UMNO didesak meminta maaf kepada seluruh rakyat negeri ini atas tindakan seorang Ahli Parlimen mereka menaja sebuah parti Cina yang baru untuk mengalahkan DAP dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang supaya negeri Pulau Pinang boleh menjadi seperti Macau dengan membina pusat kasino judi.(m)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 13.10.2016 di George Town, KOMTAR

UMNO didesak meminta maaf kepada seluruh rakyat negeri ini atas tindakan seorang Ahli Parlimen mereka menaja sebuah parti Cina yang baru untuk mengalahkan DAP dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang supaya negeri Pulau Pinang boleh menjadi seperti Macau dengan membina pusat kasino judi.

Parti Cina baru ini yang merupakan parti tajaan pemimpin UMNO itu dan dikenali sebagai Penang Front Party (PFP) di mana Penasihat Parti tersebut merupakan Pengerusi RISDA iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin. PFP didakwa telah mendapat sokongan lebih 100 NGO Cina di mana senarai penuh NGO Cina tersebut masih belum didedahkan sehingga sekarang.

Membina sebuah pusat kasino judi adalah berlawanan dengan dasar Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah mengambil dasar untuk mengekalkan aktiviti perjudian yang sedia ada dan tidak memperluaskan kegiatan judi baru di Pulau Pinang. Itulah sebabnya apabila Menteri Kewangan meluluskan lesen judi bola pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menolak dan mengharamkannya. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, DAP dan saya sering difitnah sebagai anti- Islam dan anti-Melayu.

Manakala UMNO sendiri yg menganggap partinya sebagai pembela agama sungguhpun sedia menaja parti Cina yang baru yang matlamatnya adalah untuk membina pusat kasino judi dan menjadikan Pulau Pinang macam Macau.

Sekiranya UMNO mahu menebus dosa, mereka bukan sahaja harus meminta maaf dan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen mereka, tetapi harus dengan serta-merta membubar parti Cina baru tajaan pemimpin UMNO ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Dan sekiranya UMNO gagal untuk berbuat demikian, mereka bukan sahaja hipokrit dan bersandiwara politik tetapi juga telah memperjudikan masa depan rakyat Pulau Pinang kerana sedia menaja sebuah parti politik yang matlamat perjuangan politiknya adalah untuk membenarkan sebuah pusat kasino judi dibina di Pulau Pinang.

Penasihat parti Cina baru tersebut, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang merupakan Ahli UMNO Padang Besar telah bertegas yang menyatakan beliau tidak salah dalam perkara ini kerana mengikuti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yg juga merupakan penasihat kepada Parti Malaysia Makkal Sakhti yang berteraskan Hindu.

Adakah UMNO berani mengambil tindakan ke atas Datuk Zahidi Zainul Abidin untuk membuktikan bahawa mereka bukan bersandiwara untuk menutup kontroversi tajaan sebuah parti Cina yang baru yang mahu membina pusat kasino judi dan menjadikan Pulau Pinang seperti Macau?

Rakyat Pulau Pinang mempunyai pilihan jelas iaitu di antara Pakatan Harapan yang menolak pembinaan kasino judi ataupun Barisan Nasional di mana ada pemimpin UMNO yang bersedia untuk menaja parti Cina baru untuk membina kasino judi.

LIM GUAN ENG