Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 1.7.2016.
When BN and BN Ministers launched their big “expose” of my so-called corruption scandal of buying my bungalow lot cheaply, they linked it to the sale of over 1 acre of government land in Taman Manggis for a hospital project they claimed is meant for the poor. Even though the Penang state government repeatedly explained that it was the previous BN state government that had wanted to develop Taman Manggis land commercially and that it had nothing to do with the purchase of my bungalow because the Taman Manggis land was sold off to the highest bidder by open competitive tender, BN continued their political conspiracy and attack.
The two charges of corrupt practice against me has finally exposed the political conspiracy of BN and its leaders, especially Minister in the Prime Minister Department Datuk Abdul Rahman Dahlan, as not only a coward and liar but also a dishonest hypocrite. There are no corruption charges against me relating to Taman Manggis. Despite all the hype and even threats for a public debate that Abdul Rahman then chickened out, nothing came out of the Taman Manggis land investigations proving the lies of BN.
Instead I am charged for a non-existent corruption offence unrelated completely to the sale of Taman Manggis land to KLIDC. I face the full might and entire machinery of the BN Federal government who wants to put me in jail for 20 years for a non-existent corruption offence of approving the rezoning of a piece of land in Balik Pulau from agriculture to housing that is still agriculture because Majlis Bandaraya Pulau Pinang(MBPP) finally rejected the rezoning to housing and the land remains zoned as agricultural.
What then is the benefit or corruption to the landowner, Magnificent Emblem Sdn Bhd(MESB), when there is no benefit accrued as the land remained zoned as agricultural? When MBPP rejected their planning approval on 1.12.2015, MESB was not allowed to pay their rezoning fees for it to be rezoned to housing. The State Planning Committee(SPC) headed by me did not intervene to direct MBPP that the land be rezoned to housing.
Where then is the illegal benefit or corrupt offence? And yet I face 20 years in jail when there is no benefit to MESB! Contrast this with the RM 50 billion debts from the 1MDB scandal or the RM4 billion donation scandal where there is not only a clear dishonest benefit but public funds have been used and yet not a single person is punished or charged for corruption!
Ordinary Penangites Know What Is At Stake Is Pakatan’s i-Sejahtera Program From A Clean Government.
The purchase of my bungalow is through a bank loan and my own allowances as Chief Minister. Unlike the corruption case involving former Selangor Menteri Besar Mohd Khir Toyo whose seller lost RM5 million, my seller made a small profit of RM300,000. In Khir Toyo’s case, the seller is a housing developer who had an active business relationship with the Selangor state government whilst my seller is not a housing developer and did not have an active business relationship with the Penang state government.
Unlike Khir Toyo’s case, there was no coercion or special favour granted to the seller of my bungalow. Further Khir Toyo was not detained overnight but I was detained overnight in the Malaysian Anti-Corruption Commission. There is no reason for me not to appear in court and prove my innocence as BN would definitely prefer me to escape and run away. Unlike khir toyo who has no personal relationship with the seller, my seller is my wife’s friend.
I want to thank my party and Pakatan colleagues for their support of me and my family during these challenging times. I also want to thank the public who came out on their own to show support and am touched by the many ordinary Malays and Indians who cried and hugged. These ordinary Malays, Chinese and Indians know what is at stake in BN filing corruption charges against me.
The ordinary Penangites have benefited from the cash contributions under the Penang state government’s i-sejahtera program given out RM100 yearly to senior citizens, single mothers, the disabled and housewives. The Penang State Government gave trawl to fishermen twice a year. Under the same program, we given out RM 600yearly to taxi drivers, RM100 monthly for trishaw riders who registered, RM 100 to student of standard 1 and standard 4 in primary school, Form 1 and Form 4 in secondary school and one-off payment of RM1000 to first year students at local university, one-off payment of RM1000 to benificiary of senior citizen, as well as one-off payment of RM200 to all new born babies in the state. More than RM400 million have been given out since 2008 or 12% of our annual budget. This RM400 million contributions benefit them from the annual surpluses recorded because we run a clean government.
Ordinary Penangites have never got such contributions from the previous BN state government. Without a clean government, nearly 200,000 Penangites would not have benefited. These ordinary Penangites are angry that the leader of a clean government is now charged for corruption and that the RM400 million contributions under i-sejahtera program is under threat. Let me assure Penangites that the Pakatan government and its leaders are clean. These allegations are evil lies and a political conspiracy to destroy me. We will stand together and not give up on pursuing our dream of a new model of governance for a Malaysia(without GST and unfair tolls) that is clean, people-centric based on open tenders and not cronies.
LIM GUAN ENG
=================================================
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 1.7.2016
BN Mahu Memenjarakan Saya Selama 20 Tahun Untuk Kesalahan Rasuah Yang Tidak Wujud Kerana Meluluskan Pengezonan Semula Sebidang Tanah Di Balik Pulau Daripada Tanah Pertanian Kepada Tanah Perumahan Yang Mana Ia Masih Kekal Sebagai Tanah Pertanian Kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang Telah Menolak Pengezonan Semula Kepada Tanah Perumahan Dan Sama Sekali Tidak Berkaitan Dengan Penjualan Tanah Taman Manggis.
Apabila Barisan Nasional (BN) dan Menteri BN melancarkan “pendedahan” secara besar- besaran untuk kononnya ia sebagai skandal rasuah kerana membeli rumah banglo dengan harga yang murah, mereka mengaitkan dengan penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis seluas 1 ekar untuk projek hospital dan mereka mendakwa bahawa tanah tersebut adalah untuk golongan miskin. Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali mengulanginya bahawa Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang ingin membangunkan tanah Taman Manggis secara komersial dan bahawa ia tiada kaitan dengan pembelian rumah banglo saya kerana tanah Taman Maggis telah dijual kepada pembida paling tinggi melalui tender terbuka yang kompetitif, BN masih meneruskan konspirasi dan serangan politik mereka.
Kedua-dua tuduhan rasuah terhadap saya akhirnya mendedahkan bahawa konspirasi politik Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, terutama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bukan sahaja pengecut dan pembohong, tetapi juga munafik. Tiada sebarang tuduhan rasuah ke atas saya berhubung dengan Taman Manggis. Walaupun cuba untuk memperbesarkan dan mengugut supaya berdebat secara terbuka oleh Abdul Rahman yang akhirnya pengecut untuk melakukannya, tiada langsung hasil siasatan tanah Taman Manggis yang sekaligus membuktikan pembohongan BN.
Sebaliknya, saya didakwa untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud dan sama sekali tidak melibatkan penjualan tanah Taman Maggis kepada KLIDC. Saya berdepan dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan BN yang mahu memenjarakan saya selama 20 tahun untuk kesalahan rasuah yang tidak wujud kerana meluluskan pengezonan semula sebidang tanah di Balik Pulau daripada tanah pertanian kepada tanah perumahan yang mana ia masih kekal sebagai tanah pertanian kerana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menolak pengezonan semula kepada tanah perumahan dan tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian.
Apakah faedah atau rasuah kepada pemilik tanah, Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) apabila tiada sebarang faedah kerana tanah tersebut masih kekal dizonkan sebagai tanah pertanian? Apabila MBPP menolak kebenaran merancang pada 1.12.2015, MESB tidak dibenarkan membayar yuran pengezonan semula untuk ia dizonkan kepada perumahan. Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) yang diketuai oleh saya tidak campur tangan untuk mengarahkan MBPP supaya mengezonkan tanah tersebut kepada tanah perumahan.
Di mana kelebihan yang menyalahi undang-undang atau kesalahan rasuah? Namun demikian saya berdepan hukuman penjara 20 tahun apabila tiada kelebihan diterima MESB! Berbeza dengan hutang RM50 bilion dari skandal 1MDB atau RM4 bilion skandal derma yang mana bukan sahaja jelas merupakan kelebihan yang menyalahi undang-undang tetapi dana awam telah digunakan, namun tiada seorang pun telah dihukum atau ditahan kerana rasuah!
Hanya Rakyat Pulau Pinang Tahu Adakah Program i-Sejahtera Kerajaan Pakatan Adalah Daripada Kerajaan Bersih
Pembelian rumah banglo saya adalah melalui pinjaman bank dan elaun saya sendiri sebagai Ketua Menteri. Tidak seperti kes rasuah yang melibatkan Bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo yang mana penjual telah mengalami kerugian sebanyak RM5 juta, penjual saya mendapat keuntungan kecil sebanyak RM300,000. Dalam kes Khir Toyo, penjual merupakan pemaju perumahan yang mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Selangor, manakala penjual rumah saya bukan merupakan pemaju perumahan dan tidak mempunyai hubungan perniagaan yang aktif dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tidak seperti kes Khir Toyo, tidak ada paksaan atau pilih kasih yang diberikan kepada penjual rumah banglo saya. Malah Khir Toyo tidak ditahan semalaman, tetapi saya ditahan selama 1 malam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tidak ada sebab untuk saya tidak hadir ke mahkamah dan membuktikan saya tidak bersalah kerana BN pastinya akan mengatakan saya akan melepaskan dan melarikan diri.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti saya dan rakan-rakan Pakatan atas sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya dalam tempoh yang mencabar ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang datang sendiri untuk menunjukkan sokongan dan saya terharu apabila ramai orang berbangsa Melayu dan India yang menangis dan berpelukan. Orang Melayu, Cina dan India ini tahu apa yang ingin dipertaruhkan oleh BN apabila memfailkan tuduhan rasuah kepada saya.
Rakyat Pulau Pinang telah mendapat manfaat daripada sumbangan wang di bawah Program i-Sejahtera Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana RM100 diberikan setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan suri rumah. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memberikan bantuan pukat kepada nelayan sebanyak dua kali setahun. Di bawah program yang sama, Kerajan Negeri memberikan RM600 kepada pemandu teksi, RM100 kepada penarik beca yang berdaftar, RM100 kepada Pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 dan 4 dan Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan 4, RM1000 one-off kepada pelajar tahun pertama universiti awam, RM1000 one-off untuk khairat kematian dan juga RM200 one-off kepada bayi yang baru dilahirkan di negeri ini. Lebih daripada RM400 juta telah diberikan sejak tahun 2008 atau 12% daripada bajet tahunan. Sumbangan RM400 juta yang memberikan manfaat kepada mereka ini merupakan lebihan tahunan yang direkodkan kerana kita mentadbir kerajaan yang bersih.
Rakyat Pulau Pinang tidak pernah mendapat apa -apa sumbangan daripada Kerajaan Negeri BN sebelum ini. Tanpa kerajaan yang bersih, hampir 200,000 rakyat Pulau Pinang tidak akan menerima manfaat ini. Rakyat Pulau Pinang marah apabila pemimpin kerajaan yang bersih kini didakwa kerana rasuah dan sumbangan RM400 juta untuk program i-sejahtera terancam. Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa Kerajaan Pakatan dan pemimpinnya adalah bersih. Tuduhan ini adalah pembohongan jahat dan merupakan konspirasi politik untuk memusnahkan saya. Kami akan berdiri bersama-sama dan tidak akan berputus asa untuk meneruskan impian kami untuk menjadi model pentadbiran Malaysia (tanpa GST dan tol yang tidak adil) yang bersih, mesra rakyat berdasarkan tender terbuka dan bukan kroni.
LIM GUAN ENG
=======================================
槟城州首席部长林冠英于2016年7月1日在乔治市光大发表的文告:
国阵企图要以根本不存在的贪污罪置我于牢狱20年,他们指控我批准浮罗山背的一片农业地转换为住宅地,但是这片地如今仍旧是农业地,因为槟岛市政厅已经拒绝将此地转换为住宅地,更甚的是这件事情完全与扰攘得沸沸扬扬的山竹园售地完全无关。
当国阵及国阵一众部长一开始一窝蜂高喊要“爆我大镬”,揭发所谓我买超便宜洋房的贪污丑闻,他们指称买洋房与售卖山竹园1英亩政府地兴建医院是有挂钩,结果如今一切都是无中生有。即便是槟城州政府一直重复解释证明山竹园在前朝国阵州政府就已经决定作为商业发展,而不是他们声称要建所谓的人民组屋,而且山竹园也与我购买洋房无关,因为山竹园是透过公开招标价高者得所售出,但国阵仍旧继续以政治阴谋进行攻击。
如今,这两项对付我的控罪,最终反而揭发了国阵及其领袖的政治阴谋,特别是首相署部长拿督阿都拉曼达兰,不只是个懦夫与骗子,更是一个不诚实的虚伪人物。如今完全没有任何关于山竹园的检控。当时阿都拉曼当时不断地炒作,甚至自己公开挑战要辩论却又夹着尾巴逃走,结果现在山竹园土地的调查一切都是无中生有,一切都是国阵的谎言。
我如今却被不存在贪污罪提控,更甚的是完全跟售卖山竹园土地给KLIDC。我正面对着国阵联邦政府倾巢而出的国家机器要置我于20年的牢狱,他们指控我批准浮罗山背的一片农业地转换为住宅地,但是这片地如今仍旧是农业地,因为槟岛市政厅已经拒绝将此地转换为住宅地。
当这片土地仍旧是农业地,申请不被通过的Magnificent Emblem Sdn Bhd(MESB)作为地主到底得获到了什么利益?贪污了什么?当槟岛市政厅在2015年12月1日拒绝他们的图测时,MESB不被允许缴交他们要重划为住宅地的重划费用。以我为首的槟州规划委员会并没有介入及指示槟岛市政厅将此地重划为住宅地。
这到底是哪门子的非法利益及贪污罪?但我竟然在MESB没有获得任何利益之下,必须面对20年的牢狱之灾!相反的一马丑闻500亿令吉的债务或40亿令吉的捐款丑闻,已经很明显的是不正当的利益,而且还涉及到挪用公款,但竟然没有任何人被惩罚或检控贪污!
槟城老百姓知道一个廉洁政府的援助金计划i-Sejahtera可能动摇
我购买独立式洋房是通过贷款及我身为州首长的津贴。不像前雪州州务大臣基尓涉及的贪污案那样,卖家损失500万令吉。我的卖家在买卖中赚了30万令吉。在基尓的案件中,卖家是房屋发展商,与雪州政府有密切的商业关系,我的卖家不是房屋发展商,与槟州政府没有密切的商业关系。
我的房屋买卖与基尓一案不同,卖家并没有受到威逼利诱或接受特别恩惠。还是,基尓没有遭连夜扣留,我则被反贪会连夜扣留。我没有理由不出庭证明我的清白,即使国阵很想看到我畏罪潜逃。基尓与卖家没有私交,而卖家是我太太的朋友。
我要感谢党以及希联同志们在这段危机时刻对我以及我全家人的支持。我也要感谢站出来对我表示支持的公众,当马来同胞与印度同胞拥抱我落泪时,我非常感动。这些普通马来人、华人、印度人知道,国阵提控我贪污时,一些重要政策可能动摇。
老百姓都在槟城政府援助金计划i-sejahtera下获得槟州政府的现金援助,我们每年发出100令吉援助金给乐龄人士、单亲妈妈、残疾人士、家庭主妇。每年两次提供渔民新渔网,600令吉提供德士司机。每月100令吉给已经注册的三轮车夫;100令吉给小一小四及中一中四学生、一次性1000令吉给刚进入本地大学的大学生;一次性1000令吉给已故乐龄人士的继承人,还有一次性200令吉给初生婴儿的宝贝计划。自2008年以来我们发出超过4亿令吉的援助金或总年度开销的12%。我们每年的财政预算盈余让他们受惠于上述的4亿令吉,归功于我们是个廉洁的政府。
普通老百姓总来没有从国阵州政府手中获益。如果不是我们拥有廉洁的政府,这里20万槟城人不会获益。现在,槟城老百姓义愤填膺,一个廉洁政府的领袖竟然遭受贪污的指控,导致4亿令吉的援助金计划可能动摇。让我向槟城人民保证,希联政府及领袖都是廉洁的。邪恶的指控及政治阴谋都是来摧毁我的。我们风雨同路、同舟共济,不放弃我们追求民本新施政模式,建立一个采纳廉洁、公开招标、不让朋党谋利的(没有消费税、没有征收不公义过路费)马来西亚。
林冠英