Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Kurangkan Peruntukan Tahunan RM1.75 Juta Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Yang Merupakan Tambahan Kepada Peruntukan Puluhan Juta Untuk Hal Ehwal Islam.

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 11.10.2015.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Kurangkan Peruntukan Tahunan RM1.75 Juta Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) Yang Merupakan Tambahan Kepada Peruntukan Puluhan Juta Untuk Hal Ehwal Islam.

Permainan fitnah terhadap saya berdasarkan perkauman dan ekstrimis dengan menggunakan isu agama kini bermaharajalela di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di kalangan majmuk di Malaysia. Ia kini menjadi lebih runcing dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri telah hentikan bantuan kepada SAR, Ketua Menteri memberikan RM200 seorang kepada 3 penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menarik laporan polis mereka dihina semasa jalankan tugas, saya keluarkan fatwa agama dan tweet halaukan semua yang tidak setuju dengan saya. Ini adalah palsu dan pembohongan sama sekali.

Pertama, saya telahpun membuat laporan polis tentang tweet palsu menerusi Setiausaha Politik saya YB Wong Hong Wai, Kedua, tentang kejadian menghina, kerajaan negeri membela 3 penguatkuasa MBPP dengan memberikan sedikit wang penghargaan dua hari selepas kejadian itu pada 9 Oktober 2015. Anggota penguatkuasa MBPP membuat laporan polis pada 7hb Oktober, iaitu hari yang sama kejadian menghina itu tetapi telahpun tarik balik laporan polis pada hari yang sama kerana takut keselamatan sendirinya. Kerajaan negeri telah mengarahkan laporan polis dibuat semula agar tindakan boleh diambil, dan laporan polis dibuat semula pada 8 Oktober 2015. Saya hanya bagi wang penghargaan pada 9 Oktober 2015. Dua pemuda yang terlibat telahpun ditangkap oleh polis.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak pernah kurangkan peruntukan tahunan RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR) yang merupakan tambahan kepada peruntukan puluhan juta untuk hal ehwal Islam. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kewangan yang dibelanjakan untuk hal ehwal Islam. Adalah fitnah untuk menyatakan bantuan kepada SAR dihentikan atau dikurangkan kerana RM1.75 juta tetap dibayar setiap tahun.

Jelas sekali golongan politik yang anti-kerajaan negeri Pakatan Harapan, sedang giat membakar sentimen perkauman dan ekstrimis agama, dengan apa-apa pun fitnah jahat untuk cuba menutup skendal rasuah kewangan RM42 bilion 1MDB dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Skendal ini mengancam ekonomi negara yang kini begitu lemah sehingga Raja-Raja Melayu, buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, bertitah melahirkan kebimbangan dan mendesak tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam skendal 1MDB ini.

Peruntukan Hal Ehwal Agama Islam Bagi Tahun 2009 Hingga 2014:
2009 – 37.25 Juta
2010 – 39.60 Juta
2011 – 65.27 Juta
2012 – 66.38 Juta
2013 – 55.13 Juta
2014 – 52.21 Juta

LIM GUAN ENG