Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 14.6.2016.
Do not let the toll rates of 12 highways be increased this year by denying BN victories in the Kuala Kangsar and Sungai Besar Parliamentary by-elections.
DAP is disappointed at Works Minister Datuk Seri Fadillah Yusof’s refusal to openly state that toll rates of eight tolled highways will not be increased this year, with four more scheduled to be increased next year. The eight highways to be increased their toll rates on 1.1.2016 are North-South Expressway, Linkedua, Kesas, Elite, LDP, Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Seremban-Port Dickson Highway (SPDH), and New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB).
The government would need to fork out at least RM 1 billion in compensation to toll concessionaires if the toll rates are not increased later this year, higher than the RM500 million set aside earlier. Fadillah said from 2008 to 2014, the government, more than RM2.2 billion in compensation has been made by the Federal government to the concessionaires in exchange for not increasing toll rates.
Compensation received by the toll concessionaires included RM 214 million for the North-South Highway, RM 8.24 million for the Second Link Expressway and RM 79.44 million for the Elite Highway, RM 3.11 million for the Butterworth Kulim Expressway, RM 1.95 million for the Seremban Port Dickson Highway, RM 92.8 million for the KESAS Highway, RM 7.8 million for the North Klang Straits Bypass and RM 185.9 million for the LDP. This amounted to RM597.24mil, which exceeded the amount set aside by the government for compensating toll concessionaires.
Worse there are four more highways whose toll is to be increased next year namely GCE (Guthrie Corridor Expressway), LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban), SDE (Senai Desaru Expressway) and EDL (Eastern Dispersal Link). Of the 12 highways with toll hikes increases, 7 of them are from Selangor, which is why the Sungai Besar voters can play an important role in shaping the debate on unjustifiable and unfair toll hikes.
The fact that BN can consider increasing toll rates of 8 highways this year and 4 more next year even before polling day for the 2 by-elections on 18 June, shows how BN will sacrifice the many at the expense of the few cronies. Clearly, BN is so confident of victory in the two by-elections, following the enhanced strength of UMNO after their co-operation with PAS and the support of PAS’ 14 MPs.
If the people do not want toll hikes then they should send a strong message by rejecting BN in the 2 by-elections. In fact, the toll for the North-South Highway should be abolished since the concession holder has already got back all his investment cost in building and maintaining the highway. This is the difference between BN and Pakatan. BN wants to maintain and even hike up toll rates, whereas Pakatan wants to abolish the North-South Highway toll.
Last year, a total of eighteen highways across Malaysia saw toll rate hikes, all on one day, October 15. These include AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, Guthrie Corridor Expressway, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKSA, MEX, NPE, SMART tunnel, Senai-Desaru Expressway, SKVE, Butterworth Outer Ring Road (BORR), Sprint Expressway and the LDP
LIM GUAN ENG
—–
Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 14 Jun 2016.
Membantah Kenaikan Tol Di 12 Lebuhraya Dengan Menafikan Kemenangan BN Di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Yang Hanya Akan Memperkukuhkan Kedudukan UMNO Yang Sudah Pun Ditambah Dengan Kerjasama 14 Orang Ahli Parlimen PAS.
Jangan biarkan kadar tol di 12 lebuhraya dinaikkan tahun ini dengan menafikan kemenangan BN di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
DAP kecewa dengan keengganan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menyatakan secara terbuka bahawa kadar tol di 8 lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini, dengan empat lagi dijadual akan dinaikkan tahun hadapan. 8 lebuhraya yang akan dinaikkan kadar tol pada 1.1.2016 adalah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Linkedua, Lebuhraya Kesas, Elite, LDP, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), dan New North Klang Straits Bypass Expressway (NNKSB).
Kerajaan akan terpaksa membayar pampasan sekurang-kurangnya RM1 bilion kepada syarikat konsesi tol, sekiranya kadar tol tidak dinaikkan lewat tahun ini, lebih tinggi berbanding RM500juta yang telah diasingkan sebelum ini. Menurut Fadillah, sejak 2008 hingga 2014, Kerajaan telah membayar lebih daripada RM2.2 bilion pampasan kepada syarikat konsesi sebagai ganti untuk tidak menaikkan kadar tol.
Jumlah pampasan yang diterima oleh syarikat tol termasuklah RM214 juta untuk PLUS, RM8.24 juta untuk Linkedua, RM79.44 juta untuk Elite, RM3.11 juta untuk BKE, RM1.95 juta untuk SPDH, RM92.8 juta untuk KESAS, RM7.8 juta untuk NNKSB dan RM185.9 juta untuk LDP. Ini semuanya berjumlah RM597.24 juta, yang melebihi amaun yang telah diasingkan oleh kerajaan sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Lebih teruk lagi, 4 lebuhraya lagi akan dinaikkan kadar tolnya iaitu GCE (Guthrie Corridor Expressway), LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban), SDE (Senai Desaru Expressway) dan EDL (Eastern Dispersal Link). Daripada 12 lebuhraya yang meningkat kadar tolnya, 7 daripadanya adalah di Selangor, dan menjadi sebab kenapa pengundi Sungai Besar boleh memainkan peranan penting dalam membentuk acuan perdebatan tentang peningkatan kadar tol secara tidak adil dan tanpa justifikasi.
Hakikat bahawa BN boleh mempertimbangkan kenaikan kadar tol di 8 lebuhraya pada tahun ini dan 4 lagi lebuhraya pada tahun depan menjelang hari pengundian dua pilihanraya kecil pada 18 Jun nanti, memperlihatkan bahawa BN sanggup mengorbankan rakyat demi kepentingan segelintir kroni. Jelas sekali, BN begitu yakin akan menang di kedua-dua pilihanraya kecil, berikutan bertambahnya kekuatan UMNO selepas kerjasama mereka dengan PAS serta sokongan 14 Ahli Parlimen PAS.
Sekiranya rakyat tidak mahukan peningkatan kadar tol, maka mereka harus menyampaikan mesej yang tegas dengan menolak BN dalam dua pilihanraya kecil ini. Malah sebenarnya, tol Lebuhraya PLUS sepatutnya dimansuhkan memandangkan pemegang konsesi telah pun mendapat pulangan kos pelaburan membina dan menyelenggara lebuhraya terbabit. Inilah perbezaan antara BN dan Pakatan. BN mahu mengekalkan malah menaikkan kadar tol, sedangkan Pakatan mahu memansuhkan tol PLUS.
Tahun lalu, sejumlah 18 lebuhraya seluruh negara menyaksikan kenaikan kadar tol, dalam masa satu hari sahaja pada 15 Oktober. Ini termasuklah AKLEH, Besraya, DUKE, Grand Saga, lebuhraya Guhtrie Corridor, Kajang SILK, Karak, LATAR, LEKAS, LKS, MEX, NPE, terowong SMART, lebuhraya Senai-Desaru, SKVE, Butterworth Outer Ring Road, lebuhraya Sprint dan LDP.
LIM GUAN ENG
—-
民主行动党秘书长暨峇眼国会议员林冠英于2016年6月14日在吉隆坡发表的声明:
在江沙与大港国会议席双补选中否决国阵,以抗议12条高速公路过路费调涨。一旦国阵获胜,只会更加壮大巫统,因为如今他们又增加了拥有14个国会议席的新盟友。
否决国阵在江沙及大港国会补选的胜利,绝不可以让十二条大道的过路费在今年调涨。
民主行动党对于工程部长拿督斯里法迪拉拒绝公开确定8条收费大道今年不会调涨感到失望,更甚的是,明年还有四次的过路费调涨陆续有来。自2016年1月1日起可以调涨过路费的8条大道是南北大道、马新第二通道、沙亚南大道、第二中环衔接大道、白蒲大道、北海居林大道、芙蓉-波德申大道及新巴生北峡绕道。
若今年再不调涨过路费,政府就必须赔偿至少10亿令吉给大道公司,比较早前所说的5亿令吉更高。法迪拉称2008年至2014年,联邦政府因为不调涨大道收费已经赔偿大道公司22亿令吉
大道公司所获得的赔偿包括南北大道的2亿1400万令吉、马新第二通道的824万令吉、第二中环衔接大道的7944万令吉、北海居林大道的311万令吉、芙蓉-波德申大道的195万令吉、沙亚南大道的9280万令吉、新巴生北峡绕道的780万令吉及白沙罗蒲种大道的1亿8590万令吉。总共是5亿9724万令吉,已经超出政府所定赔偿给大道公司的数额。
更糟糕的是,明年将会有另外4条大道可以调高过路费,即牙直利走廊大道( GCE)、加影芙蓉大道(LEKAS)、士乃迪沙鲁大道(SDE)及柔佛州东部疏散大道(EDL)。在这12条即将调高过路费的大道当中,有7条是位于雪州。因此,大港的选民可以在这方面扮演着重要的角色,以对不合理、不公平的过路费调涨,制造舆论压力。
正当两场补选即将在6月18日举行的当儿,国阵竟然可以考虑会在今年内调高8条大道的过路费、明年再调高另4条大道的过路费,证明国阵可以为了利惠朋党,而牺牲人民的利益。很明显的,国阵对赢取这两场补选胸有成竹– 特别是在巫统与伊斯兰党合作,并获得伊党14名国会议员全力支持之后。
如果人民不要大道过路费被调高的话,那就必需透过这两场补选,传达强烈的讯息,否决国阵候选人。实际上,南北大道的过路费理应被废除,因为特许经营者早已从所收取的过路费当中,收回他的建设投资及维修过路费的投资成本。这就是国阵及希望联盟之间的分别。国阵要的是维持甚至调高过路费,而希望联盟则要废除南北大道的过路费。
去年,马来西亚共有18条大道在10月15日同一天内调高过路费,这包括安邦吉隆坡高架大道(AKLEH)、新街场大道(Besraya)、大使淡江大道(DUKE)、蕉赖加影大道
、牙直利走廊大道(GCE)、加影外环大道(Kajang SILK)、加叻大道、吉隆坡瓜拉雪兰莪高速大道(LATAR)、加影芙蓉大道(LEKAS)、哥文宁莎阿南大道(LKSA)、吉隆坡布城大道(MEX)、新班底大道(NPE)、精明隧道、士乃迪沙鲁大道(SDE), SKVE, 北海外环公路 (BORR)、西部疏散大道(Sprint Expressway)及白沙罗蒲种大道(LDP)。
林冠英