Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 29 Jun 2014.
Kerajaan negeri mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga bulan yang suci ini dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kita sesama rakyat Malaysia.
Bulan Ramadhan ini adalah masa dan saatnya bagi umat Islam berhadapan dengan ujian hidup, ujian jasmani dan rohani. Saya kagum dengan kecekalan dan semangat umat Islam mengharungi ujian yang suci ini.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan sumbangan Ehya Ramadan sebanyak RM 222,000 kepada semua masjid dan surau utama di seluruh negeri. Kami telahpun harap-harapkan bahawa bulan Ramadan boleh disambut dengan pembukaan rasmi Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang yang baru. Kerajaan negeri telahpun memberikan tanah seluas 3.49 ekar di Bukit Gantong/Jalan Scotland yang kini bernilai RM100 juta untuk membina Kompleks Mahkamah Syariah.
Kos pembinaan RM36 juta dibiayai oleh kerajaan pusat setinggi tujuh tingkat yang mesra orang kelainan upaya (OKU) akan menyediakan dewan bicara, kamar hakim, dewan serba guna, surau, perpustakaan, balai polis, kafeteria dan pusat penjagaan kanak-kanak.Akan tetapi pembinaan telahpun siap lewat dan dijangka siap akhir tahun ini.
Sempena Ramadhan ini juga saya berharap kita rakyat Malaysia sentiasa mengekalkan rasa kasih-sayang antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Saya yakin semangat dan amalan dari hati yang ikhlas akan dapat menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia yang sehati dan sejiwa.
Kita rakyat Malaysia sentiasa memilih jalan yang sederhana, iaitu menolak ekstremisme dan sikap melampau. Kejayaan kita bersama ialah kemampuan kita untuk percaya antara satu sama lain dan menguatkan semangat muhibbbah.
Semoga bulan yang mulia ini menjauhkan kita daripada gejala buruk dan menghindari kita daripada bencana perkauman dan sikap melampau.