成员,而这个家庭的月入不足1000令吉,这表示每位家庭成员收入不足220令吉,那么政府将会提供每月100令吉的辅助,使到每名家庭成员可以获得220令吉的月入。

以上这些造福人民的福利措施得以实行,主要是因为槟州政府秉持着“能干、公信、透明”(CAT)以及清廉的施政原则,让槟州在不必实施消费税(GST)的情况下依然有财政预算盈余。自2008年迄今,槟州累积的财政预算盈余为5亿7400万令吉,超越前朝政府执政50年(1957年至2007年)所累积的3亿7300万令吉财政盈余。

槟州将继续致力成为全马首个企业及福利州。要把槟州打造成企业州的努力已经看到成果,在2008-2015年之间,槟州共吸引了550亿令吉的投资额,这较2000-2007年的290亿令吉投资额高出90%。

与此同时,槟岛市政厅(MBPP)和威省市政局(MPSP)也将全面承担槟州民众的消费税(GST)并为所有的产业,包括商业单位提供6%的门牌税折扣。为了减轻低低收入家庭的负担,州政府在2017年继续豁免廉价屋、中廉价屋及乡村房子的门牌税。门牌税减免以及豁免的决策总共让槟州人民节省了5519万令吉。

让我们继续与挚爱的槟州一起走向美好的转变之路,让它成为一个具国际等级,以及更清洁、绿意以及安全的州属。

我爱槟城。

林冠英
槟州首席部长