PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL(m/c)

PSUKPP/21/0353/46 (11)
26 Mei, 2016

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

[No. Faks: 03 – 8888 3444]
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMBINA JAMBATAN KETIGA PULAU PINANG BEBAS TOL

Dengan hormatnya saya ingin merujuk mengenai perkara di atas.

2. Sebagaimana YAB Dato’ Sri sedia maklum, Kerajaan Negeri merancang untuk membina link ketiga di Pulau Pinang yang berupa sebuah terowong bawah dasar laut yang akan dibiayai sendiri oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM3.7 bilion. Walau bagaimanapun, kos pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan terowong yang akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara tersebut adalah tinggi dan perlu disertakan dengan konsesi kutipan tol selama 30 tahun.

3. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memohon kelulusan pihak YAB Dato’ Sri bagi pembinaan Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang yang turut akan menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara. Kos pembinaan Jambatan Ketiga ini dianggarkan berjumlah kurang daripada RM2 bilion dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Tiada peruntukan Kerajaan Persekutuan dipohon. Dengan kelulusan daripada pihak YAB Dato’ Sri, Kerajaan Negeri akan dapat menjimatkan kos hampir RM2 bilion dan penjimatan ini membolehkan Kerajaan Negeri menampung kos pembinaan jambatan dan sekaligus membenarkan kenderaan menggunakan Jambatan Ketiga secara percuma tanpa sebarang caj tol.

4. Perlu ditegaskan bahawa projek terowong bawah dasar laut ini diilhamkan demi membawa pembangunan seimbang kepada Seberang Perai, khususnya kawasan utara. Untuk makluman YAB Dato’ Sri, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah dilengkapkan dengan Jambatan Pertama Pulau Pinang sejak tahun 1984 manakala daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memiliki Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri sendiri pada 1 Mac 2014.

5. Hanya daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang tertinggal dan ‘terpinggir’ daripada penghubungan infrastruktur yang dinikmati oleh kawasan lain. Oleh itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina terowong bawah dasar laut di antara Persiaran Gurney ke Bagan Ajam demi menghubungkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kawasan pulau.

6. Memandangkan pembinaan jambatan memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan, maka tender terbuka telah dipanggil untuk projek terowong bawah dasar laut ini. Bidaan terendah sebanyak RM3.7 bilion diterima dan bukannya bernilai RM6.3 bilion seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. Malah anasir-anasir jahat ini juga mendakwa kajian ‘feasibility study’ yang mengandungi beberapa keping kertas berkenaan terowong bawah dasar laut adalah RM305 juta sedangkan kos sebenar hanya bernilai RM20 juta dan ia mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan piawaian antarabangsa. Pembayaran untuk projek terowong bawah dasar laut akan dibuat menerusi pertukaran tanah atau ‘land swap’ dan bukannya secara wang tunai.

7. Sehingga sekarang, kerja-kerja untuk projek terowong bawah dasar laut belum bermula kerana ia hanya dijangka siap di antara tahun 2025-2027 apabila jalan-jalan penghubung di kawasan bandaraya George Town siap dan trafik bertambah sehingga kedua-dua jambatan sekarang djiangka sesak dalam tempoh 12 tahun lagi. Ingin ditegaskan bahawa sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak membuat sebarang bayaran dalam bentuk wang atau seinci tanah pun untuk projek terowong bawah dasar laut ini.

8. Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya yang baru-baru ini menyatakan kesudian Kerajaan Persekutuan untuk menimbang permohonan membina Jambatan Ketiga. Sekiranya kelulusan diberikan, maka Kerajaan Negeri berkemungkinan besar mampu membina jambatan ketiga ini tanpa mengenakan tol kepada pengguna-pengguna jambatan. Perlu ditekankan juga bahawa Jambatan Ketiga ini adalah gantian kepada projek terowong bawah dasar laut.

9. Konsesi tol yang dicadangkan untuk terowong bawah dasar laut adalah selama 30 tahun iaitu pada kadar sama yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Ini adalah kerana kos pembinaan projek terowong bawah dasar laut amat tinggi berbanding dengan pembinaan jambatan. Oleh itu, sekiranya jambatan ketiga dibenarkan dibina bagi menggantikan terowong bawah dasar laut, maka kos yang dijimatkan boleh menampung pembinaan jambatan tanpa tol.

10. Kerajaan Negeri bersedia memberanikan diri untuk menjalankan inisiatif Jambatan Ketiga tanpa tol. Sebaik sahaja kelulusan secara prinsip diberikan oleh YAB Dato’ Sri, maka Kerajaan Negeri boleh menjalankan kajian pelaksanaan dan kajian lain yang perlu untuk suatu projek yang akan memanfaatkan rakyat. Sudah tentunya projek ini mesti mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) atau Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA).

11. Kerajaan Negeri tidak boleh menjalankan kajian ‘feasibility study’ kerana ia menelan perbelanjaan yang besar dengan anggaran kos sebanyak RM10 juta. Oleh itu, kelulusan secara prinsip perlu diberikan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang kajian kerana tidak wajar wang yang begitu besar dibelanjakan tanpa mendapat keputusan muktamad bahawa projek jambatan ketiga ini boleh diluluskan.

12. Justeru, Kerajaan Negeri amat berharap supaya permohonan terhadap cadangan pembinaan projek jambatan ketiga ini diberi kelulusan secara prinsip oleh pihak YAB Dato’ Sri supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya ke arah merealisasikan pelaksanaan projek tersebut.

13. Besarlah harapan Kerajaan Negeri yang membawa hasrat 1.7 juta rakyat Pulau Pinang untuk memiliki sebuah jambatan bebas tol. Pertimbangan sewajarnya oleh pihak YAB Dato’ Sri berhubung permohonan di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

Salinan kepada :

YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof
Menteri Kerja Raya,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

YB Dato’ Seri Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 25, KOMTAR,
10503 Pulau Pinang

YB Lim Hock Seng
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,
Tingkat 53, KOMTAR
10503 Pulau Pinang

—–Mandarin—

申请批准建设免收过路费的槟州第三大桥

致首相拿督斯里纳吉,

槟州政府原本计划自资打造一座价值37亿令吉的海底隧道,成为通往槟威两地的第三条连接线。只是,有关从新关仔角链接到峇眼亚占的海底隧道,其建设、经营及管理成本相当之高,以致需要收取整整30年的过桥费始能平衡收支。

有鉴于此,槟州政府诚挚向首相申请批准建设槟州第三座大桥,以链接新关仔角至威北的峇眼亚占。这座第三大桥的建筑成本估计低于20亿令吉,州政府将会全盘负责,并不会寻求联邦政府拨款。倘若获得首相批准,槟州政府将会直接省下约20亿令吉,而这笔省下的金钱,不止让州政府有能力承担建筑费,同时亦能让使用该桥者不必缴付过桥费。

需强调的是,建设海底隧道的原意乃是在于平衡发展威省,特别是威北部分。目前,威中地区已经拥有槟城第一大桥,该大桥兴建于1984年。而威南部分,则拥有苏丹阿都哈林大桥,首相本人曾于2014年3月1日亲自为有关大桥主持启用礼。

显而易见,目前仅有威北地区是被“边缘化”的,因为截至目前为止尚未拥有任何链接两岸的线路。职是之故,州政府较早前打算建造一座链接槟岛新关仔角到威北峇眼亚占的海底隧道,以填补威北区的空缺。

基于建造大桥需要获得联邦政府的首肯,因此我们才转而进行海底隧道并做公开招标,有关工程最终以最低价37亿令吉获标,而非一些不负责任人士所说的63亿令吉。这些存心不良者也指控,工程前的可行性研究,几张纸的报告却要价3亿500万令吉,事实上,相关可行性研究的实际成本仅是2千万令吉,而且过程符合工程部及国际的标准。另,州政府并不会以现金支出海底隧道的工程费用,而是以土地交换的方式解决。

迄今,海底隧道的工程尚未开始动工,有关工程预计在2025-2027年始能竣工,届时,链接乔治市的各个主要通道亦已完成,而现有的两座大桥在12年后估计交通流量也已达致拥挤。我们欲强调的是,截至现阶段为止,州政府并为付费或交出任何一寸土地给获标者。

州政府欲在此感谢工程部长,因为他在较早前说过联邦政府愿意考虑州政府的申请。要是我们的申请获得批准,我们将会尽全力打造一座不收费的新大桥。我们要强调的是,新大桥将会取代海底隧道,成为槟威两地的第三条连接线。

较早前,我们建议海底隧道的收费和苏丹阿都哈林大桥一样,并预计收费期达30年。会收取此费用是基于兴建海底隧道的成本比大桥高昂,因此,要是我们得以用大桥取代海底隧道,则省下的成本足以让我们负担建设一座免过路费的大桥。

槟州政府准备大胆尝试,进行这项免收过路费的第三大桥。一旦得到首相原则上的批准,我们就会投入这个进行利民计划的可行性研究。我们有信心,该计划定能通过环评。

至今,州政府并未开始进行新大桥的可行性研究,皆因有关成本要价约1千万令吉。要是未得到联邦政府的原则上批准,我们不会莽撞地先去做研究,以免我们做了研究最后却得不到联邦政府的批准。

总的来说,州政府非常殷切盼望首相可以原则上批准有关兴建第三大桥的申请,好让州政府做好准备工作,逐步落实这项工程。

槟州政府及170万人民期许拥有这座免受过桥费的新大桥,希望首相可以慎重考虑,若蒙批准则感激不尽。

谢谢!

林冠英

槟州首席部长

副本致:
工程部长
槟州秘书署
槟州公共工程委员会主席林峰成