2014 World Environment Day Message By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 4 Jun 2014.
Malaysia should celebrate World Environment Day by putting people and not profits first by closing down Lynas rare earth plant instead of issuing a TOL or POL and scrapping the proposed two nuclear-power generating plants. Malaysian regulatory authority Atomic Energy Licensing Board (AELB) and the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) should explain whether they are approving the application by Lynas for the Permanent Operating License following Lynas financial crisis and non-compliance with the conditions stated in the Temporary Operating License(TOL).
Last month, Lynas Corp. planned to defer some debt repayments and sell as much as A$40 million in shares after it share prices slumped. Lynas had spent about A$1 billion ($930 million) on a rare earths processing plant in Kuantan. The TOL (Temporary Operating License) for two years is due to expire on the 2nd September 2014.
Under the terms of the issuance, as recommended by the International Atomic Energy Agency (IAEA) report, Lynas is required to submit the plan for the PDF (Permanent Deposit Facility) for its radioactive waste before TOL is granted. Lynas failed to submit the plan before the issuance of the TOL but AELB relaxed the provision by granting them instead 10 months after it commenced operations to comply.
On the eve of the 10 months dateline, Lynas submitted a ‘conceptual’ plan of the PDF while the Deputy Minister of MOSTI, Dato Abu Bakar Mohd Diah replied in the Parliament that Lynas did identify the site and the plan for the PDF but he declined to reveal the site. This showed clearly that Lynas failed to comply with the requirements stated in the TOL.
The risks of Lynas being insolvent are real as Lynas has only a closing cash balance of AUD$23.4 million as at 31 March 2014. For the next quarter, Lynas will require at least AUD$ 48.172 million to be able to continue operating as a business. In desperation for additional cash, Lynas is seeking to raise AUD$30 million through rights issue and another AUD$10 million through institutional placement to boost its working capital.
The BN government should be reminded of their horrifying mistake of allowing the Japanese Asian Rare Earth(ARE) plant to operate in Bukit Merah. After it was shut down, the former ARE owner is spending USD100 million in clean-up operations of the radioactive wastes. In view of the possible closure of Lynas, which is 10 times the size of ARE, the radioactive waste left behind will be a huge environmental and financial burden for future generations, especially if Lynas collapses financially.
Worse the BN federal government is pressing ahead with building two nuclear-powered generating plants even though Malaysia has a healthy power reserve margin of more than 30%. A people-centric government that is accountable and transparent would never allow these projects that put profits of its cronies over people’s health without considering the long-term environmental costs.
Lim Guan Eng
—-BM Version —
Perutusan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 4 Jun 2014.
Dahulukan rakyat sebelum keuntungan dengan menutup loji nadir bumi Lynas dan bukannya memberikan lesen operasi sementara atau tetap serta membatalkan cadangan membina dua loji tenaga nuklear.
Malaysia patut meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia dengan mendahulukan rakyat sebelum keuntungan, dengan menutup loji nadir bumi Lynas dan bukannya memberikan lesen operasi sementara atau tetap serta membatalkan cadangan membina dua loji tenaga nuklear. Agensi kawal selia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) wajar menerangkan sama ada mereka meluluskan permohonan lesen operasi tetap Lynas berikutan krisis kewangan syarikat tersebut dan ketidakpatuhan kepada syarat yang ditetapkan dalam lesen operasi sementara.
Bulan lepas, Lynas Corp. merancang untuk menangguhkan pembayaran beberapa hutang dan menjual sehingga A$40 juta sahamnya selepas nilai sahamnya merudum. Lynas membelanjakan sekitar A$1 bilion ($930 juta) untuk loji pemprosesan nadir bumi di Kuantan. Lesen operasi sementara dua tahun yang dimilikinya akan luput pada 2 September 2014.
Di bawah syarat perlesenan seperti yang dicadangkan dalam laporan International Atomic Energy Agency (IAEA), Lynas dikehendaki mengemukakan pelan fasiliti pembuangan sisa tetap (Permanent Disposal Facility, PDF) untuk bahan buangan radioaktifnya sebelum lesen tersebut diberikan. Lynas telah gagal berbuat demikian sebelum pemberian lesen sementara namun pihak AELB memberikan keringanan dengan memberikan tempoh 10 bulan selepas ia memulakan operasi untuk mematuhi keperluan tersebut.
Di ambang tarikh tamat 10 bulan tersebut, Lynas mengemukakan pelan konsep PDF terbabit sementara Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Abu Bakar Mohd Diah dalam jawapan parlimennya memberitahu bahawa Lynas sudah mengenal pasti tapak dan pelan untuk PDF tersebut namun enggan mendedahkan tempatnya. Ini jelas menunjukkan bahawa Lynas gagal untuk mematuhi syarat yang ditetapkan dalam lesen operasi sementara.
Risiko untuk Lynas menjadi bankrap adalah risiko yang nyata memandangkan Lynas hanya mempunyai baki tunai akhir sebanyak AUD$23.4 juta pada 31 Mac 2014. Untuk suku berikutnya, Lynas memerlukan sekurang-kurangnya AUD$ 48.172 juta untuk meneruskan operasi. Dalam keadaan terdesak untuk wang tunai tambahan, Lynas sedang berusaha untuk mengumpul AUD$30 juta melalui terbitan hak (rights issue) dan AUD$10 juta lagi melalui penempatan institusi untuk menambahkan modal kerja.
Kerajaan BN mesti diingatkan tentang kesilapan lampau mereka membenarkan operasi loji Japanese Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Selepas ia ditutup, bekas pemilik ARE membelanjakan USD100 juta untuk operasi pembersihan sisa-sisa radioaktif. Dengan kemungkinan penutupan Lynas, yang mempunyai saiz sepuluh kali ganda berbanding ARE, sisa radioaktif yang ditinggalkan akan menjadi beban kewangan dan alam sekitar untuk generasi akan datang, terutamanya jika Lynas lumpuh sama sekali dari segi kewangan.
Lebih teruk lagi, Kerajaan Persekutuan BN nampaknya ingin meneruskan pembinaan dua loji janakuasa tenaga nuklear walaupun Malaysia mempunyai marjin simpanan tenaga yang baik sehingga lebih 30%. Kerajaan yang berjiwa rakyat dan yang bertanggungjawab serta telus tidak akan membenarkan projek-projek yang mendahulukan keuntungan kroni daripada kepentingan kesihatan rakyat tanpa mempertimbangkan kos jangka panjang terhadap alam sekitar.
Lim Guan Eng
—–Mandarin Version —–
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2014年6月4日在吉隆坡发表世界环境日献词:
我国政府应该秉持人民为先,而不是利益至上的原则,关闭莱纳斯稀土厂,而不是发出永久营运执照(POL)或临时营运执照(TOL),同时,取消兴建两座核电厂的计划。
马来西亚应该秉持人民为先,而不是利益至上的态度,庆祝世界环境日,关闭莱纳斯稀土厂,而不是发出永久营运执照或临时营运执照,同时,取消兴建两座核电厂的计划。马来西亚原子能执照局(AELB)及科学、工艺及革新部应该解释他们是否批准莱纳斯的永久营运执照申请,最近莱纳斯面对财务危机,而且也无法满足临时营运执照的条件。
上个月,莱纳斯股价大跌后,它计划拖延一些债务,并且出售多达价值4000万澳币的股票。莱纳斯已经花费10亿澳币(约9亿3000万令吉)在兴建关丹的稀土厂。当局发出为期两年的临时营运执照将在2014年9月2日到期。
当局发出临时营运执照的前提,莱纳斯需依国际原子能机构(IAEA)要求,呈交一份关于辐射性废料的永久废料处理厂(PDF)计划。莱纳斯在临时营运执照发出前,并没有呈交有关计划书,但是国家原子能执照局还是放宽条例,允许它们在发出临时执照后的10个月内提呈。
10个月的限期后,莱纳斯提交了一份永久废料处理厂的“概念性”计划书,根据科学工艺及革新部长在国会的回答,莱纳斯已经确定了地点及永久处理废料设施的计划,但是他不愿公布有关地点。这很明显了说明莱纳斯没有遵守临时执照的条例。
莱纳斯濒临破产的风险是存在的,因为莱纳斯在2014年3月31日的账面现金只有2340万澳币。接下来三个月,莱纳斯需要至少4817万2000澳币以正常运作。为了筹集额外的现金,莱纳斯通过配售价值3000万澳币的新股及通过机构招募(institutional placement)筹集1000万澳币,以提高营运资本。
国阵政府应该要记得,他们允许日本稀土厂在红坭山所犯下的错误。该厂关闭后,厂家正投入1000亿美元在清理他们遗留下来的辐射性废料 。由于大过红坭山稀土厂10倍的莱纳斯可能关闭,到时,他们留下的辐射性废料将为未来世世代代留下沉重的环境及财务负担,如果纳莱斯破产时,情况将更槽糕。
更糟的是,国阵联邦政府还在推广兴建两座核能发电厂,虽然马来西亚的储备电量多于30%。一个负责任及透明的民本政府绝不会允许朋党通过这些工程谋利,牺牲人民也健康、也忽略长期的环境成本。
林冠英