Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Komtar, George Town On 7.5.2015
I am surprised that Heng Seai Kie is asking me to apologise for a banner put up by PKR during the Permatang Pauh by-election. I have no intention of doing so. It is ridiculous for the MCA Wanita chief and Deputy Minister to claim that the Chinese community does not have any reason to oppose the GST and that Malays will pay more GST because they have more children. GST affects all Malaysians regardless of race and religion.
In the quest to win Permatang Pauh parliamentary by-election, BN and UMNO has lost both honour and dignity by the antics of their Ministers making lies, threats and racist attacks against the Penang state government. Agriculture Minister Ismail Sabri Yaacub even threatened that farmers in Permatang Pauh will not get any funds if UMNO lost.
The Penang state government will rebut the lies, made with racist overtones, by BN and UMNO Ministers and Deputy Ministers during the Permatang Pauh by-election campaign with facts and figures. Just because I am the only non-Malay Chief Minister in Malaysia, does not give UMNO Ministers the right or license to bully me by launching provocative racist attacks with lies.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyidin Yassin led the charge by claiming that the state government failed to look after bumi contractors. The Penang state government then revealed that since 2008, RM8.3 billion in contracts were awarded under our open competitive tender system. Of this RM8.3 billion, RM7.8 billion or 94% of total contracts, were awarded to bumis.
Muhyiddin kept silent and did not dare to respond to this unrebuttable fact that 94% of state government contracts were awarded to bumi companies. Even the Permatang Pauh UMNO candidate Suhaimie Shabudin who is a contractor, became mute by not daring to answer the press on whether companies which he is involved, had benefited or obtained state government contracts.
The RM8.3 billion of contracts awarded and the 94% increase in investment to RM 48.2 billion from 2008-2014, as compared to the similar 7-year period of 2001-7 of RM24.9 billion, has quickly disproved BN’s claims that there was no development in Permatang Pauh or Penang. For Permatang Pauh RM8.2 million cash was disbursed to the voters, and RM44.4 million has been spent on infrastructure such as roads, drainage, market upgrading and community halls since 2008.
This was then followed by attacks against the Penang state government for marginalising Islam. Again we showed proof that allocations given by PR state government more than doubled compared to what was approved by the previous BN state government, from RM 25.5 million by BN in 2008 to RM 52.2 million by PR in 2014.
The latest allegations by Deputy Minister for Energy, Green Technology and Water Datuk Seri Mahdzir Khalid denying that the Federal government had asked for a water tariff hike, even though Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN) had been reported in the papers on 25 April 2015 as calling for a water tariff hike nation-wide. Similarly Works Minister Fadillah Yusof claimed that the Federal government road grants given to Penang, were not utilised fully with only RM12.8 million utilised out of the RM27.37 million granted for the first 3 months as at 31 March 2015. Fadillah added that last year, Penang only used RM 53 million out of the RM 64 million granted. This is untrue and will rebutted with facts that showed that the road grants were fully used.
Winning and losing in by-elections is normal and part of the democratic process. As participants in the democratic process, politicians must respect the decision of the voters. A responsible leadership will ensure that it must win with honour and lose with dignity. Whether BN and UMNO finally wins in Permatang Pauh, their lies, threats and racist attacks have shown that they have clearly lost both their honour and dignity.
LIM GUAN ENG
=========BM==================
Kenyataan media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 7 Mei 2015
BN dan UMNO kehilangan maruah dan kehormatan ekoran telatah menteri-menteri mereka yang menipu, mengugut dan membuat serangan-serangan perkauman terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Saya terkejut apabila Heng Seai Kie meminta saya supaya memohon maaf bagi sebuah kain rentang yang dinaikkan oleh PKR ketika kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh. Saya tidak akan berbuat demikian. Adalah sangat mengarut bagi Ketua Wanita MCA yang juga seorang Timbalan Menteri untuk mendakwa bahawa kaum Cina tidak mempunyai sebab untuk membantah GST kerana orang Melayu yang akan membayar lebih disebabkan mereka mempunyai lebih ramai anak. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.
Dalam usaha untuk memenangi PRK Permatang Pauh, BN dan UMNO telah kehilangan maruah dan kehormatan mereka, ekoran telatah menteri-menteri mereka yang menipu, mengugut dan membuat serangan-serangan perkauman terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Menteri Pertanian, Ismail Sabri Yaakob malah mengancam bahawa para petani di Permatang Pauh tidak akan menerima dana sekiranya Umno tewas.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menangkis segala penipuan yang dibuat dengan nada perkauman oleh menteri dan timbalan menteri Umno/BN sepanjang kempen PRK Permatang Pauh dengan menggunakan fakta dan angka. Hanya kerana saya satu-satunya Ketua Menteri bukan-Melayu di Malaysia, tidak bermakna menteri Umno boleh membuli saya dengan melancarkan serangan-serangan provokatif penuh pembohongan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengepalai serangan ini dengan mendakwa kononnya Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pun mendedahkan bahawa sejak 2008, RM8.3 bilion kontrak telah diberikan di bawah sistem tender terbuka kompetitif kami. Daripada jumlah RM8.3 bilion ini, 94% atau RM7.8 bilion daripada jumlah besar tersebut telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera.
Muhyiddin terus membisu dan tidak berani menjawab fakta bahawa 94% kontrak Kerajaan Negeri telah diberikan kepada syarikat Bumiputera. Malah calon Umno Permatang Pauh, Suhaimie Shabudin yang juga seorang kontraktor, turut membisu dan tidak menjawab soalan media tentang syarikat mana yang beliau terlibat dan mendapat faedah daripada kontrak Kerajaan Negeri.
Kontrak RM8.3 bilion yang diberikan ini, serta pertambahan pelaburan sebanyak 94% menjadi RM48.2 bilion antara tahun 2008-2014, berbanding tempoh yang sama antara 2001-2007 sebanyak RM24.9 bilion, telah menafikan dakwaan BN bahawa Permatang Pauh dan Pulau Pinang tidak membangun. Di Permatang Pauh, pemberian tunai sebanyak RM8.2 juta telah diagihkan kepada para pengundi, selain RM44.4 juta yang telah dibelanjakan ke atas infrastruktur seperti jalanraya, perparitan, naiktaraf pasar dan balai raya sejak tahun 2008.
Ini kemudiannya diikuti serangan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya meminggirkan agama Islam. Sekali lagi kami mengemukakan bukti bahawa peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah digandakan lebih dua kali ganda berbanding apa yang diluluskan Kerajaan Negeri BN pada tahun 2008 iaitu sebanyak RM25.5 juta oleh BN, menjadi RM52.2 juta oleh PR pada tahun 2014.
Serangan terbaru pula daripada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah meminta tariff air dinaikkan, sedangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah pun dilaporkan meminta kenaikan tariff air di seluruh negara pada 25 April 2015. Begitu juga halnya dengan Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof yang mendakwa bahawa peruntukan jalanraya Kerajaan Persekutuan tidak digunakan sepenuhnya, apabila hanya RM12.8 juta digunakan daripada peruntukan RM27.37 juta bagi tiga bulan pertama setakat 31 Mac 2015. Fadillah menambah bahawa tahun lalu, Pulau Pinang hanya menggunakan sejumlah RM 53 juta daripada RM64 juta yang diperuntukkan. Ini juga tidak benar dan akan ditangkis dengan fakta yang menunjukkan peruntukan ini digunakan sepenuhnya.
Menang kalah dalam pilihanraya kecil adalah satu kelaziman dalam proses demokrasi. Sebagai peserta proses demokrasi, ahli politik mestilah menghormati keputusan pengundi. Kepimpinan yang bertanggungjawab akan memastikan pihaknya menang secara terhormat, dan kalah secara bermaruah. Tidak kiralah sama ada Umno/BN akhirnya menang di Permatang Pauh pun, penipuan, ugutan dan serangan perkauman mereka telah menunjukkan bahawa mereka telah sama sekali kehilangan maruah dan kehormatan.
LIM GUAN ENG
========CN=================
槟城州首席部长林冠英于2015年5月7日在乔治市光大发表的文告
国阵与巫统已经失去应有荣誉与尊严,因为他们的部长以说谎、恐吓及种族主攻击槟城州政府。
我非常惊讶王赛之为了公正党在峇东埔补选张挂的布条竟然要我道歉。我并不会为此道歉。这位马华妇女组主席及副部长竟然荒谬地作出华社没有理由反对消费税,因为马来同胞将缴纳更多消费税,因为他们有更多的小孩。须知,消费税影响所及可是不分种族及宗教的全马人民。
为了赢得峇东埔国会议席补选,国阵及巫统已经失去应有荣誉与尊严,因为他们的部长以说谎、恐吓及种族主攻击槟城州政府。农业部长伊斯迈沙布里甚至恫言若巫统落选,峇东埔的农民将不会获得拨款。
槟城州政府将以事实与数据反驳国阵与巫统部长及副部长在峇东埔补选所做出的这些超过分的种族主义谎言。别因为我是全马唯一的非马来裔首席部长,巫统的部长们就以为有权力以谎言展开煽动性的种族主义攻击欺负我。
副首相丹斯里慕尤丁一开始指控州政府没有照顾马来承包商。槟城州政府较后反驳自从2008年执政以来,价值83亿令吉的各工程合约,已经通过槟州政府公共招标颁发出去。当中78亿令吉或94%的工程合约,已经颁发给土著承包商。
慕尤丁较后一直保持沉默,不敢回应州政府反驳有94%的政府工程合约已经颁发给土著公司。即使是巫统峇东埔候选人苏海米作为一名承包商,面对记者询问其所属公司是否获得州政府的合约及受益而哑口无言,无法回答。
槟城州政府所颁发的83亿令吉工程及在2008至2014年增加93%至482亿令吉的投资额,相较于2001至2007年7年来只有249亿令吉的投资额,已经反驳了国阵关于峇东埔或槟城没有发展的指控。自2008年来,共有820万令吉已经惠及峇东埔选民,并有4440万令吉支出在当地的基础设施的建设上,如道路、沟渠、巴刹提升及社区会堂。
接着,国阵又指控槟城州政府边缘化伊斯兰教。我们再次以证据反驳,指出民联州政府的伊斯兰事务拨款从前朝2008年国阵的2550万令吉增加超过一倍至2014年的5220万令吉。
最新的指控则是能源、绿色科技及水利副部长拿督斯里马兹尔卡立,他否认联邦政府下令要调涨水费,即便国家水利局(SPAN)于2015年4月25日已经透过媒体宣布要求全国调涨水费。同样的举动,工程部长法蒂拉称联邦政府截至2015年3月31日的首3月共273亿7000万令吉道路拨款,只善用了128亿令吉。他补充去年槟城在6400万令吉的拨款中只使用了5300万。这是不实的指控,州政府将会以事实加以反驳,证明道路拨款已经全部予以善用。
补选胜负是民主程序中的常态。作为民主程序中的一员,政治人物必须尊重选民的决定。一个负责任的领袖,将会确保荣誉地获胜及尊严地落败。峇东埔补选,无论最终是否国阵及巫统获胜,他们的谎言、恫吓及种族主义攻击已经显示他们已经失去应有的荣誉及尊严。
林冠英