Press Statement by DAP Secretary-General and MP for Bagan Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 9 July 2014
Tan Sri Muhyiddin And BN Are Exploiting The Imaginary Threat Of Non-Malays And Non-Muslims As A Bogey To Instil Fear Into Malays And Muslims To Distract Attention From The Real Issue Of Rising Prices And Favoured Treatment Of BN Cronies Such As Rice And Independent Power Generation At The Expense Of Public Interest.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and BN are exploiting the imaginary threat of non-Malays and non-Muslims as a bogey to instil fear into Malays and Muslims to distract attention from the real issue of rising prices and the favoured treatment of BN cronies on essential commodities and services such as rice and Independent power generation at the expense of public interest.
For example one of the important crony projects privatised in 1996 relates to our staple food, rice. With the monopoly of rice imports in Malaysia, the concession agreement was extended for Bernas to 2021 in 2011. Until now, BN has refuse to explain why such an extension of time was given.
More importantly BN must come clean on why a tax waiver RM 2.25 billion of duties on rice imports between 2008 and 2013 was given to Padiberas Nasional Bhd (Bernas). How is such a RM 2.25 billion tax waiver benefiting the public? If the price of rice did go down or the poor paddy farmers benefit in some manner, then the public can understand but if the only beneficiary is the private crony, then this is a betrayal of public interest and trust by BN. Further BN should also come clean on whether Bernas received a similar tax exemption before 2008 from the time Bernas was first privatised in 1996?
Bernas’s shareholders are so lucky that Bernas not only obtained a monopoly on rice imports without an open competitive tender but also a RM2.25 billion tax waiver. Were Bernas ultimate shareholders privy to information of such a huge RM2.25 billion waiver in rice import duties that it influenced the majority shareholders’ decision to privatise Bernas in April and removed it from Bursa Malaysia stock listing?
Another BN crony is YTL Power which was listed in 1997 after securing the concession agreement as the first IPP in Malaysia. Since then, YTL Power has paid out 36.3 per cent of earnings to shareholders as dividends with a Compounded Annual Growth Rate(CAGR) of 5.4 per cent since being listed. This compared favourably to CAGR of only 4% for the Malaysian economy in terms of GDP during that period.
YTL’s success in sustainable earnings and above average dividend yield is due to YTL Power’s ability to secure the highest internal rate of return (IRR) for an IPP of 15-19%. And also compel Tenaga Nasonal Bhd to enter into a compulsory power purchase agreement where Tenaga must take at least 90 % cent of the capacity of its plants.
If Tenaga can be compelled to purchase 90% of power produced by IPPs, why shouldn’t IPPs be compelled to compensate the public or Tenaga for the breakdown in power supply as happened recently. The favourable concession agreements given to IPPs do not benefit the public in terms of lower electricity charges. Further there is an extra cost when Tenaga if forced to purchase power it does not need when it has a reserve margin of nearly 30%, one of the highest in the world.
These crony projects have either cost the Malayisan government and its people to lose out on revenue it could otherwise collect. Or Malaysians must pay a higher than market price for commodities and services. Why are these BN cronies who have earned billions of ringgit not threatened in the same manner that ordinary non-Malays and non-Muslims who have not earned billions of ringgit are threatened with May 13?
LIM GUAN ENG
================================================================================================
Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2014.
Tan Sri Muhyiddin dan BN sedang mengeksploitasi ancaman rekaan orang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai momokan demi membangkitkan ketakutan orang Melayu dan orang Islam demi mengalihkan perhatian daripada isu sebenar kenaikan harga barang dan layanan khas untuk kroni BN dalam hal bekalan beras dan penjanakuasaan tenaga yang merugikan orang awam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan BN sedang mengeksploitasi ancaman rekaan orang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai momokan demi membangkitkan ketakutan orang Melayu dan orang Islam demi mengalihkan perhatian daripada isu sebenar kenaikan harga barang dan layanan khas untuk kroni BN dalam hal bekalan beras dan penjanakuasaan tenaga yang merugikan orang awam.
Sebagai contoh, salah satu projek kroni yang diswastakan pada tahun 1996 adalah berkaitan makanan ruji kita, nasi. Dengan monopoli terhadap import beras di Malaysia, perjanjian konsesi kepada Bernas dilanjutkan tempohnya sehingga 2021 pada tahun 2011. Sehingga kini, BN enggan menjelaskan kenapa tempoh tersebut dilanjutkan.
Lebih penting lagi, BN mesti jujur mengenai sebab kenapa pengecualian cukai sebanyak RM2.25 bilion dari duti import beras antara tahun 2008 dan 2013 diberikan kepada Padiberas Nasional Bhd (Bernas). Bagaimanakah pengecualian cukai sebanyak RM2.25 bilion memberi manfaat kepada orang ramai? Kalau harga beras betul-betul jatuh dan para pesawah padi miskin mendapat faedah, maka bolehlah orang ramai memahaminya; tapi jika yang mendapat faedah itu hanyalah kroni, ini pastinya merupakan satu pengkhianatan terhadap kepentingan dan kepercayaan orang ramai oleh BN. Selanjutnya, BN juga mesti berlaku jujur samada Bernas turut mendapat pengecualian cukai sebelum 2008 sejak sewaktu Bernas mula-mula diswastakan pada tahun 1996.
Pemegang saham Bernas begitu bertuah sekali kerana Bernas bukan sahaja mendapatkan monopoli ke atas import beras tanpa tender terbuka tetapi juga mendapat pengecualian cukai RM2.25 bilion. Adakah pemegang saham utama Bernas mengetahui rahsia maklumat pengecualian cukai yang begitu besar sehingga RM2.5 bilion dalam duti import beras sehingga mempengaruhi keputusan majoriti pemegang saham untuk menswastakan Bernas pada bulan April dan mengeluarkannya dari senarai Bursa Malaysia?
Satu lagi kroni BN ialah YTL Power yang disenaraikan pada tahun 1997 selepas berjaya mendapatkan perjanjian konsesi sebagai IPP pertama di Malaysia. Sejak itu, YTL Power telah membayar 36.3 peratus daripada hasilnya kepada pemegang saham sebagai dividen dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan (Compounded Annual Growth Rate, CAGR) sebanyak 5.4 peratus sejak disenaraikan. Cuba bandingkan dengan CAGR sebanyak hanya 4 peratus bagi ekonomi Malaysia dari segi KDNK pada tempoh tersebut.
Kejayaan YTL dalam menjana keuntungan mampan dan hasil dividen melampaui kebiasaan adalah disebabkan kemampuan YTL Power untuk mendapatkan kadar pulangan tertinggi (internal rate of return, IRR) untuk suatu IPP sebanyak 15-19%. Dan juga ia mampu memaksa Tenaga Nasional Bhd untuk bersetuju dengan perjanjian pembelian tenaga wajib di mana Tenaga mesti mengambil sekurang-kurangnya 90% daripada kapasiti loji janakuasanya.
Jika Tenaga boleh dipaksa untuk membeli 90% daripada tenaga elektrik yang dijana IPP, kenapa pula para IPP tidak boleh dipaksa untuk memberi pampasan kepada orang awam atau Tenaga sendiri atas kegagalan bekalan elektrik yang berlaku baru-baru ini. Perjanjian konsesi yang diberikan kepada IPP tidak memberi faedah kepada orang ramai dari segi kadar bayaran elektrik yang rendah. Selanjutnya lagi, terdapat pula kos tambahan apabila Tenaga terpaksa membeli tenaga elektrik yang ia tidak perlukan apabila ia memiliki marjin simpanan hampir 30%, iaitu antara yang tertinggi di dunia.
Projek kroni ini telah merugikan kerajaan Malaysia dan rakyatnya daripada mendapatkan hasil yang sepatutnya boleh dikutip. Atau adakah rakyat Malaysia mesti membayar harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran untuk mendapatkan komoditi dan perkhidmatan. Kenapa kroni-kroni BN ini yang telah mendapat berbilion ringgit tidak diugut sepertimana rakyat bukan Melayu dan bukan Islam yang tidak mengaut hasil berbilion ringgit diugut dengan 13 Mei?
================================================================================================
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2014年7月9日在吉隆坡发表的声明:
丹斯里慕尤丁及国阵利用非马来人及非穆斯林为假想的威胁,灌输马来人及穆斯林的恐惧,以让人民对物价上涨及有损公众利益却利惠国阵朋党的各主要基本用品及服务,如米及独立发电厂等真正问题上,转移视线。
副首相丹斯里慕尤丁及国阵利用非马来人及非穆斯林为假想的威胁,灌输马来人及穆斯林的恐惧,以让人民对物价上涨及有损公众利益却利惠国阵朋党的各主要基本用品及服务,如米及独立发电厂等真正问题上,转移视线。
其中一项在1996年展开的最重大朋党私营计划,就是关系到我们的主要食糧—稻米。在垄断了马来西亚的稻米进口后,马来西亚国家稻米公司(Bernas)竟然在2011年,获得延长其特许经营权至2021年。截至目前为止,国阵依然拒绝解释为什么给予这项特许经营权的延长。
更重要的是,国阵政府必需透明地做出交代,为什么从2008年至2013年,共批准了总值22亿5000万令吉的稻米进口税优惠豁免给马来西亚国家稻米公司。这22亿5000万令吉如何惠及我国民众?若米价因此降低,或稻农能从某方面获益,那民众至少可以明白稻米入口税的减免用在何方,但倘若此举只是私人朋党公司获益,那岂不是违背了公众利益,更是信任国阵换回来的背叛。还有,国阵也应该交代 ,在2008年之前,也即是从1996年当国家稻米局私营化变成来西亚国家稻米公司后的这个阶段,它们是否也享有类似的免税优惠?
马来西亚国家稻米公司的股东何其幸运,因为马来西亚国家稻米公司不只在无需公开招标的情况下,垄断了我国的稻米进口,更获得高达22亿5000万令吉的进口税减免。马来西亚国家稻米公司的大股东会否因知悉了这22 亿5000万令吉的“内慕消息”,而影响大多数的股东的决定,以在4月份全面收购、私有化马来西亚稻米公司,并将之从大马股票交易所主板除牌?
另一个国阵朋党是杨忠礼电力。它是在1997年获得马来西亚首个独立发电厂合约后,成功上市的公司。自此之后,杨忠礼电力经已发出36.3巴仙的股息给股东,自上市以来,其复合年均增长(CAGR)率为5.4巴仙。这与同期的马来西亚经济4巴仙复合年均增长(CAGR)率(以当时国内生产总值计)相比,毫不逊色。
杨忠礼在永续盈利及高于平均股息率的成就,是基于杨忠礼电力能获得独立发电厂最高的内部回报率 (IRR)即15-19%的能力。加上强逼国家能源有限公司签署了强制购电合约 – 即国能必需购买该发电厂的至少90%电源。
若国能可以被强逼购买独立发电厂的90%发电量,那当最近发生多次的电流中断时,为何独立发电厂就不能够同样地被强逼赔偿损失给民众呢? 对独立发电厂有利的特许经营合约,并没有在降低电费方面惠及民众。更甚的是,即使国能已有全球几乎最高30%的能源储备、根本没有能源需要,它也被逼要向独立发电厂购买所有的电源,增加了国能的成本。
这些朋党计划,要么让马来西亚政府及人民在可能获益的收入上面对亏损,再不然则是让马来西亚人被逼以高过市价的成本,购买基本产品及服务。为什么这些赚取上亿令吉的国阵朋党,并没有像普通的非马来人或非穆斯林老百姓般面对诸如513重演的恐吓?
林冠英