Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 14.2.2015.
The following resolutions were passed unanimously by the DAP Central Executive Committee(CEC) at a meeting yesterday evening on 13.2.2014:
1. DAP extends our deepest condolences to the family, PAS and their members of former Kelantan Menteri Besar Datuk Seri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, on 12.2.2014. The late Tok Guru was highly regarded by all Malaysians, adored by Muslims and well respected by non-Muslims for his personal integrity, courage and humble lifestyle as well as deep humanity and multi-religious harmony. Tok Guru will be missed for his abiding faith in Islam, unyielding resolve to face up to the might of Barisan Nasional and UMNO; his belief in the future of Pakatan Rakyat and determination to strengthen Pakatan Rakyat to fight BN’s widespread abuse of power and corruption.
2. DAP declares its full support for Parliamentary Opposition Leader Dato Seri Anwar Ibrahim in facing a 5-year imprisonment sentence, as part of a political conspiracy to end his political career and prevent a peaceful transition to a functioning democracy through constitutional means from BN’s dictatorship. DAP urges Malaysians to turn their sorrow and tears of Anwar’s imprisonment into strength to intensify the struggle towards freedom, justice, truth and democracy. Let the coming Permatang Pauh parliamentary by-election be the first salvo towards the campaign not just for Anwar’s freedom but also the liberty of Malaysia.
3. DAP urges leaders and members of all 3 parties in PR to remember the contribution of both leaders towards establishing PR by continuing their efforts to promote and sustain PR based on the principle of consensus on accepted common principles and sacrificing any further action that had failed to secure such consensus of all 3 parties.
4. DAP strongly condemns Tan Sri Muhammad Shafee, the lead prosecutor in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial, and Perkasa President Datuk Ibrahim Ali, for their deplorable and dishonourable attacks on Datuk Seri Anwar and Tok Guru Nik Aziz respectively, when both are no longer able to respond and defend themselves.
Lim Guan Eng
—— BM Version —–
Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 14 Februari 2015.
Resolusi berikut telah diluluskan secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam mesyuarat malam semalam, 13 Februari 2015.
1. DAP menitipkan belasungkawa buat anggota keluarga, organisasi parti dan ahli PAS atas pemergian mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2014. Almarhum Tok Guru adalah tokoh yang disegani oleh semua rakyat Malaysia, disayangi oleh umat Islam dan amat dihormati oleh warga bukan-Islam atas integriti peribadinya, keberanian dan gaya hidup rendah diri serta sifat manusiawi yang begitu mendalam dan menghormati keharmonian pelbagai agama. Tok Guru pastinya akan dirindui atas iman dan taqwa terhadap Islam, keazaman yang utuh ketika berhadapan dengan kekuatan Barisan Nasional dan Umno; kepercayaannya terhadap masa depan Pakatan Rakyat dan iltizamnya untuk memperkukuhkan Pakatan demi berjuang melawan salahguna kuasa dan korupsi oleh BN yang berleluasa.
2. DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mendepani hukuman lima tahun penjara, yang merupakan angkara konspirasi politik untuk mengakhiri kerjaya politiknya dan menghalang perubahan aman ke arah demokrasi yang berfungsi melalui jalan yang diperuntukkan Perlembagaan daripada pemerintahan kuku besi Barisan Nasional. DAP menggesa rakyat Malaysia untuk mengubah rasa hiba dan titis air mata mereka akibat pemenjeraan Anwar, menjadi kekuatan untuk menambah lagi usaha ke arah kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi. Marilah kita menjadikan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai serangan sulong kempen yang bukan sahaja demi membebaskan Anwar tetapi juga membebaskan Malaysia.
3. DAP menggesa pemimpin dan anggota ketiga-tiga parti komponen Pakatan untuk mengenang sumbangan kedua-dua pemimpin ini ke arah pembentukan Pakatan dengan meneruskan usaha mereka untuk mengekalkan Pakatan Rakyat berasaskan prinsip-prinsip konsensus terhadap nilai-nilai yang disepakati bersama dan mengorbankan sebarang tindakan yang gagal mendapatkan kesepakatan ketiga-tiga parti.
4. DAP dengan tegas mengecam Tan Sri Muhammad Shafee, ketua pasukan pendakwa dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, di atas serangan tercela dan keji terhadap Datuk Seri Anwar dan Tok Guru Nik Aziz, di saat kedua-dua tidak lagi boleh menjawab dan mempertahankan diri.
LIM GUAN ENG