Surat Kpd Perdana Menteri : Permohonan Memberikan Kelulusan Dan Lesen Pengangkutan Awam Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang (en/cn)

PSUKPP/21/0353/3(2438/2014)
28 Mei, 2014

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,


PERMOHONAN MEMBERIKAN KELULUSAN DAN LESEN PENGANGKUTAN AWAM KEPADA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BAGI MENGURANGKAN MASALAH KESESAKAN LALULINTAS DI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menagih janji mantan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Sri sendiri untuk membina dan membiayai sistem perkhidmatan LRT atau MRT sebagai salah satu pengangkutan awam alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri ini yang dianggarkan memakan kos perbelanjaan sebanyak RM2.3 bilion. Walaupun, Kerajaan Negeri lebih cenderung kepada sistem ‘tram’, namun Kerajaan Negeri sedia menerima sistem pengangkutan awam yang dipilih dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

3. Sekiranya Kerajaan Persekutuan belum bersedia untuk menjalankan projek LRT atau MRT sepertimana yang dijanjikan, Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambilalihnya. Ini adalah kerana dengan keadaan kesesakan trafik yang kian meruncing ekoran pertambahan penduduk, kemasukan pekerja baru untuk mengisi peluang pekerjaan yang kian bertambah serta pertumbuhan bilangan para pelancong yang pesat, maka Kerajaan Negeri tidak dapat menunggu lagi. Walaupun menghadapi kekangan kewangan, Kerajaan Negeri bersedia membina sistem pengangkutan awam dengan perbelanjaan dibiayai oleh Kerajaan Negeri sendiri. Oleh itu adalah perlu lesen pengangkutan awam ‘tram’ boleh diluluskan oleh pihak Kementerian Pengangkutan kepada Kerajaan Negeri agar kami dapat mencari seorang pengusaha sistem ‘tram’ untuk memulakannya dengan segara.

3. Kerajaan Negeri sedia bekerjasama dan berbincang dengan pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan bagi merealisasikan pewujudan pengangkutan awam alternatif di Pulau Pinang dengan tujuan mengurangkan masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi kini. Kerajaan Persekutuan diminta sebagai alternatifnya, memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengendalikan dan mengawalselia perjalanan sistem pengangkutan awam ‘tram’ yang dipilih sebagai paling sesuai oleh Kerajaan Negeri.

4. Pihak saya bersedia untuk berjumpa dengan YAB Dato’ Sri dan YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan bagi memperoleh lesen pengangkutan awam. Segala perhatian YB Dato’ Sri amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

———— Mandarin Version ———-

PSUKPP/21/0353/3(2438/2014)

2014年5月28日

致:
首相拿督斯里纳吉

申请发出公共交通执照给州政府,并允许州政府运作公交,以减缓州内交通阻塞问题

谨此致涵关于上述事项。

2. 槟州政府对于前首相及拿督斯里曾承诺,计划在槟州耗资23亿令吉兴建并承担轻快铁或地铁作为替代公共交通,以舒缓州内交通阻塞一事,虽然州政府比较倾向选择电车(Tram)系统,不过,州政府乐意接受由联邦选择及全数资付的任何形式公共交通系统。

3. 若联邦政府尚未如所承诺般,已准备展开轻快铁或地铁的工程,那州政府准备接管相关工程。随着人口增长、就业机会的增加(因而引进更多劳工),以及旅游业吸引游客等因素,槟城交通阻塞日益严重,因此州政府不能再等了。虽然面对财政拮据问题,但是州政府准备兴建由州政府自身承担的公共交通系统。因此,希望交通部能够发出一纸批准公文,也即是发出电车的公共交通执照给槟州政府,以便我们可以寻找商家,立即启动有关电车系统。

3. 州政府准备与联邦政府管辖下的交通部合作,以在槟城实践替代公共交通,减缓现有的交通阻塞问题。在此,我们吁请联邦政府下放权力给州政府,让州政府自行掌控及管理州政府认为最适合槟州情况的电车系统。

4. 我准备随时与拿督斯里或代交通部长拿督斯里希山慕丁会面,以商讨获取公共交通执照一事。谨此先感激拿督斯里对此事件的关注。

槟州首席部长

林冠英 启